Thursday, September 13, 2012

P.Raya Dun Selangor Asing, P.Raya Parlimen Bersama-Apa Punya Lawak ?

Semalam pertubuhan haram yang bernama pak-khatan rakyat membuat kenyataan yang menyatakan mereka tidak akan mengadakan pilihan raya di negeri Selangor serentak dengan pusat. 

Mereka juga merancang untuk mengadakan pilihan raya secara berasingan di Pulau Pinang. Manakala bagi negeri Kelantan pula MBnya bertegas akan menyertai pilihan raya bersama dengan pusat. Bagi negeri Kedah pula tiada keputusan hingga kini dan mengikut kenyataan MBnya hari ini beliau akan membubarkan Dun sekiranya merasakan Pas boleh menang. 

Berikut kenyataan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim seperti mana yang dilaporkan oleh malaysiakini, 
Pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dijalankan secara berasingan daripada pilihan raya umum - memecahkan tradisi lama dalam sejarah pilihan raya Malaysia.
Majlis Presiden Pakatan Rakyat membuat keputusan itu dalam mesyuaratnya hari ini, dengan memetik "masalah yang tidak dapat diselesaikan" pada senarai pemilih di negeri itu yang dikatakan termasuk ribuan pengundi yang diragui.
Majlis itu juga mungkin mempertimbangkan permohonan Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dikatakan keputusan itu dibuat oleh majlis presiden pak-khatan rakyat. Maknanya itu keputusan pimpinan tertinggi parti-parti gabungan mereka. 

Kalau nak bodohkan orang ramai dan para wartawan pun agak-agaklah. Keputusan majlis presiden apa ke jadahnya kalau Nik Aziz tak setuju dan Azizan belum buat keputusan lagi ? 

Kalau keputusan majlis presiden, semua negeri-negeri yang diperintah pak-khatan rakyat capai kata sepakat dan setuju untuk mengadakan pilihan raya berasingan. Nampak sangat apa yang diumumkan semalam adalah keputusan PKR sahaja. 

Alasan mereka untuk tidak adakan pilihan raya serentak kerana meragui daftar pemilih SPR. Pilihan raya negeri mereka tidak mahu sertai bersama dengan pusat kerana ragu dengan daftar pemilih, tetapi tak pula mereka kata tidak akan menyertai pilihan raya peringkat parlimen kerana ragu dengan daftar pemilih. 

Sedangkan di kedua-dua peringkat pilihan raya sama ada negeri atau parlimen SPR menggunakan daftar pemilih yang sama dan orang yang sama yang akan keluar mengundi. Jangan buat lawak lah oiiiii...... 

Kalau dah ragu sangat janganlah sertai pilihan raya peringkat parlimen di negeri Selangor....ada berani ? 

Apa yang dikatakan Anwar jelas menunjukkan mereka sudah tidak yakin lagi untuk menawan Putrajaya dalam PRU akan datang. Sasaran mereka adalah kekalkan Selangor dan Pulau Pinang sahaja. 

Kalau mereka yakin mereka akan tawan Putrajaya mereka tidak akan pedulikan lagi Selangor dan Pulau Pinang serta dua negeri lagi kerana sasaran utama adalah Putrajaya. 

Sebelum ini bukan main lagi mereka kata Datuk Najib takut untuk bubarkan parlimen dan sebagainya. Tup...tup....mereka yang sebenarnya takut untuk bubar Dun. 

Perkara ini jelas menunjukkan kepada kita sikap gilakan kuasa puak-puak PKR. Kalau boleh mereka nak berkuasa sampai bila-bila dan tak mahu adakan pilihan raya. Jika mereka diberi peluang memerintah negara tidak mustahil mereka akan cari jalan untuk tukar sistem pilihan raya yang ada sekarang daripada 5 tahun sekali kepada 10 tahun sekali. 


Bercakap dan berceramah bukan main lagi berdegar-degar kononnya Umno/BN tak akan mampu tawan Selangor, Umno/BN akan mampus dan sebagainya, tapi mereka sendiri takut untuk adakan pilihan raya . Bak kata peribahasa, cakap berdegar-degar tumit diketik. 

Bagi saya secara peribadi saya amat setuju dan mengalu-alukan keputusan mereka untuk adakan pilihan raya secara berasingan. Ia memudahkan kerja BN untuk menawan Selangor kembali. 

Krisis Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali juga akan membantu BN. 

Sama ada PKR menang atau kalah yang pasti Khalid bukan lagi MB selepas ini. Khalid sendiri pun sudah tahu yang beliau tidak akan menjadi MB lagi selepas ini dan dia tidak rela jawatan itu terlepas ke tangan Azmin atau orang-orangnya. Daripada terlepas adalah lebih baik Selangor jatuh ke tangan BN. Sebab itulah sejak kebelakangan ini kita semua boleh lihat tindakan Khalid Ibrahim seolah-olah sengaja hendak sembelih PKR di Selangor. 

Saya tidak boleh ceritakan lebih di sini.... 

Cuma saya boleh katakan dalam politik apa-apa boleh terjadi dan tiada yang mustahil.... 

Siapa sangka Karpal Singh yang pernah yang menjadi orang pertama mendedahkan kegiatan homoseksual kini bersama-sama dengan Anwar dalam politik. Bukan setakat bersama dalam politik malah sanggup menjadi peguam untuk mempertahankan Anwar dalam kes liwatnya. 

Siapa sangka dulu Mat Sabu menjadi orang pertama yang memberi gelaran al-jub kepada Anwar, kini bersama-sama menjulang Anwar. 

Jadi dengan terkejut sekiranya tindakan Khalid Ibrahim dan orang-orangnya akhir-akhir ini yang banyak membantu Umno dan BN di Selangor. 

Ingat ! Tiada yang mustahil dalam politik.....

