Monday, September 12, 2011

Mampukah BN Tawan Selangor PRU 13 ?

Dengan rasa rendah diri saya ingin memohon jawapan yang penuh ikhlas dari lubuk hati rakan-rakan pembaca sekalian kepada soalan yang di bawah ini.


Adakah BN akan berjaya menawan kembali Selangor dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan diadakan kelak ?


Jika ya , nyatakan alasan di sebalik keyakinan anda itu...

Jika tidak, nyatakan juga alasan di sebalik ketidakyakinan anda itu...






Mohon komen yang dihantar pendek, padat dan relevan dengan topik yang dibincangkan.....

Friday, September 9, 2011

Pada Pendapat Anda Wajarkah Orang Itu Ditolong ?

Anak mangsa (perempuan, tengah)

Berita dari Bernama

Kelab Putera 1Malaysia akan berusaha membawa pulang warganegara Malaysia, Normazawati Wong Abdullah, 49, yang terkandas di Vietnam selepas dibebaskan dari penjara ekoran dipercayai menjadi mangsa sindiket pemalsuan kad kredit.

Rombongan kelab itu, yang diketuai Presidennya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, dijangka berlepas ke Vietnam hujung bulan ini dan akan menguruskan segala permasalahan untuk membawa mangsa pulang, termasuk dari segi perbelanjaan dan urusan diplomatik dengan negara terbabit.

Abdul Azeez berkata, pihaknya telah mengumpul dana sebanyak RM20,000 bagi tujuan tersebut.

Menurut anak Normazawati, Siti Ansyakinah Zainal Abidin, 24, ibunya terkandas di negara itu sejak dibebaskan dari penjara pada 27 Januari lalu.

Mangsa mendakwa dianiaya sindiket pemalsuan kad kredit dan dipenjara atas kesalahan itu pada 2004.

"Saya tidak pernah berjumpa dengan ibu sejak tujuh tahun lalu, biarpun telah dibebaskan dari Penjara Thu Duc wilayah Binh Thuan, Ho Chi Minh, ibu perlu membayar denda berjumlah VND 373,965,810 (RM60,000) kepada pihak berkuasa Vietnam untuk membolehkannya pulang ke tanahair," katanya dalam sidang media di ibunegara hari ini.

Siti Ansyakinah berkata dia telah berjumpa dengan pelbagai pihak bagi meminta bantuan, tetapi telah menemui jalan buntu.

"Akhirnya Kelab Putera 1Malaysia telah sudi membantu membawa pulang ibu serta menyelesaikan denda tersebut," katanya.

Pada 2004, Normazawati Wong Abdullah pergi ke Ho Chin Minh, Vietnam bersama empat orang rakan di mana dia telah dijanjikan pekerjaan untuk membuat tinjauan harga barangan elektrik seperti komputer dan sebagainya.

Apabila sampai di sana, mangsa telah diberikan kad kredit oleh sindiket berkenaan yang memintanya membeli peralatan elektrik dalam jumlah yang besar dengan menggunakan kad kredit palsu itu.

"Ibu telah diugut, sekiranya tidak berbuat demikian, keluarga akan dicederakan oleh sindiket itu. Kini keadaan ibu tidak sihat dan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menampung kos rawatan dan kos sara hidup yang berjumlah lebih kurang RM2,500," katanya.

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke akaun Maybank Siti Ansyakinah Zainal Abidin, 164838012669 atau menghubungi pejabat Kelab Putera di talian 1300881113.

Apa macam rakyat Malaysia, perlukah orang itu ditolong ?

Kena tanya rakyat dulu, nanti ada pula yang tuduh macam-macam...

Kerajaan Lagikah BN Selepas PRU 13 ?

Menulis panjang tak mahu....

Bercakap banyak pun tak mahu.....

Cuma ingin minta jawapan ikhlas dari lubuk hati anda semua kepada soalan di bawah.

Apakah BN akan terus menjadi kerajaan yang memerintah negara selepas PRU 13 kelak ?




