Thursday, May 2, 2013

Lihat Gambar Orang PKR Yang Kecewa


Ketika melalui satu kampung di Hulu Selangor beberapa hari lepas, saya pun pelik juga bila ada pokok-pokok di kira kanan jalan ada tertulis undilah pokok....undilah pokok....undilah pokok....

Mula-mula ingat ada orang buat lawak atau ragam berkempen masa PRU ini.

Bila sampai ke pekan baru tahu kisah sebenar...

Rupa-rupanya ada orang PKR yang tak puas hati kerana PKR meletakkan calon dari Melaka bertanding di Hulu Selangor, membuatkan orang PKR itu bertanding bebas dan menggunakan simbol pokok.


Stopa Ali Akan Tunjuk Surat Nikah Palsu Esok


Mengikut maklumat yang kami dapat dari sumber dalaman PAS, antara perkara yang akan dilakukan Stopa ali esok....

Akan mengumumkan bahawa wanita dalam video berkenaan adalah isterinya dan menunjukkan surat nikah yang tarikhnya back dated.

Isteri Stopa Ali akan turut serta dalam majlis berkenaan dan mengatakan apa yang berlaku terhadap suaminya adalah fitnah.

Baca selanjutnya di sini


Hi...hi...hi....dekat sebulan berlalu Stopa Ali langsung tak buat laporan polis. Jangan kata nak buat laporan polis, buka mulut kata nak lapor polis pun dia tak sebut.  Tiba-tiba dalam tempoh kurang 40 jam sebelum hari mengundi Stopa nak buat gempak pula. Kita tengok nanti apa kesudahannya drama yang akan dijayakan Stopa dan partinya

Video Gempar : Saiful Bersumpah Laknat Depan Kaabah Dia Diliwat Anwar


Anwar dan PKR makin sakit otak melihat keberanian Saiful...

Depan Kaabah beb....

Depan Kaabah dia bersumpah laknat...

Depan Kaabah beb...

Kalau dia berbohong mampus hidup balik pun dia tak akan berani bersumpah depan Kaabah.

Bukan depan pejabat PKR beb

Depan Kaabah beb....



Baca kenyataan Saiful di sini

Ini Dah Melampau - Lihat Video Sikap Kurang Ajar Cina DAP Menghina Melayu

Coretan jurugambar bebas Minaq Jinggo:-

Lokasi : Taman Kelang Utama, Selangor dalam Parlimen Kapar

Acara : Ceramah Umum anjuran DAP

Tarikh : 1/5/2013 @ 5.00 pm

Saya teramat kecewa dengan Speaker DUN Selangor, Teng Chang Kim. Selama ini saya melihat beliau sebagai seorang yang moderate, beribawa dan beradab. Tapi kenyataan beliau yang saya rakam dibawah ini merubah terus pandangan saya terhadap beliau.

Rupanya beliau tidak berbeza dengan pemimpin pemimpin DAP yang lain. Sama saja sikap beliau yang chauvanist dan racist. Ucapan beliau memang penuh dengan tipu nista dan yang terok sekali menghina tahap kebijaksanaan pemimpin Melayu nombor satu, DS Najib Razak.

Kalau Najib punya otak sebesar otak cicak, bagaimana pula dengan otak orang orang Melayu yang lain? Bagaimana pula otak Hadi, Nik Aziz dan Anwar ? Takkan otak mereka jauh beza dengan otak Najib.

Dengan kata lain Teng memang mewakili pandangan DAP yang paling sial sikap perkauman nya menghina seluruh umat Melayu di Tanah Melayu ini... apa kah tindakkan kita semua?

Ini satu penghinaan yang melampau yang saya tidak boleh hanya lihat dan tidak berkongsi pandangan...



RBF

Begitulah sikap besar kepala DAP yang semakin hari semakin melampau. Mereka jadi makin besar kepala sebab mendapat sokongan Pas dan PKR.

