Monday, January 3, 2011

Selangor Perlu Diselamatkan

Selangor Daily.com melaporkan lebih dari 60 tahun sudah 28 orang Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah dilantik tanpa sebarang masalah. Masuk sahaja PKR dan DAP memerintah habis jadi kacau bilau kerana mereka ingin merubah peraturan dan undang-undang mengikut selera mereka. Sini

Saya nak sambung apa yang dicatatkan oleh Selangor Daily.

Dalam dunia ini tidak ada kerajaan yang sebodoh Kerajaan Selangor yang ada pada hari ini. Mereka ini semua orang-orang yang tidak ada pengalaman untuk memerintah. Apabila tidak ada pengalaman, maka sudah tentulah tidak pandai memerintah. Apatah lagi untuk memerintah negeri maju seperti Selangor.

Dalam barisan kepimpinan Kerajaan Selangor yang ada pada hari ini, kalau ada yang cerdik dan ada pengalaman hanya dua orang sahaja. Mereka ialah Teng Chang Kim (speaker) dan Datuk Dr Hassan Ali. Yang lain semua hampas.

Sebab itu KDYMM Sultan Selangor sayang kepada dua orang itu walaupun Teng dari parti DAP. Tuanku tidak pernah memilih bulu dari parti mana mereka itu. Sebab itu Teng menjadi satu-satunya wakil rakyat Selangor yang menerima pingat daripada Sultan Selangor baru-baru ini. Manakala Dr Hassan Ali telah pun mempunyai pelbagai pingat dan gelaran sewaktu berkhidmat dengan kerajaan dulu.

Cuba anda lihat balik senarai wakil-wakil rakyat dan exco-exco pak-khatan rakyat yang ada di negeri Selangor sekarang. Siapa mereka sebelum ini dan apa pengalaman mereka ?

Rata-ratanya semua orang baru dan baru kali pertama menjadi wakil rakyat atau pentadbir. Yang pernah ada pengalaman sebagai wakil rakyat hanyalah Teresa Kok, Hassan Ali dan Teng. Yang lain-lain semuanya kaki tepi jalan yang pertama kali menjadi wakil rakyat dan pentadbir.

Khalid Ibrahim walaupun pernah menerajui GLC yang besar tetapi tidak semestinya boleh mentadbir negeri. Dua situasi tersebut berbeza, mentadbir negeri tidak sama seperti menguruskan perniagaan.

Jika Khalid Ibrahim seorang yang cerdik dan waras dia tidak akan berperang dengan Syabas. Ini kerana dalam Syabas kerajaan negeri ada saham 30 % melalui anak syarikatnya. Mana ada kerajaan dalam dunia ini yang sanggup berperang secara terbuka dengan syarikat yang mereka sendiri ada saham ? Jika ada yang tidak puas hati sekali pun mereka akan bincang secara tertutup.

Satu lagi bukti yang menunjukkan Khalid Ibrahim tidak waras ialah apabila beliau mengumumkan Syabas akan menaikkan harga air sebanyak 37 %. Itulah buktinya PKR sanggup tukar apa sahaja mengikut selera dan kehendak politik mereka. Dalam perjanjian antara Syabas dan kerajaan negeri telah dinyatakan secara jelas yang Syabas tidak boleh menaikkan harga air tanpa persetujuan kerajaan negeri.

Begitulah juga dengan perlantikan SUK Selangor. Mereka baca dan tafsir undang-undang tubuh negeri mengikut selera mereka sehingga menimbulkan kelam kabut. Mereka sanggup tukar dan buat apa sahaja untuk mencapai matlamat mereka. Hancurlah negara ini jika mereka diberi peluang menjadi pemerintah kelak. Mereka akan buat ikut sesuka hati dan kehendak mereka.

Sekarang isu yang dimainkan di Selangor ialah kononnya perlantikan Datuk Khusrin untuk meruntuhkan kerajaan negeri. Orang yang mula-mula melontarkan perkara ini ialah bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin. Katanya itu yang terjadi di Perak. Selepas Nizar diikuti pula oleh Khalid Samad dengan nada yang sama. Eloklah, mereka berdua sama-sama bebal.

