Monday, January 3, 2011

Krisis Selangor: Tunggu Khamis Ini....

Semenjak isu perlantikan SUK Selangor timbul, hanya puak-puak PKR dan DAP yang memuntahkan peluru mereka menembak Datuk Khusrin, Ketua Setiausaha Negara dan Sultan Selangor.

Pihak-pihak yang diserang oleh mereka tidak pun membuat kenyataan balas. Bagi Datuk Khusrin dan KSN mereka sudah tentu tidak boleh terjebak dalam peperangan yang dilancarkan oleh MB Selangor dan sekutunya kerana mereka terikat dengan peraturan sebagai kakitangan kerajaan.

Pihak Istana pula hanya menjawab sekali, iaitu sehari selepas pengumuman yang dibuat oleh Monica Lewinsky Selangor (Faekah) bahawa perlantikan Datuk Khusrin belum muktamad. Pihak Istana melalui Datuk Munir mengatakan perlantikan itu sudah disahkan. Itu sahaja.

Selepas itu, selama lebih kurang seminggu MB yang sedang menghadapi krisis minda paling kronik dan orang-orangnya terus menerus memuntahkan peluru menyerang tanpa dibalas apa-apa oleh pihak yang mereka serang.

Kini perkara itu sudah hampir sampai ke kemucaknya. Saya difahamkan pada hari angkat sumpah Datuk Khusrin 6hb Jan 2011, pihak Istana akan menjawab segala-galanya. Sama-sama kita tunggu hari khamis ini apa yang akan berlaku.

No comments: