Sunday, December 9, 2012

Mereka Selamat Tiba Di Gaza Dalam Keadaan Selamat...


Rombongan Datuk Azeez selamat tiba di Gaza jam 3.20 pagi tadi waktu Malaysia....

Untuk laporan selanjutnya dan gambar-gambar, sila klik di sini

Saturday, December 8, 2012

Ular Patuk Penumpang Dalam Penerbangan


Sebuah pesawat Egypt Air yang dalam penerbangan ke Kuwait terpaksa melakukan pendaratan cemas kerana seekor ular yang dibawa dalam beg oleh seorang penumpang lelaki warga Jordan telah mematuk seorang penumpang pesawat berkenaan. 

An Egypt Air pilot made an emergency landing at Hurghada airport on Monday after a snake bit a Jordanian passenger who had concealed it in his luggage. 

Crew were shocked by the passenger's screams, being unaware of the snake's presence on the plane. The accident was reported to the pilot, who requested emergency permission to land in Hurghada. 

The passenger was immediately taken off the plane for medical treatment, and local authorities confiscated the snake. 

Following that, the flight continued on to Kuwait.
ahram online

Gambar Yang Para Parasit Dalam Pas Tidak Mahu Lihat


Ada pula nanti para parasit yang hantuk kepala ke dinding bila melihat gambar ini....

Lihat di sini

Friday, December 7, 2012

Jangan Sampai Simpati Bertukar Jadi Menyampah

SHAH ALAM: Ahli keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja yang ditembak mati Korporal Jenain Subi dua tahun lalu, agar bersemuka dengan mereka untuk menceritakan insiden sebenar yang berlaku pada malam kejadian.

“Kami (ahli keluarga) mahu Jenain datang bersemuka dengan ibu kami kerana kami ingin mendengar cerita sebenar dari mulutnya sendiri.


“Kami juga ingin tahu mengapa beliau tergamak bertindak begitu,” kata Aisyah Amzah kakak kepada Aminulrasyid.


Sementara itu ibunya, Norsiah Mohamad pula memohon agar kertas siasatan dapat dibuka semula demi membersihkan nama arwah anaknya.


Menyifatkan keputusan mahkamah yang baru-baru ini melepaskan Jenain daripada tuduhan tersebut sebagai mengejutkan, Norsiah nyata terkilan dengan keputusan itu yang seolah-olah meletakkan 100 peratus kesalahan terhadap anaknya.


“Saya minta siasatan dibuka semula (kerana) terlalu mudah bagi (mahkamah untuk membuat) keputusan mengejutkan. Seolah-olah anak saya 100 peratus bersalah. Kesalahannya hanya (memandu) tanpa lesen, tapi mati kena tembakan.


“21 das tembakan dikeluarkan..lima das di cermin belakang. Saya tidak boleh terima..terlalu kecewa sangat,” katanya.


Sementara itu Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa keputusan untuk membebaskan Jenain seolah-olah menggambarkan bahawa pihak berkuasa diberikan kebenaran untuk membunuh dengan sewenang-wenangnya.


“Saya rasa ramai yang telah melahirkan rasa terkejut dengan keputusan mahkamah yang melepaskan Koperal Jenain atas alasan bahawa dia tidak mempunyai niat untuk membunuh Aminulrasyid dan hanya menjalankan tugasnya dan meletakkan kesalahan itu 100 peratus ke atas almarhum Aminulrasyid yang tidak mampu untuk membela diri.


“Logik yang seperti itu amat mengejutkan di mana seolah-olah kita memberikan lesen untuk membunuh kepada pihak polis dengan sewenang-wenangnya walaupun dalam kes yang kecil,” katanya.


Mahkamah Tinggi Shah Alam awal minggu ini membebaskan Jenain daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid, dua tahun lalu.


Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan sedemikian selepas menerima rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September tahun lepas.


Dalam penghakimannya, Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.
Antara Pos

Kita sebenarnya simpati kepada mereka.Kita faham perasaan mereka. Dalam masa yang sama mereka juga harus faham perasaan orang lain.....

Tetapi cara dan gelagat mereka seolah-olah tragedi yang berlaku, kesalahan perlu diletakkan diatas bahu polis 100 peratus. Seolah-olah mereka sekeluarga langsung tidak bersalah. 

Lain kali jaga anak yang dibawah umur baik-baik......jangan biarkan anak keluar tengah malam sampai awal pagi. 

Lain kali ajar anak, kalau polis arah berhenti tolong berhenti. Jangan lari atau ingkar arahan polis.....

Tidak akan timbul soal 21 das atau 5 das jika patuh pada arahan polis supaya berhenti. 