Wednesday, September 12, 2012

Bahana Akibat Berkawan Dengan Syaitan

Pas yakin dapat melumpuhkan kekuasaan BN di tiga negeri dalam PRU akan datang.

Salahudin Ayub berkata, pihaknya yakin rakyat di negeri Johor, Sabah dan Sarawak sudah berani untuk menolak pemerintah sedia ada dan menukar kepada pilihan baru.

Itu yang dilaporkan di muka surat 6 akhbar Sinar Harian hari ini.

Persoalannya kini, hari-hari Pas menuduh SPR menipu, bersekongkol dengan BN dan sebagainya.

Pas hasut orang ramai supaya tidak mempercayai SPR.

Pas hasut orang ramai turun berdemo dan merusuh kononnya sistem pilihan raya di Malaysia tidak adil.

Tetapi dalam masa yang sama pula yakin mereka dapat tumbangkan BN dalam pilihan raya akan datang dimana badan yang menguruskan pilihan raya itu adalah SPR yang mereka kecam selama ini.

Kesian lembu-lembu Pas yang yang ditarik ke jalan raya kononnya untuk memprotes sistem pilihan raya Malaysia yang tak adil.

Tetapi pemimpin-pemimpin Pas tahu yang sebenarnya SPR adil dan telus. Cuma kerana iblis mengusai diri akibat mereka berkawan dengan syaitan itulah jadinya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 11, 2012

Rakaman Audio Tersebar:Strategi PKR Bocor


Awal tahun 2011 PKR pernah mengadakan satu kongres bagi mencari jalan bagaimana untuk mereka boleh mendapatkan sokongan orang-orang melayu serta taktik-taktik yang perlu digunakan untuk menjatuhkan BN.

Antara perkara yang perlu mereka lakukan,
  • Laga-lagakan Datuk Seri Najib dengan Tan Sri Muhyiddin
  • Laga-lagakan isteri PM dengan isteri TPM
  • Serang isteri PM 
Selebihnya anda boleh lihat sebahagian minit yang dicatitkan dibawah sepanjang kongres itu berlangsung...


Sekarang ini apa yang mereka bincangkan dulu sedang giat mereka lakukan. Anda boleh lihat sejak kebelakangan ini mereka begitu galak melaporkan berita serta menjaja cerita kononnya Datuk Najib dan Tan Sri Muhyiddin bermasalah atau mempunyai hubungan yang dingin.

Serangan terhadap isteri PM, tak usah cakaplah. Itu sudah menjadi perkara wajib bagi mereka. Naik sahaja pentas ceramah nama Rosmah dah jadi perkataan yang wajib disebut.

Agenda melaga-laga isteri PM dengan isteri TPM tak berapa nampak lagi sekarang. Tetapi benda itu akan berlaku menjelang PRU.

Dalam hal ini orang-orang Umno kena bijak. Jangan sesekali termakan propaganda mereka. Matlamat mereka adalah memecah belah ahli Umno supaya timbul perasaan tidak puas hati antara satu sama lain dan seterusnya membuatkan orang-orang Umno tidak bekerja bersungguh-sungguh untuk menghadapi PRU serta melakukan sabotaj. Apabila itu semua berlaku undi akan lari kepada mereka dan akhirnya mereka yang untung.

Ingat ! Antara yang menjadi penyumbang kepada kemenangan besar PKR, Pas dan DAP 2008 adalah orang-orang Umno sendiri. Cukuplah sekali dan ambil iktibar dari apa yang terjadi. Pastikan pisang tidak berbuah dua kali.

PKR tidak pernah duduk diam. Segala propaganda mereka telah dirancang atau dijadualkan dengan rapi dalam usaha untuk menyerang atau melemahkan musuh. Sebab itulah mereka ada biro strategi yang diketuai oleh Rafizi. Mana ada parti lain dalam Malaysia yang pengarah strategi seperti PKR ?

Hanya PKR sahaja yang ada. Itu pasal mereka cukup cekap dalam melancarkan propaganda. Tiba-tiba sahaja keluar cerita cermin bas PKR disimbah cat merah, brek kereta Anwar dirosakkan, bilik hotel Anwar cuba diceroboh dan macam-macam lagi.

Bukan itu sahaja yang dilakukan oleh mereka, banyak lagi perkara-perkara lain yang mereka lakukan termasuklah apa yang perlu diperkatakan oleh penceramah-penceramah dalam majlis ceramah-ceramah mereka.

Dibawah ini adalah rakaman audio yang bocor kepada umum bagaimana salah seorang orang strategi PKR meyampaikan taklimat kepada penceramah-penceramah mereka dalam satu majlis tertutup semasa Kongres Nasional PKR di Johor tahun 2011.

Penceramah-penceramah mereka diminta untuk tumpukan kepada 3 perkara dalam setiap ceramah mereka. Tiga perkara itu dijadikan kerangka besar dan penceramah diminta huraikan tiap-tiap perkara itu tanpa lari jauh dari kerangka yang diberikan.
  • Negara Berpontesi
  • Umno dan BN Rompak Kita
  • Rakyat Perlu Bersatu Seperti Arab Spring Lawan Orang Yang Korup


Taklimat yang disampaikan oleh Sim Tze Tzin

Sekarang sudah jelas yang PKR tidak ada kekuatan sendiri untuk mendapatkan kuasa. Cara mereka hanya dengan menimbulkan kebencian orang ramai terhadap musuh serta membangkit orang ramai bangun menjadi pemberontak semata-mata untuk mereka mendapatkan sokongan. 

Perkara yang paling penting untuk menimbulkan kebencian orang ramai terhadap musuh adalah fitnah dan pembohongan. Dan dua perkara itulah yang menjadi sandaran utama PKR bagi membolehkan mereka terus hidup sehingga hari ini. Tetapi berapa lama mereka boleh hidup dengan pembohongan dan fitnah ? 

Terima kasih kepada orang dalam PKR yang membocorkan rakaman audio diatas....

