Monday, January 10, 2011

Bangunan Hotel Pasang Lambang DAP

Di Selangor apabila sebuah kedai serbaneka mempamerkan logo 1 Malaysia di papan tanda kedainya, pemilik kedai tersebut disaman dan papan tanda itu diarah supaya diturunkan. Sedangkan logo 1 Malaysia bukannya lambang parti politik.

Di KL pula lambang DAP dibenarkan dipasang di bangunan sebuah hotel. Dahulunya hotel itu dikenali sebagai Hotel Wentworth, sekarang ini dikenali pula sebagai hotel WWKL.

Jika anda memandu dari jalan Tun Razak menghala ke Jalan Sungai Besi atau sebaliknya, ketika anda berada di laluan atas (jejantas) yang melintasi Bulatan Kg Pandan dan Jalan Pudu anda boleh lihat dengan jelas lambang DAP yang berada di bangunan hotel tersebut.


Maaf, gambar kurang jelas kerana dirakam sambil memandu
Sila klik pada gambar untuk melihat dengan jelas

Jika tidak silap saya, saya ulang sekali lagi, jika tidak silap saya lambang-lambang parti politik tidak boleh pasang di bangunan hotel. Saya merasakan kalau boleh pasang , sudah lama Umno pasang lambang Umno di Bangunan Hotel Seri Pacific KL kerana hotel itu milik Umno.

Apakah pihak berkuasa tidak nampak apa yang terjadi di Hotel WWKL atau sengaja buat-buat tidak nampak ?

Sukar untuk kita mengatakan mereka tidak nampak kerana laluan itu adalah laluan utama untuk keluar masuk ke Pusat Bandar KL. Lagi pun lambang DAP bukan tersebut bukannya dipasang sehari dua ini sahaja, seingat saya sudah dekat dua bulan atau mungkin lebih.

Hello DBKL, bangun-bangun, buat kerja, jangan tidur banyak sangat. Begitu juga dengan Kementerian Pelancongan, kementerian yang bertanggungjawab menjaga hotel, tolong bangun buat kerja sikit, jangan asyik melancong sahaja.

13 comments:

Anonymous said...

Biasalah DBKL (& penguatkuasa di Malaysia nih) akan hanya bertindak atas laporan yg dibuat.

Agaknya staff DBKL yg pergi balik lalu flyover tu tak de mata atau buat dek je bila lihat kesalahan yg sah nyata !!!

1Malaysia mesti berubah dgn tindakan serta merta staff gomen bila ade kesalahan yg sah terbukti.

Hanya mimpi ?

Nani Cheras.

Anonymous said...

bro,yang rocket cafe tu boley ke bro?almaklumlah kawan ni x berapa arif pasal lambang2 neh,psal kawan ada nampak pada sebuah restoran cina di area terminal 2 seremban

-pengembala kambeng ingin tahu

YB Raz said...

puak rasis memang begini. kalau mereka terus berkuasa tak mustahil logo halal jakimpun akan ditukar kepada logo roket.

VoidDance said...

Setuju lambang parti tidak dibenarkan di tempat umum atau tempat yang berkait dengan kerajaan.

Untuk nyahpolitikkan 1Malaysia, penggunaan logo 1Malaysia oleh parti politik dilarang sama sekali (termasuk yang diletak di papan tanda pejabat parti BN). Baru betul ianya bebas pengaruh politik. Kalau PR bebal juga tak faham, suruh dia tengok apa logik letak logo DAP pada kafe mereka. Branding juga tu.

LAgi satu, logo BN di papan tanda projek kerajaan boleh ke tak? Duit siapa biaya projek tersebut? Mana maruah jata negara; yang mana lebih besar, jata negara atau logo BN? Ingat, orang sekarang bukan bodoh macam dulu. Jangan sampai satu masa tiba-tiba ada orang datang saman kerajaan sebab kononnya mengelirukan orang ramai dengan meletak logo parti di projek milik kerajaan. Naya.

Anonymous said...

Sepatutnya kita senaraikan hotel2, bisnes2 diorang supaya kita sama2 boleh boikot!

Anonymous said...

Dah pejabat parti dia, apalah yg kita nak hebohkan bro.

Anonymous said...

begitu punya teruk perangai DAP dgn kroni nya dan rasuah serta cucuk belakang (oops tu anwar la plak), sanggup PAS cium mulut dgn dia org ni..
eeeee.. tak cunat pun dia org suka.

MMR said...

kenapa ya secara kebetulan hari ini buat pertama kalinya saya berada di atas lebuhraya tersebut sebelum RBF menyiarkan artikel ini....dan saya dapat melihat roket yg tak berjaya terbang tersangkut di atas bangunan tersebut.....hihihi...tunggu masa saja nak jatuh tu......DBKL pi tunggu cepat di bawah tu..takut-takut terkena kepala orang

Anonymous said...

hantar ultraman laa kasi laser ... muahahhahaha

mat saga said...

biasa laa dbkl nie..... lembab nak mampos....

kalau kena orang melayu yang buat hal cepat ye dbkl bertindak... tapi kalau ke macam nie enyap jeee.... bengong betol....

nak kata takut tapi ada kuasa.... ada apa-apa ke...

Anonymous said...

Guys...tak baik tuduh DBKL tak buat keje disebabkan iklan politik nih. By law iklan yg digunakan DBKL tak sama dengan by law iklan yang PBT Selangor pakai. By law yang PBT Selangor guna memang ada klausa " Iklan yang dilarang" dan ini termasuklah iklan yang berunsurkan politikhttp://parpukari.blogspot.com/...tapi ini pun sebenarnya tertakluk kepada pihak berkuasa melesen ...kalau PBT nak izinkan, sebenarnya takde hal punya! PBT Selangor punya by law iklan hampir sama dengan yang Perbadanan Putrajaya pakai....

Sekadar nak kongsi.

Anonymous said...

Siasat lah betul-betul dulu. Itu ibu pejabat parti DAP la.

Anonymous said...

Jika ada orang pandu baru-baru ini dekat lebuh raya kanan Wentworth Hotel logo DAP memang terlalu besar kiri pasar pudu. Baik ambil gambar baru ya.