Cuba anda bayangkan jika polis terpaksa mengejar hingga 6 km, apakah patut polis hanya perlu mengeluarkan cota untuk mengarahkan kereta itu berhenti ?  Tambahan pula dalam suasana yang gelap di awal pagi. Di kawasan yang banyak berlaku kejadian pecah rumah....

Sekarang mereka mula pusing cerita kononnya anak/adik mereka kerana kesalahan tiada lesen memandu. 

Cuba nak spin pula......

Nak spin pun spin lah......silap hari bulan terbelit leher sendiri......

Elok-elok masyarakat simpati kelak masyarakat jadi menyampah......

Anak Anwar Menggelupur Nak Tutup Isu Kebebasan Beragama


Oleh:Beruang Biru

Kecoh seketika kem penyokong PKR apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah menimbulkan isu kononnya Masjid Ar-Rahman di Universiti Malaya (UM) telah dipaksa tutup oleh Kerajaan Pusat atas sebab politik.

Melihat gaya propaganda PKR berhubung isu ini nampak jalan ceritanya seolah-olah Masjid Ar-Rahman akan ditutup untuk selama-lamanya. Fitnah sebegini semacam dah jadi darah daging anak beranak Anwar Ibrahim agaknya.

Untuk sensasikan lagi cerita maka dicanangkan kepada umum konon arahan penutupan masjid itu datangnya dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dengan demikian dapatlah diburukkan imej Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Walhal kisah sebenarnya, Masjid Ar-Rahman di UM ini hanya akan ditutup sementara sahaja bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih dilaksanakan.

Notis penutupan sementara itu pula datangnya dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk melicinkan proses membaiki kebocoran bumbung, kerosakan pendawaian dan kerosakan paip air yang berlaku di masjid tersebut.

Disamping itu dalam tempoh penutupan sementara ini, tumpuan turut diberikan untuk menyelsaikan masalah limpahan air di sekitar kawasan masjid tatkala hujan lebat. Semua langkah ini jelas bermaksud untuk menjamin keselesaan para jemaah di masa akan datang.

Arahan rasmi dari JAWI itu telahpun dikeluarkan pada 20 November 2012 dan berkuatkuasa pada 1 Disember 2012 sehinggalah jangkaan semua proses baik pulih ini akan selesai sekitar akhir Jun 2013.

Sementara menantikan semua kerja-kerja baik pulih diselesaikan, pihak JAWI menyarankan semua ahli kariah dan jemaah menunaikan solat di masjid-masjid berhampiran.

Misalnya di Masjid Tun Rahah Bangsar Village, Masjid Ikhlasiah Kg. Kerinchi, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Jalan Ara Bangsar, Masjid Negara, Surau Jumaat Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Surau Jumaat Muhammadi Angkasapuri.

Pendek kata, tiada masalah sebenarnya, sebaliknya anak perempuan kepada Ketua Umum PKR itu sahaja menimbulkan polemik untuk kepentingan politik songsang parti anak beranak yang diwakilinya.

Lebih-lebih lagi selama ini imej Nurul Izzah hanya dekat dengan gereja sahaja, termasuklah yang terbaru menyertai forum dalam Gereja Full Gospel Tabernacle, USJ, Selangor yang baru-baru ini kecoh dengan perakuan Naib Presiden PKR itu yang mahu kebebasan agama turut merangkumi orang Melayu Islam.

Mahu tak mahu, untuk naikkan semula saham politiknya dikalangan orang Melayu Islam maka terpaksalah mempolemikkan isu masjid pula, hatta walau terpaksa melakukan fitnah sekalipun demi kepentingan politik peribadi.

Akhirnya jadilah ibarat tolong 'meruntuhkan' masjid apabila sengaja mencetuskan kesangsian dikalangan orang ramai dengan memesongkan fakta konon Masjid Ar-Rahman akan ditutup selamanya oleh Kerajaan Pusat.

Khalid Ibrahim Masalah Utama Rakyat Selangor - Prof Dr Agus

SHAH ALAM: Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata masalah utama rakyat Selangor adalah terpaksa berhadapan dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sering berdolak dalih untuk menyelamatkan diri.

Katanya, tindakan kerajaan negeri yang seolah-olah menipu rakyat dengan menawarkan jaminan kebajikan dalam manifesto pilihan raya umum tanpa mengambilkira kemampuan untuk melaksana akan mengakibatkan rakyat berubah arah.
 
"Dulu semasa berjanji tidak bagi tahu bahawa ada syarat-syarat kepada janji itu tetapi sekarang setelah berkuasa ada pula syarat-syaratnya.
 
