Friday, May 17, 2013

Belum Dua Minggu Bentuk Kerajaan Menteri Dah Bercakap Pasal GST


KUALA LUMPUR: Malaysia mampu memperolehi pendapatan negara mencecah sehingga RM27 bilion, jika cadangan cukai barangan dan perkidmatan (GST) dilaksanakan pada kadar 7 peratus, seperti di negara jiran, Singapura.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, perlaksanaan kadar cukai baru tersebut mendorong kepada pertambahan pendapatan dari RM20 bilion kepada RM27 bilion, apabila mencapai tempoh matang.

"Tempoh matang itu adalah apabila rakyat Malaysia mula menyumbang kepada GST. Ia perlu dilaksanakan segera sebaik sahaja mereka bersedia menerima mekanisme tersebut," jelasnya.

Berucap di forum "PRU13 - Apa Maknanya kepada Perniagaan?" hari ini, Idris menerangkan maklumat tentang GST dan cara ia menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara supaya rakyat negara ini memahami dan menerima perlaksanaan cukai itu nanti.

GST itu katanya, akan menyediakan dana tambahan kepada kerajaan sebagai perbelanjaan kepada rakyat Malaysia, sepertimana mana yang dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional (BN), sebelum PRU13 lalu.

"Walaupun perlaksanaan cukai baharu diperkenalkan, namun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap komited dalam menurunkan cukai korporat dan cukai pendapatan peribadi.

"Cara ini menunjukkan kerajaan mahu keseimbangan dalam semua perkara yang dilakukan, sama ada dari segi ekonomi atau politik," demikian menurut Idris, yang juga mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU).

Dalam masa yang sama beliau turut menafikan janji-janji yang dibuat kerajaan semasa pilihan raya lepas akan meningkatkan hutang keluaran dalam negara kasar (GDP), dari kadar 53 peratus sekarang.

Katanya, kerajaan komited dalam mengekalkan hutang di bawah 55 peratus, berbanding siling GDP yang pernah ditetapkan sebelum ini.

"Semasa di Forum Ekonomi Dunia di Davos, apabila saya mencadangkan perlaksanaan Malaysia untuk tetapkan 55 peratus siling hutang GDP, ramai pakar ekonomi dan pemimpin mengatakan ia mustahil."

"Ia disebabkan negara Malaysia unik kerana masih mempunyai hutang di bawah 55 peratus," kata Jala dan menambah negara seperti Singapura (100 peratus hutang GDP), United Kingdom (80 peratus) dan Perancis (81 peratus).

Idris percaya matlamat negara berpendapatan tinggi boleh dicapai awal 2 tahun, berdasarkan usaha ekonomi kerajaan dan sektor swasta, dan menambah Malaysia di trek yang kukuh untuk mencapai lebihan belanjawan menjelang 2020.

Tambahnya, tempoh 4 tahun lepas dengan Najib sebagai Perdana Menteri, defisit belanjawan negara menurun tahun demi tahun, dan memberi jaminan pencapaian ini akan berterusan.

"Tahun lepas, ia sebanyak 4.5 peratus, dan tahun ini kita jangka akan menurun lagi kepada 4 peratus. Jika segala usaha dijalankan, saya percaya kita memperolehi lebihan belanjawan tersebut," terang beliau.

Peranan kerajaan dalam perniagaan, kata Idris, peningkatan perniagaan akan berlaku pada tahun ini.

Melalui Peranan Kerajaan dalam Perniagaan (GRIB), Jala berkata kerajaan telah kurangkan atau hentikan kepentingan dalam 13 syarikat, daripada 33 entiti yang dikenal pasti oleh PEMANDU.


Ini masalahnya apabila orang yang bukan politik diletak dalam sebuah kerajaan yang ditubuhkan hasil dari perjuangan politik.

Dia main cakap ikut sedap mulut dia sahaja....

Dia bukannya ada kawasan pilihan raya yang perlu dijaga. Dia bukan berdepan dengan pengundi-pengundi di dun atau parlimen. Malah dia tak faham apa masalah rakyat dan wakil rakyat di akar umbi. 

Kita baru menang tak sampai dua minggu lagi dan kerajaan yang ada pun tak stabil lagi, dia dah bercakap benda yang tak patut diucapkan. Bukan tak sepatut diucapkan , malah tidak perlu dilaksanakan pun di Malaysia. 

Jangan hanya memikirkan pendapatan kerajaan , poket kami pun kamu kena fikir....

68 comments:

Anonymous said...

idris JALAng ni patut dihumbam ke dalam tangki septik sejak dulu lagi. Hati ROBOT ingat nak untung macam bisnes aje tanpa ada tanggungjawab sosial dan nilai murni untuk rakyat. setan. memang aku menyampah dia dia sejak dilantik. PEMANDU jalang lagi penyibuk dan paling celaka.

tobeng said...

idris anak jala ni memang tak guna.Aku daripada dulu memang tak setuju dengan lahanat sekor ni.Kalau najib ikut rentak bahlol mamat ni,confirm bn jadi pembangkang pru14.

Ini memang isu yang paling ditunggu2 pembangkang iaitu pelaksanaan gst.Setakat idea nak membebankan rakyat macam ni,budak terencat akal pun boleh bagi idea lagi baik.

