Wednesday, May 4, 2011

Istighozah Kubra Wajar Dianjur UMNO

Saudara Pengarang

Saya tertarik usaha yang dilakukan oleh penduduk Pekan baru,Riau seperti yang dilaporkan oleh akhbar ini pada 29 April 2011‘Istighozah satukan umat’. UMNO harus melakukan sesuatu di luar dari kebiasaan.

UMNO sudah berusaha tetapi sebenarnya masih gagal mengubah persepsi buruk yang ditanamkan pembangkang kepada sebahagian besar orang Melayu melalui ceramah dan juga usaha keras DAP terhadap kaum Cina juga semakin termakan. Jasa UMNO tidak dihiraukan lagi oleh mereka yang pernah menikmati kemakmuran dan kejayaan ekonomi. Sikap toleransi UMNO dan kesediaan ‘mengalah’ dengan memberikan banyak ‘kerusi’ juga sudah tidak dihargai. Jika dahulu ‘kafir zimmi’ menghormati UMNO dan pemerintah Islam di negara kita, tetapi kini golongan ini semakin ramai menjadi ‘kafir harbi’ yang sedang berusaha menghancurkan kekuatan syiar Islam di negara kita.

Keadaan politik negara ini semakin bercelaru dan mencemaskan, Cuba kita bayangkan, dalam keadaan yang penuh keraguan, bukti yang terlalu nyata dan pelbagai fitnah dan persepi buruk yang dilakukan oleh pembangkang di dalam negara ini, mereka masih tetap mampu mempengaruhi rakyat menyokong mereka. Semua fakta dan hakikat kebenaran sangat mudah dipesongkan dan segelintir rakyat pula masih percaya. Jangan kita terlupa bagaimana pembangkang mengaibkan, mencerca, menfitnah kepimpinan negara tanpa bukti dan tuduhan semberono selama bertahun-tahun. Malah ianya sangat berhasil menyakinkan segelintir penyokong mereka yang fanatik. Tetapi apabila hal ini ‘berbalik’ dan hukuman Allah SWT kembali kepada orang yang mencerca tersebut, pelbagai dalih dan alasan diberikan untuk menutup keaiban yang dilakukan secara terang dan nyata. Gambaran ini pernah disabda oleh Nabi SAW, “Sesiapa yang suka mencari-cari dan mendedahkan aib saudara seIslamnya, nanti Allah akan balas balik dengan cara membongkar aib dan keburukannya di dunia ini, walaupun dilakukan di dalam rumah dan bilik yang tersembunyi’. (riwayat Abu Daud)

Kerajaan dan Parti UMNO sebenarnya menjadi mangsa kezaliman puak-puak fantik yang keterlaluan. Mereka dihalangi oleh nafsu amarah yang semakin berleluasa akibat bisikan syaitan laknatullah. Segala pendedahan atau penjelasan dianggap konspirasi. Malah tahap fanatik kumpulan pembangkang kita semakin tidak waras dan menuju satu tahap jumud yang sudah tidak dapat dibayangkan. Buatlah program penerangan atau dedahkanlah video apa pun, mereka mempunyai jawapan balas yang ‘terlalu bodoh’ dan ‘dangkal’. Malah golongan agama dalam PAS pun telah ‘dibutakan’ mata hati mereka untuk mengakui kebenaran. Firman Allah SWT, “Dan mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuan pun tentang itu. Mereka tidak lain mengikut persangkaan sedang sesungguhnya persangkaan itu tiada berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran.” (Surah an-Najm 53;28)

Kebenaran pasti akan mengatasi kebatilan. Jalan ke arah itu perlu dan wajib diusahakan secara berjamaah. UMNO parti yang sangat berjasa tetapi sengaja dijadikan mangsa. Hanya Allah SWT Yang Menghendaki untuk membuka taufik dan hidayah kepada hamba-hamba yang dikehendakiNYA. Masanya sudah tiba agar UMNO berserah dan bermunajat dengan penganjuran progam yang berbentuk Islamik dan menyeluruh.. Firman Allah “Bertaqwalah kepada Allah nescaya Allah akan mengajar kamu secara langsung” (Surah al Bacaráh ayat 282)

Saya terlalu yakin, jika usaha memohon dengan penuh tawadduk dan kesungguhan ini dilakukan pasti bantuan Allah SWT akan lebih cepat menyelamatkan rakyat dan negara dari ‘kegelapan dan gerhana politik’ di negara ini. Sebagai manusia, janganlah kita terlalu sombong dan bangga dengan kekuatan jentera penerangan UMNO dan melupai kekuatanNYA yang Maha Luarbiasa.

Semoga kepimpinan agama dan alim ulama dapat melaksanakan kaedah ini sebagai satu usaha dan jalan terakhir secara besar-besaran. Adalah wajar Negeri Johor yang pernah menjadi sejarah penubuhan UMNO menjadi tapak perlaksanaan program ini moga-moga mendapat pertolongan Allah SWT dan menyatukan semua umat Islam dibawah payung UMNO.

Cr. LUKMAN MODIN
Kedah Darul Aman

8 comments:

Anonymous said...

Saya amat syahdu atas apa yg disyorkan. Oleh itu saya menyeru Ahmad Mazlan mengambil initiatif ini bagi membuka hati orang2 PAS (Parti Anjur Sex) ini kembali pada jalan benar bagi menyatukan orang Islam Melayu.

