Saturday, May 14, 2011

Pengumuman Dari RBF

Blogspot telah mengalami gangguan melampau sejak 20 jam yang lepas.

Beberapa hari sebelum ini juga ada masalah timbul.

Saya jangkakan perkara ini mungkin akan berlaku lagi selepas ini.

Banyak tulisan-tulisan yang saya telah draft dan simpan telah hilang dan beberapa tulisan yang disiarkan semalam juga hilang.

Saya telah menyediakan satu lagi blog alternatif sekiranya berlaku gangguan selepas ini.

Sila ke http://rbfonline.wordpress.com/ sekiranya berlaku lagi gangguan di blogspot.

6 comments:

MPP said...

Bro, bila lu nak linkkan blog gua di blog lu? Eksyen yee... Hahahahaha...

zahari1950 said...

Saya juga telah mengalami masalah blog saya yang tak boleh di login sejak 2 hari lalu. Manakala posting dan link saya di fb menjadi celaru bila satu freind's post membawa satu mesej yang bila di click ikut arahannya, fb kita akan dipenuhi dengan posting tersebut dan berjangkit kpd seluruh fb friend kita. Bila saya padamkan satu persatu, rupa-rupanya saya memadamkan seluruh older post saya. Tetapi ianya tidak menganggu dan memadam apa yang berada di wall saya. Saya telah membuat aduan ke 100 tmnet tetapi tidak dijawab dengan jelas. Kononnya mungkin ada penyelenggaraan. Jika hari ini masih tak berfungsi pihak pengendali internet di Tmnet meminta saya membuat aduan semula. Hari ini alhamdulillah… blog saya dan mungkin juga blog para pejuang sekelian telah pulih.

Andaian saya ada kemungkinan pakar IT pembangkang cuba sabotaj posting-posting bloger penyokong UMNO/BN/kerajaan. Bukti-bukti yang saban hari didedahkan menyebabkan "boss" mereka terus tertekan. Dari pendedahan video sek dan lain-lain isu, nampaknya pro pembangkang ketandusan idea untuk counter isu-isu yang diketengahkan oleh bloger pro UMNO/BN/Kerajaan yang semakin nyata dan diterima masyarakat serta sukar dibendung.

Kemungkinan juga pihak kerajaan cuba membendung sementara “Perbicaraan” di internet kerana bimbang 13 Mei 1969 akan berulang sempena dengan tarikh 13 Mei 2011. Sebagai bloger dan perayau internet penyokong kerajaan, saya bersetuju dengan tindakan kerajaan tersebut. Di harapkan Suruhanjaya komunikasi multi media (SKMM) bersikap adil.

Diperhatikan bahawa hanya kerana Utusan Malaysia (UM) membawa berita "Pihak Kristian akan berjuang untuk jadikan Agama Kristian dijadika Agama resmi dan bukan Islam boleh jadi perdana menteri, UM telah diberi amaran agar tidak memperbesarkan isu tersebut. Tetapi apakah rationalnya tindakan tidak diambil terhadap media pembangkang dan penganjur pihak kristian yang menganjurkan pertemuan tersebut. Mereka seolah-olah dibela dan seterusnya diberi peluang membuat penjelasan kononnya mereka tidak pernah berikrar sedemikian. Tetapi saksi dah mula timbul. Bagaimana?. UM masih bersalah?. Apakah Malaysian Insider, harakah, roket, akhbar berbahasa Cina dan Tamil yang membawa isu sensitif dan perkauman yang lebih serius lagi telah memiliki imuniti dari tindakan SKMM dan KDN. Kalau nak tutup mulut, tutup lah mulut semua orang. Raja/Datuk tukang fitnah, Anwar Ibrahim perlu terlebih dahulu didiamkan sebelum para bloger pro UMNO/BN/Kerajaan di kehendaki mendiamkan diri.

Salam dari bloger http://panglimalembahbelum.blogspot.com. Saya juga mohon rbf linkkan blok saudara ke blog saya. terima kasih.

Anonymous said...

ANTARA NIK AJIS, HADI AWANG, ABD GHANI DAN USTAZ MAT NOR DERIS : AKU SANGAT PERCAYA KEPADA USTAZ MAT NOR DERIS .....

HARAP RBF DAPAT SEBAR LUAS 3 SIRI VIDEO USTAZ MAT NOR DERIS TENTANG NIK AJIS

MULAI SEKARANG AKU TAK IKTIRAF NIK AJIS SEBAGAI ULAMAK .......

BIDAAH BETUL ......

ruang bicara faisal said...

halo MPP, bukan eksyen. saya tak blh nak ingat. byk sgt blog. dah link...

MPP said...

Thanks boss.. Lu memang macho dan ganteng pasal sudi linkkan blog marhaen macam gua.. Gua doakan lu akan terus ganteng selamanya... Hehehehehe...

Anonymous said...

aparaaaaaaa korang nie banggang sangat bukan blogspot jer laaaa call la TM tanya pasai apa .... masalah la nie kebanyakan web yang hosting dan server kat US ada masalah pasai gegaran gempa bumi .... kalau bukan pasai gegaran APA AKU KISAH mampoih pi laaaa nak kena hack ker hapa kerr wakakkakakakakakakakakaka