Isu ni memang tak mampu kita tangkis.Sia2 usaha kita back up kerajaan kalau inilah yg idris anak jala nak buat.Dengan AES lagi...adoiii

Tok jib tolonglah..kalau masih cerdik,jangan ikut idea bangang idris anak jala ni...s'pork negara maju berpendapatan tinggi,mana boleh samakan dengan Malaysia.Carilah idea lain yg lebih kreatif bukan idea orang tak sekolah pun boleh bagi.

Anonymous said...

Aku faham apa signifikan GST ni tapi umum ramai tak faham,atau sengaja buat tak faham.
Implementasinya akan buatkan kerajaan jadi tidak popular dan mungkin kalah PRU 14. Idris jala ni got nothing to lose. Sebagai non muslim dia akan dianggap hero kalau lompat ke DAP kalau BN kalah nanti.

Anonymous said...

Dan Anuwar akan tweet..GST hadiah terbaru dari BN kepada rakyat sempena kemenangan PRU13. Makin pencacai dia ada point nak berdemo..

Mamat ni dgn PR ada pakatan dalam gelap ke?

Anonymous said...

pelik pm najib ni,sapale inner circle dia,betul2 punahsihat,ada IDF,KIMMA dipilihnya orang hindraf,ni idris jala ni disimpan lg dlm kabinet,dah bukak gelanggang GST

Anonymous said...

aku pun tak suka idris jala ni dari dulu lagi

Anonymous said...

Gst memang patut ada, tapi hanya hanya untuk luxury goods sahaja.

Puak puak korang tau sapa memang banyak lari tax, dgn gst takleh lari lagi lah, u nak beli u bayar tax

Malah supertax patut ada untuk elite billionaire club

Anonymous said...

pada 5 mei aku dgn bangganya Snap gambar kertas undi yg aku Undi BN kemudian aku tunjukkan kat mak bapak aku yg sememangnya totok Pas...
tp kalo betul kerajaan nk laksanakan GST,mampuih la aku, kat mana aku nk letak muka kalo mak aku ckp
''TU LA HANG ! PI UNDI BN LG, TENGOK BARANG NAIK ! BODO PUNYA ANAK''

kat mana aku nk letak muka weiii!!!

sumpah aku xkan undi BN Lagi !!!

Anonymous said...

apa nak disembunyikan ..itulah hakikat sebenar UBN beriya2 mahukan kuasa..... untuk bolot kemewahan peribadi dgn bebankan rakyat dgn pelbagai tipu muslihat!

lambat laung rakyat akan celik mata juga walaupun sekarang masih dibuai dgn pelbagai "gula2" UBN itu...

Anonymous said...

RBF, kalau boleh, sampaikan la maklum balas ni pada Dato Seri Najib, Idris ni boleh melingkupkan kerajaan BN.idea dia bernas, cuma bukan semua rakyat setuju dan ini boleh dijadikan isu besar dan sekaligus mengiyakan apa yang anwar ibrahim kata. sapa setuju kita keluarkan idris jala ni dari pemandu.buatla pole untuk ni RBF

mat saga said...

ini semua mat pooyoooooooo....

Anonymous said...

Ada ke najib baca komen2 kita semua ni? Elok cakap kat dinding aje? Tapi klau kita ni org cina lainlah terbeliak mata najib dan konco busuknya idris jala dan kj kencing berlari.

Anonymous said...

jgn takut la.dia ni senator.abis penggal senator dia ni abisla la leh jd menteri lg
kita tunggu budak kg tarum handle PEMANDU plak

Anonymous said...

satu masalah kerajaan dari dari dulu lagi ialah gagal menangi issue pada waktu yang betul. do the right thing at the right time.
Idris jala ni bukan politikus, dia tak tau denyut nadi rakyat. Dah dari dulu lagi PR kata BN menang Barang Naik. PR sanggup berhabis nak tanamkan doktrin kat minda rakyat. Kerajaan sepatutnya bersedia untuk counter hujah ni dengan bernas.
Namum jika tak dapat berikan hujah bahawa dengan gst ni rakyat akan utung, janganlah cakap pasal gst dulu. Benda yang orang tak paham lagi senang utuk dikeirukan. Sifir rakyat mudah jer GST? apa haraga turun, apa harga naik? kat mana kena gst kat mana tak? benda2 basic ni kena jelas, jangan main pukul rata jer, gst tak membenkan rakyat, bandingkan dengan negara maju bla, bla, bla. Kalau aku najib, aku dah bagi red card dah. Kabinet belum bersidang, dah bagi bom kat PR.

Anonymous said...

Senator dia mmg ada kontrak lagi. Tapi adakah dia wajib dijadikan menteri? Kekalkan je sbg senator tp bkn menteri tak boleh ke dari segi law ?