"Tidak betul jika tindakan memberikan manifesto hanya sekadar untuk berjanji untuk buat tetapi kita tidak buat," katanya ketika dihubungi.
 
Khalid pada Rabu memberitahu bahawa bukan semua rakyat di Selangor layak untuk mendapat manfaat daripada manifesto yang diisytiharkan pakatan pembangkang sebelum berjaya menjadi kerajaan negeri.
 
Beliau berkata kerajaan negeri hanya bertanggungjawab menjaga kepentingan golongan yang kurang berkemampuan.
 
Sehubungan dengan itu Agus menggesa agar kerajaan Pakatan Rakyat menilai terlebih dahulu kemampuan kewangan negeri sebelum berjanji kepada pengundi di Selangor terutamanya.
 
"Lain kali dalam pilihan raya yang akan datang kalau tidak dapat buat sesuatu yang baru kepada rakyat jangan berjanji.
 
"Begitu juga dengan isu PTPTN, penurunan harga kereta, jadi mereka perlu fikir baik-baik sebelum berjanji," beliau menjelas.
 
Selanjutnya sila baca di antarapos.com
 

Thursday, December 6, 2012

Cerita Di Sebalik Tabir Bagaimana Anwar Ibrahim Termakan Jerat Blogger

Semua orang sudah nampak dan sudah jelas siapa tok dalang yang memainkan peranan untuk menggerakan Deepak menjelang Perhimpunan Agung Umno. 

Itulah buruk dan hudohnya perangai seorang peliwat. Sebab itu Nabi tak mengaku umat.....

Mengambil kesempatan di atas kesusahan dan kesempitan orang (Deepak) untuk memfitnah dan menyerang peribadi orang lain. 

Selama ini penjilat-penjilat Anwar ingat Anwar seorang hebat, cerdik dan pintar. Tapi tahukah kamu bahawasanya Anwar seorang yang bodoh. Kalau dia cerdik dia tidak akan lari ke Kedutaan Turki. Kalau dia cerdik dia tidak akan melompat depan puluhan media apabila di tanya tentang jam tangannya. Dan yang paling penting kalau dia cerdik dia tidak akan terperangkap dengan video yang dipasang yang merakamkan aksinya bersama pelacur. 

Yang terbaru dan terkini kalau dia seorang yang cerdik dia tidak akan terperangkap dengan mainan blogger-blogger pro BN beberapa hari lepas.

Saya telah mendapat persetujuan dari rakan-rakan blogger saya untuk berkongsi dengan anda semua kisah bagaimana kami berjaya membodohkan Anwar dua hari lepas. Tetapi ada beberapa perkara yang saya tidak boleh kongsikan secara terbuka. Harap anda faham....

Cerita mengenai Deepak menyerang PM dan isteri muncul serentak di harakah dan malaysiakini pada hari Selasa 27.11.12 , hari majlis taklimat presiden PAU 2012.

Keluar sahaja cerita itu kami dah boleh agak itu adalah mainan politik musuh untuk membuat kacau semasa PAU 2012. 

Dari saat itu team kami mula bergerak menggunakan kaedah masing-masing bagi mencari jawapan kepada tohmahan yang ditimbulkan

Menjelang tengahari 28.11.12 iaitu hari persidangan tiga sayap Umno kami semua berjumpa dan berbincang hal berkenaan. Jawapannya yang sahih telah ditemui. 

Kami semua mengambil keputusan bersetuju untuk tidak menjawab isu berkenaan kerana tidak mahu terperangkap dengan mainan musuh yang mahu perkara itu menjadi kecoh semasa PAU sedang berlangsung. 

Kita kata, biarkan mereka main puas-puas dulu, habis PAU kita akan jawab.....

Syukur Alhamdullillah, di sini saya dapat lihat kematangan ahli-ahli Umno. Mereka juga tahu itu mainan musuh. Sepanjang empat hari di PWTC tidak ada kedengaran langsung hal berkenaan di dibincangkan. Baik dalam Dewan Merdeka, di Restoran Riverside, di coffee house Sri Pacific, di Starbucks The Mall hinggalah ke food court dalam The Mall. Tidak ada langsung bunyi sok...sek....sok....sek.....yang membicarakan hal Deepak. 

Kami semua bersetuju untuk menjawab perkara berkenaan pada hari Isnin 3.12.12.

Tiba-tiba petang Sabtu ketika saya dan rakan-rakan berada di satu sudut dalam PWTC menyaksikan ucapan penggulungan Ketua Wanita Umno melalui skrin yang disediakan, kami mendapat panggilan dari Papa Gomo yang meminta kami ke food court di tingkat atas The Mall kerana katanya ada barang baik nak ditunjukkan. 

