Thursday, May 2, 2013

Coretan Khusus Untuk Penjawat-Penjawat Awam Di Malaysia

Calon Pas Putrajaya semalam menurunkan bapa pembohong negara Al Sheikh Al Anwar Al Jub ke Putrajaya untuk memancing undi penjawat awam di sana.

Mereka buat deklarasi Putrajaya....fuhhhhhh....dengar nama memang hebat beb. Beberapa hari lagi nak mengundi baru...tup...tup...tup....muncul deklarasi Putrajaya untuk mengabui mata kakitangan awam sebagai pengundi majoriti di parlimen itu.

Kenapa 2-3 tahun lepas tak lancarkan deklarasi Putrajaya ?

Tiba-tiba sekarang ini Husam dan Anwar serta kuncu-kuncunya hendak menjadi hero kepada penjawat awam di Putrajaya.

Di mana mereka sebelum ini di saat penjawat-penjawat awam dihina, dicaci, difitnah dan dipukul ?

Bukanlah kami nak bercakap besar atau nak berlagak. Selama ini puak-puak mereka hina, caci, fitnah dan pukul penjawat awam, kami blogger-blogger pro BN lah yang akan sentiasa ke depan mempertahankan anda semua.

Video di bawah ini bukti jelas bagaimana penjawat awam ditengking, dihina dan dikeji oleh pemimpin PKR.

Pernah anda dengar Husam atau Anwar memohon maaf di atas tindakan kurang ajar orangnya itu ?

Sekarang sudah sebulan Husam di Putrajaya, ada dia menyatakan rasa kesalnya di atas kejadian yang berlaku itu dan memohon maaf kepada penjawat awam di atas kejadian itu ?

Husam membangga-banggakan dia menghadiri majlis pengkebumian Timbalan Pengarah Kastam yang meninggal dunia Jumaat lepas. Adakah anda fikir jika tidak kerana dia calon di sana sekarang , dia akan hadir ?

Di mana Husam selama ini apabila anggota polis dipukul oleh perusuh jalanan PAS, PKR dan DAP ?

Pernah Husam melawat anggota polis yang dipukul di hospital ?

Husam membangkitkan rasa bimbangnya terhadap tahap keselamatan penjawat awam di Putrajaya. Pernah Husam bangkitkan rasa kesalnya terhadap budaya kurang ajar yang melampau yang diamalkan oleh penyokong-penyokongnya yang mengancam nyawa anggota polis ?

Pernah Husam lahirkan rasa kesalnya apabila kereta polis dipanjat, dipijak dan diterbalikkan ?

Tahun 2011 berlaku kejadian seorang penyeledup beras mati akibat serangan jantung ketika dikejar Unit Pencegah Penyeleludupan di Kelantan, kita tidak lupa bagaimana Husam memperlekehkan tugas UPP dan mempertahankan penyeludup beras itu.

Jika Husam hero kepada penjawat awam , kenapa dia tidak bangkit mempertahankan tugas UPP ?

Siapa yang pertahankan UPP ?

Blogger pro BN juga yang pertahankan. Kalau tak percaya klik di sini

Semakan yang dilakukan di blog Husam mendapati video dia berucap berhubung kejadian itu telah dibuang. Klik sini


Bagaimanapun ada satu lagi video yang memaparkan ucapan dia yang cuba menghasut rakyat berikutan kejadian itu agar bangkit merusuh sepertimana di Mesir.

Jom dengar pembohongan , sila klik di sini

Sepanjang ucapan itu , ada anda dengar dia pertahankan anggota UPP yang menjalankan tugas mereka ?

Dia sebut nama Teoh Beng Hock , ada dia pertahankan kakitangan SPRM ?

Hari ini dia nak jadi hero penjawat awam ? nak bela nasib penjawat awam ? nak bangga-banggakan dia hadir ke pengkebumian Timbalan Pengarah Kastam ?

Bohong, bohong, bohong dan bohong. Itu semua adalah politik untuk memancing undi....

