Sunday, May 8, 2011

PM Kristian: Adakah Pemimpin Pas Berikrar Bersama Paderi Kristian ?

Setiap kali timbul isu yang melibatkan kristian, Pas akan kebarisan hadapan bersama-sama dengan DAP untuk mempertahankan kristian. Antaranya isu kalimah Allah dan isu al-kitab.

Dalam isu yang timbul semalam berhubung PM kristian dan kristian agama rasmi negara, Pas sekali lagi muncul ke depan untuk menjadi naib juara selepas anugerah juara dipegang DAP dalam hal mempertahankan kristian.

Hari ini kita boleh melihat pelbagai peringkat pemimpin Pas membelasah Utusan Malaysia berhubung isu berkenaan. Lain yang dilaporkan Utusan, lain yang mereka tutuh. Lihat di sini.

Persoalannya di sini, bagaimana pemimpin-pemimpin Pas tahu apakah ikrar yang dibacakan oleh paderi-paderi kristian dalam majlis itu ? Adakah pemimpin Pas turut sama berada di majlis berkenaan ?

Sudah tentu tidak. Jika tidak bagaimana mereka tahu ? Mereka tahu melalui apa yang dinafikan oleh DAP. Percaya sangat pemimpin Pas kepada DAP, sehingga apa yang dikatakan oleh DAP mereka terima bulat-bulat tanpa perlu usul periksa terlebih dahulu.

Daripada jawapan Jeff Oii sepertimana yang disiarkan oleh Utusan semalam pun kita sudah boleh mengagak tentang apa yang diikrarkan oleh paderi-paderi dalam majlis itu. Sini

Sepatah haram pun Jeff Oii tidak menafikannya, sebaliknya beliau cuba pusing kearah lain dengan mengatakan ketika majlis berlangsung, beliau sibuk 'melayan' iPad selain menjamu selera walaupun turut bertafakur semasa paderi-paderi itu berdoa.

Bukan kita tidak kenal pemimpin-pemimpin DAP atau Pas dan PKR, jika ada perkara yang tak betul yang ditanya kepada mereka, belum sempat soalan habis lagi, mereka akan mencanak berdiri atau melompat menafikan perkara itu. Tetapi ianya berlainan sekali dengan apa yang dijawab oleh Jeff Oii semalam. Nafikan tidak, sahkan pun tidak. Layan iPad kononnya, itulah bukti pemimpin DAP tidak pandai menghormati majlis. Datang ke majlis untuk melayan iPad dan makan ketika majlis sedang berlangsung. Apakah dalam hal ini orang-orang kristian tidak tersinggung dengan sikap Jeff Oii kerana tidak menghormati majlis mereka ?

Jika orang yang berada dalam majlis itu tidak mampu untuk menafikannya, bagaimana pula pemimpin Pas yang tidak berada di situ boleh menafikannya dan mengatakan Utusan melaporkan berita tipu ? Adakah Nik Aziz, Tuan Ibrahim Man turut sama berikrar bersama paderi-paderi kristian pada masa itu ?

12 comments:

Camar Senja said...

itula pas... diaorg meletakkan agama di di bawah skali..yg paling tinggi diangkat ialah nafsu diaorg...

Anonymous said...

ish ish ish ish ish ish...pas dah tumpas.....hampas..

Anonymous said...

dah hilang hormat aku dengan pemimpin PAS..habis dijilat semua ludah,muntah dan kahak yang keluar dari isi tembolok DAP..walaupun baru jek DAP telan sekor babi panggang yang paling besar!!!

Anonymous said...

PAS tu kafir dan kebanyakan bewak dia adalah kristian. pakai kopiah tu nak tunjuk dan pikat islam. PAS juga parti pembunuh budak kecik.

oh malaysiaku said...