Faham-faham sendirilah kenapa saya bertanyakan soalan seperti itu kepada anda hari ini.

Thursday, September 8, 2011

Video : Azmin Keluar Darah Berketul-Ketul



Cerita dari kakak sulong Azmin yang mengatakan dia membawa Azmin ke hospital dalam keadaan sakit kerana keluar darah berketul-ketul.

Siapa yang pecahkan dara Azmin ?

Tak Habis-Habis Masalah Air Kelantan

Setiap kali menjelang hari raya adalah perkara biasa kepulangan anak-anak Kelantan akan disambut dengan ratusan banner-banner yang mengucapkan selamat hari raya dan selamat kembali kepada anak Kelantan di perantauan.

Masuk sahaja sempadan negeri Kelantan tidak kira dari Perak, Pahang dan Trengganu maka dapat dilihat berserabut banner yang digantung.

Kebiasaannya banner dari parti Pas yang terpampang gambar Nik Aziz , wakil-wakil rakyat Pas atau pimpinan Pas tidak kira yang hingus sudah kering atau yang masih berhingus lagi mendahului suasana.

Banner tersebut bukan sahaja digantung di kawasan sempadan Kelantan , malah boleh dikatakan di setiap pelusuk negeri Kelantan, termasuklah di bandar Kota Bharu.

Apabila melihat kepada sambutan sedemikian , maka sudah pastilah timbul perasaan bangga di kalangan anak-anak Kelantan yang berada di rantau kerana kepulangan mereka diraikan.

Apa guna gantung ratusan dan ribuan banner untuk ucapkan selamat kembali, jika tiada air untuk basuh kencing. Ibarat kita bertandang ke rumah orang, tuan rumah dan seluruh keluarga tak putus-putus ucapkan selamat datang kepada kita, tetapi air secawan pun tidak dihidangkan.

Setiap kali balik hari raya masalah air adalah masalah besar yang menghantui mereka-mereka yang pulang ke kampung. Makin tahun bukannya makin elok, tapi makin teruk.

Gambar di bawah ini saya rakam di Stesen Shell Kuala Krai pada 28 Ogos yang lepas. Masuk sahaja ke sempadan Kelantan dari Kuala Lipis kami disambut oleh banner yang mengucapkan selamat pulang yang memaparkan wajah Nik Aziz Al-Haji Rasuahi.

Dari sana sehinggalah ke Kuala Krai boleh dikatakan ratusan banner-banner Pas yang digantung dengan ucapan yang sama.

Sampai sahaja Stesen Shell Kuala Krai, kami berhenti seketika untuk mengisi minyak dan untuk ke tandas.

Sampai di tandas, tu dia........

AKSB= AIR KELANTAN SENDIRIAN BERHAD.

Negeri Islam kepala otak apa jika keperluan asas untuk umat islam pun tak dapat disediakan.

Nak kata tidak ada wang, kerajaan pusat dah bagi RM 600 juta.

Mana pergi wang tersebut ?

Mengikut seorang lelaki yang berada di situ, masalah tersebut bukan sahaja berlaku pada hari itu, ianya sering berlaku. Hingga memaksa pengusaha stesen minyak berkenaan telah mengambil insiatif sendiri dengan menyediakan dua tangki besar di belakang stesen tersebut untuk meyimpan bekalan air. Tapi kalau penyedia bekalan air gagal bekal air, ada 10 tangki besar pun tak guna.

Wednesday, September 7, 2011

Mat Indera: Antara Budak 4 Tahun dan Abdullah CD, Siapa Anda Percaya ?

Hari ini seorang pakcik yang berusia 65 tahun , bernama Baharum Shah , adik kepada 'pejuang kemerdekaan' bagi parti Pas , Mat Indera, muncul bersama dua budak hingusan Pas membuat kenyataan mengatakan abangnya bukan ahli Parti Komunis Malaya.

Dia juga menuntut agar kerajaan membersihkan nama adiknya. Sini

Saya punya pandangan senang sahaja.

Pas sekarang dalam keadaan terdesak untuk memastikan mereka tidak tewas dalam perdebatan yang sedang berlaku.