Cakap Nizar jangan dipakai, kerana dia orang bodoh. Kalau dia seorang yang cerdik tidaklah kerajaan pimpinannya bertahan hanya 11 bulan.

Apa kena mengena SUK dengan runtuhnya kerajaan ? Adakah kuasa SUK yang membuatkan tiga wakil rakyat Perak keluar parti sehingga tumbangnya Nizar ?

Adakah apabila Datuk Khusrin memegang jawatan SUK akan ada 9 orang wakil rakyat PKR, DAP dan Pas akan keluar parti dan menyokong BN sehingga membuatkan Kerajaan Selangor yang ada pada hari ini runtuh dan BN boleh membentuk kerajaan ?

Kerajaan Selangor hari ini sedar atau tidak yang pegawai-pegawai kerajaan yang ada di Selangor pada hari ini semuanya adalah pegawai peninggalan kerajaan BN dulu. Adakah mereka-mereka pernah mengganggu gugat kerajaan atau cuba meruntuhkan kerajaan Selangor hari ini ?

Sekiranya kamu semua benar-benar menjalankan pemerintahan dengan adil, telus dan suci , maka tidak perlulah kamu semua hendak takutkan kepada Datuk Khusrin. Tindakan kamu semua melalak-lalak sekarang tidak lain tidak bukan kerana bimbang tidak dapat melakukan penyelewengan lagi kerana Datuk Khusrin seorang kakitangan kerajaan yang menjalankan tugas dengan tegas dan jujur.

Sebagaimana yang pernah saya catatkan sebelum ini, jika wakil rakyat BN pun mereka bersungguh-sungguh hendak lantik sebagai Pengerusi PAC bagi membuktikan mereka suci, tetapi kenapa pula dengan Datuk Khusrin mereka takut ? Sini

Nasihat saya pula kepada Adun Sri Muda yang cuba menentang Sultan Selangor, pastikan cop jari di tangan kering dulu, sebelum nak berperang dengan seorang Sultan yang penuh dengan pengalaman mentadbir dan telah menyelesaikan pelbagai krisis.

Kepada rakyat Selangor pula, inilah bahananya apabila memilih pemimpin yang tidak ada pengalaman dan tidak pandai memerintah untuk memerintah. Mereka buat memerintah negeri seperti main pondok-pondok.

Oleh yang demikian saya menyeru kepada rakyat Selangor, cukuplah memilih mereka dalam p/raya akan datang. Hajat anda untuk mengajar BN dan Umno dalam p/raya 2008 telah pun tercapai dan mereka telah pun sedar dan insaf sekarang. Kembalilah kepada BN dalam p/raya akan datang sebelum negeri Selangor yang aman , makmur dan maju yang dibina berpuluh tahun rosak di tangan mereka-mereka yang tidak pandai memerintah.

Ingat pada kata-kata ini, bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Bukannya senang untuk membina negeri Selangor sepertimana yang anda lihat hari ini. Pelbagai rintangan dan cabaran yang terpaksa dihadapi. Bukannya susah untuk susahkan (hancurkan) apa yang ada pada hari ini. Sekelip mata sahaja pak-khatan rakyat boleh hancurkan dan tanda-tanda kehancuran itu telah pun boleh dilihat sekarang.

Oleh itu, adalah menjadi tugas anda semua untuk menyelematkan Selangor dari hancur di tangan penyokong kaum nabi luth dan di tangan saki baki suku sakat komunis yang memerintah Selangor pada hari ini.

Perhatian: Kepada sesiapa yang masih keliru dengan prosedur perlantikan SUK Selangor, sila baca penjelasan di blog Zulkifli Nordin. Beliau telah menjelaskan dengan bahasa yang cukup mudah untuk kita fahami tentang sistem pengasingan kuasa yang diamalkan di negara kita dan juga negeri Selangor. Klik di sini.

6 comments:

Anonymous said...

Kepada RBF,
Aku sokong 100%!

Aku terberi UNDI pada Khalid Samad & jugak barua dia Rodziah.