Ketika itu hujan sedang turun, kami kata nantilah dulu Gomo kami nak dengar ucapan dan cuaca hujan, susah nak keluar PWTC dalam keadaan orang yang ramai dan susah nak melintas jalan kerana hujan. Dia kata tak boleh , datang sekarang kalau nak tengok. 

Kami mengambil keputusan untuk pergi walaupun terpaksa bersesak-sesak untuk keluar dari PWTC dan meredah hujan. Apabila sampai komputer dia telah terbuka untuk menanti kedatangan kami.

Kami ditunjukkan beberapa klip video yang memaparkan perbualan Deepak yang disyaki dirakam dalam keadaan curi-curi sepertimana video correct....correct....correct.....

Apa lagi semua berkobar-kobar tak sabar nak tayangkan video itu.....

Ok....sekarang kita nak dengar ucapan TPM dan PM.....kita balik dulu ke PWTC dan akan berkumpul sebelah malam.

Bertemu kembali malamnya dan berbincanglah panjang lebar strategi yang hendak diguna pakai.....

Ada yang kata kita lepaskan sahaja esok (Ahad). Ada yang kata kita lepaskan pagi Isnin....Ada yang kata begitu begini dan bla....bla....bla.....biasalah mesyuarat.....macam-macam pendapat. 

Akhirnya satu keputusan dicapai.....

Hari Isnin pagi kita akan keluarkan cerita sahaja. Video kita simpan dulu kerana akan ada orang-orang PKR yang bertaraf pendekar tempang yang akan bersuara kelak menafikan cerita itu. Kalau mereka tak nafi juga kita akan keluarkan sedikit demi sedikit bermula hari Rabu....

Katanya Parpukari, kalau Anwar sendiri yang bersuara lagi baik. Jawab GAP dan MIK serentak, itu bagai orang mengantuk di sorong bantal. Sebab dalam kepala kami semua kami fikir tidak mungkin Anwar akan bersuara.

Keputusan bersetuju untuk kita keluarkan cerita sebenar tanpa video pada hari Isnin.....selesai mesyuarat hampir jam empat pagi.....

Hari Ahad saya sendiri dan beberapa blog lain buat sedikit cerita bagi isyarat terlebih dahulu......rupanya isyarat kami itu sudah cukup untuk membuat mereka gementar.....

Hari Isnin pagi beberapa blog, antaranya Sanggah Tok Janggut, MIK, GAP dan beberapa blog lain telah memainkan cerita siapa dalang di belakang Deepak. Cerita turut tersebar melalui twitter,fb,sms dan bbm. 

Tup...tup....hampir jam tiga petang satu mesej melalui bbm masuk mengatakan Anwar dah buat kenyataan menafikan dia dan PKR terlibat dalam siri fitnah yang dibuat oleh Deepak.....

Hah....apa ? Anwar nafi ? kat mana ? di malaysiakini......

Sukar beb.....sukar untuk kami percayai.....apa lagi berlari dapatkan komputer.....Bila membaca berita itu saya tepuk dahi sambil berkata.....Anwar oh Anwar.....ku sangka kau cerdik....rupanya bodoh beb.....lauk....lauk.....

Group bbm kami penuh dengan gelak ketawa mengenangkan kebodohan Anwar yang memberi bola tanggung kepada kami.

Niat hati nak dapat belanak, selar atau kembung ja.....tup....tup....tup....dapat jerung pula. Kenduri sakanlah....

Apa lagi ???? Satu panggilan mesyuarat segera dipanggil.......

Jam 5.30 petang semua kena ada di tempat yang diminta......

Bla....bla....bla....bla....bla....meeting panjang lebar. Berhenti Maghrib dulu......sambung balik.....bla....bla....bla....bla....satu keputusan dicapai kita akan keluarkan video part berkenaan jam tiga petang Selasa. 

Kenapa jam tiga petang ? Sebab kita nak tengok dulu sebelah pagi ada apa-apa kenyataan lain yang dikeluarkan atau tidak oleh orang-orang mereka. 

Nampaknya rancangan berjalan seperti yang dijadualkan.....maka jam 3 petang keluarlah video berkenaan di blog Gomo dan rakan-rakan lain. Saya tidak mengeluarkan di blog ini kerana pada hari berkenaan saya tidak berkesempatan untuk menghadap komputer. Sibuk dengan kerja-kerja hakiki yang banyak tertunggak kerana minggu sebelum itu banyak hari yang dihabiskan di PAU 2012. 