Anonymous said...

pa menteri ni tak tau ker, pemimpin bawahan berhempas pulas nak pertahankan issu masa pru12 dulu, issu yang sebenarnya bukan issu jika dari awal benda ni dijelaskan dengan terang. contoh:
1. AES - benda bagus tapi perlaksananya lemas. Cuba AES dibuat secara telus. Declare awal2, kawasan2 yang kerap berlakunya kemalangan maut, letak aes terang2 kat kawasan tu. Bgi amaran, Kawasan kemalangan, sila perlahankan kenderaan, jika takut nyawa kamu melayang atau kena aes.compare sebelum dan sesudah aes kadar kemalangan. Bukan letak aes kat kawasan yang pemamdu rasa ianya memang nak kenakan orang. contohnya jalan 4 lorong speed limit 70km. dah tentu ramai kantol. Bagi aku AES ni dikira berjaya jika, orang ramai sendiri berebut2 memohon aes ditempatkan kat kawasan mereka untuk mengurangkan kemalangan.
2. PTPTN - penerangan yang kurang jelas. Patut diwar2kan ptptn dengan pendidikan percuma adalah 2 issue yang berbeza. Sesetengah pelajar ptptn bukan saja cover yuran tetapi juga sara hidup. Takanlah duit tax payer nak sara pelajar masa dia belajar...ini tak adil. patut kena explain, kemana duit ptptn tu di aggihkan kat pelajar......berapa percent kat fee, berapa percent kat sara hidup. compare ipta dan ipts.
3. Harga keta... jelaskan DAN jelas@. Rakyat nak tau, dgn DAN apa jenis keta akan turun harga.

aku perati, masa pru12, rakyat nak specific apa yang dia dapat untuk mengurangkan beban atau memudahkan mereka. Malangnya BN tak bersungguh2 utuk menyakinkan rakyat pasal manifesto BN walaupun bagi aku yang dah bac, manifesto tu agak baik. Tapi berapa ramai yang nak baca manifesto dgn tulisan kecik2 ni.....jawapanya ialah dengan lakaran, ayat2 mudah difahami. sekali pandang dah nampak apa yang bn bole bagi....

Anonymous said...

apasal dia nak ikut singapura pulak? pasal gst orang singapore benci habis ngan PAP bangsat, sampaikan necessity goods macam beras dan gula pun habis diorang kenakan gst

Anonymous said...

BN akan kalah & PUPUS selama2nya jika GST dilaksanakan.

Idris Jala agaknya mmg red Army DAP & Nuar..

Lagi baik pecat sahaja dia ni.

Carilah kaedah lain menjana ekonomi..penanaman padi terbesar SEA, perusahaan tenusu terbesar dll

jangan jadi BODOH kerana Idris ni.

Anonymous said...

Najib neh xdengar suara hati rakyat kot....kalo dia dengar tntu dia xkan lantik kerismudin , idris jalang n kj ....

3 ekor neh mmg umpama api dlm sekam....yg akan mmbakar UMNO/BN dari dalam...

Anonymous said...

Kepada para pengundi BN yg bodoh lg bangang... Hadiah pertama korang akan dpt ialah Gst... Pasni minyak naik... PR nak bg minyak turun, hapus tol, hapus aes, hapus gst semua tak nak... Skg baru nak sibuk... Tu ler... Kalau keturunan jenis bodoh tetap bodoh dan bangang... Dah terantuk baru nak mengadah... Apa punya bodoh korang undi Bn... Rasakan ler nikmatnya... Yg untung pak menteri korang dpt apa utk 5 tahun... Duit 500...cukup!??? Bodoh tak sudah2... Sia2 Allah bg akal utk pikir rupanya otak jer ada akal xda... Macam binatang...

Anonymous said...

Salam.

Yang melantik selalu kena kencing,memang padan pun...dulu kena kencing dengan temerloh,skarang masih kena kencing dengan tukang jual harta mas n kmudian untung,n pm kata orang ini bagus...

Ni yang masih najib duk bangga..dia bukan kira denyut rakyat...yang dia tau kantung kerajan masyukkkk...najibmana dengar cakap orang...saya dah prsan banyak kali tapi orang tak nak percaya...

Budakteranung

Anonymous said...

aku x peduli dgn GST ni,ni aku tanya kenaikan cukai taksiran/cukai pintu 300% oleh MBSA kat Kg Subang/Sg Buloh,ape citer?

Anonymous said...

yang melenting apa cerita..kau dah baca habis2 dan faham betul2 kah apa dia kata tu...kalau belum sedia kerajaan tak laksanakan..ada betul jugak kata RBF tu terlalu awal untuk mengatakan tentang GST ni..itu aku setuju...ini masalah orang Malaysia ni...terlalu cepat membuat kesimpulan dan melatah....kalau khabar angin bukan main cepat percaya sumber entah dari mana....

usin said...

idris anak jala ni memang tak boleh belah betul la... palotak sungguh, dgn mengenakan gst, maka tertunailah janji2 bn sebelum pilihanraya. apa la najib pilih sigampang ni duduk dalam kabinet. belum apa2 lagi dh sebut nak kenakan cukai. apa sigampang ni ingat rakyat tak tahu bahawa gst tu cukai, bukan subsidi...siot la lu...

tobeng said...

Kedudukan bn sebenarnya dalam keadaan genting.Dengan prestasi najib yg merosot malah lebih teruk drpd paklah jika diukur dari pencapaian pru13,kerajaan najib tidak mampu membuat kesilapan se'ketara' ini.

Biar apapun kebaikan gst ia adalah untuk kerajaan bukan untuk pengguna dan rakyat marhaen.Jika adapun kebaikan ia adalah kesan tidak langsung dan bukan kesan langsung kepada rakyat.

