Friday, May 10, 2013

Parlimen Shah Alam: Marilah Sama-Sama Kita Renungkan


Keputusan pilihan raya untuk Parlimen Shah Alam Ahad lepas menyaksikan calon BN, Zulkifli Nordin tewas kepada calon Pas , Khalid Samad dengan majoriti 10,939 undi.

Parlimen Shah Alam mempunyai 99,957 pengundi...

Pecahan pengundi seperti berikut...

Melayu 70 peratus (+ - 70k orang)

Cina 15 peratus (+ - 15k orang)

India 14 peratus (+ - 14k orang)

Orang-orang melayu Shah Alam tergolong dalam beberapa kelas. Daripada yang kelas berpendapatan rendah, kelas berpendapatan sederhana dan kelas berpendapatan tinggi. Daripada pekerja kilang ke pegawai-pegawai kerajaan, pegawai tinggi kerajaan, golongan koporat hinggalah kepada orang-orang pencen. Itulah orang yang menghuni Shah Alam. 

Seperti yang kita tahu calon-calon yang bertanding di Parlimen Shah Alam, baik calon Pas atau calon BN, kedua-duanya ada masalah atau tuduhan yang hampir sama, iaitu menghina tuhan. 

Zul Nordin dituduh menghina tuhan orang hindu dalam satu ceramahnya semasa beliau dalam Pas.

Calon Pas pula dikaitkan dengan menghina tuhan orang islam, apabila membenarkan kalimah Allah digunakan dalam bible berbahasa melayu. 

Zul Nordin adalah orang yang lantang menentang penggunaan kalimah Allah dalam bible dan juga orang yang lantang menentang murtad hingga pernah menggegarkan bangunan Majlis Peguam, yang akhirnya akibat kelantangannya itu dia dipecat dari PKR.

Apabila Zul Nordin diletak bertanding di Shah Alam kedengaran suara orang-orang india yang membantah pemilihan Zul sebagai calon. 

Ada pula pihak yang cetak CD dan tabur di kawasan pengundi-pengundi india untuk tunjuk kepada orang india bagaimana Zul menghina tuhan mereka.

Walaupun Zul dah minta maaf dan tarik balik apa yang dikatanya dulu namun orang-orang india tidak peduli dan mereka sepakat untuk tidak memberi sokongan padu kepada Zul.

Akhirnya kesepakatan mereka membawa kejayaan apabila Zul mendapat undi yang teruk di peti-peti undi kawasan orang india. 

Kawasan cina tak usah cakaplah, lagi teruk bungkusnya....

Selain itu Zul juga tewas peti-peti undi melayu di kawasan-kawasan elit (kawasan orang kaya) di Bukit Jelutong, TTDI Jaya, Seksyen 13 dan Sekyen 7. 

Zul menang di kawasan peti-peti undi golongan marhaen seperti saya....

Pengundi melayu ada 70 ribu orang di Shah Alam. Jika semua melayu bersepakat menyokong Zul maka Zul akan menang walaupun tanpa undi orang cina dan india yang berjumlah lebih kurang 29 ribu orang.

Jika pengundi india yang hanya 14,000 orang boleh bersepakat, bersatu hati dan berpadu jiwa menolak Zul yang menghina tuhan mereka hingga Zul tewas, kenapa orang melayu yang ada 70,000 ribu orang tak boleh tolak Khalid Samad yang membenarkan kalimah Allah digunakan dalam bible ?

Zul pejuang kalimah Allah....Zul pejuang anti murtad , tapi orang melayu tak boleh pilih Zul, sebaliknya memilih orang yang meredhakan kalimah Allah digunakan dalam bible dan orang yang berperang dengan Hasan Ali dalam isu murtad.

Malu beb....

Malu dengan bangsa lain... 

Adakah ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi seorang Ahli Parlimen Shah Alam anda perlu menghina tuhan islam terlebih dahulu ?

Tabik spring kepada orang-orang india di Shah Alam. Walaupun komuniti anda kecil tetapi anda telah membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa peribahasa melayu 'sepakat membawa berkat'  itu benar.

69 comments:

Anonymous said...

aku letih ...
semoga perjuangan menentang penggunaan kalimah Allah dalam Bibble akan diteruskan!

pagi2 aku g keje aku pasang ceramah ustaz kazim pasal kenapa kita perlu menentang cadangan yg nak guna kalimah Allah dalam Bible. Hujah beliau amat meyakinkan ...

sila sebarkan penjelasan beliau.
ada banyak dalam youtube

Cencaluk said...

Sejak dulu lagi aku dah kata orang Shah Alam ni pandai tapi bodoh.

Orang Shah Alam lebih muliakan orang Yang Hina Agama Islam dari yang mempertahankan Agama Islam.

APakah hukum bagi orang yang bersubahat dengan orang yang sanggup menjual agama untuk kuasa?

ORANG BIJAK PANDAI DI SHAH ALAH ALLAH DZH BAGI KAMU REZEKI YANG MELIMPAH RUAH TAPI APA YANG KAMU BALAS?

KAMU BERSEKONGKOL DENGAN PENJUAL AGAMA DAN BANGSA.

JANGAN KAMU MENYESAL SEKIRANYA ALLAH MENIMPAKAN KESUSAHAN KEPADA KAMU SEMUA KELAK.

AKU RASA ALLAH BRI PELUANG KEPADA WARGA SHAH ALAM UNTUK MENUNJUKKAN APA PENDIRIAN MEREKA TAPI APA YANG KITA LIHAT HARI INI KESENANGAN MEREKA MENUTUP MSTS HSTI MEREKA.