Itulah sedikit sebanyak kisah bagaimana Anwar termakan jerat kami. Niat hati nak jerat pelanduk....tapi gajah pula yang dapat.

Itulah hasil yang kita akan dapat bila kita kerja bekerja dalam satu jemaah dan segala keputusan diputuskan secara berjemaah.....

Puak-puak PKR masih meroyan menuntut jawapan atau respon dari Najib....Tapi Najib rileks, cool dan dapat mengakhiri ucapannya di PAU 2012 dengan penuh semangat serta mendapat sokongan padu ahli-ahli Umno.

Mereka nak heret Najib masuk perangkap atau game mereka. Tetapi Najib tak sebodoh itu.....Sebaliknya Anwar pula yang gelabah.....tiba-tiba dia gelabah semacam.Blogger baru cucuk sikit ja terus dia melompat adakan sidang media serta merta.....ish...ish....ish.....macam pencuri yang berpura-pura kejar pencuri pula. 

Orang yang tak bersalah akan tenang hadapi apa sahaja tuduhan. Bukan macam Anwar, Saiful belum habis lagi buat laporan polis dia dah lari dapatkan perlindungan di Kedutaan Turki. Kah....kah....kah.....kah.....

Blogger baru cucuk sikit ja.....terus panggil sidang media tergesa-gesa sampaikan ada wartawan tak sempat datang dan terlewat sampai.....Itulah gambaran bagaimana tergesa-gesanya sidang media Anwar Isnin lepas. 

Kenapa sampai hari ini malaysiakini dan harakah yang menjadi portal pelopor yang menyiarkan berita Deepak langsung tidak mengulas atau menulis tentang rakaman video Deepak walaupun  sudah tiga hari heboh di alam cyber ? Dah tertelan kahak hijau ke ?

Itu pun sudah cukup untuk membuktikan rancangan jahat mereka untuk memfitnah PM dan isteri serta niat untuk menghuru-harakan PAU 2012. 

Sebelum video keluar Anwar panggil sidang media menafikan dia dan PKR terlibat.....

Sekarang video dah keluar, tak mahu panggil sidang media lagi ke ?

Wednesday, December 5, 2012

Mengapa Tiba-Tiba Anwar Gelabah Semacam ?


Tekong Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan bahawa pakatan itu cuba mensabotaj Perhimpunan Agung Umno ke-66 minggu lalu dengan mengatur kenyataan daripada dua tokoh iaitu Tan Sri Musa Hassan dan Deepak Jaikishin.

Cara beliau membuat penafian bukan sekadar mengeluarkan kenyataan tetapi memilih memanggil sidang media di pejabatnya. Dengan memutuskan untuk berhadapan dengan sidang media, Anwar mengisyaratkan penafian itu penting bagi memelihara nama baik Pakatan Rakyat (dan mungkin dirinya).

Soalnya mengapa Anwar dan Pakatan Rakyat perlu tergesa-gesa menjarakkan diri daripada dua tokoh berkenaan? Tidakkah kenyataan mereka banyak menguntungkan kepentingan Pakatan Rakyat?

Ketika Umno sibuk bersidang di PWTC, Tan Sri Musa membuat kenyataan betapa dalam menjalankan tugasnya, beliau menghadapi banyak masalah “gangguan” dan campurtangan kerajaan, khususnya daripada Menteri Dalam Negeri.

Tidakkah pengakuan Musa itu menguntungkan Pakatan Rakyat? Natijahnya kenyataan bekas Ketua Polis Negara itu membuktikan bahawa kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) memang menggunakan polis untuk melaksanakan kepentingan politiknya! 

Namun mengapa Anwar harus menafikan pengakuan Musa itu ada kena mengena dengan Pakatan Rakyat? Adakah Anwar bimbang ini sebenarnya cara Musa hendak memburukkan nama Anwar sebagai sesumpah politik yang boleh bertukar warna apabila keadaan politik memerlukannya?

Sebab itu, Anwar hendak memberitahu umum bahawa “pendedahan” Musa tiada nilai politik baginya?

Jika demikian, memang wajar Anwar membuat penafian itu. Bagaimanapun apabila dinilai kes Musa dengan kenyataan yang agak sama sasarannya dibuat oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishin, ia mengundang tanda tanya. Mengapa kedua-dua tokoh, seorang ahli perniagaan dan seorang tokoh polis membuat kenyataan ketika Umno sedang mengadakan perhimpunan agung terakhir sebelum pilihanraya ke-13?