Jadi mereka harus guna apa sahaja jalan yang ada untuk menunjukkan kepada rakyat mereka di pihak yang benar. Sekiranya tidak menang sekali pun, dapat mengelirukan rakyat pun sudah cukup baik bagi mereka.

Adik kepada Mat Indera yang muncul bersama dengan budak hingusan Pas hari ini sebenarnya telah pun digunakan oleh Pas. Tidak mustahil wang ringgit juga telah digunakan untuk memujuk beliau agar mengadakan sidang media tersebut hari ini. Blog Screw Kuat ada maklumat tersebut. Sini

Kejadian Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950.

Adik Mat Indera yang muncul hari ini berusia 65 tahun. Maknanya dia lahir pada tahun 1946.

Semasa peristiwa Bukit Kepong dia berusia 4 tahun.

Logikkah budak 4 tahun yang masih menghisap botol susu dan bersunat pun belum lagi tahu apa kegiatan abangnya pada masa itu ?

Kalau nak menipu kerana terima upah pun biarlah logik sikit.

Kita tak pelik dan mungkin kita juga boleh percaya cerita daripada adik Mat Indera yang muncul hari ini sekiranya beza usianya dengan Mat Indera pada masa itu tidaklah jauh sangat.

Dia kata abangnya bukan anggota PKM.

Dia pada masa itu umur 4 tahun.

Abdullah CD pula adalah bekas Komanden Rejimen Ke 10 PKM terang-terangan dalam bukunya (Memoir Abdullah CD,bahagian ke 2) mengatakan Mat Indera adalah anggota PKM.

Dalam buku tersebut, Abdullah CD bukan sahaja mengesahkan Mat Indera sebagai anggota PKM, malah beliau juga mengesahkan Mat Indera bersama orang-orang cina dan melayu mengetuai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Jika Komanden Rejimen PKM sendiri pada masa itu yang berusia 34 tahun mengesahkan perkara tersebut, adakah kita nak percaya kepada budak yang berusia 4 tahun pada masa itu ?

Petikan dari buku Memoir Abdullah CD (ms 115)
Salah satu pasukan bersenjata Melayu Johor yang berpengaruh dan luas kawasan gerakannya ialah pasukan di bawah pimpinan Mat Indera dan Kadir Murei'ih. Pasukan ini bergerak di kawasan dari Muar hingga ke Air Hitam, Batu Pahat dan Segamat. Mereka mendapat sambutan yang hangat dari massa rakyat, banyak kampung telah disusun menjadi pangkalan gerila yang kukuh, banyak darah-darah baru mengalir masuk tentera. Dengan itu terbentuklah satu pangkalan gerila yang luas di kawasan Pantai Barat Negeri Johor.

Pada 23 Februari 1950 satu kompeni pasukan gabungan yang terdiri dari kawan-kawan Tionghua dan 2 platun kawan Melayu di bawah pimpinan Mat Indera melancarkan serangan mendadak ke atas Balai Polis penjajah di Bukit Kepong yang berkekuatan 1 platun.
Kenapa Mat Sabu membangkitkan isu ini ?

Jawapannya mudah sahaja, kerana dendam Mat Sabu kepada polis akibat pembohongannya dibongkar oleh polis.

Dia kata kena rempuh dengan Land Rover polis.

Bila muncul video, jangan kata Land Rover, bayang Land Rover pun tidak ada di tempat kejadian.

Buku Kisah Skandal Husam Musa Kini Menemui Kita

Assalamualaikum....

Abe Huse apo kabar ?

Jeng....jeng....jeng.....

Sebuah buku baru yang menceritakan pelbagai kisah skandal Husam Musa kini telah dan bakal berlegar-legar sekeliling kita.

Daripada maklumat yang saya terima, saya difahamkan buku itu ditulis oleh musuh-musuh politik Husam di dalam Pas.

Difahamkan sejak kemenangan Husam sebagai Naib Presiden Pas, ada di kalangan pemimpin-pemimpin Pas yang tidak senang dengannya.

