Thursday, May 12, 2011

Wajib Kita Mengumpat Atau Dedahkan Keburukan - Hj Hadi

Setiap kali isu moral Anwar Ibrahim diperkatakan, maka setiap kali itulah Pas akan berkokok mengatakan tidak baik mendedahkan aib orang.

Bila kena atas batang hidung dia, itu yang dia jawab, bila kena atas batang hidung orang lain dia kata wajib untuk dedahkan.

Dasar Parti Anak Syaitan....

Apa yang dikatakan oleh Hj Hadi semasa kempen PRU ke 12 yang lepas ?

KUALA TERENGGANU 1 Mac 2008 - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap dengan pendiriannya bahawa mengumpat dan mendedahkan keburukan seseorang bagi tujuan memilih pemimpin adalah dibenarkan dalam Islam.

Beliau berkata, isu tersebut bukan satu perkara baru kerana ia dibincangkan dalam sebuah kitab bertulisan jawi, Hidayatus Salikin iaitu terjemahan daripada kitab karangan Imam Al-Ghazali.

Di dalam kitab itu, katanya, ada diterangkan dengan jelas mengenai kategori mengumpat secara terperinci sama ada haram, harus atau wajib.

“Mengumpat ini ada yang haram dan ada yang wajib. Jika jatuh hukum wajib, wajib kita mengumpat. Sekiranya kita tidak mengumpat berdosa kita.

“Sebagai contoh pencuri masuk kampung dan jika kita tahu dia ini pencuri,

wajib kita mengumpat atau dedahkan keburukannya supaya orang kampung terselamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah perdana di Pengadang Baru di sini, malam tadi. Turut menyampaikan ceramah pada majis tersebut, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Abdul Hadi di dalam ceramahnya di Kuala Besut baru-baru ini, membenarkan semua calon Pas yang bertanding mengumpat, membuat tuduhan serta mendedahkan keburukan lawan masing-masing.



Apa komen anda ?

8 comments:

marilyn said...

PASngok hipokrit gila babi. Ularmak politik yg halal bg dirinya tetapi haram bagi org lain.

Anonymous said...

Sebab itu diakhirat nanti ramai ulama yang masuk neraka.....

budak pondok said...

benar..didalam kitab hidayatus salikhin mmg benar ada mnyatakan hukum wajib dan harus mngumpat.. ada 6 perkara yg dibenarkan mngumpat.dalam memilih pemimpin juga termasuk dalam 6 perkara ini. ini untuk memastikan rakyat tidak tersalah pilih..meskipun apa yg diumpat itu dibenci oleh orang yg diumpat namun hukumnya tetap wajib

raja said...

Pas Memang Dasar lidah bercabang...halal ikut kepentingan politik semata

Anonymous said...

Itulah sifat orang munafik.Yang sentiasa menyembunyikan kebenaran.

Anonymous said...

jika persoalan dalam agama boleh mengharuskan kita mengumpat dan mengata... tak perlulah dinafikannya.. cuma perkara yang diumpat dan dikata itu hendaklah betul..pasti.. dan ada bukti.. jika main2 agak agak je.. dengar kata orang je tanpa bukti... itu dah jadi jatuh tahap fitnah.... japa apa pandangan anda pula... ADAKAH SEBELAH SANA MEMPUNYAI BUKTI BILA MENGATA DAN MENGUMPAT DAN DISEBELAH SINI JUGA ADA BUKTI/SAKSI UNTUK BERBUAT DEMIKIAN... FIKIR..FIKRKANLAH...

Anonymous said...

Org Singapura,
Maaf sudah terlalu lama tidak mengikuti blog ini kerana sibuk berkempen utk parti pekerja di singapura.Saya ingin memberi sedikit peringatan kepada Parti2 pro melayu supaya berwaspada dan bersatu supaya kedudukan mereka tidak blh di cabar di Malaysia. Singapura dgn majoriti bangsa cina makin mengganas utk membawa masok org cina dari tanah besar cina ke pulau ini.Kenapa dan mengapa?Org2 melayu malaysia mesti cepat bersatu supaya mereka akan selamat dari di ancam oleh PAP singapura. Tuan,johor dgn kebesaran tanah yg berbilang ganda mungkin akan jadi ancaman pertama bagi Malaysia. Pemerintah singapura membelanjakan 12% dari perbelanjaan hasil kasar negeri utk pertahanan yg mana parti pembangkang singapura sendiri amat resah dgn sikap ini. Kenapa begitu besar di belanjakan?Ada kah utk pertahanan atau utk bersiap sedia utk ......sekira nya melayu masih tidak nampak akan bahaya di depan mata saya sebagai melayu singapura sangat kesal dgn kejahilan parti2 pembangkang melayu yg cuma tau berpolitik tapi tidak ambil peduli apa yg terjadi di rantau mereka.Ingat PULAU PINANG MESTI INGAT SINGAPURA bangsa cina yg ramai akan binasa la org melayu yg berpechah belah.

Kama Irahsa said...

kalau itu yang ulama pas kata. kita kena ikut. hehe