Tanah Bumiputera Selangor:Tauke Cina Kata Tak Apa Dia Boleh Uruskan

Gambar hiasan
Di Shah Alam dulu, anak saya ada tanah. Shah Alam tak boleh jual kepada orang bukan Melayu. Tapi ada Cina telefon saya kata nak beli tanah, tak boleh saya kata. Dia kata tak apa dia boleh uruskan. Maknanya sudah berlakulah benda-benda begini yang orang bimbang,”

Selanjutnya sila klik di sini

Monday, September 10, 2012

Artis Insaf Dijadikan Sapi Untuk Diperah Susunya....

Semua orang tahu baik dari Lembah Keramat saat kecilnya hingga tergedik-gedik mencari glamer dengan kumpulan Elite dan diangkat oleh Yusuf Haslam sehinggalah kecur geger dengan skandalnya bersama seorang pelakon baru. 

Perlu ada orang untuk memimpin dia keluar daripada sarang maksiat yang lebih besar iaitu PAS dan menjadi satu dosa sekiranya dia ini terus dibiarkan bergelumang dalam parti politik itu kerana hari ini seolah-olah dijadikan sapi oleh PAS untuk diperahkan susunya.

Selanjutnya sila klik di sini

Sikap Ditaktor : SPR Diarah Umum Anwar Menang Jam 3 Petang


Dua hari lepas di Melaka kita dikejutkan dengan tindakan ganas pengawal peribadi Anwar Ibrahim yang mengacukan pistol kepada orang ramai yang tidak bersenjata.

Semalam di Ampang Anwar Ibrahim pula mengumumkan tindakan samseng yang akan beliau lakukan pada hari pembuangan undi PRU 13 kelak.

Dipetik dari antarapos.com
AMPANG: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menaburkan janji-janji 'bulan dan bintang' semasa ceramah beliau di Ampang malam tadi, suatu tindakan yang boleh dilihat sebagai membuai mimpi kepada rakyat di negara ini.

Beliau yang berucap dalam ceramah ketika menjadi tetamu jemputan sambutan Aidilfitri Parlimen Ampang di Taman Kosas hari ini masih mengulangi janji kepada rakyat mengenai penurunan harga minyak, kebebasan media serta pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"(Setelah) 24 jam ambil alih, kita akan lakukan, harga minyak seluruh negara diturunkan. Media bebas untuk tanya kepada sesiapa, (lebih-lebih lagi) Ketua Pembangkang (ketika itu) Datuk Seri Najib.

"Kita akan mansuhkan PTPTN.. Bagi pendidikan percuma kepada semua dari sekolah rendah sampai kepada universiti."

Selain daripada itu beliau turut membayangkan dirinya sebagai bakal Perdana Menteri negara turut berimaginasi untuk menggunakan kuasa diktator untuk mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mengumumkan 'kejayaan' beliau menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.

"Jam 2.30 petang, saya akan hubungi Tan Sri SPR, (dan berkata) Tan Sri, saya dah dapat keputusan. Saya bagi peluang setengah jam, umum cara teratur dan telus. Kalau tidak, kita ambil tindakan serta-merta kepada seluruh pihak SPR," tambahnya.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas ketika diaju pemberita mengenai isu tidak mengangkat tangan ketika bacaan Rukun Negara pada malam ambang kemerdekaan anjuran negeri Selangor baru-baru ini.
Belum berkuasa lagi dia dah tunjuk ciri-ciri seorang diktator, bayangkan jika dia berkuasa kelak ?

DAP Pelopor Budaya Politik Kurang Ajar Di Malaysia

Budaya politik ganas atau budaya politik kurang ajar bukannya perkara baru dalam negara kita. Ianya telah dipelopori oleh DAP sejak tahun 1969 lagi. Kerana budaya politik kurang ajar yang dibawa DAP itulah wujudnya peristiwa 13 Mei 1969. 

Orang ramai masih ingat bagaimana DAP nak sapu melayu di Kampung Baru serta bagaimana orang-orang DAP kencing depan pelajar-pelajar perempuan.  

Belajar dari kesilapan dan keghairahannya pada tahun 1969 membuatkan DAP diam seketika. Sejak tahun 1969 hingga tahun 1998 budaya politik ganas atau politik kurang ajar boleh dikatakan tiada langsung sehinggalah Anwar dipecat pada tahun 1998. 

Dari tahun 1998 itulah bermulanya kembali budaya politik kurang ajar atau politik ganas. Sebelum itu orang ramai nak tengok kenderaan meriam air FRU pun susah. Tetapi selepas tahun 1998 kenderaan tersebut bukan lagi sesuatu yang pelik. Budak-budak kecil pun dah kenal. Budaya kurang ajar dikalangan rakyat Malaysia dan sikap tidak menghormati pihak berkuasa semakin menjadi-jadi sekarang ini. Semuanya kerana didikan dari pembangkang. 

Jika dulu orang ramai kalau lihat polis mereka ada perasaan hormat dan sebagainya. Tetapi selepas tahun 1998 orang yang ditahan polis pun berani maki polis. Mereka tak takut atau tak hairan kerana jika kena tangkap pasukan-pasukan peguam PKR, PAS dan DAP sudah bersiap sedia untuk membela mereka.

DAP kembali menunjukkan belangnya selepas PRU 2008 dan kini ianya semakin menjadi-jadi. Mereka menjadi semakin berani kerana setiap tindakan mereka akan dipertahankan oleh PAS serta PKR.

Minggu lepas heboh diperkatakan tentang gambar sekumpulan orang yang menyambut malam Merdeka yang dianjurkan parti pembangkang memijak-mijak gambar PM.

Sebelum ini anda pernah dengar budaya politik pijak-pijak gambar seperti itu ? 