Usaha sedang dilakukan untuk menghalang dia daripada dilantik sebagai MB Kelantan yang baru dan kalah bertanding sebagai Timbalan Presiden Pas dalam pemilihan akan datang.

Apa isi kandungan buku tersebut ?

Saya akan kongsikan dengan anda kemudian.

MB Selangor Buat Lawak Raya

Nurul Izzah buat lawak puasa

Khalid Ibrahim pula buat lawak raya

Apa lawak mereka ?

Klik sini

Monday, September 5, 2011

Kisah Sebenar Misi Ke Somalia

Post mortem-post mortem dari pakar-pakar yang tidak bertauliah memang laju di Malaysia jika terjadi sesuatu kemalangan besar dalam negara kita atau kemalangan yang melibatkan rakyat negara kita.

Pelbagai jenis ayat yang bermula dari perkatan 'kalau' akan dibina oleh pakar-pakar yang tidak bertauliah.

Kalau begini, bla....bla....bla.....bla......bla.....

Kalau begitu, bla....bla....bla.....bla......bla.....

Ayat-ayat yang dibina dari perkataan 'kalau' yang terakhir kita dengar sebelum kemalangan yang melibatkan jurukamera Bernama TV adalah semasa kejadian tanah runtuh yang menimpa rumah anak yatim di Hulu Langat beberapa bulan lepas.

Sekarang biar saya pula bina ayat dari perkataan 'kalau'.

Kalau sudah ajalnya, dimana-mana sekali pun kita akan menemui ajal.

Hidup, mati dan jodoh semuanya telah ditentukan oleh maha pencipta.

Sebenarnya nama Noramfaizul tidak disenaraikan oleh majikannya (Bernama) untuk menyertai misi kemanusiaan ke Somalia. Majikannya telah menghantar nama kakitangan lain.

Arwah meminta bantuan ketua misi,Datuk Azeez Rahim agar berbincang dengan majikannya supaya beliau dihantar dengan alasan beliau telah mengikuti beberapa misi sebelum ini dan sudah biasa dengan situasi-situasi di tempat yang tegang.

Saya tahu tentang perkara ini kerana saya turut terlibat dengan kerja-kerja persiapan sebelum misi berlepas. Tiga hari terakhir saya berada di pejabat Kelab Putera 1Malaysia(KP1M) sehingga lewat malam membantu apa yang patut.

Pada peringkat awal saya juga sepatutnya turut serta dalam misi berkenaan, tetapi atas halangan ibu dan isteri , saya membatalkannya kerana ada urusan keluarga di kampung yang perlu diselesaikan semasa Aidilfitri. Lalu saya mengambil keputusan untuk membantu kerja-kerja persiapan misi sehingga misi berlepas. Selepas sahaja misi berlepas , barulah saya pulang ke kampung halaman.

Saya akan berkongsi dengan anda apa yang saya tahu sepanjang persiapan dilakukan.

Awal Ramadhan kita di Malaysia dilaporkan dengan berita tentang umat-umat islam di Somalia yang terpaksa berpuasa selama berpuluh-puluh jam kerana tiada makanan untuk berbuka puasa. Kita di Malaysia puasa hanya 14 jam sehari dan makanan berbuka puasa pula terpaksa diisi ke dalam tong sampah kerana sudah tiada tempat untuk diisi dalam perut.

Bertitik-tolak dari situ setelah melihat kesengsaraan mereka, Datuk Azeez mula memikirkan untuk menggerakkan misi bantuan ke Somalia. Pelbagai kerja-kerja kajian dan risikan yang dilakukan terlebih dahulu sebelum pengumuman misi dilakukan.

Bukannya, hari ini terfikir nak pergi, esok terus umum dan kumpul orang kemudian pergi.

Pelbagai fakta-fakta dan bahan -bahan yang dicari dan dikumpulkan terlebih dahulu , termasuklah dari Yayasan Kepimpinan Perdana pimpinan Tun Dr M.

