
Saya sebenarnya malas nak campur dalam hal ini, memandangkan arahan yang diberikan oleh Ketua Polis Selangor agar orang yang tak berkenaan jangan caca marbakan kes ini. Serah kepada polis untuk buat siasatan seadil-adilnya.
Tetapi memandangkan ramai orang yang galak nak berbicara pasal ini, maka saya pun nak juga tumpang galak sekaki .
Kes ini menjadi lauk terbaru bagi PASrael, PKR dan DAPig sebagai pengganti kepada lauk mereka yang telah dirampas oleh BN di Hulu Selangor.
Selagi mana boleh
putaq, maka mereka akan
putaq sebagai membalas dendam kehilangan kerusi Hulu Selangor.
Sebelum saya memberi pandangan izinkan saya memohon maaf telebih dahulu kepada keluarga arwah. Bukan niat saya untuk menambah kesedihan anda semua. Tetapi saya terpaksa berkata dengan benar. Saya memberi pandangan ikhlas tanpa memihak kepada mana-mana pihak samada mangsa atau PDRM.
Kejadian ini tidak akan berlaku jika semua penjaga mengambil berat hal anak-anak mereka. Puncanya datang dari rumah sendiri.
Jika pelajar tersebut tidak keluar rumah pada malam itu, sudah pasti kejadian ini tidak akan berlaku. Disinilah pentingnya peranan ibu bapa atau penjaga dalam menjaga anak-anak.
Dalam kes ini sepertimana yang kita tahu, mangsa adalah seorang pelajar yang berusia 15 tahun. Tidak sepatutnya dia keluar rumah di tengah malam kerana esoknya adalah hari bersekolah. Tambahan pula dia akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini. Pada jam seperti itu dia sepatutnya telah pun tidur di rumah atau mengulangkaji pelajaran. Ingat pada iklan di radio Sinar FM,
"dimanakah anak-anak anda pada waktu ini".
Lebih malang lagi di usia 15 tahun beliau memandu kereta yang tak sepatutnya dipandu oleh mangsa. Beliau belum cukup mahir untuk berada diatas jalan raya dengan usia yang sebegitu. Tambahan pula tanpa lesen memandu. Itulah yang menyebabkan dia terlibat dengan dua kemalangan pada malam itu.
Puncanya kerana beliau terlibat dalam kemalangan dengan satu kereta, kemudian dalam keadaan takut dia melarikan diri dengan memecut kenderaan, kemudian dia bertambah takut apabila dikejar oleh beberapa buah motosikal. Selepas itu terlibat pula dalam kemalangan dengan motosikal yang mengejarnya.
Jangkaan saya, apabila dia memotong kenderaan polis dalam keadaan yang laju dan ditambah pula dia sedang dikejar oleh motosikal , maka sudah tentu polis mengesyaki yang bukan-bukan. Tambahan pula arahan berhenti yang dikeluarkan oleh polis tidak diendahnya.
Kita faham, dia masih remaja, sudah tentu perasaan takut yang menyelubunginya., itulah yang menyebabkan dia tidak berhenti bila diarahkan oleh polis. Tetapi dalam masa yang sama polis juga menjalankan tugasnya. Jika polis tidak menjalankan tugas, orang kata polis curi tulang pula.
Apabila sesebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan dan tidak berhenti apabila diarahkan sudah tentu mereka mengesyaki yang bukan-bukan. Di dalam keadaan diselubungi kegelapan di awal pagi dan insiden kejar mengejar, sudah tentu polis pun tidak dapat melihat siapa yang memandu kenderaan tersebut dan berapa usianya.
Polis menjalankan tugas mengikut prosedur, iaitu melepaskan tembakan ke arah tayar kenderaan beberapa kali.
Jangkaaan saya mungkin peluru yang mengena ke kepala mangsa adalah peluru yang terpelanting atau tersasar hasil dari beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh polis ke arah tayar kenderaan yang dipandu mangsa.