Belum berkuasa lagi dia boleh hina orang melayu sebegitu rupa. Cuba bayangkan bila mereka Pas berkuasa..

Kita jangan lupa setahun dua yang lepas bagaimana lim kit sial dan kuncu-kuncunya memijak gambar adun-adun Perak dimana dua diantaranya adalah melayu.


Kita jangan lupa apa yang dilakukan oleh DAP hari ini lebih kurang sama dengan apa yang mereka lakukan pada 1969 hingga tercetusnya peristiwa 13 Mei. 

Masa itu cina-cina DAP biadap naik lori pergi kencing depan gadis-gadis melayu di ITM Shah Alam. Bawa penyapu masuk ke Kampung Baru KL nak sapu orang melayu. Hina-hina melayu dengan kata-kata kesat. Apabila di ajar dengan peristiwa 13 Mei , hampir 40 tahun cina DAP tak berani berkokok. Sejak 4-5 tahun kebelakangan ini apabila mendapat perlindungan dari Pas dan PKR mereka naik toncang kembali.

Kita tidak mahu tragedi seperti 13 Mei 1969 kembali berulang dalam negara kita kerana ianya membawa lebih banyak kemudaratan dari kebaikan. Cara nak ajar supaya DAP tahu hormati orang-orang melayu ialah dengan mengajar DAP, PAS dan PKR atas kertas undi anda hari Ahad ini.

Coretan Khusus Untuk Penjawat-Penjawat Awam Di Malaysia

Calon Pas Putrajaya semalam menurunkan bapa pembohong negara Al Sheikh Al Anwar Al Jub ke Putrajaya untuk memancing undi penjawat awam di sana.

Mereka buat deklarasi Putrajaya....fuhhhhhh....dengar nama memang hebat beb. Beberapa hari lagi nak mengundi baru...tup...tup...tup....muncul deklarasi Putrajaya untuk mengabui mata kakitangan awam sebagai pengundi majoriti di parlimen itu.

Kenapa 2-3 tahun lepas tak lancarkan deklarasi Putrajaya ?

Tiba-tiba sekarang ini Husam dan Anwar serta kuncu-kuncunya hendak menjadi hero kepada penjawat awam di Putrajaya.

Di mana mereka sebelum ini di saat penjawat-penjawat awam dihina, dicaci, difitnah dan dipukul ?

Bukanlah kami nak bercakap besar atau nak berlagak. Selama ini puak-puak mereka hina, caci, fitnah dan pukul penjawat awam, kami blogger-blogger pro BN lah yang akan sentiasa ke depan mempertahankan anda semua.

Video di bawah ini bukti jelas bagaimana penjawat awam ditengking, dihina dan dikeji oleh pemimpin PKR.

Pernah anda dengar Husam atau Anwar memohon maaf di atas tindakan kurang ajar orangnya itu ?

Sekarang sudah sebulan Husam di Putrajaya, ada dia menyatakan rasa kesalnya di atas kejadian yang berlaku itu dan memohon maaf kepada penjawat awam di atas kejadian itu ?

Husam membangga-banggakan dia menghadiri majlis pengkebumian Timbalan Pengarah Kastam yang meninggal dunia Jumaat lepas. Adakah anda fikir jika tidak kerana dia calon di sana sekarang , dia akan hadir ?

Di mana Husam selama ini apabila anggota polis dipukul oleh perusuh jalanan PAS, PKR dan DAP ?

Pernah Husam melawat anggota polis yang dipukul di hospital ?

Husam membangkitkan rasa bimbangnya terhadap tahap keselamatan penjawat awam di Putrajaya. Pernah Husam bangkitkan rasa kesalnya terhadap budaya kurang ajar yang melampau yang diamalkan oleh penyokong-penyokongnya yang mengancam nyawa anggota polis ?

Pernah Husam lahirkan rasa kesalnya apabila kereta polis dipanjat, dipijak dan diterbalikkan ?