Setelah semua fakta dan laporan yang diterima menunjukkan tanda positif barulah Datuk Azeez mengumumkan misi tersebut.

KP1M menghantar jemputan kepada pihak-pihak media Malaysia yang berminat untuk menyertai misi tersebut. Mereka tidak memaksa atau mengheret media pergi, sekadar menjemput. Mana-mana media yang merasakan hendak ikut mereka boleh pergi. Mana yang tidak mahu ikut tidak dipaksa. Sebagai contoh, The Star dan NST tidak menghantar wakil mereka walaupun mereka juga dijemput.

Selain media, ramai juga sukarelawan-sukarelawan rakyat Malaysia dan juga rakyat Somalia yang tinggal di Malaysia yang mendaftar untuk menyertai misi berkenaan.

Mereka-mereka semua telah dimaklumkan tentang risiko yang berkemungkinan akan dihadapi memandangkan Somalia tergolong dalam golongan negara berbahaya bersama-sama Iraq.

Lebih 100 orang yang mendaftar untuk mengikuti misi berkenaan termasuk pasukan perubatan, media, blogger , sukarelawan dan barisan j/kuasa KP1M.

Mengikut rancangan awal, semua ahli rombongan akan berlepas dengan pesawat khas Air Asia bersama barang-barang makanan, ubat-ubatan dan pakaian untuk sumbangan kepada rakyat Somalia.

Menghampiri saat berbuka puasa pada petang khamis (25.08.2011) Datuk Azeez menerima panggilan dari pihak Air Asia yang memaklumkan mereka tidak boleh membawa ahli rombongan ke sana kerana tiada syarikat insuran yang hendak melindungi pesawat mereka kerana keadaan yang merbahaya di sana. Akhirnya kerajaan memutuskan untuk menggunakan pesawat TUDM bagi melaksanakan misi berkenaan.

Timbul pula satu masalah baru, iaitu kapasati tempat duduk. Bilangan tempat duduk pesawat Charlie TUDM tidak sama dengan pesawat Airbus milik Air Asia. Ditambah pula dengan barangan bantuan yang dibawa. Difahamkan hanya 40 orang sahaja yang boleh dibawa oleh pesawat Charlie TUDM.

Penganjur tiada pilihan lain selain mengurangkan bilangan ahli rombongan. Lalu berlakulah rasa tidak puas hati di kalangan mereka yang mendaftar untuk mengikuti misi berkenaan. Ada juga yang menarik diri secara sukarela dan ada yang merayu-rayu agar nama mereka tidak digugurkan serta tidak kurang juga yang marah-marah kerana tidak dapat ikut serta.

Akhir sekali 40 orang yang disenaraikan untuk pergi dengan pesawat TUDM. Jumaat malam sabtu (26.08.2011) semua ahli rombongan diminta berkumpul di pejabat KP1M di Jalan Kampung Atap untuk taklimat dan urusan suntikan vaksin yellow fever, typoid dan cholera.

Pada masa itu Datuk Azeez telah memberitahu ahli rombongan tentang risiko-risiko yang berkemungkinan akan dihadapi kerana tempat yang hendak dituju bukan sebarang tempat. Datuk Azeez meminta mana-mana ahli rombongan yang tidak bersedia menghadapi risiko agar menarik diri secara sukarela kerana beliau tidak mahu dipersalahkan jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Seingat saya itu bukan kali pertama Datuk Azeez memaklumkan perkara tersebut. Sebelum itu beliau telah berulang-ulang kali bercakap perkara yang sama melalui telefon atau kepada mana-mana ahli rombongan yang datang berjumpa beliau di pejabatnya.

Perkara sebaliknya yang berlaku, bukan jumlah ahli rombongan semakin berkurangan, malah semakin bertambah. Akhirnya KP1M terpaksa bermesyuarat semula dan berbincang dengan TUDM tentang jumlah penumpang yang bertambah. Sehinggalah pada malam terakhir sebelum rombongan kemanusiaan tersebut berlepas keesokan paginya barulah jumlah senarai penumpang diputuskan.