Rakyat tidak peduli dengan pendapatan negara yg bertambah RM7 billion sedangkan mereka yang terpaksa mengeluarkan wang dari poket masing2 untuk membayar cukai.

Kalau tak mahu laksanakan sekarang kenapa pula disebut2?Mengikut pengalaman yg lepas2,biasanya perkara yg disebut2 ini akan dilaksanakan juga dalam masa terdekat.Jika ini benar2 berlaku seperti najib memberi sekontena peluru kepada pembangkang.

Biar kerajaan beralah kepada rakyat untuk tempoh 5 tahun ini dulu.Sekurang2nya buktikan kepada rakyat bahawa dakwaan bn akan menaikkan cukai demi cukai sebaik saja mendapat kuasa adalah tidak benar.Jika tidak pru14 nanti jangan harap rakyat akan percaya janji2 bn.

Tidak semestinya menyokong bn kita harus bersetuju dengan setiap tindakan kerajaan.Kita bukannya seperti pembangkang yg mengikut membabi buta biarpun kalimah Allah digadaikan.

Anonymous said...

mampos la ko najib ambik biawak hidup ni masuk kabinet.. sorang lagi si KJ tu. Sayonara najib... keep on dreaming. KO dah tiada sokongan dari aku sekeluarga.

Anonymous said...

Kalau korang makan kat Pizza Hut acu tengok bill. Kalau makan dlm rm70 je cuba tengok tax dia. Dah cam kat US la pulak ada State tax dan Federal tax. Cukai je dah dekat 10 inggit. Gilos.

Anonymous said...

Ini lah antara punahsihat najib yang boleh membahayakan kedudukan bn dalam pru akan datang. Apa guna kerajaan kasi brim rm500, lepas tu ambik balik dalam bentuk gst. Sekarang ni rakyat masih lagi terbeban dengan kenaikan kos barangan keperluan harian. Itu belum lagi ditambah dengan beban bil utiliti, petrol, insuran, bayaran bulanan kereta dan rumah. Jangan bebankan lagi rakyat dengan gst pulak.

Anonymous said...

Antara faktor yang menyebabkan pak lah hilang majoriti 2/3 ialah kerana menaikkan harga minyak petrol yang menjadi kegunaan harian rakyat marhein. Rakyat pasti akan marah sebab mereka terpaksa keluar duit banyak bila nak isi minyak. Siapalah agaknya punahsihat ekonomi kepada pak lah masa tu.

Anonymous said...

Rosmah masok champor kot ! Ini yg kita risau ni...

Anonymous said...

Najib anak orang senang lenang....mana dia tahu padal derita rakyat...sembang je deras...

sayang BN said...

TOK NAJIB,

TOLONG AJAR SIKIT TENUK JALA NI. JANGAN ADA GUNTING DALAM LIPATAN. BANYAK CARA LAIN LAGI NAK TAMBAH PENDAPATAN NEGARA. KENAPA KAMI PENGUNDI TEGAR BN YANG HARUS TERIMA BALA. TOLONG AJAR BABUN SEKOR TU. JANGAN CAKAP IKUT SEDAP PEROT JER. KAMI SANGAT SAYANGKAN BN, JANGAN SAMPAI KAMI JADI BENCI BN DISEBABKAN PARASIT2 NI... HARAP MAKLUM!

Anonymous said...

UMNO menang di kubu PAS (Parlimen)
1. Baling (gerak kerja D.Azeez bagus ke akar umbi)
2.Kulim Bandar Baru
3.Padang Terap
4.Jerai
5.Titiwangsa
6. Pendang (Timb.Presiden PAS kalah ni) dll
7. Balik Pulau (calon PKR bkn org tmptn)
- Tahniah untuk Umno kerana meletakkan calon yg tepat

Umno kalah pula di;
1. Temerloh
2. Ampang
3. Gombak
4. Sepang
5. S.Alam ( over confident sangat 110%)
6. Pasir Mas
7. Bukit Katil
8. Gelang Patah (org cina swing 100%)

pengajaran,
Tangguhkan dulu GST, libatkan dgn agresif ulama' dlm perjuangan umno,memenangi hati golongan pertengahan di Malaysia amnya, (harga kereta&rumah&rendahkan tol)..

Anonymous said...

Barang makanan, pengangkutan awam dan keperluan asas akan DIKECUALIKAN dari GST.

GST hanya akan dikenakan kepada barangan mewah dan separa mewah.

Orang kaya dan pelawat asing akan bayar GST, orang Malaysia yg berpendapatan rendah dan sederhana akan dapat BR1M dari hasil GST. Tak bagus ke?

Sekarang ni ada sesetengah golongan peniaga yg tipu tak bayar income tax. Kita kan biasa dengar mereka ada beberapa set buku akaun. Jualan yang paling sikit digunakan untuk pengiraan cukai. Dengan GST susah sikit nak buat macam tu.

Pakatan Rakyat memang janji nak hapuskan tol, PTPTN dan sebagainya. Mereka nak gunakan hasil minyak negara untuk tujuan itu. Bila hasil minyak kita habis nanti macam mana? Minta sedekah dengan Bank Dunia dan IMF? Macam Ketua Pembangkang buat dalam tahun 1998?

Kita mesti yakin yang kerajaan BN akan jaga hal ehwal rakyat dengan polisi yang bertanggungjawab. Jangan mudah termakan hasutan Pembangkang.