Cubaan aibkan Umno-BN

Ini jika dipadankan pula dengan satu lagi peristiwa agak signifikan iaitu taklimat perbicaraan awal skandal kapal selam scorpene di Singapura yang dikatakan membabitkan sebuah NGO yang condong pada Pakatan Rakyat iaitu Suaram, ia kelihatan sebagai satu serangan serampang tiga mata terhadap kemeriahan perhimpunan agung  Umno yang amat luar biasa semangatnya kali ini.

Tambahan pula wawancara eksklusif Deepak oleh Malaysiakini.com disiarkan serentak dengan laporan Harakahdaily.net milik parti PAS. Adakah ini satu kebetulan atau memang dirancang ?

Jika dirancang, perkiraannya mungkin begini jika pengakuan Tan Sri Musa dan Deepak yang cuba mengaitkan Perdana Menteri Najib Tun Razak dengan perakuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang mendakwa Najib serta ahli keluarganya terbabit dengan kes pembunuhan Altantuya Shaaribu pasti akan sampai ke pengetahuan perwakilan Umno yang sedang bersidang.

Jika adalah seorang perwakilan Umno yang mempercayai kenyataan Musa dan Deepak serta berani pula menuntut penjelasan daripada Najib dan Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Hussein, sudah tentu ia akan mengaibkan Umno.

Jika mengikut jalur kempen Pakatan walau di mana-mana, Umno mesti diaibkan seberapa mungkin untuk menjatuhkan kerajaan BN.

Umno terus gempita, cubaan sabotaj Umno gagal

Adalah jelas kemungkinan isu Musa dan Deepak berhasil mencetuskan kontroversi ini, pasti Umno akan bertambah aib. Ia akan menjadi berita besar bagi media anti-Umno-BN dan juga mungkin media antarabangsa. Jika itu berlaku, Pakatan untung besar!
 
Namun kemungkinan-kemungkinan ini tidak berlaku. Umno terus gempita dengan ledakan semangat para pemimpin dan ahli perwakilan yang ada. Media arus perdana juga tidak membuat “silap” memperbesarkan kenyataan Musa dan Deepak.

Adakah kerana usaha mengkhianati perhimpunan agung ini tidak berjaya maka Pakatan Rakyat melalui tekong perlu cepat-cepat menjarakkan diri daripada kenyataan Musa dan Deepak?

Tidakkah ada kemungkinan bahawa sidang media Anwar sebenarnya bertujuan memanjangkan isu yang cuba dibangkitkan oleh Musa dan Deepak. Dalilnya perhatikan penegasan yang dibuat Anwar. 

Bukan sahaja beliau dan pakatan cuba menafikan terbabit dengan percubaan mensabotaj Umno tetapi sebaliknya mahu penyiasatan khusus dibuat ke atas Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri berikutan kenyataan Musa dan Deepak.

Percaturan politik pembangkang

Dengan perkataan lain, Anwar dan Pakatan Rakyat mahu supaya dakwaan kedua tokoh kontroversi ini diberi siasatan lanjut. Demikian perkiraan politiknya. Jika ada siasatan, akan bertambah satu lagi modal untuk dijaja dalam ceramah dan media Pakatan Rakyat. Ini peluang untuk meletakkan Umno-BN dalam keadaan defensif! 

Pelbagai rumusan boleh dibuat daripada sidang media Anwar Ibrahim ini. Namun umum maklum bahawa persaingan politik di antara Umno-BN danRakyat kini memasuki pusingan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Kedua-dua pihak tidak boleh membuat kesilapan.

Anwar dan Pakatan Rakyat sudah pasti tidak mahu mengizinkan Umno-BN menggerakkan medianya untuk mendedahkan ketiga-tiga peristiwa - taklimat perbicaraan Scorpene di Singapura, kenyataan Musa Hassan dan Deepak Jaikishin adalah saling berkaitan kerana dirancang oleh strategi Pakatan Rakyat.

Lantaran itu, tindakan cepat harus diambil untuk membunuh sebarang spekulasi bahawa beliau dan Pakatan Rakyat terlibat. Seperti lazimnya, media arus perdana amat berhati-hati menggemburkan kemungkinan sabotaj ini kerana bimbang dituduh mengada-adakan cerita dan digertak dengan pelbagai tindakan undang-undang.
Bagaimanapun rakyat kini sudah terlalu masak dengan cara pakatan menyusun strategi medianya. Lambung sesuatu isu dan tunggu bagaimana Umno-BN memberi reaksi. Nampaknya, strategi Anwar kali inipun tidak jauh dari kelaziman ini.

*Tulisan di atas ditulis oleh Abdul Rahman Malik dan disiarkan di antarapos.com



RBF:Ulasan diatas disiarkan sebelum video pendedahan siapa tok dalang di belakang Deepak dikeluarkan oleh Papa Gomo petang semalam.

