Thursday, May 5, 2011

Orang Sibuk Nak PRU , Dia Sibuk Pasal Nak Jadi Menteri

Hujung minggu lepas ketika berucap merasmikan Mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Cheras, Ketua Pemuda Umno bahagian berkenaan, Syed Mehdhar Syed Abdullah telah meminta PM agar melantik Ketua Pemuda Umno Malaysia ke dalam kabinet.

Sehari selepas itu Exco Pemuda Umno Malaysia saudara Hishamuddin atau lebih dikenali sebagai Yop Putrajaya telah 'membelasah' balik rakannya itu. Lihat di sini.

Secara logik akal kita semua pun boleh fikir, sekarang kita sudah berada dalam gear 4 untuk menghadapi PRU. Bila-bila masa sahaja kita akan masuk gear 5. Maknanya sekarang ini adalah masa untuk kita memberi tumpuan bagi menghadapi PRU, bukannya masa untuk nak meminta-minta jawatan menteri. Apa punya turrrrr lah kau ni Syed Medhar ?

Apa ke jadahnya yang kau kelam kabut sangat nak tuntut KJ jadi menteri ?

Nak jadi setpol dia ke ?

Tuan punya badan diam seribu bahasa, kamu pula yang kalut lebih. Halo bro, jangan kasi malu Pemuda Umno. Buat kerja dulu.

KJ tak perlu jadi menteri, sekarang dia kena buat kerja untuk tebus balik dosa-dosanya, dosa abang iparnya dan dosa pak mertua dia. Kerana mereka bertiga punya pasallah, haru biru habis BN jadinya dalam PRU 2008.

Dah buat BN kalah teruk sampai hilang 2/3, lepas itu nak minta lagi supaya dia jadi menteri. Banyak cantik !

Lagi pun KJ suka masuk pertunjukan fesyen, mana boleh jadi menteri. Di Thailand dulu, PM nya, Samak Sundaravej, kena letak jawatan sebagai PM kerana muncul dalam rancangan memasak di TV. KJ nak jadi begitu juga ke ?

Jadi KP pun tak buat kerja, kalau jadi menteri lagi haru biru. Kerja kementerian nak buat, kerja pemuda nak buat, akhirnya kedua-dua hancur.

Lebih baiklah KJ duduk seperti sekarang. Boleh masuk show sana, boleh masuk show sini. Lagi pun kerja-kerja lasak yang kebiasaanya dilakukan oleh pemuda Umno telah pun diambil alih oleh wanita Umno.

7 comments:

Anonymous said...

KJ kan ada link back door dgn Anwar (KJ--Kalimullah--RPK--Anwar). suruh dia masuk PKR aje la

Anonymous said...

tunggu masa aje nak tendang KJ keluar dari UMNO....

Anonymous said...

SOKONG !!! suruh bahlul ni masuk PKR je tak pun DAP !!! Buat Semak je dalam UMNO.

Anonymous said...

Benda-benda macam ini yang buat aku menyampah dengan UMNO. Kerja tak sehebat mana, minta jawatan yang bukan-bukan. Perkasakan Pemuda UMNO dulu baru boleh berbicara soal jawatan!!!

Anonymous said...

balaci parpu stout memang benci kj. dasar penipu. dulu aku dah kata parpu tu kaki botol kao kata dia tak minum araklah dan sebagainya.

Anonymous said...

KJ jadi menteri?????????? PRU 13 pun belum tentu dicalunkan.....hahahhahahahaha

Anonymous said...

AKU NI OGHANG GOMBAU TAK HINGIN LANGSUNG DENGAN KJ TU .DATUK NAJIB JANGAN BERI LAGI KJ JADI CALUN.ANAK REMBAU SERIBU KALI LEBIH BAIK DARI KJ BERLAMBAK.KAL;AU LETAK KJ PARLIMEN REMBAU PASTI BUNGKUSSSSSSSSSSSSSSS