Kerajaan Selangor dulu janji nak turunkan Cukai Pintu. Takde pun. Naik kan lagi adalah.. Tak percaya? Pergi tanya orang Sungai Buloh.

Anonymous said...

Buat apa lah Idris jalang..najib caya sam lu..lu percaya angka , najib dapat angka, najib syok kata BN akan dapat 145 kerusi, rampas kelantan, dena kedah serta selangor..akhitnya najib dapat angka yg betul buat dia kecewa,..muka diantak ceria angkanya 133 kerusi..padan kau najib..NKRA , KPI kau boleh masuk jamban. rakyat tak rasa apa apa pun, kaki tgn kerajaan tak dapat apa apa pun, kerja bertanbah, baget zero, ruang pejabat kian sempit..tranform dulu pejabat kerajaan ..selesaakan tempat kerja..bukan gi oerang beri senata tp tempat senjata nak simpan tak ada, latihan ta ada, kira zero lah kat bawah ini, Melawat lah d bawah tanpa program yg di atur, sebab program di atur semua nak nampak cantik, nak bodek kamu, pada hal komputre pun punjam dari daerah lain, kenderaan pun sama, ah lantak lah kau Najib,...rata rata rasa menyesal sokong BN..elok nuar jadi PM ..abis cite..

Anonymous said...

Paklah boleh menarik nafas lega kerna prestasi beliau lebih (Pru12) sedikit lebih cemerlang berbanding daripada Pru13.Sekadar berkongsi pendapat,program anak muda melalaikan (pencampuran laki&wanita bukan muhrim) seperti konsert perlu dikurangkan.. Sebagai pemimpin, ketua keluarga dll. esok akan ditanya di Padang Masyar, apa yang kamu buat untuk rakyat.. memang tidak dinafikan, BN berjaya memacu pembangunan yg holistik dan ekonomi yang mampan..Namun, yang penting pengisian adalah untuk mewujudkan masyarakat yang bertaqwa pada Allah SWT & mencintai sunnah Nabi Muhammad SAW.. Inilah kejayaan hakiki kita bilamana dipertanggungjawabkab sebagai pemerintah yang mengimbangi dunia dan ukhrawi..
syukran Tuan RBF (Tun) ...

Anonymous said...

Tak ada apa nak dibanggakan pasal Pak Lah. Itu semua orang pun tahu.

Anonymous said...

najib selalu silap...
silap memilih menteri2 yang akan memberi pendapat yang salah seperti idris jala ni...
boleh tak kalau nak bagi cadangan tak melibatkan beban untuk rakyat...
setakat cadangan macam ni... aku pun reti...
datuk seri saya sebagai penasihat datuk memberi cadangan hapuskan subsidi beras, minyak, dsbnya isyallah pendapatan negara berlipat kali ganda, kata tuan punaisihat yang perasan bagus...
maka si najib pun ikutlah teluntuk menterinya...
alamat salah memilih menteri...
takut rakyat memilih PR pulak PRU14 nanti...

azman hangjebat said...

biar mereka buat gst..umno takkan berani..lg pun mereka bukan dapat 2/3 dalam parlimen..kalau umno buat kita pastikan umno tumbang..harap tpm,dato zahid ambil perhatian..pm dah dikawal rosmah..harap mereka ini laa yg mampu pertahankan kah rakyat..yg lain2 mkn telur aje..

Anonymous said...

gst ni bagus sebenarnya. org kaya yg teruk kena bayar mahal bila gst dijalankan. barang2 bersubdisi tak ada gst. so tak de impact pada org miskin. sebenarnya tokey2 cina tak mahu benda ni. dia dah senang lenang dapat lari tax.

Anonymous said...

Apa saja cukai yg kerajaan BN kenakan kita wajib sokong. Rakyat kan dapat BR1M, apa lagi nak bising???

Anonymous said...

tuan rbf,
Sebelum meroyan, adalah lebih baik mengetahui apa itu GST:
1. Pengenalan GST akan menggantikan Cukai SST (Sales & Service Tax) yg diguna pakai sekarang. GST secara tidak langsung bertujuan memantapkan sistem percukaian negara.

2. GST berupaya menghapuskan double taxation, pyramid tax etc yang secara tidak langsung menurunkan harga barang sehingga 2.8%.

3. Menjadikan sistem pencukaian negara lebih cekap, telus dan lebih berdaya saing.

4. GST tidak akan melibatkan barang kawalan dan berupaya menurunkan inflasi negara.

senang cerita boleh baca kat sini: http://www.treasury.gov.my/index.php?view=category&id=186%3Acukai-barang-dan-pekhidmatan&option=com_content&Itemid=306&lang=my

Memang pengenalan GST akan memberi ruang kepada pihak pembangang untuk menghentam kerajaan tetapi jika pelaksanaannya disertakan dengan penerangan secara jelas kpd rakyat rasanya pelaksanaannya boleh dijalankan dengan baik.

- Duwai

Anonymous said...

Aku tengok puak-puak yg tentang GST ni puak-puak yg ngok & bangang....school dropout....atau pun setakat pass SPM. Sebab tulah mereka tak dpt melihat GST dlm konteks yg positif. Dgn adanya GST, pendapatan kerajaan BN akan meningkat & banyaklah projek-projek pembangunan dpt dilaksanakan.