Saya tidak tahu anda pernah dengar atau tidak , tetapi saya sendiri tidak pernah dengar dan lihat. Kali pertama saya dengar dan saya lihat budaya politik pijak memijak gambar semasa berlaku pertukaran kerajaan di Perak tahun 2009.

Bunting-bunting yang digantung di Bandar Ipoh yang memaparkan Datuk Najib mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina telah diturunkan dan dipijak-pijak oleh penyokong pembangkang.

Ipoh awal 2009
Hujung tahun 2009 pula gambar tiga Adun Perak yang keluar parti dilekatkan di lantai pintu masuk dewan untuk majlis Kovensyen DAP Perak telah dipijak-pijak oleh orang-orang DAP termasuk Lim Kit Siang sendiri. 

Ipoh hujung 2009
Benda-benda yang dimulakan oleh DAP itulah yang menjadi ikutan oleh pihak-pihak lain pula tidak kira sebelah sana atau sebelah sini. Kalau tiada pihak yang mulakan ianya tidak akan menjadi satu budaya.

Dalam kes seorang wanita cina di Johor yang memijak gambar PM pada malam Merdeka, siapa yang tukang membelanya ?

Tidak lain tidak bukan adalah DAP.....


Sebelum menyerah diri kepada polis gadis tersebut terlebih dahulu berjumpa dengan pemimpin DAP Johor. Jika dia tiada kaitan dengan DAP atau DAP berjanji akan mempertahankan tindakannya, mengapa perlu dia terlebih dahulu berjumpa dengan pimpinan DAP ? Lihat di sini dan sini.

Monday, September 3, 2012

Penjelasan Sebalik Dakwaan Dipukul

Tulisan ini agak panjang. Saya berharap rakan-rakan pembaca blog ini dapat membaca perlahan-lahan dari atas ke bawah mengikut turutan tanpa meninggalkan satu perenggan pun supaya anda jelas dengan apa yang saya ingin sampaikan.

Apabila disebut perkataan seni ramai diantara kita akan ingat kepada hasil kerja tangan. Seperti seni lukis, seni hiasan, seni pertukangan, seni masakan dan juga beberapa seni lain. Perkataan seni juga mengingatkan kita kepada dunia hiburan.

Tidak ramai diantara kita yang ingat atau sedar bahawa politik juga ada seni yang tersendiri. Persepsi, muslihat, propaganda dan tipu helah antara elemen yang ada dalam seni politik. Tidak kira parti mana dan dinegara mana setiap parti ada cara tersendiri dan tertentu untuk mempengaruhi rakyat atau mengubah pendirian serta pemikiran rakyat agar menyokong parti mereka.

Di Malaysia, parti pemerintah negara lebih kepada memilih pendekatan menjelaskan kepada rakyat apa kerja dan sumbangan dan jasa-jasa yang mereka lakukan dalam usaha membangunkan negara dan menolong rakyat. Pendekatan cara itu pun perlu, tetapi ianya tidak cukup kuat.

Dalam politik setakat orang ramai suka atau sayang kepada kita tidak cukup untuk kita mendapat sokongan atau kemenangan. Kita perlu buat agar orang ramai suka dan sayang kepada kita, dalam masa yang sama mereka marah dan benci kepada pihak musuh. Itu pun belum cukup lagi. Elemen simpati juga diperlukan. Apabila elemen suka dan sayang bercampur dengan marah serta kebencian dan dicampur lagi dengan elemen simpati, ianya akan menghasilkan satu keputusan yang memuaskan.

Di Malaysia ketiga-tiga elemen itu digunakan sebaik mungkin oleh pembangkang. Kekalahan yang sederhana teruk BN pada PRU 1999 juga disebabkan oleh tiga elemen tersebut.

Sebagai seorang pemimpin yang pernah berada dalam kerajaan dan mempunyai jawatan serta kuasa yang besar sudah tentulah Anwar ada penyokong-penyokongnya yang tersendiri yang telah termakan budinya atau menyukainya kerana penampilannya serta tutur katanya yang menarik. Dan orang-orang ini semuanya ada perasaan suka dan sayang kepadanya. Itu pasal Anwar naik dengan cepat dalam Umno sehingga tinggal satu tahap lagi untuk menjadi orang nombor satu negara.

Apabila Anwar dipecat maka sudah tentulah penyokong-penyokongnya marah kepada Tun M dan juga kepada Umno. Anwar mengambil peluang tersebut untuk memburuk-burukkan Tun M serta Umno dan menyemai perasaan benci kepada pengikut-pengikutnya terhadap Tun M serta Umno . 

Perlu diingat pengikut Anwar bukannya kecil. Beliau seorang TPM dan Timbalan Presiden Umno sudah pastilah mempunyai pengikut yang ramai. Pengikut yang ramai tersebut pula menjadi ejen untuk menyemaikan perasaan benci kepada orang ramai melalui pelbagai pendekatan, termasuklah ceramah-ceramah. 

Sebaik sahaja Anwar ditangkap dan ditahan dibawah ISA sebelum ditahan dipenjara, Wan Azizah dan keluarganya pula memainkan peranan agar orang ramai terus membenci Tun M dan Umno. Wan Azizah dan keluarganya juga banyak bermain dengan sentimen kesedihan untuk menagih simpati orang ramai. 

Dengan penuh sedih dan sayu Wan Azizah duduk bersusun dengan anak-anaknya menceritakan bagaimana Anwar ditangkap. Kononnya polis datang tendang pintu rumah mereka bagaikan hendak menangkap penjenayah besar. Dibawa dalam van bersama Azizah kemudian dipisahkan dalam perjalanan dengan Anwar dibawa menaiki kenderaan lain dan matanya ditutup. Dia ikut ke Bukit Aman dan dihalau balik serta tidak dibenarkan bertemu Anwar. Apa yang Azizah lakukan, dengan lakonan sedihnya itu membuatkan orang ramai menitiskan air mata yang akhirnya telah mengundang simpati kepadanya. 

