Semua di antara kita tahu Pas adalah sebuah parti yang tidak pernah tetap pendirian. Sekejap begitu...sekejap begini... Di Trengganu dan Kelantan mereka dipanggil Pas kluk-klek.
Bukan sekadar tidak tetap pendirian, Pas juga terkenal dengan sikap sanggup melakukan apa sahaja demi undi dan kuasa. Menipu , memfitnah, lacur agama, jual bangsa sehinggalah ke tahap menjadikan isteri sebagai taruhan politik.
Semalam Nik Aziz bersuara meminta agar PM membenarkan hukum hudud dilaksanakan. Semuanya gara-gara laporan dari Majlis Aids Malaysia yang mengatakan Kelantan mencatat bilangan pesakit HIV paling tinggi dalam Malaysia pada tahun 2010. Untuk pengetahuan anda semua bukan sahaja tahun 2010 Kelantan menjadi juara HIV, malah pada tahun 2008 dan 2009 anugerah juara itu juga dipegang oleh mereka. Sini
Seperti biasa, sebagaimana yang kita kenal dengan perangai pemimpin dan penyokong-penyokong Pas, apa sahaja yang buruk akan dilemparkan kepada Umno atau BN.
Nik Aziz kata punca HIV tinggi di Kelantan kerana mereka gagal melaksanakan hukum hudud yang telah diluluskan oleh Dun Kelantan pada 1993 kerana halangan dari PM ketika itu , Tun Dr M.
Cuba anda bayangkan sekiranya laporan-laporan akhbar atau berita yang tersiar beberapa hari lepas melaporkan Kelantan mencatatkan bilangan paling rendah penghidap HIV dalam Malaysia, apa mereka akan kata ?
Mereka akan kata "inilah berkat pemerintahan tok guru dan kerajaaan islam di Kelantan". Tetapi apabila akhbar laporkan Kelantan yang paling tinggi , terus kesalahan diletakkan ke atas hudud dan Tun Dr M. Mereka hanya nak yang baik-baik untuk mereka. Yang buruk semuanya milik orang lain.
Mengikut laporan dari Majlis Aids Malaysia bagi setiap 100,000 orang penduduk Kelantan 28.8 orang dari mereka menghidap Aids. Jauh melebihi negeri-negeri lain yang mempunyai bilangan penduduk yang jauh lebih ramai dari penduduk Kelantan, serta negeri mereka tidak dipimpin oleh seorang tok guru yang sering melaung-laungkan menjalankan pemerintahan secara islam.
Mungkin akan ada yang berkata Pahang pun mencatatkan bilangan pesakit HIV yang tinggi juga, 24 orang bagi setiap 100,000 ribu orang. Ya benar, saya setuju. Tetapi MB Pahang tidak salahkan orang lain dan menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka. Yang lebih mustahaknya, MB Pahang tidak pernah mendabik dada mengatakan dia seorang tok guru yang menjalankan pemerintahan secara islam atau mencipta pelbagai slogan-slogan islamik untuk menggambarkan betapa islamnya dia.
Berbeza dengan Pas yang siang malam melaung-laung hanya mereka sahaja yang islam dan menjalankan pentadbiran secara islam yang berjaya sehingga Nik Aziz berkata jika Umno merampas Kelantan dari mereka melalui pilihanraya ianya tidak akan diberkati Allah kerana Umno menentang Islam (Pas).
Bilangan penduduk Malaysia mengikut negeri.Kelantan berada di tangga ke 9 dengan bilangan penduduk sebanyak 1.54 juta orang, tetapi mempunyai penghidap HIV yang paling ramai dalam negara kita.
Sumber bilangan penduduk dari Jabatan Perangkaan Malaysia
Negeri Johor yang mempunyai penduduk seramai 3.35 juta orang iaitu yang kedua tertinggi di Malaysia, sekali ganda lebih tinggi dari Kelantan yang mempunyai penduduk 1.54 juta orang dan Johor tidak dipimpin oleh seorang tok guru juga tidak melaksanakan hukum hudud mencatatkan bilangan pesakit HIV 15.5 orang bagi setiap 100,000 ribu rakyatnya.
Wilayah Persekutuan KL yang juga tidak mempunyai MB seorang tok guru dan tidak pernah sama sekali menjalankan hukum hudud, kelab malam sana-sini dan mempunyai bilangan penduduk 1.67 juta orang tetapi mencatatkan bilangan pesakit Aids yang lebih rendah dari Kelantan, iaitu 18 orang bagi setiap 100,000 orang penduduknya.
Jadi dimanakah relevannya apabila Nik Aziz mengaitkan kegagalan melaksanakan hudud punca pesakit Aids tinggi di Kelantan ?
Bukan hudud penyebabnya. Sebabnya kerana kegagalan dia dan barisan pentadbirannya mendidik rakyat sendiri. Begitulah buruknya perangai seorang tok guru, meletakkan kesalahan kepada orang lain untuk menutup kelemahannya.