Tahun 2011 berlaku kejadian seorang penyeledup beras mati akibat serangan jantung ketika dikejar Unit Pencegah Penyeleludupan di Kelantan, kita tidak lupa bagaimana Husam memperlekehkan tugas UPP dan mempertahankan penyeludup beras itu.

Jika Husam hero kepada penjawat awam , kenapa dia tidak bangkit mempertahankan tugas UPP ?

Siapa yang pertahankan UPP ?

Blogger pro BN juga yang pertahankan. Kalau tak percaya klik di sini

Semakan yang dilakukan di blog Husam mendapati video dia berucap berhubung kejadian itu telah dibuang. Klik sini


Bagaimanapun ada satu lagi video yang memaparkan ucapan dia yang cuba menghasut rakyat berikutan kejadian itu agar bangkit merusuh sepertimana di Mesir.

Jom dengar pembohongan , sila klik di sini

Sepanjang ucapan itu , ada anda dengar dia pertahankan anggota UPP yang menjalankan tugas mereka ?

Dia sebut nama Teoh Beng Hock , ada dia pertahankan kakitangan SPRM ?

Hari ini dia nak jadi hero penjawat awam ? nak bela nasib penjawat awam ? nak bangga-banggakan dia hadir ke pengkebumian Timbalan Pengarah Kastam ?

Bohong, bohong, bohong dan bohong. Itu semua adalah politik untuk memancing undi....

Sebagai penutup marilah kita sama-sama saksikan apa janji mereka dengan penduduk Kampung Buah Pala semasa kempen PRU 2008.

Video: DAP Rasuah Pengundi


DAP kata BN rasuah

DAP kata nak ubah sebab rasuah...

Sampai berbuih mulut kit siang dan guan eng bercakap pasal rasuah

Sekarang mari kita lihat video dibawah siapa yang mengamalkan rasuah....


Wednesday, May 1, 2013

Tun Sedang Memukau Ribuan Warga Shah Alam Sekarang

Ceramah BN dah jadi seperti ceramah Pas pula. Khemah dah penuh, kerusi tak cukup. Orang duduk bersila tepi longkang, atas jalan raya dan atas motosikal.

Pemandangan begini jangan haraplah boleh dilihat di ceramah-ceramah BN sebelum ini. Tapi kali ini lain macam nampak. Semangat dan sokongan padu orang ramai makin hari makin memberangsangkan. Insyallah 2/3 akan kita capai.

Tun dalam ucapannya malam ini tiga kali ulang ayat "Kit Siang Rasis" sebagai cabaran kepada DAP.

Nak tangkap saya tangkaplah.....saya tak takut. Nak tutup mulut saya tidak sama sekali.

Orang ramai punya ralit dengar ceramah sampai semua diam terpaku. Hingga Tun terpaksa tanya, dengar tak saya bercakap ni ?

Dengarrrrrrrrrrrr......

Begitulah gambaran yang boleh saya katakan bagaimana orang ramai beri perhatian kepada ucapan Tun.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pas Ingat Mereka Boleh Terus Membodohkan Rakyat Kelantan


Itu adalah iklan Pas Kelantan satu muka surat penuh di Sinar Harian hari ini...

Judi - Toksir

Disko - Toksir

Rasuah - Toksir

Pecah Amanah - Toksir

Pas oh Pas....sampai bila nak hidup dengan pembohongan ?

Saya tak mahu mengulas panjang, saya bagi segala bukti-bukti di bawah kemudian anda nilailah sendiri...

 1) Video diatas baru lebih kurang sebulan lepas hasil pembongkaran wartawan NST di Kelantan....



2)  Sepasukan 45 anggota penguat kuasa Jabatan Pembangunan Islam Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Jabatan Imigresen, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dan polis menyerbu pusat pelacuran dan perjudian yang lokasinya hanya kira-kira satu kilometer dari pejabat Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, di sini, malam kelmarin.

