Thursday, May 12, 2011

Cadangan Untuk Mengatasi Harga Ayam Yang Semakin Menggila

Semakin hari harga ayam bersih di pasaran semakin menggila. Saban minggu ada sahaja kenaikan harganya. Sekarang ini harga ayam telah mencecah RM 8.00 sekilo, disesetengah tempat pula dikhabarkan ianya melebihi RM 8.00. Seekor ayam sekarang hampir mencecah RM 20.00, bergantung kepada saiz.

Perkara ini banyak menimbulkan rungutan di kalangan orang ramai. Yang menjadi sasaran kemarahan orang ramai adalah kerajaan. Cina-cina tauke ladang ayam terselamat dari menjadi sasaran mereka.

Apa lagi yang kerajaan boleh lakukan untuk membendung perkara tersebut ? Kerajaan hanya boleh tetapkan harga syiling dan penguatkuasaan. Sudah tentu kerajaan tidak mampu untuk menyediakan penguatkuasa disetiap pasar, kedai runcit dan pasar malam untuk memeriksa harga ayam.

Bulan Ramadhan dan Syawal bakal menjelma tidak lama lagi, maka sudah tentu harga ayam makin menggila lagi. Silap-silap boleh mencecah RM 10.00 sekilo.

Rata-rata penjual ayam tidak boleh berbuat apa-apa lagi dengan harga tersebut, kerana mereka kata dapat harga yang mahal dari pembekal yang kebanyakannya tauke-tauke cina.

"Lu suka lu beli, lu tak suka lu tak payah beli". Mungkin itulah yang dikatakan pembekal utama kepada peniaga-peniaga. Kalau tak beli, mereka tak boleh jual ayam. Kalau tak jual , pendapatan mereka terjejas kerana itu sumber pendapatan mereka. Kerajaan boleh tetapkan harga syiling, tetapi kalau pembekal jual kepada peniaga pun sudah menghampiri harga syiling atau pada harga syiling, apa lagi yang peniaga boleh lakukan ?

Sekali-sekala saya terfikir, apakah ini sebahagian daripada usaha sabotaj tauke-tauke cina terhadap kerajaan ?

Semua kita sedia maklum, orang-orang cina sekarang semuanya sudah berada di gear 4 bersama-sama DAP untuk merampas negara ini daripada BN. Mungkin inilah sebahagian daripada strategi mereka untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan. Ditambah pula dengan tindakan kerajaan sejak kebelakangan ini yang terus-menerus memotong subsidi gula kepada rakyat, lagilah rakyat marah kepada kerajaan. Tindakan yang dilakukan Kerajaaan BN seolah-olah memudahkan kerja DAP untuk masuk ke gear 5. Kita lupakan bab itu dulu, saya akan tulis di masa akan datang. Kita tumpukan kepada bab harga ayam.

Kuasa pembeli yang besar terletak ditangan orang-orang melayu. Manakala kuasa perniagaan terletak ditangan orang-orang cina yang selama ini mereka kata mereka terpinggir di negara ini.

Bagaimana caranya untuk kita mengatasi masalah ini ? Inilah yang perlu kita fikirkan bersama dan perlu kita bekerjasama dengan kerajaan untuk mengatasinya. Kalau tidak diatasi dengan segera, percayalah harga ayam akan semakin menggila selepas ini.

Saya ada beberapa cadangan untuk mengatasi masalah ini. Saya hanya mampu mengemukakan cadangan, tapi tak mampu untuk mempraktikkannya sendirian. Ianya memerlukan kerjasama semua pihak dan yang paling penting kerjasama orang ramai.

1) Lakukan kempen boikot ayam dengan berkesan dan semua pihak harus bersatu padu dalam menjayakan perkara ini. Jika kita sama-sama bersatu hati memboikot ayam, saya yakin selepas dua minggu cina-cina tauke ladang ayam akan angkat bendera putih.

2) NGO-NGO , (Perkasa, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, FOMCA, CAP, dsbg) buka ladang-ladang ayam di setiap negeri. Mereka hendaklah menjual ayam dengan harga yang munasabah dengan tidak mengambil untung melampau. Kalau tak ambil untung langsung pun tak boleh kerana mereka perlu bayar gaji pekerja, sewa dan sebagainya dan keuntungan yang mereka dapat boleh digunakan untuk membuka ladang-ladang lain. Kerajaan perlu memberi sokongan kepada NGO-NGO tersebut. Jika tauke-tauke cina menjual harga makanan ayam yang mahal kepada mereka, benarkan mereka import sendiri.

