Sunday, May 5, 2013

Taktik Jahat: Lumurkan Minyak Di Jari Sebelum Di Calit Dakwat

Macam-macam cara mereka buat untuk cemarkan pilihan raya. Apabila mereka kalah maka ada alasan untuk mereka turun ke jalan raya dan beritahu seluruh dunia bahawa sistem pilihan raya di Malaysia tidak betul.

Antara yang berjaya dikesan pagi ini...

Sebelum pergi mengundi ,mereka lumur minyak masak terlebih dahulu di jari yang akan dicalit dengan dakwat oleh SPR. Mereka biarkan minyak itu kering. Bila kering pun ianya tetap berminyak juga. Apabila dicalit dengan dakwat ianya tidak berapa lekat. Selepas mengundi mereka pun buat demo untuk tanggalkan dakwat. Kemudian melalak dakwat tak kekal.

Yang kedua pula, mereka menangkap beberapa pekerja asing di pusat pengundian. Pekerja asing itu ada ic di tangan. Bukan ic mereka pun. Dan pekerja asing bukan nak mengundi pun. Pekerja asing itu telah di bayar supaya melakonkan watak seolah-olah nak pergi mengundi, dan kemudiannya mereka tangkap. Ambil gambar dan masukkan dalam FB dan sebagainya. Kemudian kecoh warga asing ditangkap ketika cuba mengundi. 

Kalau bukan drama, bagaimana mereka dapat sasarkan tepat kepada pekerja asing berkenaan ?

Maknanya mereka dah tahu siapa yang perlu ditangkap....

Jahat puak-puak setan ni....

26 comments:

Anonymous said...

Dakwat kekal ke tak janji puas hati aku dapat pangkah BN tadi.

Anonymous said...

Alhamdulillah dah pangkah BN tadi. Cume SPR kene perbaiki sistem menunggu. Panas beratur tadi ada makcik yg pengsan. harap perbaiki.

Anonymous said...

saya dah menunaikan tanggungjawab saya pada Malaysia, saya pilih Malaysia, Datuk Hamzah Zainuddin BN[x], Dr Muhammad Amin BN[x]. insyaallah larut dan dun batu kurau masih kubu kuat BN

Anonymous said...

pergi sebelas lebih tadi tak de ramai orang, tak sampai 5 minit dah undi BN, yahooooooooo, patut kat tempat yang ramai orang kena buat 2 kelas, 1 kelas untuk beratur

Anonymous said...

Time kasih kpd yg rasional. Dun serkam, melaka: rata-rata pembantu di pondok pr tiada dakwat kekal di jari, mereka2 lah yg suka mrmbuat onar. Dulu minta dakwat, tapi rupanya blum layak mengundi. Tapi suka buat kacau... tolak pr. Tolak minda sewel.. hanya yg kecewa, ganas dan pailangpengundi dan penyokong pr.

Anonymous said...

Alhamdulillah,aku dan anakx aku dah mengundi BN tadi di sek. intergrasiAl Aziziah di AU1. Ramai betul umat keluar mengundi kali ni. Pukul 8.15 beratur masuk mengundi pukul 11.30 selesai. tapi betul mcm anon 12.18 cakap yang sepatutnya dengan pengalaman yang begitu lama mengurus pilihan raya masih banyak lagi kelemahan yang boleh diperbaiki

Anonymous said...

mungkin SPR tak menjangkakan awal pagi orang dah terpacak kat depan pintu, mungkin sebelum ni kedatangan secara purata datang tak sekolompok macam ari ni kot.

Anonymous said...

SPR didapati tidak menyediakan tempat mengundi yg mencukupi!
Sbg contoh, di Sek Convent, Batu Gajah barisan utk org2 tua di saluran 2 adalah sangat panjang. Maka telah berlaku orang2 tua terpaksa berdiri, beratur sangat lama sehingga tiga jam lebih! Sampai ada yg pengsan2.
SPR sepatutnya tahu bilangan pengundi yg akan ke saluran ini adalah ramai, adakanlah lebih dari satu bilik darjah utk warga emas ini.
Saluran 7 iaitu utk remaja2 muda cuma adalah 4, 5 orang pd satu2 masa.
SPR sungguh tak bijak melayan pengundi2 warga emas spt ini. Ada mungkinkah SPR ni bersubahat dgn Pakatan Rakyat utk membuat orang2 tua berasa marah dan mengundi Pakatan Rakyat dan bukan BN!
Ini bukan kali pertama SPR menjalankan PRU, tak kan tak belajar dpd masalah2 pengundi dari dahulu.
SPR patut UBAH!

Ina said...

Sejak balik mengundi, pi pasar, siang ikan, daging bagai dan dah nak siap masak ni, taklah hilang 100%, especially yang atas kuku. Tp masa potong daging no doubt dia senang lekat di bahagian lemak.

Hilang 100% lg bagus, macam seriyau silver nitrate tengah bertenggek atas kulit.

Anonymous said...

babai bang non dgn pakatan haramjadahnya. sudah terbukti kuasa ALLAH sentiasa mngatasi perancangan keji dan jahat musuh2 ISLAM

Anonymous said...