Anonymous said...

GST mmg diperlukan tapi dlm bentuk tertentu, bukan semua mende, juga kalau kita makan dipizza hut, restoran mewah malah di setengah kedai mamak pun dah ada service tax dan tax lain.. brg2 mewah mmg kena tax. the point is make sure that GST can only be impose to certain services and goods that is targeted to certain groups of people.

Anonymous said...

Korang-korang yang bangkang GST ni patutnya paham dulu apa itu GST??? JANGAN MENONONG BANGKANG dengan hujah-hujah yang dangkal. SILA FAHAM DULU APA ITU GST!

Bila GST dilaksanakan, SERVICE TAX (CUKAI PERKHIDMATAN) DAN SALES TAX (CUKAI JUALAN) AKAN DIMANSUHKAN!

Harga barang akan TURUN sebanyak sekurang-kurangnya 10% (Sales tax) dari harga sekarang! lain-lain barang seperti KFC/MCD/Airlines akan turun sekurang-kurangnya 16% (Sales tax + Service tax)! KADAR GST (6% ATAU 7%) AKAN GANTI SALES TAX (10%) AND SERVICE TAX (6%).

Barang-barang pengguna macam beras, ikan, sayur, perubatan, pendidikan, pengangkutan awam dan banyak lagi TIDAK AKAN KENA GST!!!!

TAMBAHAN LAGI, KERAJAAN AKAN TURUNKAN KADAR PERATUS CUKAI PENDAPATAN DAN CUKAI KORPORAT BAGI MENANGANI KESAN GST.

ORANG KAYA BELI BARANG MAHAL DIA KENALAH BAYAR MAHAL WALAUPUN KADAR GST TU SAMA SAJA AT 6% OR 7%. CONTOH 6% DARI RM20 RIBU. KALAU ORANG YANG TAK BANYAK DUIT TAKKAN LA DIA NAK BELI BARANG HARGA RM20 RIBU??? YE IDOK?? KALAU DIA BELI BARANG YANG ADA GST PUN CONTOHNYA BELI BAJU HARGA RM100 + GST 6% = RM106. BAJU BUKANNYA KITA P BELI HARI-HARI KAN??? BUKAN PAKAI BUANG?? SO APA YANG KESAN SANGAT? LAGI PUN HARGA BAJU LEPAS GST PATUTNYA TURUN 10%!!!

SILA KAJI DULU SEBELUM KOMEN YANG BURUK2 MENGENAI GST! GST SANGAT2 BAIK UNTUK SEMUA ORANG!

LAGI SATU, RAKYAT SINGAPURA YANG SOMBONG-SOMBONG + KURANG HAJAR BLAKA TU TIAP2 HARI TURUN MALAYSIA/JOHOR UNTUK BELI BARANG DAN ISI MINYAK DENGAN HARGA MURAH! LEPAIH GST LAKSANA, DEPA PUN KENA LA BAYAR GST!!!

MACAM TU JUGAK MANA-MANA RAKYAT ASING YANG LEBIH 5 JUTA TINGGAL KAT MALAYSIA SECARA SAH ATAU HARAM! SEKARANG NI SEMUA DEPA ENJOY SUBSIDI KITA SAMA MCM KITA RAKYAT MALAYSIA. HARAM APA2 CUKAI TAK BAYAR!!!!

SO BILA GST LAKSANA, DEPA PUN AKAN KENA BAYAR BILA DEPA BELI BARANG YANG ADA GST!! FAIR LAH KAN????

KITA RAKYAT MALAYSIA YANG KERJA TERUK2, RAKYAT ASING ENJOY SEGALA SUBSIDI SAMA MACAM KITA?? MANA BOLEEEHHH??? TERUTAMANYA ORANG SINGAPURA DAN INDONESIA!!

KALAU NEGARA DEPA BAGUIIHHH SANGAT, DEPA BELANJA LA KAT TEMPAT DEPA! TAU PULAK MAHAI LEPAIH TU MAI MALAYSIA NAK BELI BARANG MURAH! TU SEMUA SUBSISDI KITA NI YANG DEPA ENJOY!!!!

OKEY SEKIAN SAYA BERLETER! HAHAHA TERIMA KASIH... PEACE YOOO

Anonymous said...

Jadi kalau bila GST laksana, rakyat untung lah kan? Sales tax 10% + service tax 6% tukar kepada GST cuma 6 atau 7%. RAKYAT UNTUNG 10% ATAU 9%. Cukai individu pun turun lagi. bagus la kalau mcm tu. nak bangkang kenapa? saya sokong Idris Jala!

Anonymous said...

"Manusia akan takut kepada hal yang mereka tak tahu atau faham".

Kepada yang tak faham sila semak dulu fakta. GST sebenarnya nak ambil sikit dari yang mampu dan kaya untuk disalurkan kepada yang miskin. Caranya ada macam-macam.

Bila tak faham dan sibuk nak komen, maka terserlah kebodohan sindiri.

Anonymous said...

mereka-mereka yang bangkang GST ni patut baca blog ni http://mediawangsamaju.blogspot.com/2013/05/gst-idris-jala-mahu-bunuh-najib-dan-bn.html

saya yakin pembangkang juga akan laksana GST kalau diorg menang PRU13 baru2 ni.