BELUM PUN SEMINGGU ALLAH DAH TURUNKAN BALA PERTAMA DI BUKIT NANAS KITA LIHAT SAHAJA APA AKAN TERJADI KELAK.

Kuntum said...

Jawapannya...org agama pas xpeduli nama tuhan Allah digadai, dia lebih marah kalau agama Pas nya dimaki dan demigod nya nicky ajis ditegur. Keramat-idup-segan-mati-xmau tu xboleh disentuh lansung, kalah tuhan Allah pentadbir sekalian alam

Anonymous said...

Di kawasan melayu yg kaya yg sokong pembangkang, jgn di beri perhatian biarkan wakil2 rakyat mereka buat kerja. Kita tengok apa akan jadi.

Begitu juga di kawasan2 yg lain. BN tak serik2, kau buat kerja orang tak menghargainya.

Anonymous said...

nnt kalau Zul Nordin naik, abs tutup lak pusat urut B2B, xde chance la derang nak p urut B2B lagi

Anonymous said...

Artikel ini sepatutnya keluar sebelum PRU-13 dengan susunan sesuai untuk bantu kempen. Kita semua akan bantu kongsi siarkan, apapun nasi dah jadi bubur RBF... Lain kalilah jika dipanjangkan umur

Anonymous said...

Takpe Dato Zul Nordin, Allah belum nak beri kemenangan pada anda. Allah hany nak beri satu lagi peluang pada Khalid Saman yangbongkak dan mesra gereja tu. Biarkan Kahlid Samad berkuasa di Shah Alam dulu. Dato Zul pulak boleh berkhidmat dibawah NGO untuk buka mata rakyat tentang gejala murtad yang terang-terang direstui oleh kerajaan PR di Selangor tu...

Anonymous said...

Aku frust giler n xpercaya Zul Nordin kalah, n Khalid gereja xguna tu boleh menang, pasal undi keeling tu aku xkesah, tapi kebodohan orang Shah Alam yang konon pandai tapi tersangat lah bodoh dlm berpolitik ni yang menyakitkan hati aku...aku da duduk Shah Alam 20 thn lebih..sejak dari student itm lagi..aku tau ape yang terbaik untuk tempat aku ni...calun bn 08 dulu yg sombong mmng patut kita terajang, tp yg berperinsip mcm ni patut kita support..

Anonymous said...

Bro RBF

Saya salah seorng pengundi di Shah Alam yg sgt kecewa dgn kekalahan Zulkifli Nordin.

Saya dari Seksyen 7 tetapi mengundi di Seksyen 18.

Saya hingga kini masih kurang faham kenapa ramai org Melayu di Shah Alam masih menyokong Khalid Samad yg menjuarai isu kalimah Allah oleh pihak gereja.

Masih ada lagi org2 di Shah Alam yg tidak buta hati dgn topeng agama yg digunakan oleh PAS seperti saya dan segelintir rakan2.

Mugkin juga ramai org luar yg menetap di Shah Alam.

~ Peneroka

Anonymous said...

Melayu Bukit Jelutong memang sombong sikit,mejoriti mereka berlagak dgn kereta mewah mereka dan pandang hanya sebelah mata pada mereka yg pakai kereta tempatan.Aku memang allergic dgn puak Bt.Jelutong.

Anonymous said...

orang melayu yang kaya-kaya sudah tidak sayang kepada agama bangsa nya. rezeki mereka bukan tuhan yang bagi... hasil kerja dan titik peluh mereka. lebih baik orang kebanyakan yang susah, akidah dan membantu bangsa lebih tinggi. sekarang kita telah tahu, orang kaya-kaya di SA akan bawa harta mereka masuk kubur sekali.

Anonymous said...

Agaknya orang Shah Alam dah kaye-kaye belako . Tak payah ingat UMNO lagi . Itulah peribadi Melayu kelas menengah dan kelas 1 ni bila celik dan kembang bulu sikit dah mula lupa segalanya. Mereka tak boleh terima orang luar untuk jadi boss depa .

Anonymous said...

orang melayu di shah alam tak semestinya semua islam

Anonymous said...

aku & ramai lagi mmg kecewa.
sebak dalam hati Allah saja yg tahu
nak buat macammana, bukan rezeki ...
ada hikmahnya, semoga kita yg sedia ada
akan semakin kuat jati diri dan semangat
demi Agama Allah Islam dan Melayu

semoga puak PR pun boleh berlapang dada

Ali-Imran

Katakanlah (wahai Muhammad):
Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa
pemerintahan! Engkaulah yang
memberi kuasa pemerintahan kepada
sesiapa yang Engkau kehendaki, dan
Engkaulah yang mencabut kuasa
pemerintahan dari sesiapa yang
Engkau kehendaki. Engkaulah juga
yang memuliakan sesiapa yang Engkau
kehendaki dan Engkaulah yang
menghina sesiapa yang Engkau
kehendaki. Dalam kekuasaan
Engkaulah sahaja adanya segala
kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (26)

mami said...

kami di shah alam amat2 sedih bila zul nordin kalah...amat frust...2 malam sebelum mengundi...kami terserempak ngan konvoi pembangkang kibar bendera keliling shah alam...punyalah panjang konvoi tu... tapi menyedihkan kerana anak2 melayu muda megah dan bangga kibar bendara DAP...cina DAP sekor pun tak nampak dlm konvoi tu... agaknya nk jadi apa budak tu nanti.....

Anonymous said...