3) Kerajaan beri kebenaran ,kemudahan dan syarat-syarat yang minima kepada syarikat-syarikat besar yang teguh (Ayamas, Ramly, dsbg) untuk membuka ladang-ladang ayam dan bekalkan ayam kepada peniaga-peniaga. Mudah untuk kerajaan kawal syarikat-syarikat begini kerana kebiasaannya syarikat-syarikat begitu tidak menipu dalam menjalankan perniagaan kerana bimbang imej mereka rosak dan mereka hendak berniaga lama. Lagi pun kebiasaannya syarikat-syarikat begitu akan menghulurkan sebahagian dari keuntungan mereka untuk kerja-kerja amal.

4) Minta pasaraya-pasayara besar (Giant, Carrefour dan Tesco) wujudkan ladang ayam 'angkat' mereka. Mungkin sukar pasaraya-pasaraya begitu hendak wujudkan ladang ayam sendiri, kerana perniagaan ladang ayam bukan bisnes utama mereka. Mereka boleh pilih ladang-ladang ayam mana yang mereka berminat dan ladang tersebut perlu jual ayam kepada mereka sahaja dengan harga yang mereka tetapkan. Dalam masa yang sama pegawai-pegawai dari pasaraya berkenaan hendaklah memantau ladang tersebut , untuk memastikan tahap kualiti produk. Perkara ini diamalkan oleh syarikat-syarikat rokok di negara kita kepada penanam-penanam tembakau terutamanya di Kelantan. Mereka ajar petani cara-cara tanaman yang betul dan berkualiti, dalam masa yang sama mereka memantau untuk memastikan tembakau yang dihasilkan berkualiti dan apabila cukup tempoh, mereka beli semua tembakau-tembakau itu dari petani-petani 'angkat' mereka itu.

Kerajaan hendaklah tegas dalam memilih syarikat-syarikat untuk melaksanakan sistem diatas. Berikan kepada syarikat-syarikat yang ada jenama besar, kukuh dan berkredibiliti, kerana syarikat-syarikat begitu tidak menjadikan penipuan sebagai amalan bisnes mereka. Mereka hendak jaga nama baik dan hendak berniaga dalam jangka masa yang panjang. Lagi pun mereka mempunyai kewangan yang kukuh.

Jangan sesekali beri kepada syarikat-syarikat mee segera kerana alasan hendak menolong bumiputra atau hendak membantu usahawan baru. Kepentingan jutaan rakyat di luar sana lebih perlu diutamakan berbanding dengan beberapa orang yang baru hendak mencipta nama atau mencari untung.

Saya berkeyakinan kalau cara-cara diatas dapat dilaksanakan, nescaya rakyat tidak akan dibebankan dengan harga ayam yang tinggi selepas ini. Sama-samalah kita fikirkan jika ada kaedah-kaedah lain yang lebih efektif lagi.

19 comments:

Anonymous said...

cadangan yg mantap & bernas.perlu tindakan segera

Anonymous said...

perfect bro
no 3 and no4-logic

Anonymous said...

Setuju dgn saranan RBF..
Tang BOIKOT.. memang setuju..senjata ampuh ekonomi.. bila penawaran kurang dari permintaan... mesti turun harga..
CUMA... masalah org Melayu dan org Malaysia jenis tak apa..tak kisah ..
kalau kita boikot... yang ada duit sikit pergi beli.. yang kaya.. pun beli.. mereka tak satu hati dalam hak hidup bersama...

Mungkin Boleh Import ayam banyak2 dari luar.. sementra ringgit sekarang nie tinggi... Masalah nya pula rakyat kita tak suka yang beku.. nak yang fresh pulok.. adus...
bila lah nak satu hati...
Nie org cuepec/org gomen dan swasta minta naikkan gaji...
agaknya kalu gaji naik.. barang tak naik ke... adus... kerajaan lagi disalahkan...
jika sektor swasta laksana gaji minima RM800 ke atas.. alamat mcmana tokey na bayar gaji jika tak naikkan harga barang... so kerajaan lagi laha yang salah...

nak but nie..salah..
nak buat tu salah.. semua jadi serba salah..

Yang Paling baik rasa saya lah... tak nak bagi rakyat bawahan terasa sangat.. bagi KUPON makananan.. Jbt Kebajikan Masyarak bagi kopun makanan .. beras.. tepung.. gula.. dan pastikan kedai yang dilantik JKM sahaja yang terima kopun.. atau bagi sahaja ke NGO atau persatuan pengguna yang uruskan...