Sebabnya, mana diorg nak cekau duit berbillion2 untuk ganti sumber pendapatan yang dah dihapuskan dan menanggung janji-janji macam hapuskan toll, turunkan kereta, pendidikan percuma, hapus PTPTN, turunkan caj air dan elektirik dan banyak lagi.

cuba la korg pikir?? korang ingat pembakang nak ambik duit kat mana nak tampung semua tu? duit petronas saja ke? jangan la tertipu ok!

GST la the only jalan untuk sapa pun yang ruling the government to prosper the rakyat. jom p pakat2 blaja lagi pasal GST ni.

Longchepoh said...

Peniaga-peniaga (majoriti Cina) memang tahu hal ini. Mereka mahu kaya tahap maksimum dan jangan ada sebarang gangguan yang menjadikan mereka terpaksa memberi pulak kepada kerajaan. Oleh sebab itu ia dijadikan isu politik supaya kerajaan terpaksa tunduk. Mereka sokong pembangkang dan akhirnya mereka senang. Melayu yang tak faham ekonomi dijadikan anjing untuk menyalak bagi pihak mereka. Sedar-sedarlah wahai Melayu yang komen ikut sedap mulut.

Anonymous said...

Kalo kelantan berjaya dgn pentadbiran islamny...cuba selidik berapa ramai golongn muda kelantan yg kene cekup kes maksiat...

Anonymous said...

Sebagai rakyat biasa...sy percaya setiap apa yg dilaksanakn bn sebenarny utk merapatkn jurang ekonomi...jd..jgn pulak..kita jd cam penyokong pr..baru baca tajuk dh wat statement mcm2..patutny kita kene cari penjelasan khusus ttg perlaksanaan gst..bukanny kita memburukkn keadaan...

hangkedee said...

Yang Tahu Pas BARUA TOTOk DAPIG MUSUH ISLAM&melayu

Anonymous said...

Cina tongkang saja yang tak suka GST ni, Tamak haloba.

Anonymous said...

Korang fahamlah dulu apa itu GST..baca kaji dalam dalam jangan hentam membabi buta...supa juga macam kerajaan nak bina KLIA..Jambatan Pulau Pinang ..semua kondem tak tentu hala..last sekali siapa yang untung?..benda baik kalau asyik nak ditentang bila nak maju..kalau tak maju marah pulak..sama spt AES tu..orang kaya kaya ni perlu bantu org bawah..cukai cukai koprat membantu negara...CUBA CUBA lah mengkaji..kalau tiada ahli keporat dalam politik alamat negara cam tu juga..kalau tidak kenapa Khalid Ibrahim tokoh koprat beria ria nak jadi MB..letihlah kalau asyik membangkang..negara miskin dikutuk, BRIM nak, PRIMA nak ..semua nak tak berkorban sikit kedekut..

Anonymous said...

Dah korang sokong sgt BN,terima jelah HADIAH pilihanraya ni,jgn nk byk songel...lpas laksana GST,korang semua dpt lg hadiah bonus sbb harga barang smua naik.Korang protes la mcmanepun,ko ingat menteri2 BN yg ko syg ni nk dgr ke ckp korang?sorry bai...sblm PRU duit dh byk betabur bg rasuah kat rkyat,lpas PRU kena la pungut balik.So kpd pengundi2 BN terima jelah ape je yg kerajaan korg nk buat,sbb korg smua kan byk duit.PR nk bg benda yg free smua korg tolak kan...hahahhaha

Anonymous said...

Bro RBF,

Yg penting kena terangkan dulu apa itu GST dan bezanya dgn SST. Sekrg ni org ramai yg tak paham dan tahu pun apa kebendanya dgn GST tu. Tapi yg lucunya bab nak bercakap dan mengomen paling handal adalah org kita.

Anonymous said...

Gst ni kalu belanja beli barang kena la gst tu. of coursela harga barang naik jadi kita jangan beli kalau tak perlu. Berhemahla berbelanja. Yg poket berat go ahead la sokong ekonomi. Jadi kita minta gomen jangan kenakan gst pada barangan keperluan asas dan keduanya kurangkan income tax supaya disposable income naik. Naikkan tax allowance isteri dan anak2. Polisi ini akan mengurangkan beban middle class dibandar. Banyak lagi boleh pikir dan bantu menteri tu dengan idea kita. Menteri tu tugasnya untuk sejahterakan kita.

tobeng said...

Aku tetap sangsi pasal gst ni walaupun ada yg mengaku bijak pandai(sambil merendah2kan orang lain)mengatakan tak perlu risau pasal cuma barangan mewah dan separa mewah saja dikenakan gst.

Apa yg aku faham melalui pembacaan gst cuma dikecualikan kepada bahan2 asas seperti beras,gula,tepung dan beberapa barangan lagi termasuk ubat2an.Maknanya gst tetap dikenakan untuk banyak lagi barangan keperluan yg biasa2 dan tidak mewah.

Aku tak pasti berapa peratus yg setiap dari kita habiskan untuk membeli barangan keperluan asas(beras,tepung,minyak masak,telur) berbanding dengan barangan keperluan yg bukan asas(ubat gigi,sabun,biskut,makanan dalam tin,pakaian,alatulis,buku,tayar,alat ganti kenderaan dsb)?