Most yg ada kat shah alam seperti sek 2 dan sek 7 adalah student UiTM.. ada juga yang ex-student tpi masih menetap di shah alam setelah bekerja.. dan kami bukanlah pengundi shah alam.. kami mengundi di kg halaman.. adalah tidak adil mengatakan orang shah alam tidak islamic n etc.. selain itu sy juga tidak bersetuju apabila PKR mengatakan pengundi di luar bandar adalah tidak educated... sebagai contoh di Kedah di mana tiada peluang pekerjaan bagi golongan profesional seperti peguam dan engineer...kami mencari rezeki di kl.. dan pulang mengundi di kg.. kami sebagai golongan educated telah menerangkah kepada ibu bapa dan saudara2 kami tentang politik semasa...dan mereka mula menyokong BN.. sy merasakan kekalah PAS di kedah adalah kerana PAS menyokong DAP.. ini kerana golongan di Kedah adalah golongan ekstrimis agama... mereka tidak akan menyokong orang kafir setelah nama parti itu sendiri adalah Parti Islam Semalaysia..

Anonymous said...

Khalid Samad pakai pengundi hantu kot...tu yg Zul 9/10 kalah tu....hihihi. Cakap sini abis sinilah yer...kalau korang nak tau....hah...malaslah aku nak citer...tapi ada sebabnya mengapa Allah SWT kalahkan si Zul ni.

Anonymous said...

Saya penduduk melayu tetap shah alam, saya amat mengenali minda orang Melayu di sini, especially yang golongan kaya2 tu, loyal kepada negara almost 0.

Anonymous said...

RBF,

pegi tanya PACA wakil BN,ramai saksi yg tgk geng2 UMNO sendiri ramai tolak Zul....

Dun pangkah geng2 lama UMNO..Nawawi dan Yusuf,tp parlimen pangkah Khalid Samad....

FAKTA

Anonymous said...

Aku tak sedeh pun si Zul Kulim tu kalah. Memang
dia deserve utk kalah. Kalau dia menang pun aku yakin nasib pengundi S.Alam akan sama macam pengundi di Kulim dulu. Korang tengoklah apa yg dia dah buat utk pengundi dia di Kulim. Orang Kulim...cer citer sket

Anonymous said...

sy dah tinggal d shah alam sejak tahun 1984. PRU12 & 13, sy mengundi di section 13, tetapi pada pru13, sy hairan kenapa ramai org cina dtg mengundi....tak saperti pru12. Kalau di perhatikan...ramai org cina yg dtg mengundi pada pru13 tu berbaris di barisan 2 dan 3..

Selepas mengundi, sy bersembang dgn kawan2 di khemah BN, dan mereka juga hairan dgn kehadiran org2 cina yg ada dan tak pernah nampak batang hidung sebelum ni. Majority mereka tinggal dalam area KGSAAS.

Anonymous said...

Ni semua Ah Jib Gor punya pasallah. UMNO dah ada calon sendiri...alih-alih dia umum kutu brahak mane plak jadi calon. Kalau ahli parti aku boleh terima lagi...ini katak pisang PKR. Tapi aku pangkah Zul juga sebab terpaksa...tapi aku lukis lidah terjelir kat dia...sebab aku marah...rosak pun rosaklah undi tu...janji aku protes!

bentara guru said...

tingkat daftar undi.diorg berbual politik pandai. Pergi ceramah la.tapi haram tak daftar undi.pimai pimai tangtu la.

AWAS said...

Orang Melayu / Islam ramai yang tidak puas hati bila bekerja di syarikat milik cina.Alasan yg selalu diterima-mereka pilih bangsa dia sahaja.pangkat sama tp gaji dan beban kerja berbeza.org cina tindas org melayu.saya pernah alami dulu.klu ada 10 perkara silap2 semua itu orang melayu tak setuju bekerja dgn syarikat cina TETAPI yg menghairankan............bila memilih pemerintah/ketua.Orang Melayu pilih Orang Cina.....HAIRANKAN.......

Anonymous said...

Bentara Guru:

Jentera UMNO shah alam ramai budak2 skolah..sibuk cari duit poket nk beli Topup...

rajin keje tiap2 mlm...esoknya ponteng skolah.


FAKTA ...

Anonymous said...

Aku simpati kpd Ibrahim Ali, banyak duit dia abis kat Pasir Mas tu...last-last kalah jugak. Harap-harap PERKASA masih boleh aktif dan tidak menjadi PERKASAM!

Anonymous said...

Melayu Shah ALam lebih suke anak2 depa boleh pilih agama bila umor 18 nnt...n rela kalimah Allah di gunapakai oleh kristian dlm Bible...

Dan yg penting krn dah kaya sgt skrg mrk rela DAP mmrintah sbb kalo hak keistimewaan Melayu di hapuskan depa susah apa sbb dah kaya...itu pemikiran singkat...dlm jangkamasa panjang ,,keturunan melayu Shah Alam yg bongkak itu gak yg akan mengemis bila DAPig pegang kuasa..lua igt itu Babi2 DAP mau kongsi sama Melayu ka????

Belum dpt kuasa mmgla semua boleh janji..dah dpt kuasa mmerintah tgk saja contoh kat Spork....

montego bay said...

Saya sokong pendapat Kuntum. Itu yg sebenarnya.....

Anonymous said...

Org melayu skrg dilihat mempunyai daya kritis yg tinggi. Maka apa jua cadangan yg diberi pasti akan dilihat dr sudut negatifny dahulu. Contoh paling mudah ialah AES. Tiada siapa pun punya hujah utk menolak kebaikan sistem ini. Namun keburukanny juga yg dibesar-besarkn.