Sekarang aku menyesal tak sudah.

Satu lagi aku pernah jumpa Teng Chang Kim kat Kopitiam seksyen 7. Orang dia memng low profile. Aku sempat berbual dgn dia & bertanya khabar.

Walaupun dia drp parti DAP yg paling aku benci, tapi Teng Chang Kim adalah orang yg sememangnya senang bergaul dgn melayu.

Sebab tu lah, PR amat takut dgn 1MALAYSIA. Kalau boleh habis semua diorang nak bagi gaduh..

Anonymous said...

Kepada YB ZUL Kulim,
Sorrylah YB Zul, hang dok cabar ikut manapun depa anak Selangok mana berani report polis, depa tak ada teloq, terutama Shukok YB Kuang tu asyik melalak je keja tak buat ,tulah jadi lagu ni orang luaq boleh ugut sultan depa.
- Orang Selayang

Anonymous said...

selamatkan selangor dari siapa??

kalo dulu,BN sendiri dah memboroskan duit kerajaan...
harta kerajaan jadi harta umno...kroni2 smpai buncit dpt projek..

perasan atau buat2 xperasan??

DUN2 bawah UMNO yg tumbang pd PR masa PRU12 semuanya menggelupur xde duit...projek semua ilang..kereta kroni sampai kene tarik,umah pun x mampu nk bayar..

org2 mcm ni nak perintah selangor?yg mengutamakan kroni??

jauhkanlah Selangor dari diperintah org2 mcm ni....

ruang bicara faisal said...

kpd anon 2.48

menatang mana yg bangunkan selangor sampai jadi negeri maju seperti hari ini ?

kalau semua bn dan umno rompak takdelah selangor berdiri segah semasa pkr ambil tahun 2008.

pkr dan dap masuk kaki telah bersih. umno dan perikatan ambil selangor dari penjajah dulu zero.

bercakap tlg pakai kepala otak, jangan pakai kepala lutut.

Anonymous said...

kepada RBF...
aku menulis based apa yg KAMI lihat..

mmg x salah,BN memajukan Selangor..itu hakikatnya..

tetapi disebabkan tamak kan harta,semua disapu...

peluang utk usahawan/kontraktor melayu yg xde cable mmg gelap...

geng2 melayu UMNO sendiri yg sebat semua...

ko ade tgk UMNO bahagian mana yg anjurkan pesta kemenangan pd malam pilihanraya PRU12??result belum diumumkan,tp sibuk2 buat karaoke..last2 bile result keluar,terduduk semua...

lepas tu bermula la adegan kereta masing2 kene tarik..
aik,xkan la sbb kalah pilihanraya ada efek kat duit poket masing2??

dah terbukti kat situ,org2 Melayu UMNO dok bergantung harap pada cable...dan org2 inilah yang menghancurkan bangsa melayu sendiri...

Anonymous said...


MENTERI BESAR SELANGOR LA NILAH SEORANG MB YG PALING BODOH DALAM SEJARAH.

BUKAN BODOH, TAPI BANGANG DAN TONGONG. MENGALAHKAN PAK LAH PM KUAT TIDOR DULU TU.

HE HE DAH TAK BOLEH NAK GADUH DGN SULTAN NAK AJAK KSN PULAK BERGADUH DGN DIA. TAPI KSN LAGI BIJAK DARI DIA DAN TIDAK RESPON PUN, SEBAB SEBAGAI PENJAWAT AWAM DIA DILARANG MEMBUAT KENYATAAN UMUM SEPERTI INI. SO LU GADUH LA SORANG-SORANG WAHAI BM BENGAP.

LEPAS TU CUBA NAK SPIN TENTANG PERLEMBAGAAN TUBUH SELANGOR. DIA INGAT RAKYAT SELANGOR BOLEH DIPERBODOH KE? HA HA SEMAKIN BANYAK DIA BUKA MULUT SEMAKIN TONGONG RUPA DIA.

BILA DIA NAK AJAK STUDENT UNISEL PI DEMO DEPAN PEJABAT KSN???