Kini apa yang dikatakan oleh penulis berkenaan tepat....

Anwar begitu gelabah dan memanggil sidang media pada Isnin 3 November untuk menafikan beliau dan PKR yang menggerakkan tindakan Deepak untuk memfitnah PM dan isteri.

Matlamatnya tidak lain tidak bukan adalah untuk mensabotaj Perhimpunan Agung Umno 2012. Dalam masa yang sama melaga-lagakan orang Umno.

Bukan saya nak bercakap besar atau nak berlagak.Lihat balik tulisan saya seminggu yang lepas di sini. Kini apa yang saya katakan pada 28 November telah menjadi kenyataan. Betul tak ? 

Mereka yang merancang semua itu, kemudian mereka juga yang pasang jarum cucuk sana-sini menuduh Tun Dr M dan Tan Sri Muhyiddin sebagai orang yang berada di belakang Deepak. Begitulah jahatnya binatang-binatang politik PKR.

Allah Maha Kaya , Allah Maha Besar, Allah Maha Berkuasa, dengan izin dan berkat Allah SWT syukur Alhamdullillah kerana tidak ada ahli Umno yang terpijak atau tersuntik dengan jarum-jarum yang mereka pasang. Perancangan mereka gagal dan Umno dapat mengakhiri persidangan mereka dengan jayanya.

Kini dalam masa seminggu segala-galanya telah terdedah. Siapa punya kerja, siapa punya perancangan , siapa tok dalangnya telah diketahui umum. Allah sentiasa bersama pihak yang benar.....Manakala Deepak pula telah menjadi kambing hitam semata-mata untuk Anwar memuaskan nafsu politiknya.

Tuesday, December 4, 2012

Serangan Deepak:Percayakah Anda Anwar dan PKR Tidak Terlibat ?

Apa yang terjadi semalam ?

Anwar: We're not involved in Musa, Deepak exposes - malaysiakini

Anwar: I’m not behind Deepak, Musa - Free Malaysia Today

Anwar: Pakatan bukan dibelakang Deepak dan Musa - The Malaysian Insider

'Kami tak terlibat dalam pendedahan Musa, Deepak' - malaysiakini

Empat tajuk berita diatas walaupun menggunakan ayat dan bahasa yang berbeza namun ianya menjurus kepada satu maksud sahaja, iaitu, Anwar Ibrahim dan PKR tidak terlibat atau menjadi dalang kepada tindakan seorang peniaga karpet menyerang PM dan isteri.

Ya ke ?

Betul ke ?

Sukar untuk aku percaya....

Dulu pun Anwar kata Saiful hanya pembancuh kopinya. Hakikat yang sebenar Saiful adalah pemegang dairi merah dia.

Dulu pun Anwar kata tak kenal Eskay. Tapi bila keluar gambar dia dengan Datuk Eskay yang penuh kemesraan,Anwar terus menjadi tak keruan dan marah-marahkan wartawan.

Anwar oh Anwar.....sampai bila nak hidup atas pembohongan ?
Adoiiii.....bebalnya aku.....asyik kantoi ja !

Sunday, December 2, 2012

Kisah Deepak,Rosmah dan Najib: Apa Yang Husam Musa Kata 500 Peratus Tepat


Tiga hari saya tidak mengisi blog kerana menghadiri sepenuhnya Perhimpunan Agung Umno kali ini dari pagi sampai petang tanpa meninggalkan satu hari pun. Semangat tahun ini amat-amat berbeza dengan tahun-tahun yang lepas. 

Hari ini saya kembali mengisi blog ini untuk menyambung kisah seorang peniaga karpet yang muncul menjadi selebriti pembangkang di saat-saat Perhimpunan Agung Umno hendak membuka tirai hinggalah tirai dilabuhkan petang semalam. 

Seperti yang saya katakan sebelum ini tujuan peniaga karpet itu ditimbulkan atau dimunculkan untuk menyerang PM dan isteri di saat Perhimpunan Agung Umno tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melemahkan semangat ahli-ahli Umno dan memecah belahkan Umno di perhimpunan terakhir mereka sebelum PRU 13 mengambil pentas. 

Selepas peniaga karpet itu tampil dengan pelbagai tuduhan terhadap PM dan isteri maka bersorak-sarailah mereka-mereka yang berkawan dengan syaitan menyambut apa yang dilontarkan oleh peniaga karpet itu dan menuduh itu kerja Tan Sri Muhyiddin dan Tun Dr M untuk mengenakan Najib dan seterusnya menjatuhkan Najib. 