Daya kritis inilah yg menyebabkn BN itu dinilai berlebihan hingga burukny shj yg dibesarkn. Sedang lebih byk baikny dilupakan. Masyarakat skrg lebih terdedah daya fikirny. Iany bagus jika digunakan sbg penambahbaikan, tetapi jika digunakan utk tujuan menolak secara total, maka akan lahirlah masyarakat yg selalu merungut, selalu mencari salah org lain, selalu memberi alasan dan hny mahu masalah diselesaikn oleh org lain tanpa mahu membantu.

Anonymous said...

kena bersatu dan berlapang dada. umumnya kita melayu tak tahu apa yang suratkhabar cina tulis dan nak beli paper cina langsung takde. jadi sbg cadangan patutnya depa buat terjemahan mesti buat terjemahan ke bahasa melayu. kalau gagal boleh gantung atau tarikh lesen.

Xpas said...

Nabi Isa a.s. adalah hamba dan pesuruh Allah swt, antara manusia paling mulia, anak kpd Maryam a.s. wanita suci lg termulia, cucu dr org mulia, keturunan dr org org mulia juga. Tp baginda a.s. bukan anak allah, bukan jelmaan tuhan, bukan jasad berroh tuhan, bukan bhgn dr tuhan. Kufurlah dan sgt murka Allah swt terhdp org yg berkata Nabi Isa a.s. bhgn dr tuhan, anak tuhan, jasad dgn roh tuhan atau jelmaan tuhan. Kufur adalah sebesar besar dosa dan larangan. Yg mendatangkan murka Allah swt juga adalah sebesar besar larangan. Bgmn boleh ada org yg berkata tiada lrgn utk mengatakan sedemikian hanya semata mata yg berkata demikian bukan Islam. Yg Islam jika berkata demikian menjadi kufur, yg sedia kufur mk bertambah tambah kufurnya, apakah kufur itu tidak dilrg. Bgmnkah mrk berfikir, bgmnkah mrk membuat keputusan, hanya semata mata mengambil hati rakan bukan Islam. Saya simpati dan khuatir mrk ditimpa petaka nanti di dunia, apatah lg di Akhirat bila tidak memperbetulkan pendirian dan bertaubat. Rasullah saw berdakwah utk memperbetulkan segala persepsi dan akidah salah ini agar manusia seluruhnya mengesakan dan mengibadahi Allah swt semata mata, mk mengapa pula mrk mengata Rasullah saw tidak melarang.

Anonymous said...

isu memboikot cina merupakan satu isu yang sensitif perlu ditangani dengan berhati hati sebab ada banyak implikasi kepada keharmonian negara. realitinya isu sentimen atau boikot cina ini x boleh dilaksanakan sebab kita hidup berbilang bangsa dan tak sepatutnya ada perasaan yang begitu sentimen. berlapang ada. balik la pada pendekatan islam semula.yg pentying kena praktikal. cuba tengok balik apa kata ayahnda tun dr mahathir tentang isu yahudi palestin yg dulunya sebok nak memboikot. kata tun kita kena kuat dan majukan ekonomi dulu. itu yang penting.

Anonymous said...

Kaum Melayu Ahah Alam sebenarnya adalah spt "kadok naik junjung"
Mereka tak ingat semasa dulu di kampong, nak berak pun tak ada jamban.
Sekarang bila dah kaya sedikit dgn bantuan DEB yg telah dijuangkan oleh UMNO, mereka berlagak sombong. Mereka pula nak hapuskan DEB supaya mereka saja yg kaya, jangan bagi orang selepas mereka pula meningkatkan taraf kehidupan. Ini adalah terang2 sikap PHD orang Melayu. Berbeza dgn sikap orang Cina yg bersatu hati utk meningkatkan taraf hidup kaum mereka.
Nama saja golongan yg terpelajar, tetapi orang Melayu Shah Alam rata2nya adalah bodoh2 belaka. Boleh pula mereka menyokong PAS yg terang2 telah menggadaikan kalimah Allah kpd orang Kristian; PAS yg telah berdolak dalik dlm melaksanakan Hukum Hudud; PAS yg tidak lagi memperjuangkan Negara Islam tetapi Negara Kebajikan. PAS ini adalah kaldai tunggangan bagi DAP. Takkan orang Melayu Shah Alam tak perasan (kata bijak laksana).
Sekarang tak serik2 lagi. Terimalah masalah air yg akan meruncing pd 2014. Bolehlah orang Melayu Shah Alam beramai2 teruskan mendapat bekalan air dari lori2 air dgn menggunakan baldi. Mungkin juga bagi orang2 kaya Shah Alam ini tak jadi hal kerana mereka ada bibik2 Indon utk mengankut air bagi mereka, kan?
Melayu bodoh mudah lupa ?????????

Xpas said...

Bila sikufur menyembah berhala, bolehkah Muslim mengiakannya, bersetuju dgn tindakannya dan menyokongnya. Jika lemah iman dan tak mampu berdakwah kpdnya, bukankah selemah lemah iman membenci dan tidak redha dlm hati. Jika bersetuju dan menyokong, di manakah imannya. Iman itu tak ditandai dgn hitamnya dahi, tidak juga dgn kopiah, jubah dan serban yg terikat kemas, tp berada dlm hati yg terserlah pd akhlak dan tingkah laku yg baik dan tutur kata yg mulia. Yg mengaku Islam dan beriman, tolonglah, bukakan pintu hati, fikirlah tanpa emosi kebencian dan taksub dan mintalah petunjuk Allah swt agar diselamatkan kita dr petaka dunia dan Akhirat.