Jika dulu kerajaan boleh bagi rebet kat pemilik motor dan kereta.. apa kata bagi kopun pada yang memerlukan...
itu sahaj lah..pendapat saya... maaf kalu ada silap dan tak relevan ngan topik..
wassalam

Kama Irahsa said...

yg boikot tu aku suka. kalau tauke2 cina tu nak jual harga tinggi, yg melayu2 tu pakat2 la xnk amik. kalau satu pasar tak amik, kita tengok, harga tu boleh turun 3 ringgit tak sekilo? melayu ni penting diri sendiri. cuba bersatu hati. kat eropah tu, kalau boikot, semua ikut boikot. kat malaysia, time org boikot la nk buat untung.

cadangan2 lain yg bro cadangkn, mmg masuk akal. cuma kita nak tengok kalau boleh ada kesungguhan nk capai tu semua.

Anonymous said...

Yaa boo
mmg sejak dua menjak ni harga brg2 naik...nmpk macam tokei2 cina cuba bg rakyat marah pd kerajaan....
kuasa membeli mmg ada pada org melayu bro...kalau pakat2 boikot beli brg kat kedai cina, cina2 ni bungkus bro...

Tetapi masalah utama org2 melayu ni x nk bersatu...itu jaa, dr dulu sampai sekarang...

Selagi x bersatu, selagi itu kita lemah...

Cina MCA, DAP, Gerakan...walau dalam parti manapun mereka, mereka ttp bersatu...

ROSAFID said...

Susah, susah betul nak cakap, orang melayu bila ajak bergaduh sesama sendiri bolih kata 90% ikut tapi bila ajak bersatu untuk lawan cina sial 10% saja yang ikut. cadangan untuk boikot tu memang paling bagus tapi cara mana nak buat untuk paling berkesan? saya dah lama dah boikot kedai kedai cina sial kecuali jika tiada kedai melayu yang jual barang yang saya perlukan baru lah kedai cina sial yang saya tuju. kadang kala sampai tak makan apa yang di hajati sebab kedai melayu tak ada jual. banyak kali terjadi tapi tak makan barang tu tak mati pun malah makin sihat.jadi marilah bangsa ku kita mulakan gerakan melawan bangsa palig sial dalam dunia ni. jangan di beli lagi barang barang dari kedai mereka.selama ni yang majukan kedai cina sial orang melayu juga, jadi apa kata kita kayakan kedai kedai melayu saja dari saat ni. SEDARLAH WAHAI BANGSA KU, saya mohon sangat sangat bersatu lah untuk apa perkara pun demi kebaikan dan kesejahteraan bangsa MELAYU kita.Wassallam, ALLAHUAKBAR.

Melayu Malaysia Di Eropah said...

Bro RBF, tiba masanya menteri Ismail buka AP import ayam dan bagi dekat peniaga bumiputera tulen macam Ramly, Ayamas and even TS Mokhtar untuk import ayam frozen dari China.

Selama ini cadangan tu dok tenggelam timbul tapi tak pernah nak dilaksanakan.

Aku pun tak faham kenapa.

Ini adalah cara paling mudah dan murah serta cepat dan tepat untuk menyelesaikan masalah ayam naik harga kat pasaran tempatan.

Cencaluk said...

Bro RBF aku adalah sedikit tanah kat kampung dan sekarang ni aku tinggal dikampung sebab suami aku ditukarkan ke Melaka dan apa yang aku dan adik-adik aku fikirkan ialah untuk menjalankan penternakan ayam kampung, tapi masaalah kami ialah kawasan tanah kami adalah di kawasan sawah dan ini akan mengundang binatang seperti ular sawa dan biawak tapi aku rasa sebelum tiba musim perayaan ni aku nak ternak sikit untuk kegunaan keluarga senang sikit tak payah nak kayakan tauke cina.

Anak aku lak suka dengan binatang so ingat nak pelihara seekor lembu mana tahu cukup Raya Korban ni nanti dah boleh korbankan.

Saja-saja dah tak ada kerja nak dibuat so ada gak mengisi masa lapang sekarang ni kami bercucuk tanah di tanah tu.

Anonymous said...

Salam..

Dulu harga ayam tak stabil dan banyak murah dari sekarang sebab ayam Siam boleh masuk.

Di sempadam siam-malay, dulu2 motor 'skremler' bawa ayam hidup. Lori boleh bawa masuk ayam siam.

Setahu saya, ayam siam punya angkara, banyak pengusaha ayam malaya rugi.