Dipercayai, pusat yang memberi perkhidmatan tidak bermoral kepada masyarakat itu sudah wujud lebih 20 tahun di Kampung Limau Manis, di sini, dan serbuan kelmarin berjaya menahan seorang pelacur walaupun dipercayai terdapat 10 pelacur di kawasan itu.

Berita Harian



3) Agen Johnson tiba di pusat hiburan yang terletak 3.6 km dari rumah Nik Aziz di Pulau Melaka ini pada tengah malam. Ia terletak di kawasan yang merupakan kubu kuat PAS. Adalah agak mustahil untuk percaya bahawa MPKB-BRI ada mengeluarkan lesen untuk pusat hiburan ini. Pertamanya tidaklah diketahui bahawa ada lesen sedemikian yang dikeluarkan kerana ianya tidak bersesuaian dengan imej Parti PAS.

Keduanya, ia terletak di kawasan kampung dan dibuat secara terbuka menyebabkan gangguan bunyi ke rumah-rumah sekitarnya dan ketiga ianya beroperasi sehingga ke hampir subuh. Jadi, jika anda juga percaya bahawa mustahil pusat hiburan ini beroperasi dengan kebenaran MPKB-BRI, maka kita harus bertanya, mengapa MPKB-BRI tidak mengambil tindakan terhadap pusat sedemikian? Apakah kerana ia peninggalan UMNO-BN yang tewas pada tahun 1990 dahulu. Atau kerana di Mekah pun ada jugak karaoke bawah pokok kurma?

Kickdefella



4)  Kelantan menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun, sejak 2008 hingga 2009.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kadar jangkitan HIV bagi tempoh berkenaan di negeri itu menunjukkan peningkatan hampir empat kali ganda berbanding kadar di seluruh negara.

Berita Harian


PECAH AMANAH

5 ) Isu kelulusan tanah oleh kerajaan PAS Kelantan kepada pemimpin DAP Perak terus mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk masyarakat luar Kelantan kerana tindakan tersebut dilihat seolah-olah telah mengkhianati rakyat negeri tersebut yang selama ini menyokong penuh kepimpinan Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Di Perak, rata-rata rakyatnya berpendapat tanah seluas 10,526 ekar di Gua Musang itu sewajarnya diserahkan kepada rakyat Kelantan bagi menjana serta meningkatkan taraf ekonomi penduduk negeri tersebut yang masih berada di paras rendah.

Perak Today

Nak tahu berapa besar tanah yang Pas berikan kepada pemimpin DAP, sila klik di sini

RASUAH !

Kerajaan Islam ?

Negara islam - gugur

Hukum hudud - tinggal

Kalimah Allah - gadai

Islam Pas hanya tinggal jubah dan serban sahaja....

Balik Undi Pas Adalah JIHAD


Jihad beb.....

Jihad....jihad....jihad....

Wa....kah....kah...kah....kah....kah....

Cukuplah Ibrahim Libya dan rakan-rakannya 'syahid' kerana 'berjihad' bersama-sama Pas nak tubuhkan negara islam. 

Hari ini Pas sudah gugurkan negara islam, buang hukum hudud, gadai kalimah Allah. Lagi nak bercakap pasal jihad ke ?

Cukuplah Ibrahim Libya dan rakan-rakannya ditipu Pas. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa penipuan Pas seterusnya.

Dulu masa mereka nak kutip derma Memali pun mereka kata jihad....jihad....jihad....dah dapat derma berjuta-juta wang lesap entah ke mana. Anak nak berlajar, mak kena jual tanah. 

Individu gambar kanan diatas itulah yang memainkan peranan penting dalam kutipan Tabung Memali. Tanya dia kereta merchedes yang dia beli pakai duit daripada mana ? Jika dia tak nak jawab, jawapannya ada dalam buku Air Mata Di Bumi Memali.