Cuma kalau kerajaan mahu benar2 gst tidak membebankan rakyat,pengecualian gst hendaklah diperluaskan merangkumi lebih banyak barangan keperluan bukan setakat beras,gula,tepung,telur,daging,sayur.

Beri penerangan secukupnya pada rakyat melalui hebahan media terutama elektronik tentang gst.Beritahu apa yg rakyat keluarkan dan apa yang akan rakyat dapat balik(penurunan cukai pendapatan dsb).

Apa yang aku risau adalah pelaksanaan cukai gst akan diambil kesempatan oleh para peniaga yg dikuasai oleh cina untuk menekan balik kerajaan melalui pengguna/rakyat dengan kenaikan harga barang yg bukan barang kawalan.Semua orang tahu tahap penguatkuasaan dan kawalan kerajaan terhadap kenaikan harga barang.Perhatikan setiap kali harga minyak naik,barang mana yg tak naik?

Jadi aku fikir kebimbangan terhadap gst bukanlah tidak berasas atau cuma orang2 bodoh yang tak faham saja yg risau.Aku cuma mewakili suara kebanyakan rakyat marhaen yg tak semestinya perlu jadi pembangkang baru boleh kritik kerajaan.


p/s:statement aku pasal idris jala memang agak kasar,tapi aku start tak suka dia sejak dia jual harta benda mas sama macam khalid ibrahim jual harta kerajaan negeri s'ngor

Anonymous said...

Saya setuju aes jika yg saman yg dibayar sepenuhnya pd polis trafik, jpj atau polis. Wang saman itu akan blk pd rakyat tp apa hal aes ni serah pd syarikat swasta????? Mcm ada yg tak kena di sini.

Anonymous said...

OH NI LAH SEBAB UTAMA ORG CINA TOLAK BN..MEREKA X NAK BAYAR CUKAI GST NI...ORANG KAYA KENA BAYAR LEBIH BAYAK CUKAI BERDASARKAN PENDAPATAN

Anonymous said...

Kami bukan tak nak PR tapi kami tak nak anuar, LKS & Kapal...org bodoh bin bangang je yg suka dia orang ni.

Anonymous said...

gst ni ramai rakyat tak paham...

sturuktur gst ni mmg baguihhh...

bygkan hanya 3 negara dia asia tenggara yg x dak gst/vat...??

tauu sapa....

tanya rafizi pon rafizi x lehh jawabb... sbb dia boddo...

tanya nuar dia tauuu....tapi dia tau ramai yg tak tauu sbb tu dia kelentong keliling...

burma dan brunai saja yg tak dakk tau takk..

semua negara dah buatt....di amerika dan di europe dah lama buatt...

kalau anwar naik jadi pm ....introduction to gst/vat ialah benda yg pertama dia buatt...

benda ni bukan benda baru... dah lama kjaan rancangg...

gst/vat ni sudah tentu akan naikkan pendapatan negara...

sturktur ni win2 utk kjaan... kilang... pembekal....dan rakyatt..

sistem penyampaian kjaan mmg lemahh...

belom apa2 dah kene hentam...anwaq blak ambil kesempatan menjubo...

Anonymous said...

Nak bangkang bagi la statistik, kelemahan jelas GST. Jgn main bedal saja. Dengar 'cukai' terus menggelupur.

Cukai rokok, aku sokong sbb aku tak hisap rokok. Tp ramai juga yg hisap. Dan duit tu balik pd rakyat mcm aku hahaha. Arak pun sama gak. Duit dapat, arak berkurang. So cukai jd beban pd yg berkenaan saja.

Kenalah jelaskan sapa yg kena cukai tu. Cukai kastam/eksais misalnya, byk bg sumbangan pd pendapatan negara. Tp yg kena cukai bukan majoriti rakyat. Jgn main hentam saja.

Anonymous said...

Mengata orang bodoh lagi bangang tu menunjukkan ko yg sebenarnya. Ada akal untuk pikrr tapi ko boleh support anwar yang tah apa2 tu. Ko nak la kan asal tak puas ati buat perhimpunan yg menyusahkan org! Terima la majoriti yg sokong PR tak byk mcm BN. Silent voter bn lagi ramai dari PR yg melalak2.

Anonymous said...

Salam
Sebenarnya, perlaksanaan gst tidak akan mebebankan rakyat.semua barang- barang keprluan dan asas tidak akan dikenakan gst.GST adalah sati cukai yang adil.rakyat tidak perlu takut kerana ada sesetengah barang akan lebih murah dr biasa.

janganlah cepat terpengaruh dengan hasutan. Najib dan Idris Jala are both smart people , they will always think in the benefit of the their rakyat..

Anonymous said...

kah kah kah..pencacai2 taik umngok dah gila babi sebab gst...kerana kebodohan sendiri memilih bn,nah rasakan...ambikkkk...najib bukan nk ingat kat hangpa..janji poket penuh..leh la rosmah beli cincin satu lg....kah kah kah...

Anonymous said...

Yang gila bila dilaksanakan GST ini nanti ialah kaum pendatang yang tak sedar diri dan lari dari kominis.

Anonymous said...

KALAU RAGU-RAGU BELI JE BARANG 1MALAYSIA