Jumlah ahli rombongan dari 40 orang meningkat kepada 51 orang. Kiraan terkahir yang dilakukan pesawat hanya mampu membawa 48 orang sahaja. Tiga orang lagi diletakkan dalam senarai menunggu dan mereka diminta bersedia di Pangkalan TUDM Subang. Sekiranya ada yang tarik diri pada saat akhir atau yang tidak melapor diri mereka akan dimasukkan. Tetapi itu tidak berlaku. Semuanya tidak tarik diri dan semuanya melaporkan diri tepat pada waktu yang ditetapkan kerana bimbang tempat mereka akan hilang dan digantikan dengan mereka yang dalam senarai menunggu.

Salah seorang mereka yang dalam senarai menunggu merayu kepada Datuk Azeez sehingga beliau hendak masuk ke balai berlepas agar beliau dapat turut serta. Tetapi tidak lepas kerana keadaan pesawat yang telah padat. Pada masa itu juga timbul soal bagasi yang dibawa ahli rombongan yang berlebihan. Mereka diminta kurangkan beg kepada sebiji seorang sahaja kerana ruang yang terhad. Papa Gomo pun sampai tiga biji beg.

Malam terkahir sebelum berangkat, sekali lagi Datuk Azeez mengingatkan ahli-ahli rombongan tentang risiko yang berkemungkinan dihadapi. Ahli-ahli rombongan juga telah menandatangi borang indemnity (borang kebertanggungjawapan) sekiranya apa-apa yang berlaku tidak boleh disalahkan kepada KP1M.

Itu cerita sebenar sebelum pergi.

Selepas berlaku kemalangan, ada pula sok...sek...sok...sek....yang berlaku yang menyalahkan Azeez.

Ada yang kata tidak dibekalkan jaket kalis peluru.

Ada yang kata tidak dilindungi insuran.

Apakah sekiranya dilindungi insuran, seseorang tidak akan mati atau tidak lut peluru ?

Bercakap bab jaket kalis peluru. Benda itu sepatutnya disediakan oleh pihak media sendiri. Semua wartawan ada peraturan mereka sendiri sewaktu menjalankan tugas. Mereka dan majikan mereka lebih tahu tentang perkara tersebut kerana itu bidang mereka. Azeez bukannya tahu semua peraturan atau prosedur tugas pihak media kerana dia bukan dalam bidang berkenaan.

Saya mengenali dan berkawan dengan arwah Faizul semasa bersama-sama ke Chrsitchurch semasa kejadian gempa bumi awal tahun ini. Selepas itu saya ada bertemunya beberapa kali dan berhubung melalui telefon dan sms. Arwah seorang yang baik, peramah dan cepat mesra. Baru kenal beberapa bulan, seolah-olah dah kenal bertahun-tahun. Itulah sifat arwah...

Beliau seorang yang komited dengan tugas. Kamera tidak renggang dari tangannya. Aksi beliau rakan gambar juga menarik perhatian. Sekejap duduk, sekejap berdiri dan macam-macam aksi lagi.

Arwah menang minat dengan tugas-tugas yang mencabar. Arwah pernah ceritakan tentang keseronokkan cabaran yang dihadapinya semasa mengikuti rombongan Datuk Azeez ke Gaza tahun lepas.

Akhirnya beliau rebah dan pergi buat semasa lakukan kerja yang beliau minati.

Apa yang berlaku kepada arwah Faizul ini mengingatkan kita kepada apa yang terjadi kepada Steve Irvin atau Crocodile Hunter yang meninggal dunia pada tahun 2006 semasa menjalankan tugas yang beliau minati.

Semasa hayatnya kita sering melihat di tv kehebatan Steve Irvin bermain dengan binatang-binatang ganas, tidak pernah ada masalah. Tetapi Steve meninggal akibat disengat ikan pari ketika sedang membuat dokumentari. Itulah yang dinamakan ajal.

