Sunday, May 15, 2011

MCA dan Gerakan Jangan Buat Bodoh, Minta Maaf Dengan Utusan

Sebaik sahaja Utusan Malaysia melaporkan apa yang disiarkan oleh blog bigdog dan penafian Jeff Oii sabtu lepas, bagaikan halilintar pemimpin-pemimpin DAP, Pas dan PKR menyerang Utusan Malaysia. Serangan bertalu-talu dan bertubi-tubi dihalakan kepada Utusan. Lebih malang lagi segelintir pemimpin-pemimpin turut sama menyerang Utusan.

Setelah seminggu, kebenaran telah terbukti. Seorang ahli DAP yang turut sama berada dalam majlis paderi-paderi kristian itu bersama dengan Jeff Oii tampil membuat laporan polis mengatakan apa yang dilaporkan oleh bigdog dan Utusan itu ada asasnya.

Kini telah pun dua hari ahli DAP itu membuat pengakuan, mana dia suara pemimpin Pas dan mana dia suara pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan yang begitu galak menghentam Utusan tempohari ? Mungkinkah mereka sudah tertelan kahak hijau ?

Kita jangan pedulikan soal pemimpin Pas, itu memang sikap mereka. Kalau isu yang boleh memberi keuntungan politik kepada mereka, maka mereka akan perah habis-habisan. Bila kebenaran terbukti, jangan harap mereka hendak memohon maaf. Mereka semua orang yang suci dan bebas dari dosa serta telah disahkan ke syurga.

Masalahnya sekarang ini adalah pemimpin MCA dan Gerakan, seperti yang saya katakan dalam tulisan yang lepas di sini tentang sikap mereka yang terikut-ikut dengan rentak DAP. Kini kebenaran telah muncul, dalam apa cara sekalipun pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan perlu memohon maaf kepada Utusan. Jangan cuba hendak buat bodoh dan jangan lari. Minta maaf dengan segera.

4 comments:

Anonymous said...

yep patut utusan saman balik pada mca dan gerakan.....

Anonymous said...

1.do you think they will apologize?

2.They were born to demand and not to apologize

2.Only Malay are apologetic.

3.What about UMNO blogger yg hentam Big Dog.

Anonymous said...

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/christian-leaders-condemn-claims-trying-to-usurp-islam/


bro faisal...sebenarnya serangan ke atas utusan adalah agenda tersusun selepas isu video seks Anwar.
capaian di atas menunjukkan story dalam malaysian insider sehari lebih awal daripada Utusan.

abang tengok intro dia lebih kurang sama dengan utusan yang menyiarkan tengang penafian jeff oi..malah artikel malaysian insider telah memetik laman blog big dog..tetapi mengapa portal ini tidak diserang?

Gay Faisla said...

Bro faisal kepala otak butoh enkau.

Nantio ko pun ku Duburi..


Stupid gay faisal...wakakakak!!!!