Di negeri Kelantan selama 365 sehari setahun Pas adakan ceramah. Tak kira bulan puasa atau bulan raya atau bulan lain-lain. Setiap malam bukan satu tempat Pas ceramah, berpuluh-puluh tempat. Pernahkan mana-mana orang yang pergi dengar ceramah Pas mendengar penceramah-penceramah Pas memberi nasihat kepada orang yang mendengar ceramah tentang bahaya HIV atau Aids ?
Tidak ! Mula ceramah baca sepatah dua ayat Quran dan hadis nabi, kemudian kutuk dan fitnah Umno. Selepas itu buat cerita sedih dan diiringi selawat minta petugas bawa kantung untuk kutip derma. Penutup ceramah minta undi Pas. Habis ceramah duit derma yang dikutip masuk poket. Balik rumah peluk bini. Esok ceramah lagi. Dapat duit lagi. Selepas dua tiga bulan tambah bini lagi. Itulah rutin seorang pemimpin Pas. Kutip duit orang ramai sana-sini. Apabila kalah pilihanraya, salahkan parti lawan dan SPR. Apabila pesakit HIV tinggi salahkan Tun Dr M dan hukum hudud.
Tempoh 21 tahun Pas perintah Kelantan bukannya tempoh yang pendek wahai sahabatku sekalian. Tun Dr M mentadbir negara selama 22 tahun. Tahun depan tempoh Nik Aziz jadi MB Kelantan dah sama dengan tempoh Tun Dr M jadi PM.
Apa kejayaan yang boleh dibanggakan dengan 21 tahun pemerintahan Nik Aziz ? Pembangunan rohani gagal, pembangunan jasmani pun gagal. Tun jadi PM tak sampai 10 tahun kita semua dapat lihat bagaimana perubahan hidup rakyat Malaysia. Nik Aziz perintah Kelantan semakin hari semakin ramai rakyat Kelantan yang berhijrah kerana susah nak cari makan di Kelantan.
Sebaik sahaja Tun Dr M dilantik menjadi PM beliau terus mulakan langkahnya untuk menambah bilangan profesional melayu terutamanya doktor. Hasilnya boleh dilihat hari ini apabila ramai doktor-doktor melayu dilahirkan di era Mahahir Bin Mohamad atau di atas usahanya itu . Nik Aziz dan pemerintahan islamnya pula menambah bilangan pesakit Aids.
Bercakap pasal hukum hudud pula.
Beberapa pihak pernah memaklumkan hudud yang dibawa oleh Pas pada tahun 1993 bukannya hudud yang sebenar mengikut syariat islam. Ianya hudud politik. Sengaja direkacipta supaya ditolak oleh Kerajaan Pusat pada masa itu. Apabila ditolak bolehlah di jaja cerita Umno tolak islam. Mereka berjaya dan itulah yang mereka jaja sampai ke hari ini. Hudud politik Pas juga terdiam seketika pada tahun 1995 kerana peristiwa penangkapan khalwat Mat Sabu dengan Normah. Sini
Jika Pas kata Tun Dr M tolak hudud, kenapa selepas Tun Dr M berhenti Pas tidak pernah menghantar draf hudud yang baru kepada PM selepas itu ? Kenapa Pas tidak hantar kepada Pak Lah ? Kenapa Pas tidak hantar kepada Datuk Najib ? Itulah bukti mereka tidak serius dan ianya sengaja dicetuskan untuk tujuan politik.
Pas boleh berdemo untuk bersih 1, bersih 2 dan sekarang sedang mengancam akan berdemo untuk bersih 3. Pas boleh berdemo untuk ISA dan macam-macam demo lagi yang diadakan atau disertai Pas , tetapi mengapa Pas tak berdemo untuk mendesak kerajaan agar membenarkan mereka laksanakan hudud di Kelantan ?
Jika Pas benar-benar serius untuk laksanakan hudud, sila hantarkan draf hudud kepada PM yang ada pada hari ini. Belum tentu beliau akan tolak. Belum cuba belum tahu. Sekiranya Datuk Najib tolak hudud yang benar-benar berteraskan Al Quran dan bukannya berteraskan politik Pas, kita minta Pas adakan demontrasi untuk serahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong.
Bukan hudud dan bukan Tun Dr M yang menjadi penyebab tingginya HIV di Kelantan. Puncanya kerana kegagalan Pas mentadbir dan mendidik rakyat. Mereka tiada masa nak fikir pasal rakyat. Masa mereka hanya diperuntukkan untuk mereka-reka fitnah, sebar fitnah, ceramah politik, cari kawasan balak, cari penaja haji dan macam-macam kepentingan peribadi yang lain lagi.
Sekiranya benar-benar rakyat Kelantan telah di didik dan diajar dengan ajaran islam secukupnya sepertimana yang dilaung-laungkan oleh Pas , jangan kata pesakit Aids ramai di Kelantan, lokap-lokap polis pun dah lama kosong.
Kehebatan Pas di Kelantan hanyalah mencipta slogan-slogan sahaja. Selain dari itu semuanya sampah.