Baguslah kalau dh tangkap bangla tu. Lepas tangkap, bw g balai polis utk siasat. Jgn tangkap, ambik gambar kmudian upload kt fb. Lepas tu bangla tu pun hilang x dpt dikesan. Benda tu x selesai. Dalangny yg sebenar kita x tahu.

pemerhati said...

Aku undi BN! Smoga pakatan rosak tu bungkus dilaknat Allah. Ada ke agama dibuat main.

Anonymous said...

Alhamdulillah... Dah pangkah Ku Nan (BN)tadi... InsyaAllah Putrajaya milik BN

Anonymous said...

Syukur...ana pong pakoh dacing...You ALL doh tubik ngundi ko? Timo kasih pengundi dacing.

Anonymous said...

Tahniah semua yg dah pangkah bn. Aku juga yg rugi. Sepatutnya undi pos di luar negara pada 28 april tapi terpaksa balik pada tarikh tu. spr kata aku tak boleh undi hari ini sbb nama aku takde dalam senarai.....rugi...rugi...rugi aku. Aku doakan bn dapat balik negeri pembangkang.

Anonymous said...

rasa bangga ada dakwat kekal di jari. Sesaja tak mau cuci lg, biar dia hilang sendiri beberapa hari lagi. Kawasan aku kwsan BN, Parlimen kubang pasu, dun jitra.
Cadangkan SPR sediakan kerusi utk saluran 1/ warga emas. Ambik jer kerusi kat sekolah tu, kesian. Golongan ni kan dah lemah lutut, sakit belakang etc.

raismazzadam said...

saya sudah memangkah BN..ANDA PUN WAJIB PANGKAH BN..TEKAD DI HATI PANGKAH ANDA DI NANTI..HIDUP BN..MAMPUS PAKATAN RAKYAT..ANWAR JAHANAM

manjung said...

aku setuju anon 12:50. kebanyakkan SPR ni puak2 PR.

Anonymous said...

Wahai pengundi BN, kita dah berusaha memenangkan bukan calon kita tapi parti yang akan membela nasib kita dalam tempoh masa 5 tahun ini. insyaallah, moga ALLAH memberikan taufiq dan hidayah pada pengundi yang masih belum mengundi untuk memilih Better Nation, Hidup BN Hidup Najib

Anonymous said...

aku undi bn bkt katil..soryy. budak gemuk AMK..MAMPUIH LA KO.. ..TURUN MINYAK KATA NYA..semua jiran mesia tau minyak.mesia.morah..

tp ngeri kat sini last election 1500 je beza. undi..isyAllah Ali Rustam menang..

Anonymous said...

aku undi BN td.

tp, mmg mengecewakan dakwat kekal bole hilang lepas cuci dgn sabun basuh pinggan axion. bersih terus jari... langsung x de dakwat dah.

kecewa sbb SPR secara sengaja atau x telah bagi peluru kpd pembangkang!

Anonymous said...

Kan sistem biometrik, umpamanya guna thumb print scanning amat berkesan, kalau tak mana boleh Bank pakai?? PR tak mahu biometrik seumpama ini sebab memang dia orang dah plan nampaknya? Sebab dah tahu akan kalah? Ni jangan2 SPR dah ada dibeli ke oleh PR ? Ataupun SPR dah kena tipu dengan pembekal dakwat?

http://sejarahmelayu.blogspot.com/2011/07/panas-sebab-utama-juak-pakatan-tidak.html


Walau bagaimanapun, memang sistem SPR dah ada check and balance di mana wakil parti mesti ada dalam bilik undi utk pastikan hanya pengundi berdaftar sahaja mengundi( lihat poster 7 langkah undi). Jadi dakwat ini adalah ciri tambahan keselamatan sahaja.

Anonymous said...

Kebanyakan petugas SPR adalah kakitangan awam, yang tidak tahu tugas sebagai penjawat awam, yang jadi pendidik terutamanya tak dapat beza antara politik dan tugas, mereka menanam politik kebencian supaya rakyat benci kepada pemerintah

Anonymous said...

dakwat dijari aku hilang selepas aku guna glo dan scoth brite tak sampai setengah jam lepas aku balik rumah. cuma celah jari aje. lepas tu gi hypermarket, balik rumah basuh ayam dan basuh pinggan, celah celah jari juga hilang habis. tapi tak apa tak ada isu bagi aku kerana aku tak da niat nak menipu. tapi aku setuju dgn yg bagai pandangan mungkin spr dah kena tipu oleh pembekal ataupun memang ada hantu dlm spr, atau kerani yg calit dakwat tu tak ikut prosedur yg betul masa tangan aku dicalit.lebih baik guna sistem teknologi it yg lebih cangih bukan amalan 3rd world ini. membazirkan duit kerajaan aje.spr ambil perhatian umum. menanglah bn

Anonymous said...

AKU DAH CUCI DENGAN HYDROGEN PEROXIDE TAPI TAK HILANG PUN..KESANNYA TETAP ADA. MEMANG BOLEH DIKESAN DENGAN MATA KASAR KESAN CALITAN ITU.

SO JANGAN TIPU LA

Anonymous said...

parlimen dengan dun dua2 aku pangkah BN...selama nyer BN di hati...