Thursday, May 12, 2011

Ulama Pas Kata Kelakuan Buruk Seseorang Perlu Didedahkan

Mulai hari ini kita kena pertingkatkan lagi pendedahan-pendedahan perlakuan buruk Anwar Ibrahim atau pemimpin-pemimpin Pas yang lain.

Kita kena ikut saranan yang disarankan oleh Ulama Pas. Dalam apa cara sekali pun kita kena ikut kata mereka kerana mereka semua adalah ulama yang suci dan tidak ada setitik dosa pun serta telah dijanjikan syurga. Siapalah kita jika hendak dibandingkan dengan mereka, apatah lagi orang Umno seperti saya ini yang telah disahkan oleh Nik Aziz tidak akan ke syurga.

Bersambung dari tulisan sebelum ini di sini

PUTRAJAYA 29 Feb.2008 – Setiausaha Majlis Syura Pas Pusat, Abdul Ghani Samsudin hari ini mempertahankan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan calon-calon parti itu mengumpat dan mendedahkan keburukan lawan masing-masing.

Abdul Ghani yang juga calon Pas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burung, Selangor, berkata, pendedahan tentang hakikat sebenar seorang pemimpin dibenarkan oleh syarak bagi mengelakkan orang ramai teraniaya.

‘‘Pendedahan itu dilakukan demi kebaikan dan berdasarkan keilmuan supaya pemilihan pemimpin dibuat dengan teliti dan difikirkan secara matang.

‘‘Konsep ini adalah dibenarkan dalam Islam kerana jika tidak didedahkan keburukan dan kelemahan seseorang pemimpin yang bakal dipilih itu, bimbang nanti berlaku kerosakan yang lebih besar,”katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini.

Abdul Ghani yang juga bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengulas laporan Utusan Malaysia semalam yang menyebut Abdul Hadi mengeluarkan ‘fatwa’ membenarkan semua calon Pas yang bertanding mengumpat, membuat tuduhan serta mendedahkan keburukan lawan masing-masing.

Menurut Abdul Ghani, meskipun Allah menyatakan dalam ayat 148, Surah al-Nisa tentang larangan mendedahkan keburukan seseorang secara terang-terangan tetapi dalam ayat tersebut juga menyatakan perkara itu dikecualikan jika melibatkan mereka yang teraniaya.

‘‘Dalam hal ini, rakyat akan teraniaya jika kita tidak menyatakan hakikat sebenar dan rekod perilaku seseorang pemimpin.

‘‘Sebab asas memilih pemimpin mesti berasaskan kepada ketakwaan mereka kerana mereka yang tinggi martabatnya ialah mereka yang paling bertakwa,” jelas beliau.

Katanya, pendedahan tentang segala kelemahan dan rekod buruk seseorang itu dilakukan demi kepentingan umum seperti skandal atau kelakuan buruknya.

‘‘Ini termasuk dalam perkara amar makruf dan nahi mungkar dan nasihat dalam agama atau hisbah. Ini sama seperti dalam proses memilih pasangan atau meminang, mesti dinyatakan hakikat sebenar latar belakang pasangan kerana proses membina rumah tangga berasaskan kepada mahabbah iaitu kasih sayang,” katanya.

Katanya, konsep tersebut juga boleh diamalkan dalam proses memilih kepimpinan yang membabitkan soal kepentingan negara.

8 comments:

Anonymous said...

kalau dah kelakuan buruk macamana nak jadi pemimpin...memilih pemimpin sehingga membenarkan umpat keji bukan budaya orang berakhlak...perbuatan umpat keji itu sendiripun dah melambangkan orang itu tak berakhlak,,jadi fikirlah sendiri bila orang itu umpat keji orang lain untuk si pengumpat dipilih sebagai pemimpin adalah suatu yang amat tidak berakhlak..

Anonymous said...

dah terbatal fatwa ni RBF. selepas nik aziz merestui berkahwin dgn komuniss.... fatwa pas berubah setiap minit mcm bursa saham..

Anonymous said...

Anwar tentu marah dengan ulamak PAS ni....

Anonymous said...

wal hasil balik asal....

zahari1950 said...

Spin ulamak PAS spin, Jangan tak spin. Jikalau terhadap UMNO sampai hujung dunia pun tetap difatwakan bahawa tak boleh mengumpat (fitnah) dan mendedahkan keburukan orang. Tetapi sesama PAS boleh pulak. Fatwa macamnilah yang menyebabkan Melayu/Islam berpecah. Bagusnya ajaran PAS ni..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Adi Kencana said...

Bila dia untung, boleh je dedahkan keburukan. Bila dia kena, haram aibkan sesama Muslim... Pigi dah PAS!!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

Quote: "Bila dia untung, boleh je dedahkan keburukan. Bila dia kena, haram aibkan sesama Muslim... Pigi dah PAS!!"

Setuju...100%..!!!!!