Seorang pemimpin parti yang berkawan dengan syaitan dari Kelantan telah membuat kenyataan seperti berikut di malaysiakini di hari Perhimpunan Agung Umno dirasmikan. 
Naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Datuk Seri Najib Razak tidak boleh lagi berdiam diri dengan dakwaan terbaru Deepak Jaikishan memandangkan usahawan itu mengaitkan keluarga perdana menteri dengan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Katanya, Deepak "secara langsung dan tidak langsung" mengaitkan perdana menteri dalam isu pembunuhan berkenaan – dalam dakwaan yang dibuat sejurus sebelum perhimpunan agung Umno.

"Najib harus mengambil langkah memberikan penjelasan sepenuhnyna. Jika tidak, selain dirinya, Umno adalah pihak yang akan terkesan," kata Husam yang turut memberi peringatan bahawa pilihan raya juga semakin hampir.

Husam seterusnya mencadangkan supaya Umno "melepaskan Najib" demi kelangsungan parti itu dalam pilihan raya umum nanti.

Katanya, beliau melihat Najib kini berada dalam kedudukan "begitu lemah" apabila timbul dakwaan baru daripada Deepak itu – seperti disiarkan dalam tiga portal berita termasuk Malaysiakini.

Husam juga membayangkan kemungkinan wujud campurtangan pihak tertentu dalam tindakan Deepak.

"Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalam menggerakkan tindakan Deepak.

"Deepak bukan ahli politik tetapi kenyataannya dibuat menjelang perhimpunan agung Umno – menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.

"Najib ternyata sudah begitu lemah dan hayat politiknya kini bergantung kepada ihsan rakan separtinya (agar) tidak mengambil apa-apa langkah susulan.

"Satu kenyataan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) atau (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) cukup untuk menamatkan hayat politik Najib sebelum pilihan raya umum ke-13," tambahnya.

Husam berkata demikian dengan memetik kenyataan Deepak dalam wawancara bersama Harakahdaily, di mana peniaga permaidani itu antara lainnya menyebut mengenai nasib yang dialaminya ekoran penglibatan dalam pengakuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Hi....hi....hi....Husam minta Najib jawab dakwaan peniaga karpet ?

Nak tunjuk hebat ?

Nak tunjuk gedebe ?

Sebelum kita nak tunjuk gedebe , sebelum kita nak tunjuk hebat, pastikan diri kita seorang berani, kita seorang yang bersih dan kita seorang yang jujur. Itu pesan orang tua-tua.....

Sebelum Husam nak minta Najib jawab atau Najib jelaskan, Husam terlebih dahulu perlu jawab apa yang ditanyakan oleh bekas pembantu dia. 


Sudah hampir enam bulan Kickdefella minta Husam jawab atau jelaskan tentang hubungan dia dengan Omar Vardillo berhubung isu dinar Kelantan, tapi sampai ke hari ini Husam menikus seribu bahasa dari menjawab persoalan Kickdefella. Why ? 

Jawab yang itu dulu Husam ! 

Jawab !

Sebelum kita sibuk dengan najis di buntot orang lihat dulu najis di buntot sendiri yang sudah berulat.....

Sahabat-sahabat ku sekalian, kita sengaja tidak menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh peniaga karpet, Deepak Jaikishan beberapa hari lepas. Bukan kita tidak tahu nak jawab atau tiada jawapannya, tetapi kerana tidak mahu bermain mengikut rentak permainan mereka yang mahu membuat kacau semasa Perhimpunan Agung Umno sedang berlangsung. 

Segalanya mungkin akan terjawab dalam masa terdekat ini.....bila, di mana , apa jawapannya ? Tunggulah......

Jika sepanjang minggu ini mereka menguasai game......selepas ini bagilah kita pula tunjuk game kita..... 

Husam kata , saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalam menggerakkan tindakan Deepak.

Ya betul ! 

Apa yang Husam kata itu bukannya 100 % betul, tapi 500 % TEPAT......


Siapa di belakang Deepak ?

Siapa yang menggerakkan tindakan Deepak ? 

Tunggu......

Adakah Tan Sri Muhyiddin belakang Deepak ?

Adakah Tun Dr M belakang Deepak ? 

Tunggu........

Siapa belakang Deepak ? 

Siapa yang menggerakkan tindakan Deepak ? 

Tunggu........

Siapa belakang Deepak ? 

Siapa yang menggerakkan tindakan Deepak ? 

Tunggu........

Rajin-rajinlah buka blog beberapa hari ini....

Blog mana ? 

Parpukari ? GAP ? Papa Gomo? MIK ? AAKJ ? MyKMU ? atau mungkin juga Husin Lempoyang ?

TUNGGU !