Tidak cukup dengan itu, selang sehari dua selepas Anwar ditangkap Wan Azizah berkata pula kononnya Anwar disuntik dengan kuman HIV oleh pihak polis. Kemarahan orang ramai dan kebencian mereka kepada Tun M, Umno dan polis makin meningkat. Manakala simpati kepada Wan Azizah terus bertambah. 

Tidak lama selepas itu, tup...tup....muncul Anwar buat kali pertama di depan orang ramai selepas ditahan dengan matanya yang lebam di Mahkamah Petaling Jaya. 

Apa lagi ???

Segala kemarahan dan kebencian orang ramai terhadap Umno dan BN serta simpati kepada Wan Azizah dan keluarga diterjemahkan diatas kertas undi pada PRU ke 10 pada tahun 1999. BN mengalami kekalahan yang agak boleh tahan, tetapi tidaklah sampai hilang 2/3.

Tun M mengambil tanggungjawab atas keputusan PRU yang tidak berapa memihak kepada BN itu. Beliau berjaya membetulkan tanggapan dan persepsi masyarakat terhadap Umno dan kerajaan serta melawan apa sahaja isu yang dimainkan pembangkang. Selepas beberapa tahun Tun M berjaya. Penyokong-penyokong Umno atau BN kembali berani memakai baju Umno/BN atau menampal pelekat kereta. Setelah kepercayaan rakyat berjaya dipulihkan Tun melepaskan jawatan dan menyerahkannya kepada Pak Lah. Akhirnya keputusan PRU ke 11 pada tahun 2004 menyaksikan BN menang dengan selesa.

Sokongan besar rakyat berjaya diperolehi BN pada PRU 2004. Malangnya BN tidak menggunakan peluang tersebut untuk mengekalkan atau menambahkan lagi sokongan rakyat kepada mereka. BN buat perkara-perkara yang tidak disukai oleh rakyat. Keputusan-keputusan yang tidak logik, kenaikan harga petrol, janji tidak naikkan harga eletrik, kemudian dinaikkan dan perkara-perkara lain yang menyusahkan rakyat. Walaupun tewas dibeberapa kerusi dalam pilihanraya negeri Sarawak sebelum itu (2006) kerajaan seolah-olah tidak mempedulikan isyarat yang diberikan. Kerajaan terus dengan keputusan-keputusan atau tindak tanduk yang tidak popular dimata rakyat.

Seperti biasa, pembangkang hanya menunggu peluang untuk menyemaikan perasaan benci orang ramai terhadap kerajaan yang memerintah. Kebetulan Anwar berada di luar penjara dan dia memang pakar dalam hal untuk menyemaikan sentimen kebencian. Umno dan BN berjaya dibencikan dari segenap sudut. Dari kenaikan harga barang, amalkan rasuah hinggalah kepada perkara yang remeh temeh. Ditambah pula dengan cerita-cerita Anwar bagaimana dia 'dizalimi', ditangkap dan dipenjara. Akhirnya kita semua dapat saksikan bagaimana keputusan PRU ke 12 pada tahun 2008. Oleh yang demikian janganlah beranggapan sentimen orang suka atau orang kasih sayang kepada kita boleh menjamin kemenangan. Sentimen kebencian kepada musuh dan simpati juga diperlukan untuk memastikan kemenangan.

Seorang bekas pembantu peribadi Anwar Ibrahim, saudara Rahimi Osman, orang yang dipertanggungjawab untuk menjaga jadual kempen pilihanraya atau road show Anwar untuk PRU 2008, pengiraan yang beliau lakukan selepas keputusan pilihanraya mendapati 80 peratus kerusi yang Anwar turun padang dimenangi pembangkang termasuklah yang ditandingi Pas dan DAP.

Itu kehebatan seni politik Anwar Ibrahim yang kita semua kena akui. Hebatnya Anwar sampaikan video yang disahkan oleh pakar 99.9 peratus tulen pun beliau boleh pusingkan cerita itu fitnah yang dibuat oleh musuh. Lebih syok lagi apabila Dewan Ulama Pas adakan satu usul khas dalam muktamar mereka untuk mempertahankan Anwar Ibrahim dalam isu video tersebut. Itu ulama, orang yang alim, yang hafal quran dan sebagainya, pun Anwar boleh butakan hati mereka, apatah lagi kita yang bukan ulama. Saya bersyukur walaupun ilmu agama saya tidaklah sehebat ulama tetapi hati saya tidak buta untuk menyokong Anwar Ibrahim.

Menjelang PRU 13 akan datang, ramai orang berkata pilihanraya itu adalah ibu kepada segala pilihanraya. Pembangkang hanya perlukan selangkah lagi untuk lompat naik keatas. Manakala BN hanya ada selangkah sahaja lagi untuk jatuh ke bawah. Samada BN akan jatuh atau pembangkang yang berjaya lompat kita pun tak tahu. 

Dalam pilihanraya undi ahli Umno, ahli Pas, ahli PKR atau ahli mana-mana parti tidak cukup untuk mencatatkan kemenangan. Undi golongan yang tidak berparti atau pun dipanggil golongan atas pagar yang menentukan menang kalah satu-satu parti. Dan golongan yang tidak berparti atau tidak berpolitik ini kebiasannya mereka tidak ambil peduli perkara-perkara politik melainkan ada isu besar atau isu kontrovesi yang membuatkan orang ramai bercakap dan menarik perhatian mereka untuk tahu. Satu lagi isu yang selalu orang bercakap. Apabila selalu orang bercakap lama kelamaan mereka juga akan tahu. 