Jadi kerajaan sekat masuk, satunya nk jaga peladang ayam malay, dua-sebab penyakit.

Anonymous said...

Aku akan sahut cadangan mu...

Anonymous said...

SUSAH BRO..
KAT MALAYSIA NI, ATAS KERTAS SEMUA CANTIK. TAPI BILA SAMPAI PELAKSANAAN, HANCUS!!!
BUKAN SETAKAT BARANGAN JE, KUATKUASA UNDANG2 PUN BOLEH FLIP FLOP..
KENA PULAK ORG2 LEMBIK YG PEGANG KUASA...LAAAAGI LA PAYAH.
AKHIRNYA SAPE SUSAH? RAKYAT JUGAK.

Anonymous said...

nampaknya otak kau lbh cekap dari otak menteri.lbh baik kau menteri rbf

Anonymous said...

Alhamdulillah, setakat ini harga ayam di econsave Batang Kali hanya rm3.99 sekilo berbanding harga di pasar Batang Kali rm7.30 sekilo.

Anonymous said...

Ayan Cina doll naik tak?
apa kata semua orang boikot tak makan ayam sebulan saja..kita tengok apa jadi?
Makan ikan masin ker..alaaa..bukan tak bolih kot????
Satu hati..

malimgunung7 said...

pandangan yang jitu bro rbf.

sungguh menyentuh perasaan dan sedih dengan kenyataan sekarang yang jelas banyak menguntungkan rakan cina kita dan rakan melayu kita pula tertekan. walaupun luarannya melayu/bumiputera nampak gembira dengan kuasa beli namun hakikatnya melayu/bumiputera menelan dengan rasa pahit di dalam. apa tidaknya semua produk hampir pasti dikuasai oleh kaum cina, dari makanan, pembinaan, peralatan/aksesori kereta dan sebagainya. di mana lagi kita mahu pergi beli tuan rbf? susah.. cuma kalau ada memang kita perlu usahakan untuk beralih kepada produk/perkhidmatan bumiputera. saya pernah beberapa kali dilayan "mau ambil, tak mau tidak apa" di kedai potong kereta yang dikuasai kaum cina bila saya minta murah sikit harga. tapi nak ke mana lagi? memang saya setuju pendapat tuan rbf, senjata menaikkan harga ini sebenarnya atas tangan kuasa ekonomi, siapa lagi kalau bukan tauke2, persatuan2 mereka dan malah mungkin dewan perniagaan mereka juga? akhirnya kerajaan yang bersalah dan seterusnya dibenci oleh rakyat.

walaupun mereka berpecah dari ideologi politik, tapi itu hanya kosmetik. hakikatnya mereka bersatu demi bangsa mereka yang seterusnya mahu menguasai politik negara.

melayu/bumipuitera pula berpecah bukan sahaja oleh politik, tetapi bangsa dan keturunan. ekonomi pun memecahkan, ketaksuban pun memecah belahkan melayu/buimiputera. akhirnya kaum cina akan bergelak ketawa atas perpecahan melayu/bumiputera.

Anonymous said...

...jangan sampai 'selsema burung' datang bantu turunkan harga.

Anonymous said...

Lambak aje ayam import kasi ajar sama diaorg ni

sekarang ni distribution center are all hypermarkets cam tesco giant etc. Org bandar tak gi sangat dah kedai kecik kecik ni

kerajaan kena Ada mechanism yg boleh memaksa hypermarket ni to ambil ayam yg di import ni or bagi je hypermarket ni AP to import

institusi cam Felda, tabung haji and sime Darby banyak peranan dalam hal ni. duit banyak kena kreatif lah sikit

kasi ajar sikit org tamak dan busuk hati ni

Muhamad Ahmar said...

cadangan-cadangan sebegini seharusnya diangkat ke peringkat yang lebih tinggi supaya dapat diperbahaskan. namun apa daya,sensitiviti orang-orang politik lebih ke arah mengekalkan populariti masing-masing supaya lebih mudah memahat laluan politik masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi. tolonglah pemimpin-pemimpin semua,seketika cubalah sedikit meringankan beban ekonomi rakyat marhaen dinegara ini.

Anonymous said...

Haramkan saja pembelian dari taukeh cina sebab dikuatiri tak halal cara ternakan dan pemakanan ayam2.. Sepatutnya orang Islam yang kena jalankan ladang ternakan ni, sampai bila kita nak kena buli?

Para ulamak kena cergas lah sikit dalam hal2 yang strategik macam ni.