Anonymous said...

P108 Shah Alam Keputusan PRU13 : Satu Analisis Statistik

Undi diperolehi Zulkifli Nordin= 38070
Undi diperolehi Khalid Samad=49009
Jumlah yang membuang undi =87942
Undi rosak = 863
Oleh itu undi yang diambilkira= 87942-863= 87079

Peratus pengundi Melayu=69.9%
Peratus pengundi Cina=14.94%
Peratus pengundi India=14.2%
Peratus pengundi lain-lain=0.96%
Oleh itu jumlah pengundi bukan Melayu =30.1%

Jumlah undi Melayu=69.9% x 87079=60868
Jumlah undi bukan Melayu=30.1% x 87079=26210

Jika diandaikan bahawa 100% pengundi bukan Melayu mengundi Khalid Samad atas sebab-sebab yang telah diketahui ini dan Zulkifli Nordin hanya menerima 100% undi hanya daripada pengundi Melayu maka;

Jumlah undi Melayu berpihak kepada Zulkifli Nordin=38070
Jumlah undi Melayu berpihak kepada Khalid Samad = 49009-26210=22799

Oleh itu peratus pengundi Melayu menyokong Zulkifli Nordin= (38070/60868) x 100=62.5%
Peratus pengundi Melayu menyokong Khalid Samad= 100%-62.5%=37.5%

Oleh itu secara umumnya majoriti pengundi Melayu di Shah Alam memang menyokong Zulkifli Nordin.

Siapakah di antara 37.5% pengundi Melayu yang telah memilih Khalid Samad?

1. Penyokong tegar Pakatan Rakyat (PAS dan PKR)
2. Penyokong UMNO yang mahu sabotaj dan menentang Zulkifli Nordin sebagai calon.
3. Golongan professional dan educated yang idealis
4. Golongan muda yang idealis atau yang hanya ikut-ikut trend dan kawan-kawan
5. Golongan tua dan muda yang amat tertarik dengan manifesto Pakatan Rakyat - mansuh tol, minyak turun, harga kereta murah dan lain-lain.

MakNyonya said...

Sorry 5 lorry .....no more apologetic statement from the malays....you deserve it and now you take it.

Anonymous said...

aku rasa ada bala besar yang ALLAH akan turun kan kat Malaysia nanti...bukun pergaduhan, permusuhan, tapi bala yang melenyapkan segala pergaduhan dan permusuhan..tak sedap hati rasanya

Anonymous said...

Yang mengundi utk Kalid tentu bersetuju kalimah Allah di permainkan..akidah melayu ni dah rosak..apa pun alasan mereka bab akidah jelas mereka buta. Sepatutnya mereka berjuang bersama Zul mempertahankan kalimah Allah...
Sesungguhnya balasan Tuhan bukannya sekarang...yang pasti doa TIDAK akan sampai..

Anonymous said...

Nape harun din kalah ye.....boleh bagi analisis pencerahan x

Xpas said...

Pemimpin besar tanggungjawab, besar amanah, jika tak sungguh melaksanakan berat pula bebanannya nanti. Haron Din kalah, sebab Allah swt tak bg dia menang, agar tidaklah dia memikul beban berat amanah kepimpinan nanti. Pendapat peribadi saja.

Anonymous said...

kita terima sajalah kekalahan zul nordin bukan macam anuwar dan penyokong2 mulltiracialnya daripada pkr, pas dan dap yang terus meroyan tak terima kekalahan mereka. Namun demikian kita minta zul terus berjuang memelihara kalimah Allah.

Anonymous said...

Harun Din , Hadi Awang, Mat Sabu, Husam, Sallahuddin dan yang seangkatan dengan nya kalah kerana Allah nek menyedarkan mereka bahawa kuasaNya lebih besar dan inilah balasan kepada yang memyekutui Kafir DAP. Di harap mereka2 ini bermuhasabah diri dan menyesali kesilapan mereka dan bertaubat nasuha.

Grand Marquis said...

Isu Zul ni bukan setakat kalimah Allah, tapi beliau adalah antara orang yang berani dan lantang menyuarakan isu-isu berkenaan orang Islam yang tidak berani di sentuh oleh PAS kerana mereka takut hilang undi. Isu kalimah Allah itu hanya secebis. Isu murtad, IFC, hopokrisi pemimpin pas, isu video seks dan lebih mengejukan ialah isu sikap pemimpin pas dalam isu video seks.

Bagi saya, adalah satu kerugian yang amat besar bagi umat Islam di Malaysia bila beliau tidak menang, apatah kalah pada Khalid Samad yang merupakan anti thesis kepada Zul Nordin. Memang satu perkara yang amat menyedihkan. Mungkin satu hari nanti anak-anak orang Shah Alam boleh kawin dengan orang kafir tanpa mereka perlu tukar agama (salah satu agenda IFC), masa tu baru korang sedar apa yang korang dah buat.

Anonymous said...

Tak semua, tapi ada gulungan Melayu yang dah kaya, mewah, tidak lagi bersama golongan marhaen. Inilah masalah politik segelintir orang Melayu, Islam pulak tu. Kalau cina tak macam tu, dia orang bersatu tak kira status mereka.

Anonymous said...

Jangan fikirkan sangat tentang orang Islam sokong mereka yang sanggup jual ugama untuk kepentingan politik kerana orang Islam sekarang pun ramai yang dah tak ikut ajaran Islam, musuh musuh Islam dah berjaya rosakkan pemikiran mereka dan sekuralism, pluralisme dan liberalsme yang diperjuangkan sudah dapat tempat dihati orang orang Islam sekarang. Inilah orang orang Islam akhir zaman yang disebutkan oleh Nabi kita 1400 tahun yang lalu.