Sebagai penutup marilah kita sama-sama saksikan apa janji mereka dengan penduduk Kampung Buah Pala semasa kempen PRU 2008.

11 comments:

Anonymous said...

Tidak untuk husam!kami di JPN semua dah berpakat sebulat suara untuk tidak memilih dia.saya pun dengar jabatan2 lain pun sama juga.

Anonymous said...

tukar kepala bapak ko..baik ko je ditukarkan ke kelantan. ramai lagi yang boleh ganti tempat ko..

Anonymous said...

4 bulan bonus...nmpk sgt nie komen bukan dr penjawat awam...mne ade bonus smpi 4 bulan utk penjawat awam...kalo keje swasta bole gak aku caye...dah2 la nk bohong kn org...aku pn penjawat awam...syukur dpt 1 bulan setengan bonus...

Jokiden NS said...

Husam bin Kusam, tidak sampai 24 jam dia membangga-banggakan kehadiran dia di majlis pengkebumian Dato Shaharuddin Ismail tu mulalah dia menuduh Allahyarham sebagai perasuah dan tidak patut naik pangkat.

Dia mengharapkan semua pegawai kerajaan mati supaya boleh naik pangkat.

Itu sikap hipokrit husam kepada pegawai kerajaan. Mulanya dia puji untuk keuntungan politik bukan kerana Allahpun. Bila PM pergi dan bagi bantuan maka hilang segala jasa dia yang mengziarahi arwah, maka dia kutuk baliklah.

Anonymous said...

Salam RBF

Lagi syok kalau setiap malam klip video youtube pemimpin PR herdik penjawat awam ni dimainkan pada setiap malam dibilik2 gerakan atau tapak cerama sekitar putrajaya..pasang sekuat2nya..biar satu putrajaya dengar..masih belum terlambat klu nak buat..

Wak Jengkol

Anonymous said...

kalau setakat ditukarkan oklah juga,TAPI separuh k/tangan awam akan dikurangkan itu kata orang kuat DAP,KALAU SEPARUH BERMAKNA SETIAP DUA ORANG SEORANG AKAN HILANG PERKERJAAN. JADILAH PENGANGGUR TERHORMATLAH NAMPAK GAYANYA.

Anonymous said...

Kalau di universiti, jummlah pensyarah dikurangkan, secara automatiknya pengambilan pelajar juga dikurangkan, so ramailah lepasan sekolah tidak boleh menyambung pelajaran mereka ke universiti. Penganggur tanpa kelulusan akan menjadi majoriti penduduk dan status negara maju agak sukar untuk dicapai oleh Malaysia.

Anonymous said...

Ramai kaki-tangan awam yang pro-PR terutama guru ( BUKAN SEMUA )dan kebanyakannya lulusan IPTA. Mungkin mereka tak tahu maksud 'TERIMA KASIH' dan diharap muhasabah diri anda dan fikirkan kepentingan anak-cucu yang akan datang. Apa yang kurang kerajaan beri selama ini. Kenaikan gaji,elaun dan macam-macam kemudahan lagi berbanding sebahagian besar rakyat di negara ini yang masih tahu berterima kasih biar pun tidak semewah anda para guru.

IP said...

habis jen. md hashim cakap kakitangan kerajaan tu kera dalam jagaan tu hape pulak??

Janji..janji...sape pon boleh janji..kenapa selama ini dia selalu kutuk polis, tentera..dan dia kata isu di lahad datu pon sandiwara!

Anonymous said...

Salam, Husan hadir diperkebumian TKP Kastam tu cuma 3 minint. Tak jumpapon waris dan kehadirannya semata2 bermotif politik. Buat komen tak ada vip hadir dan TKP tertembak kerana rasuah dalam Keajaan,,,gile...

Anonymous said...

aku sedih kawan2 aku kat pejabat semua pro pembangkang...nak buat macam mana mereka semua x baca surat khabar,tgk berita...sumber maklumat hanya blog pembangkang.kakitangan awam kan ada akujanji taat setia...harap2 bn menang pru 13 nie