Apabila Datuk Najib menjadi PM ramai orang bercakap beliau anak Tun Razak dan kebanyakan orang tua-tua tahu Tun Razak seorang yang baik. Di kampung-kampung orang bercakap tentang Najib orang bagus dan dari keturunan orang baik-baik. Sokongan orang ramai kepada Umno mula meningkat selepas Datuk Najib ambil alih negara. Apabila menyedari perkara itu mereka tukar strategi pula dengan menyerang dan menimbulkan kebencian orang ramai terhadap isteri PM. Macam-macam cerita yang mereka cipta untuk menimbulkan kebencian orang terhadap isteri PM. Nama Rosmah dah jadi perkataan wajib atas pentas ceramah mereka. Apabila diulang-ulang bertahun-tahun , lama kelamaan akan jadi bualan orang termasuklah golongan yang tidak ambil tahu pasal politik. 

Berbalik kepada isu kontrovesi yang boleh menarik perhatian orang ramai termasuklah golongan tidak berparti atau berpolitik. Kontrovesi boleh wujud dengan pelbagai cara samada gembira atau sedih. 

Seperti yang saya katakan diatas, apabila Anwar ditangkap Wan Azizah menceritakan bagaimana 'kezaliman' polis menangkap Anwar. Kemudian Wan Azizah dakwa Anwar disuntik kuman HIV. Tidak cukup dengan itu, Wan Azizah kata lagi Anwar diberi racun arsenik hinggakan kalau genggam rambutnya maka rambutnya itu akan gugur. Semuanya itu melahirkan simpati orang ramai kepada mereka sekeluarga.

Terbukti apa yang dituduh oleh Wan Azizah itu tidak benar. Jika benar sudah lama Anwar mati atau terlantar sakit.

Menjelang PRU 13 yang akan menentukan samada Anwar akan sampai ke Putrajaya atau tidak, taktik-taktik diatas digunakan dengan begitu agresif oleh Anwar dan PKR untuk menarik perhatian orang ramai yang tidak ambil tahu pasal politik agar memberikan sokongan kepada mereka. 

Dengan nada sedih dan gaya lakonan tersendiri diatas pentas ceramah Anwar menceritakan bagaimana dia dan keluarga difitnah dan diaibkan oleh Umno melalui tuduhan liwat dan aksi bersama pelacur untuk memalukan dia. 

"Saya dan keluarga telah lama difitnah, diaibkan oleh Umno, tapi kami sabar dengan ujian ini". Kalau ada Wan Azizah bersama di pentas ceramah dia akan kata pula " tapi nasib baiklah saya ini ada isteri seperti Azizah yang tabah dan selalu pesan agar saya bersabar", dan Wan Azizah pula akan pamerkan senyuman macam kerang busuk untuk tagih simpati.

Kemudian muncul pula cerita-cerita kononnya ada cubaan untuk mengancam nyawanya seperti kenderaannya cuba disabotaj dengan merosakkan bahagian brek. Di sini

Lakonan kecederaan beliau semasa perhimpunan bersih 2 tahun lepas.

Pengawal peribadi Wan Azizah disuntik racun. Dikatakan cuba menyasarkan suntikan kepada Wan Azizah tetapi tersalah suntik pengawal peribadinya. Bodohnya tukang suntik. Lelaki dengan perempuan pun tertukar ke ? Lihat di sini...

Tempohari dikatakan berlaku di Johor kereta Anwar dibaling telur dan dirosakkan. Bukannya saya tidak pernah mengikuti ceramah Anwar Ibrahim. Setiap kali Anwar turun padang untuk berceramah dia akan diiringi oleh pengawal-pengawal yang terdiri pencacai-pencacainya. Ada rakan saya memanggil mereka-mereka ini UTK Pekak. Ini kerana lagak dan gaya mereka mengalahkan UTK Polis. Punyalah ramai UTK Pekak mengelilingi Anwar dan ramainya penyokong PKR di tempat ceramah, tak mungkin mereka tidak dapat menangkap orang yang cuba mengkhianati Anwar ?

Terbaru yang berlaku di Kota Bharu dua hari lepas. Bas PKR disimbah cat merah dan dipecahkan cermin. 

PKR melabur wang yang banyak untuk mendapatkan bas tersebut bagi mengadakan siri jelajah mereka. Pelaburan yang besar tidak akan berbaloi jika hasil tidak memuaskan. PKR mahu semua orang bercakap dan tahu tentang kewujudan bas itu. Mereka mesti memastikan setiap siri jelajah yang menggunakan bas tersebut akan dipenuhi puluhan ribu orang. Mereka mahu idea kreatif mereka itu menarik perhatian dan menjadi bualan orang ramai dengan harapan akan diterjemahkan diatas kertas undi kelak. 

Untuk menjadi perhatian dan perbualan orang ramai ianya memerlukan kontrovesi. Dan untuk mencetuskan kontrovesi agar menjadi perhatian ramai maka berlakulah kejadian bas disimbah cat dan dipecahkan cermin. 

Setahu saya PKR amat berhati-hati dalam soal keselamatan. Jika ada sidang media yang dilakukan di pejabat mereka setiap wakil media atau orang awam yang ingin mengikuti sidang media tersebut akan diteliti satu persatu. Jika ada individu-individu yang meragukan mereka tidak benarkan masuk.

Dalam soal bas itu, mestilah PKR akan memasang pengawal untuk menjaganya atas faktor keselamatan. Tetapi semasa kejadian tidak ada pengawal yang menjaganya. Kemana hilangya semua UTK Pekak mereka ? Kenapa mereka tidak jaga bas ?

Apabila berlaku kejadian tersebut ianya mula menjadi perhatian orang ramai dan orang mula bercakap mengenainya. Akhirnya kontrovesi berjaya dicipta dan bas itu mula menjadi perhatian. 

Sinar Harian 3.Sept.2012
Seperti biasa musuh politik mereka dipersalahkan dan simpati akan datang kepada mereka termasuklah dari golongan yang tidak berparti. Dan dalam masa yang sama mereka berjaya wujudkan kebencian terhadap musuh politik mereka.