Anwar patut terima anugerah untuk itu.

Anonymous said...

Nak renung apa lagi.. bangsa Melayu ni bila susah melata mcm siput babi cari tuan.. tp bila senang bongkak kaduk naik junjung..

Nak renung apa lagi.. org Melayu mcm kt Shah Alam tu takkan sedar diri.. sehinggu terantuk nanti.. dh kebulur, dh susah wktu tu barulah tergedik2 nk insaf..

sudah2lah.. skrg BN tumpu pd kawasan yg menang.. FULL-STOP!

Marsita yahya said...

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muaalaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"


Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Hasil Nukilan : Usman Awang

Anonymous said...

Melayu mudah lupa
melayu mudah lupa

Anonymous said...

Sudah jelas Cina boikot Melayu..ada sekor pengkomen kt sini ckp terbalik..?? ni Melayu jenis hati lembik dan liberal mcm nilah punca DAP dan Islam kena pijak..

ni mamat ngok ni punya ayat.. aku paste balik..



isu memboikot cina merupakan satu isu yang sensitif perlu ditangani dengan berhati hati sebab ada banyak implikasi kepada keharmonian negara. realitinya isu sentimen atau boikot cina ini x boleh dilaksanakan sebab kita hidup berbilang bangsa dan tak sepatutnya ada perasaan yang begitu sentimen. berlapang ada. balik la pada pendekatan islam semula.yg pentying kena praktikal. cuba tengok balik apa kata ayahnda tun dr mahathir tentang isu yahudi palestin yg dulunya sebok nak memboikot. kata tun kita kena kuat dan majukan ekonomi dulu. itu yang penting.
May 10, 2013 at 1:16 PM


kalau cmtu sia2lah usaha boikot brg2 Yahudi Israel? sbb takut implikasi? jilatlah kafir byk2..sbb takut...itu takut ini.. BACUL DAYUS punya manusia cm ko!!!

Anonymous said...

Orang Shah Alam ramai sokong PAS dan orang PAS tak baca pun akhbar arus perdana jadi macam mana mereka nak tahu Khalid tu sokong gereja! Noktah. Tu saja sebabnya.

Anonymous said...

NANTI SELEPAS INI BILA ADA BERLAKU APA-APA MASAALAH KELUAR KAT TV3 DGN MUKA MARAH,SEDIH SAYU MINTA BANTUAN KEPADA KERAJAAN PUSAT....

INILAH AKIBATNYA BODOH TAK BOLEH DIAJAR.....JANGAN INGAT REZEKI YG MELIMPAH RUAH TIDAK BOLEH DITARIK BALIK....ALLAH YANG ESA MAHA MENGETAHUI....

Anonymous said...

Tak payah salahkan melayu kaya. Melayu yang betul2 kaya undi BN. Melayu tanggang saja undi PR.

Sultan Selangor kena buat keputusan kali ni.

PAS patut jadi MB sebab PKR ni sokong kuat LGBT.

Anonymous said...

Tol kata anon 3:53 PM..

Melayu PAS mmg xbaca media pro kjaan...jadi pengetahuan mrk cume sekitar media pro pakatan..mrk xtau langsong pasal kalimah Allah PAS dah gadaikan pada kristian...jadi dlm kes khalid mmg mrk xtau atau kalo tahu pon ikot versi pembangkang...

Yg mrk tau dok menyalak lagu hudud, negara Islam sedangkan hakikatnya pemimpin mrk dah lama buang itu semua...

xcaya cer korng intai dlm fb atau blog penganut2 pakatan esp PAS...baik tua ke muda semua dok menyalak mende yg sama ...ngr Islam dan hudud....gitu bijak sekali pemimpin PAS memanipulasi keadaan ...sehingga dpt mmperbodohkan penganut mrk....

Anonymous said...

Aku rasa orang PAS terima isu kalimah Allah dari sebab penerangan Tok Guru dia orang yang membenarkan org bukan islam menggunakan nama Allah sebagai tuhan mereka. Tapi kalau aku nak debat dgn Tok Guru pun memang tak mampulah dibandingkan dengan ilmu dan komitednya dia pada Allah. Sembahyang sunat pun liat ni nak bangun buat sembahyang tahajud seperti yang dibuat dan diceritakan oleh orang yang pergi surau kat rumah dia. Pasal dia salah dan berdosa ke aku tak boleh nak komen jugak sebab Allah yang tentukan pahala dan dosa seseorang tu.. walaupun ramai dalam forum ni dah boleh tag saper yg berdosa tunggu bala dari Allah lah dan sebagainya. Mungkin amalan tuan2 dan puan2 lebih baik dari dia wallahualam.. saya tak tahu. Mungkin yang terbaik ialah kita minta pada Allah untuk berlepas diri dari bala dan fitnah dunia dan tidak terkait dgn dosa2 ini... kita dah buat yang terbaik dari ilmu yang kita ada untuk mengundi saper yg kita rasa yg benar yg lebih diredhai Allah.. biar Zul Nordin ke Khalid Samad ke.. Apa2 pun ini semua percaturan Allah.. tak payah lah kata nanti bala turun lah dan sebagainya sebab Zul yg memperjuangkan kalimah Allah kalah dan tidak dapat sokongan org melayu Shah Alam.. sebab kita yang rasa macam tu.. Berdoalah walau apapun kita dapat yang terbaik dari apa yang telah Allah aturkan ini.. baik di Shah Alam, Selangor atau Malaysia sekali pun...