Dakwat Kekal: Jam Tangan Yang Kantoikan Fitnah Mereka


Saya nak ajak anda berfikir cara mudah sahaja untuk anda nilai sistem pilihan raya di Malaysia betul atau tidak ?

Jika sistem pilihan raya di Malaysia tidak betul, 5 negeri tidak akan jatuh ke pembangkang pada PRU 2008.

Jika sistem pilihan raya di Malaysia tidak betul , BN tidak akan hilang 2/3 di Dewan Rakyat. 

Jika sistem pilihan raya di Malaysia tidak betul, bolehkah Pas bertahan di Kelantan 23 tahun ? Tahun 2004 Pas perintah Kelantan dengan kelebihan 1 kerusi sahaja. Dan satu kerusi itu (Dun Kemuning) Pas menang dengan hanya majoriti 2 undi sahaja. Jika SPR menipu dan menyebelahi BN , tak kan SPR tak boleh tipu 3 undi sahaja lagi untuk membolehkan BN memerintah Kelantan ? Tapi itu tak berlaku kan ? Pas masih sihat walafiat di Kelantan walaupun memerintah dengan kelebihan 2 undi. 

Jika sistem pilihan raya di Malaysia tidak betul, dah lama BN tawan kerusi Permatang Pauh.

Jika sistem pilihan raya di Malaysia tidak betul kenapa sekarang ini setiap hari Anwar dan kuncu-kuncunya mengatakan mereka akan menang dalam PRU ini ? 

Apa yang mereka laungkan selama ini adalah pembohongan semata-mata untuk menimbulkan rasa marah orang ramai terhadap SPR dan BN.

Merekalah sebelum ini yang meroyan-royan menuntut penggunaan dakwat kekal. SPR pula mencadangkan penggunaan sistem biometrik. Mereka kata biometrik tak boleh dipercayai. Jawatankuasa Pilihan Khas Penambaikan Proses Pilih Raya yang turut dianggotai oleh ahli-ahli parti pembangkang bersetuju untuk pengunaan dakwat kekal. 

Perkara itu dibentang di Dewan Rakyat, dibahas dan kemudiannya diluluskan sehingga menjadi satu undang-undang dan perlu dikuatkuasa dalam PRU ini. 

Semalam dakwat kekal telah digunakan buat pertama kalinya untuk pengundi-pengundi awal. Mereka putar cerita bahawa dakwat itu boleh tanggal. Jika digosok, ditenyeh dan sebagainya tidak dinafikan dakwat itu boleh tanggal. Tetapi ianya tidak akan hilang 100 %. Kesan-kesan dakwat masih boleh kelihatan di jari pengundi dan cukup untuk membuktikan orang itu telah mengundi.

Ada gambar-gambar jari yang mereka sebarkan semalam menunjukkan langsung tidak ada kesan dakwat kekal di jari pengundi. Itu adalah pembohongan yang direka cipta oleh mereka semata-mata. 

Allah maha kaya, Allah maha besar dan Allah akan menyebelahi pihak yang benar. Mereka boleh merancang, mereka boleh menipu, mereka boleh memfitnah, tapi Allah jua yang menentukan.

Kerja jahat mereka kantoi. Yang mengantoikan mereka adalah jam tangan yang dipakai oleh salah seorang pemfitnah. 
Pusat pengundian awal dibuka jam 8 pagi. Mereka rakam gambar jari yang bersih daripada sebarang calitan jam 7.55 pagi. Lihat jam tangan yang dibulatkan. Gambar-gambar yang mereka sebarkan sebenarnya dirakam sebelum jari pegundi dicalit.

Lihatlah wahai rakyat Malaysia....

Lihatlah bagaimana jahatnya mereka merencanakan fitnah untuk menipu anda semua....

Jangan fikir panjang, jangan termenung panjang. Tekadkan diri anda bermula dari saat ini untuk mengajar mereka habisan-habisan atas kertas undi anda Ahad ini.