Secara logiknya mari kita berfikir

Perlukah musuh politik melakukan begitu kerana dengan lakukan begitu masyarakat akan membenci mereka dan sokongan kepada PKR akan meningkat ?

Jika musuh yang melakukannya, mengapa mereka hanya baling cat dan pecahkan cermin sahaja ? Kerosakkan yang boleh diperbaiki dengan kos yang tidak terlalu mahal. Bukankah baik jika mereka bakar sahaja bas tersebut ?

Musuh tidak perlu sayang untuk bakar bas tersebut kerana itu bukan harta mereka. Orang yang tak bakar maknanya dia sayang bas tersebut. Siapa lagi yang menyayangi bas tersebut jika bukan pemilik dan sekutu-sekutunya ?


Selain dari isu bas timbul juga cerita kononnya bilik hotel penginapan Anwar juga cuba diceroboh. Lihat di sini. 

Seperti biasa juga seperti kejadian yang lepas-lepas, Umno juga yang menjadi mangsa untuk dipersalahkan oleh penyokong-penyokong mereka. 

Dalam masa satu hari dua kejadian di Kota Bharu sudah boleh menimbulkan simpati dan seterusnya meningkatkan sokongan orang ramai kepada mereka, dan orang ramai membenci Umno. Itulah sebahagian dari seni politik.

Simpati dan benci adalah perkara yang paling mudah untuk kita dapat jika kita pandai. Apabila kita berjaya mewujudkan simpati terhadap kita dan mewujudkan benci terhadap musuh maka kita akan mendapat sokongan.

Saya tidak bercakap kosong. Saya ada melakukan eksperimen terhadap perkara ini. Dan tujuan saya lakukan eksperimen untuk memberi contoh dan membuktikan kepada anda. 

Sebelum saya jelaskan apa yang berlaku terlebih dahulu saya memohon maaf banyak-banyak kepada semua rakan-rakan pembaca dan rakan-rakan saya. Untuk lakukan perkara ini saya memikirkannya hampir 30 jam. Setelah hampir 30 jam pun masih belum dapat keputusan lagi. Saya perlu berfikir panjang kerana ianya melibatkan kepercayaan orang ramai terhadap saya. Perasaan takut terhadap rakan-rakan pembaca menyelubungi diri saya. Walaupun hubungan saya dengan anda sekadar antara seorang penulis blog dengan pembacanya dan tidak melibatkan apa-apa bayaran tetapi perasaan hormat serta takut kepada anda semua tetap ada.

Pendapat dan nasihat yang diberikan kawan-kawan bercampur-campur. Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Itu yang membuatkan saya berfikir panjang. 

Setelah timbul cerita bas PKR disimbah cat merah dan dipecahkan cermin serta bilik hotel Anwar cuba diceroboh , saya dan Papa Gomo serta House PK dan beberapa rakan lain berbincang dan kami sudah menjangka Umno akan menjadi mangsa untuk disalahkan.

Perbincangan sesama kami melalui BBM group sudah boleh mengagak dua kejadian yang berlaku di Kota Bharu adalah sebahagian dari seni politik. Kami memikirkan bagaimana untuk menyampaikan mesej yang jelas kepada rakyat tentang perkara itu. Sampai bila kita nak biarkan Umno yang menjadi kambing hitam ?

Satu cadangan dikemukakan tetapi tidak semua yang setuju agar cadangan diadakan satu ekspirimen bagi meyampaikan mesej yang jelas kepada orang ramai.

Disaat saya masih lagi berfikir samada setuju atau tidak untuk melakukan eksperimen tersebut, tanpa saya ketahui tiba-tiba sahaja meletup cerita melalui mesej broadcast blackberry kononnya saya dipukul empat lelaki di Puchong. Saya sendiri pun agak terkejut.

Telefon saya dihujani panggilan dan sms bertalu-talu. Ada yang saya jawab dan ada yang tidak. Tiba-tiba sakit kepala dan pening. Sebab saya masih belum bersedia.  Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi menjawab panggilan telefon dan sms. Begitu juga dengan BBM dan twitter. Ramai yang menghubungi untuk melahirkan rasa simpati. Ada yang tawarkan wang perubatan, dan ada yang tawarkan untuk mencari orang yang memukul saya. 

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk meneruskan eksperimen kerana benda telah pun berlaku dan saya sedia menerima akibatnya. Itulah yang buat tulisan ini petang semalam.

Seingat saya dua hari sebelum itu saya memeriksa pengikut twitter saya @rbf_online sebanyak 769 pengikut. Tetapi selepas tersebar berita saya dipukul tak sampai 1 jam saya lihat pengikut saya telah mencecah kepada 800. Dan sehingga jam 5.00 petang tadi pengikut saya meningkat kepada 833. 

Maknanya berlaku pertambahan yang mendadak. Jika sebelum ini pengikut saya bertambah hanya 1 atau 2 sehari dan ada harinya tidak bertambah, tetapi semalam bertambah dengan mendadak sedangkan saya tidak melakukan apa-apa tweet semalam. Jika sebelum ini orang yang mengikuti mungkin boleh dikatakan pembaca blog ini , para kenalan, ahli keluarga atau orang yang ambil tahu pasal rbf online sahaja. Tetapi selepas berita saya dipukul orang yang selama ini yang tidak pernah ambil tahu atau ambil pusing pasal rbf online tiba-tiba sahaja mereka ambil berat dan ambil tahu serta menyokong saya dengan mengikuti twitter saya. Sebabnya mereka simpati kepada saya.

Sekiranya saya seorang penulis blog yang tidaklah berapa hebat boleh meningkatkan sokongan dan berjaya meraih simpati, apatah lagi seorang pemimpin besar seperti Anwar dan sebuah parti seperti PKR yang mempunyai dana yang besar. Sudah tentu ada pelbagai cara dan strategi yang boleh mereka lakukan untuk meningkatkan sokongan dan mendapat simpati rakyat. 