Anonymous said...

Komen aku ...

Kalau bertambah Melayu di Shah Alam / Selangor yang murtad, PAS juga harus bertanggungjawab.

UMNO Shah Alam yang sabotaj Zul Nordin memang pukimak.

Anonymous said...

Khalid Samat dah buat cadangan nak bina gereja terbesar d Malaysia sebelah Masjid Shah Alam, tak paaaaa.....terus kan lah dajal oii....

Anonymous said...

Sebab orang lain tak sama fahaman dg kita, janganlah labelkan orang tu bodo atau cetek pengetahuan lantas kita pun tabur fitnah merata. Ingatlah pesan Allah supaya kita siasat berita dari golongan fasik... Siapa yang jelas fasik? AAkan kata B dan B pula akan kata A... Dalam A ada yg jumud, dlm B oun sama...
Kenapa tak boleh berlapang dada dgn keputusan terbaik yg Allah beri? Adakah kita ragu ini adalah perancangan Allah... A perlu muhasabah kenapa ramai golongan yg menolaknys... B pun sama....
Pada saya pemimpin parti memerintah perlu tunjuk akhlah yg lebih terpuji sesuai dgn akhlak nabi AlAmin.. abaikan dulu akhlak pembangkang... kiranya pemimpin bagus pasti tanpa susah payah rakyat jelata akan ikut... sama seperti Ansar beri jawatan pada nabi...
Jgn diungkit spa yg kerajaan dah buat... orang makin meluat sbb itu dah mmg tanggungjawab pemerintah...

Anonymous said...

Anon May 10, 2013 at 4:58 PM
Boleh debat..
Isunya kristian nak guna perkataan "Allah" dalam bible bahasa Melayu.
Dalam bible bahasa Inggeris diorang panggil GOD.
GOD (Inggeris) = Tuhan (Melayu) = Allah (Arab).
Maka, kalau nak diterjemahkan bible ke bahasa Melayu sewajibnya guna Tuhan sebagai ganti God. Kecuali kalau mereka nak terjemah ke dalam bahasa Arab (ni takde masalah).
Jadi memang sahlah mereka ni nak guna perkataan "Allah" dalam bible bahasa MELAYU untuk mengelirukan bangsa Melayu tu sendiri dan seterusnya memurtadkan bangsa Melayu tu.
Wajib ditentang.

satkajams satkajam said...

ini pengalaman aku sendiri tentang perangai orang shah alam ni. jenis depa ni dah senang jadi depa tak kisah pun orang lain susah ke tak... satu lagi depa tak hirau orang lain pun... aku pernah tengok beberapa orang yang takde rumah di masjid negeri shah alam tapi imam2 dan orang 2 masjid tak hiraukan depa pun... jadi apa kita nak harapkan dengan orang2 shah alam ni...

Ceritasatudua said...

Shah Alam dah jadi macam Manhattan New York USA atau Rio decJenerio di Brazil atau Tokyo..Masyarakat moden Enau dlm belukar sendiri kisah dgn pucuk masing masing saja,Bab agama dan hidup ada mazhab rutin sendiri.politik kendiri yg lari dari kekladikan dan kliyse Umno.Citra dan rasa masyarakat yg dah tepu.Penguraian mustahil oleh pihak luar melainkan kehendak naluri masyarakat dirubah oleh kebosanan.Inikah wajaran Madani sosial Melayu abad ke 21.

bekas orang KLANG said...

betol ke dalam 70k tu semuanya berjiwa islam...??

Anonymous said...

Saya pengundi bn di seksyen 7 shah alam. Apa yang saya ketahui seksyen 7 memang ramai orang pas. Pada saya kekalahan yb zul adalah kerana fitnah dunia yang berleluasa di kalangan umat pas di sini yang merasakan mereka kuat beragama.
Orang2 pas di sini walaupun terdiri dari mereka yang bijak pandai tetapi termakan dengan fitnah mengatakan semua media arus perdana termasuk surat khabar adalah fitnah pihak umno. Kedua, mereka memang termakan dengan fitnah bangla dan orang sabah yang diangkut menggunakan berbelas2 trip kapalterbang sebagai pengundi hantu. Wanita2 disini rajin pergi usrah2 dan kelas mengaji. Waktu ini juga kadang2 ada yg menerapkan kebencian terhadap orang umno...

Anonymous said...

Aku penyokong tegar BN, tapi aku undi Khalid Samad (PR) sebab aku saying kat BN. Aku tak nak satu hari nanti, BN ditolak terus sebab jadikan Malaysia menjadi miskin. Sekarang pun hutang Malaysia dah hamper 50 billions dan rasuah masih berleluasa.

Aku rasa sudah sampai masanya kita membersihkan BN. Bila BN sudah bersih, lebih ramai akan sokong BN untuk kembali 2/3 majoriti di Parlimen. Lihat sajalah Partu LDP Jepun yang memerintah hamper 50 tahun. Selepas kalah sekali, sekarang kembali dengan majoriti 2/3.

Malaysia perlu maju supaya anak-anak Melayu boleh hidup senang.

Kalau nasib Malaysia tak ubah-ubah, anak-anak Melayu tak dapat cari makan di negara kita sendiri, nanti terpaksa bekerja kat Indonesia, Filipina dll.

Fikir-fikirlah. Inikah yang kita semua mau?

mohd nasir said...