Kita harus berfikir dengan waras. Jika polis tersebut memang berniat untuk menembak mangsa seperti yang dicanangkan oleh juak-juak pembangkang, adalah lebih baik polis tembak rakan mangsa bersama, biar kedua-duanya menjadi mangsa, lagi senang kerana tiada saksi yang hidup. Tetapi polis tidak berniat begitu. Itu hanyalah tuduhan jahat pembangkang bagi mendapatkan kredit politik untuk mereka sepertimana kes Teoh Beng Hock.
Semua pihak bersalah dalam hal ini, baik penjaga, mangsa dan polis.
Kesalahan penjaga ialah kerana mungkin tidak prihatin dalam soal menjaga anak. Kesalahan mangsa ialah kerana tidak berhenti bila diarahkan oleh polis. Kesalahan polis pula, mungkin latihan tidak cukup dalam bab tembak-menembak hingga peluru tersasar atau terpelanting.
Seperti yang saya katakan diatas, kejadian ini tidak akan berlaku jika penjaga prihatin dan mengambil berat hal anak-anak mereka. Saya faham ibu mangsa sudah berusia 60 tahun dan mangsa pula telah kematian bapa. Agak sukar untuk seorang ibu yang berumur begitu berjaga sampai ketengah malam bagi melihat gerak geri anak remajanya. Tugas tersebut patutnya dipikul oleh kakak, abang dan ipar duai mangsa.
Kepada makcik Norsiah, saya bersimpati dengan tragedi yang menimpa keluarga makcik. Saya sungguh-sungguh sedih. Saya juga mempunyai anak lelaki. Saya pun tidak tahu apa nasib anak lelaki saya di masa depan. Mungkin nasibnya sama seperti apa yang terjadi pada anak makcik dan mungkin tidak atau mungkin juga lebih teruk lagi. Wallahualam.
Dalam saya bersimpati dengan makcik, saya juga bersimpati dengan nasib berpuluh ribu anggota polis dan ahli keluarga mereka. Sekarang mereka semua dipandang serong oleh masyarakat kerana tuduhan-tuduhan jahat yang dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang.
Saya tahu keluarga makcik tidak membuat atau menuduh polis yang bukan-bukan. Malah saya difahamkan juga yang makcik tidak akan membenarkan sama sekali mana-mana pihak mempolitikkan kematian anak makcik. Tahniah diucapkan kepada makcik. Insyallah saya dan rakan-rakan akan cuba membersihkan nama anak makcik yang dilaporkan sebagai penjenayah oleh beberapa media masa.
Kepada pihak PDRM pula , harap dapat tingkatkan latihan menembak dikalangan anggota. Jangan sampai pisang berbuah dua kali. Saya yakin dengan jaminan yang diberikan oleh KPN dan KP Selangor bahawa mereka akan menyiasat dengan telus perkara ini tanpa melindungi mana-mana pihak.
Kepada ibu bapa yang mempunyai anak remaja pula, tolonglah prihatin dengan anak-anak anda semua. Perhatikan gerak geri mereka, kenali kawan-kawan mereka, jangan benarkan mereka keluar pada malam hari tanpa ditemani ahli keluarga yang lebih tua. Jadikan peristiwa ini sebagai satu pengajaran yang berguna kepada semua.
Kepada masyarakat pula, janganlah kita terpengaruh dengan dakwaan pembangkang dan membuat tuduhan yang bukan-bukan serta memandang serong kepada anggota-anggota polis.
Kita perlu dengar penjelasan kedua-dua pihak. Sekiranya anggota yang berkenaan bersalah, sudah pasti dia akan dihukum. Undang-undang di Malaysia tidak mengira sesiapa. Orang yang bersalah pasti akan dihukum , malah bekas Timbalan Perdana Menteri pun dipenjara kerana kesalahan meliwat. Cuma dia ada sedikit 'special' iaitu tidak digari setiap kali dibawa ke mahkamah dan disediakan sel khas untuknya kerana bimbang dia menyondol orang lain sekiranya berkongsi sel.
Sekiranya anggota berkenaan didapati bersalah dan dihukum, tidak perlulah kita menghukum salah kepada semua anggota polis. Jangan kerana seekor kerbau membawa lumpur habis semuanya terpalit.
Al-Fatihah untuk adik Aminul Rashid. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.
Kepada makcik Norsiah, kami bersama dengan anda dalam menuntut keadilan untuk makcik sekeluarga.