PAS dibawah nik aziz tidak mempunyai halangan dan secara tak rasminya merestuinya, bermakna bersetuju kerana Isle PAS dengan kristian mengikut fatwa nik aziz adalah sama, kerana mereka semua menyembah tuhan yang sama iaitu Allah.

Islam PAS (Isle) adalah Islam Politik (Islam Kulit), sudah terlalu jauh menyimpang dari pegangan Islam yg diredhai Allah.

nazir said...

1. Kristian makin kuat di selangor adalah di sebabkan oleh 4 org..

1. Khalid Samad.. sbb dia dgn lantang membela malah bersama2 panganut kristian menjalankan tugas amal. Malah Si Khalid ni mempunyai aktiviti mingguan dgn penganut kristian.

2. Hassan Ali.. Begitu lemah sehingga tidak mampu berbuat apa2. Hassan Ali hanya mampu melihat kebiadapan kristian dan DAP walaupun dgn terangan telah merosakkan banyak akidah org2 selangor. Aku rasa minda Hasan ALi kini makin rendah serta rosak berbanding dulu semasa dia menjadi pakar motivasi..

3. Khalid Gagap.. Dia ni mmg tak layak jadi MB.. sbb tidak satupun yg dia buat untuk kebaikan org melayu selangor.. Beliau juga sering buat statement yg meragukan terutama bila di tengking oleh DAP.. MB sepatutnya memahami masalah rakyat.. tetapi buat tak tau jaa malah biadaplak dgn sultan sendri.

4. Terakhir ANUAR BREHIM SUNDAL.. Dia ni yg telah menamam kebencian dlm msykat melayu serta dgn terangan memberi lampu hijau pada org kristian menggunakan nama ALLAH di gereja.. malah ada juga org malayu selangor yg kononya dah moden menyokong SI SUNDAL ni...

KLAU NAK TAU SI SUNDAL NI TAK NAK JADI PM... TETAPI NAK JADI PRESIDENT DI MALAYSIA...

So.. sbb itu dia kata tidaksalah PM dari kalangan BUDHA, HINDU ATAU KRISTIAN...

Masa itu melayu dan sultan melayu akan hanya tinggal nama seperti di INDONESIA DAN SINGAPORE.

REPABLIK OF MALAYSIA.

Anonymous said...

ni satu lg kebodohan melampau... ni politik je ni... sengaja di keluarkan supaya islam benci kristian... kesian orang kristian... anak aku yg 7 tahun pun boleh cakap ini kerja orang bodoh... siapa pencetus ni??? kita bako je orang tu..

Anonymous said...

Jangan engkau terbako sudahlah.

Anonymous said...

jeff ooi la pencetus. sila bako beliau.

Anonymous said...

Anonymous Anonymous said...

ni satu lg kebodohan melampau... ni politik je ni... sengaja di keluarkan supaya islam benci kristian... kesian orang kristian... anak aku yg 7 tahun pun boleh cakap ini kerja orang bodoh... siapa pencetus ni??? kita bako je orang tu..

May 8, 2011 11:48 PM

saudara, kdg2 bila sesuatu isu berkaitan dgn agama Islam jgn terlalu kesian sgt kat org lain. kesian kat akidah anak cucu kita dulu. jgn nk pandang ringan dan fikir ini hanya politik. kalau tak mahu agama lain dipertikaikan, kenapa mesti makin lama makin berani nk sentuh pasal Islam? dah la kantoi kata masa majlis dok lafaz ikrar palsa isu ni dia kata dia tgh dok main ipad... maknanya the incident did happen, kan? nak kesian kat org lain, perhati tak dari hari ke hari agama kita ni direndahkan olh golongan mereka ni?

Anonymous said...

memang PR nih penjahanam agama Islam... PAS terhegeh-hegeh mengikuti arahan DAP dan PKR... lebih2 lagi diketuai oleh anwar yang dah sesat... bako anwar nih, bako bako dia...

Anonymous said...

malang sungguh... orang islam sendiri yang mmperjuangkan agama orang kafir..