Anonymous said...

cadangan yang sangat wajar dipertimbangkan oleh pemimpin umno

Panglima Perang Cyber said...

kawe sokong usaha menggunakan kaedah agama kita dalam menyatukan umat Islam.

solat hajat diketuai alim ulama utk menyatukan umat Islam juga boleh dibuat di seluruh masjid dengan dianjur oleh Jabatan Agama atau Mufti di negeri masing2.

masa sudah suntuk dan jangan biar orang melihat melayu lemah dan mudah ditindas.

ayuh dan syabas atas artikel ini.

tq

halim said...

salam RBF

Teringat kata-kata Khairy Jamaluddin beberapa hari lalu yang mengatakan bahawa sekarang adalah waktu atau zaman gila. Manakan tidak, semua bukti-bukti yang telah dibentangkan di depan mata yang jelas lagi nyata serta tiada keraguan tidak dipercayai, manakala fitnah dan kata-kata nista telah mendapat tempat di hati segelintir rakyat Malaysia..hingga kita pun mengatakan memang 'Gila'..Memang fikiran mereka mudah dipesongkan oleh orang 'Gila' juga..Nauzubillah..

Anonymous said...

Masa yg amat sesuai utk Umno merobah segala prinsip. Bangsa Cina sememangnya jelas menolak BN. Politik kepentingan mereka bersama BN sudah berakhir. Sekarang Umno perlu berjuang atas landasan Islam. Haramkan judi disetiap negeri yg dikuasai. Satu tamparan kepada Kedah serta PR. Beri kebenaran kpd Kelantan utk jalankan hudud. Lihat apa tindakan mereka. Hipokrit mereka akan kelihatan. Umno got nothing to lose.

Anonymous said...

Penulisan yang baik.
Dalam perbuatan manusia sendiri juga berlaku dimana 'Orang akan nampak keburukan sesaorang dan kebaikan sesaorang tidak akan nampak walaupun secara terang2 sesaorang itu melakukan kebaikan'.
Didalam UMNO atau orang orang UMNo,saya tidak pernah melihat 'suara orang UMNO tidak pernah atau jarang bercakap kasar dalam ceramah ceramah saperti mencarut,tetapi setiap penceramah pembangkang 'penuh dengan perkataan mencarut'.Inilah kekasaran yang ternag2 menunjukkan pembangkang PAS PKR DAP terlalu biadap dan angkuh.
UMNO saperti telah mengaku kekalahan atau mengiyakan apa yang di hemburkan.
Setiap kali saya mendengar ceramah atau percakapan pembangkang,akan ada unsur unsur "provokasi'.
Ini menunjukan pembangkang ini mau sesuatu dengan kekerasan dan kalaulah pemerintahan ditangan lanun lanun ini,Malaysia akan hancur lebur.
Tetap bersama UMNO.Ameen

Spin1881 said...

I fully agree... its about time that UMNO reps in all areas "WAKE UP", refute and also challenge the opposition through Islamic methods... The opposition is spreading lies... it is about time that UMNO do the right thing... don't wait for PRU13 campaigns... it will be too late... Anwar is the MAFIA kingpin... take him down hard...

ABE ZUL KELATE said...

MEMANG BENAR APA YANG DICADANGKAN ITU,,,,ISTIGHOZAH KUBRA ADALAH JALAN TERAKHIR YANG PERLU DIAMBIL OLEH UMNO DEMI SURVIVAL AGAMA DAN NEGARA....INGATLAH SEJARAH LAMPAU DAN JASA LAMA UMNO SUDAH TIDAK BERAPA RELEVEN LAGI PADA SEGELINTIR UMMAH YANG TELAH DIMATIKAN AKAL DAN HATI OLEH ALLAH......KEBAIKAN UMNO DIPERSENDA JASA UMNO DIPERLEKEH.....UMNO DIRATAH KIRI DAN KANAN SAMADA OLEH MANUSIA SEBANGSA ATAU DARI KAUM PENDATANG YANG TIDAK TAHU BERTERIMA KASIH....JALAN BIASA SUDAH TIDAK BERKESAN LAGI BAGI MENGUBAH MASA DEPAN.......KEPADA PEMIMPIN UMNO YANG RENDAH DIRI DAN HATI TOLONG LAH RINTIS CARA DIANJURKAN DI ATAS DEMI SURVIVAL BANGSA DAN AGAMA......TOLONG JANGAN DIPANDANG SEPI CADANGAN INI....FIKIRLAH DENGAN SERIUS KERANA MASA ITU TERUS BERLARI......BERTAWAKALLAH KEPADA ALLAH SAMBIL BERDOA DENGAN PENUH IKHLAS SETELAH SEGALA USAHA DILAKUKAN MENEMUI KEBUNTUAN.......SEKALI LAGI SAYA YANG KERDIL INI MERAYU KEPADA PEMIMPIN MELAYU BESAR LAKUKANLAH APA YANG DISARANKAN INI DEMI MASA DEPAN KITA BERSAMA.....USAH DIPANDANG SEPI CADANGAN INI......SESUNGGUHNYA ALLAH LAH TEMPAT KITA BERGANTUNG DAN MEMOHON HARAP.