Melayu suke berbelanja dan tak suka menjual..
Apabila melayu mula berniaga ada pula melayu yang lg satu tak puas hati..tak boleh tgk melayu
Senang sikit...dgn nama allah saya cakap anak saudara saya hanya menjual buah telah di santau sampai MATI oleh melayu yang busuk hati tamak haloba...bangsa melayu jugak yang suke jatuh kan melayu...cina berniaga untung juta juta knp melayu tak kcau???jual buah yg kdg2 habis dan kdg2 x tu pun nak sakit hati..ada satu ketika saya tgk pisang yang arwah jual busuk tergantung xda orang beli..kasihan saya tgk..orang indonesia(minang)yang berlambak jual buah kt tepi jalan tak mahu nye pule di santau...sdr lah wahai melayu...tolong lah kamu di antara melayu dgn melayu...jiran saya jual nasik lmak tepi jalan dapat untung dia beli gelang emas..setelah sekian lame niaga nsk lmak baru dia beli gelang emas...ada pulak mulut sok sek sok sek cakap yang makcik tu bela hantu raya....lollllllll.....melayuuuuuu oooooo melayuuuuuuu...ape kejadah nye tuduh makcik tu bela hantu raya..siap cakap nasik lmak yang di buat di jampi bagai lah supaya laku...adoooooiiii..

Anonymous said...

Ada sesuatu yg anda tidak tahu berlaku di seksyen u12 shah alam. Khaled samad spin penolakan bodhi park - buddhist temple terbesar d selangor, mungkin d malaysia juga. Google "bantahan bodhi park seksyen u12" tanya pada pengerusi penduduk sana apa yg berlaku, anda akan tahu jawabannya. Pengerusi mahupun penduduk tidak pernah menerima kerana ia d kawasan melayu. Hidup BN!

Anonymous said...

ANWAR TELAH MENJANJIKAN BAHAWA WALAU APA CARA SEKALI PUN DIA AKAN BERJUANG UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI WALAU PUN HANYA TEMPOH 2 TAHUN SAHAJA.
KATAKALAH DENGAN USAHA YANG GIGIH DAN PELBAGAI MUSTIHAT DILAKUKAN OLEHNYA (JANGAN UNDER ESTIMATE KESUNGGUHAN ANWAR, APA LAGI TIDAK ADA APA TINDAKAN DARI PIHAK KERAJAAN KEATAS TINDAKAN-TINDAKAN MELEMAHKAN KERAJAAN DILAKUKAN OLEHNYA) DAN AKHIRNYA DIA BERJAYA MENGAMBIL ALIH TAMPOK PEMERINTAHAN SEKARANG DARI BN DAN DENGAN SENDIRINYA BN AKAN MENJADI PIHAK PEMBANGKANG, APA AKAN KITA BOLEH BUAT????
TAPI YANG PASTI SIAPA YANG AKAN UNTUNG DAN SIAPA YANG AKAN RUGI? MEREKA AKAN KATA KUASA AKAN DIBERI SAMA RATA DIANTARA DAP, PKR DAN PAS, TETAPI DENGAN KUASA YANG ADA PADA MASA INI DAP MERUPAKAN PARTI DOMINAN DALAM PAKATAN DAN DISUSULI OLEH PKR DAN PAS TERENDAH DAN SUDAH PASTI TIDAK AKAN BERTAMBAH WALAU APA YANG AKAN BERLAKU. DENGAN KEDUDUKAN INI BUKAN MELAYU AKAN MENJADI KOMPONAN YANG PALING BESAR DAN BERKUASA, KERANA SELAIN DARI DAP, DALAM PKR JUGA BUKANNYA 100% ADALAH MELAYU ATAU BUMIPUTRA, TERDIRI JUGA DARI BUKAN MELAYU DAN BUMIPUTRA. JADI DIMANA KEDUDUKAN PAS UNTUK MEMPERJUANGKAN NASIB ORANG-ORANG MELAYU DAN AGAMA ISLAM? SIAPA ATAU PIHAK MANA YANG AKAN MENYOKONG SEMUA CADANGAN ATAU BANTAHAN PAS? YANG HANYA MINORITI DALAM PAKATAN???? JADI PAS TIDAK BOLEH HENDAK MENGHARAPKAN PKR KEREANA MEREKA ADALAH LEBIH PLURALISMA DAN LIBERALISMA DALAM BERUGAMA. JADI PAS HANYALAH AKAN MENJADI ANJING SURUHAN MEREKA SAHAJA.
JADI SIAPA SEBENARNYA THE BIG LOSER? MELAYU DAN BUMIPUTRA YANG TIDAK AKAN MENDAPAT PEMBELAAN. CUBA FIKIR2 DAN SEBAGAI RENUNGAN PENCACAI MELAYU YANG TENGAH SESAT MENYOKONG ALJUBORI DAN DAP..... SUNGGUH MEMALUKAN.

May 11, 2013 at 12:16 PM

Leave your comment
KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

AMARAN..HEHE MCM KDN KERISMUDIN PULAK. JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.



Anonymous said...

Ini blogger baik mampus..bercakap mcm xblaja agama..baik mampus..ko nanti dh tua ke, dh mmpus ke baru ko taw apa ko buat skrg sia2..

YB Raz said...

orang melayu kaya kaya ni mana peduli pasal tuhan bro..dorang dah berkiblatkan harta dunia..

Anonymous said...

Aku tinggal di Seksyen 13 Shah Alam. Aku berasa puas hati sangat2 dengan kekalahan Timb. Presiden Pekasam Zul Nordin. Dia dengan begitu rendah diri yakin 101% boleh menang.

Harap lepas ni dia akan jadi 101% pekasam sejati.