Monday, January 3, 2011

MB Kelantan Salah Guna Kedudukan ?

Semalam blog Cucu Tok Selampit melaporkan Nik Aziz sudah berubah menjadi broker tanah pula. Sini

Saya cuba menyemak di laman FB dan Twitter yang dimaksudkan, tetapi saya tidak jumpa dengan posting seperti mana yang disiarkan oleh blog Cucu Tok Selampit.

Saya cuba membuat semakan di FB Nik Abdul Aziz Nik Mat (sini) dan saya dapati di FB tersebut tercatat "Facebook Rasmi Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan".

Sila klik pada imej untuk melihat dan membacanya dengan jelas

Hasil semakan di laman tersebut saya dapati ada beberapa postingnya yang menunjukkan pemilik FB tersebut menjalankan kegiatan perniagaan, promosi atau iklan. Antaranya barangannya vcd, buku, rumah dan agensi pelancongan.

Oleh yang demikian saya merasakan adalah lebih baik pihak SPRM bekerjasama dengan SKMM bagi menyiasat kesahihan laman FB tersebut, samada ianya benar milik MB Kelantan atau milik pihak lain.


Ini kerana, jika benar FB tersebut milik MB Kelantan bermakna beliau telah melakukan kesalahan. Kesalahannya kerana menggunakan kedudukan beliau sebagai MB untuk berniaga atau mempengaruhi orang ramai membeli apa yang beliau iklan kerana kedudukan dan kuasa yang ada padanya.

Dibawah ini antara dua keratan yang saya sempat print screen.

Sila klik pada imej untuk melihat dan membacanya dengan jelas


Saya tidak mahu mengulas panjang lebar lagi tentang perkara ini. Adalah lebih molek ianya disiasat oleh SPRM dan SKMM terlebih dahulu atau pun MB Kelantan sendiri memberi penjelasan.



4 comments:

Anonymous said...

Sdr. Sy mula mengikuti ruangan ini bila seorg wartawan memperkenalkan blog sdra, ulasan sy logiknya akal, dlm bahasa mudah Nik Aziz bnyk kerja lain nak dibuat, sdgkan pantagon boleh digodam nikan pula setakat FB Nik Aziz, kecil anak..sdra pun sy lihat ada memperkudakan suratkhabar murahan (RM1) sbgi platform sdra..msuk bakul angkat sendiri..bagi wartawan mkn kenyang-kenyang..yg ni taknak suruh sprm siasat.

Anonymous said...

rbf...mungkin betol fb ini fb kepunyaan MB kelantan...tapi aku rase org yg duk 'pulun' fb dea nih bkn tuan punye badan..
dgn kate lain menjaja nama MB Kelantan utk kepentingan sendiri@biznes..xlogik rasenyer nk kate MB kelantan nih berkemahiran bermaen fb apatah lagi computer-illeterate dgn umonyer yg sebegitu ditambah lagi dgn perangainyer...
almaklumlah..komputer nie kan buatan yahudi...takkan dea pon guna barang2 yg dicipta yahudi...
dia kan 'pejuang terulung Islam abad ini'

Anonymous said...

reti ke, poknik nak log-in FB?, nak on pc pun x reti..apatah lagi nak online FB.

Anonymous said...

apa salahnya berniaga, tak kan ni pun nak dengki