Begitu juga dengan Arwah Faizul, beliau telah ke Palestin tempat yang peluru askar israel bersimpang siur seperti belalang terbang tetapi beliau tidak mengalami apa-apa masalah. Tetapi di Somalia, tidak tahu dari mana datangnya peluru, tiba-tiba terus merentap nyawanya.

Itulah yang dinamakan ajal sudah sampai. Nama beliau tidak pun tersenarai, tetapi beliau merayu-rayu untuk nak pergi juga. SMS yang dihantar beliau masih tersimpan di tangan salah seorang AJK KP1M.

Sebelum pergi beliau ada meminta kawannya membelikan kasut untuknya dan berkata mungkin apabila dia ke Somalia dia akan mati ditembak. Akhirnya itu menjadi kenyataan. Itulah yang dinamakan ajal.

Ada orang kata, kalau KP1M sediakan jaket kalis peluru Faizul mungkin akan selamat. Saya pula kata, kalau Faizul tak pergi dia lagi selamat. Sekarang kawan arwah yang sepatutnya pergi tetapi digantikan dengan arwah di saat akhir menarik nafas lega. Kalau dia pergi mungkin dia yang menjadi mangsanya. Akan tetapi kerana ajalnya belum sampai, namanya ditarik balik di saat akhir dan digantikan dengan arwah.

Kita semua termasuk saya tidak tahu bila ajal kita dan penyebab kematian kita. Saya sendiri pun, mungkin kerana minat saya dengan komputer, tidak mustahil satu hari nanti saya menemui ajal kerana komputer. Manalah tahu tiba-tiba satu hari nanti tengah-tengah syok menaip blog tiba-tiba terkena karan di keyboard komputer. Masa itu ada yang kata , patutnya rbf pakai pelapik getah. Kalau dia pakai mungkin dia tak mati. Maka adalah pula pengeluar komputer disalahkan kerana keyboard ada karan.

Cakap-cakap yang mengatakan Arwah Faizul tidak dilindungi insuran tidak benar. KP1M ada sediakan insuran berkelompok kepada semua ahli rombongan. Selain itu arwah turut dilindungi insuran yang disediakan oleh majikannya. Difahamkan pihak insuran akan membayar pampasan sebanyak RM 200 ribu kepada keluarga arwah.

Juga tentang cakap-cakap yang mengatakan penganjur tidak melakukan risikan keselamatan lebih awal juga tidak benar. Risikan telah dilakukan. Sepanjang di sana pasukan sukarelawan kita tidak mengamalami apa-apa masalah dengan rakyat atau pengganas-pengganas yang berada di sana. Pengganas pun bertoleransi dengan pasukan sukarelawan kita kerana kita datang nak tolong mereka. Yang buat hal adalah pasukan tentera Kesatuan Afrika (AU). Sepatutnya sebagai tentera mereka melindungi kita, tetapi sebaliknya telah berlaku.

Satu lagi tentang cakap-cakap yang mengatakan penganjur tidak terangkan SOP sekiranya berlaku kecemasan. Saya difahamkan perkara tersebut tidak benar. Semasa saya mengikuti misi bantuan gempa bumi di New Zealand, semua ahli rombongan diterangkan tentang SOP sekiranya berlaku gempa.

Pada satu petang telah berlaku satu kejadian gempa yang kuat semasa kami berada bilik penginapan masing-masing . Semua SOP yang ditetapkan dipatuhi dan semua ahli rombongan dapat berkumpul di tempat yang ditetapkan dalam sekelip mata termasuk arwah Faizul. Bilangan ahli rombongan dilakukan, dan setelah keadaan disahkan selamat, kami semua dibenarkan kembali ke bilik masing-masing.

Saturday, September 3, 2011

Gambar Allahyarham Jurugambar Bernama Dalam Misi Ke Somalia

Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia malam ini.

Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini
Dalam perjalanan ke Somalia
Allahyarham Faizul (berdiri)
Sebelum berlepas dari TUDM Subang
Faizul, duduk 2 dari kiri
Tiba di Somalia
Faizul berdiri pegang kamera
Berbuka puasa dalam pesawat
Faizul yang pertama (sedang menyuap makanan)