Melalui eksperimen ini kita dapat mesej jelas, sekiranya anda berjaya mendapat simpati maka sokongan kepada anda semakin meningkat. Bodohlah sekiranya Umno yang rosakkan bas PKR kerana ianya akan meningkatkan sokongan orang ramai kepada PKR. 

Jadi jangan terkejut sekiranya selepas ini muncul pula cerita kononnya rumah Anwar cuba dibakar, pejabat PKR dibaling bom atau sebagainya. Anda kena faham itu adalah sebahagian dari seni politik untuk menagih sokongan orang ramai.  

Akhir kalam saya mohon maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut jika eksperimen yang dijalankan telah menyusahkan anda. Saya sedar dan saya tahu bahawa saya terpaksa membayar eksperimen ini dengan harga yang mahal kerana ianya melibatkan kepercayaan orang ramai terhadap saya. Tetapi tak mengapalah, saya redha jika kerana tujuan ini saya hilang kepercayaan anda. Inilah perjuangan.....ianya memerlukan pengorbanan. Semoga anda semua memaafkan saya.

Sunday, September 2, 2012

Dipukul Empat Lelaki

Saya memohon maaf kerana tidak dapat menjawab semua panggilan telefon, SMS, BBM dan juga tweet@rbf_online dari kawan-kawan, sahabat handai dan kenalan-kenalan semua. 

Perlu berehat seketika....

Terima kasih diatas keprihatinan semua, dan sikap ambil berat kalian semua amat-amat saya sanjungi.....

Apa yang sebenarnya atau yang disebaliknya akan dikongsikan bersama kalian semua dalam masa terdekat...


Sekian
 


Saturday, September 1, 2012

Syawal Belum Berlalu Pembangkang Sudah Pamer Sifat Kebinatangan

Syawal belum pun berlalu, Aidilfitri masih lagi segar, semangat persaudaraan dan bermaaf-maafan terus terasa dan semakin kuat dengan diikuti sambutan Hari Merdeka.

Namun, suasana dan semangat yang sama ternyata tiada dalam puak-puak penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat. Jika itu belum cukup jahat lagi, mereka cuba pula mengganggu dan menghalang rakyat Malaysia yang lain dari menikmati suasana dan semangat yang murni itu.

Di kala rakyat menyambut Aidilfitri dan Merdeka dengan penuh keinsafan, keikhlasan dan kesyukuran, PR pula mempertontonkan kepada dunia sambutan Merdeka yang penuh dengan dendam kesumat, dengki khianat dan kebencian yang meruap-ruap.

Menggunakan nama 'Janji Demokrasi' mereka menghina potret Perdana Menteri dan mengkhianati bendera negara, sekali gus menunjukkan bukan sahaja mereka tidak punya sifat patriotik, tetapi juga tidak beradab dan tidak bermaruah.

Nampaknya demokrasi bagi PR ialah kebebasan membuat aksi tidak senonoh sesuka hati di khalayak ramai, contohnya seorang anak muda, dipercayai dari golongan LGBT membuka separuh seluarnya dan membuat aksi 'membuang' ke atas gambar Perdana Menteri.

Demokrasi bagi mereka juga ialah menolak segala-galanya yang membentuk identiti negara ini, termasuk benderanya.
Dari rakaman gambar dan video yang bertebaran di internet, peserta-peserta Janji Demokrasi ini tampak begitu teruja dan seronok tidak terhingga kerana dapat mendemonstrasikan tahap kebodohan mereka yang maksima.
Mana tidaknya, dalam percubaan mereka menghina Jalur Gemilang dan Perdana Menteri, langsung mereka tidak sedar bahawa yang hinanya adalah mereka sendiri.
Hanya orang yang paling bodoh sahaja yang megah mempertontonkan kepada dunia sikap tidak tahu malu dan tidak punya maruah sebagai manusia ataupun sebagai warganegara sebuah negara berdaulat.

Apapun, kita tidak hairan melihat jenis manusia yang menyokong Pakatan Rakyat ini kerana mereka pastinya meniru sikap pemimpin mereka.

Kita telah sedia maklum bahawa kurang ajar, biadab, angkuh, bongkak, tidak senonoh, penuh kebencian, khianat dan marah atau dendam tanpa sebab yang munasabah, adalah identiti rasmi Pakatan Rakyat.

Di mana-mana saja mereka berada, tidak kira di Parlimen, di dalam majlis rasmi seperti Pertabalan YDP Agong apatah lagi di jalanan, malah di dalam pemilihan parti mereka sendiri, mereka pasti berusaha untuk mengganggu dan menggugat ketenangan dan keharmoniannya.

Keadaan yang aman ternyata menggusarkan mereka.
Kerosakan dan kemusnahan adalah matlamat perjuangan mereka. Kerana itu, mereka amat teruja dengan pemberontakan dan keganasan di negara-negara lain serta bercita-cita ingin mencetus keadaan yang sama di Malaysia.

Tindakan membawa bendera yang bukan bendera Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang lebih jauh dan mendalam dari segi agenda PR yang sebenar. Bendera yang menyamai gabungan bendera Republik Indonesia dan Singapura itu boleh diterjemahkan sebagai cita-cita PR untuk menjadikan negara ini negara Republik yakni, menghapuskan Institusi Raja-raja. Dan sesungguhnya, ini bukan lagi rahsia malah mereka telah pun mengambil langkah ke arah itu dengan membelakangkan Sultan dalam sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor.

Ia juga boleh dibaca sebagai cerminan cita-cita DAP yang mendokong impian Lee Kwan Yew/Singapura yang tidak pernah padam untuk menakluk Malaysia.
Selain itu, ia menonjolkan kecenderungan ke arah landskap politik Indonesia yang memberi ruang kepada golongan pluralis dan juga LGBT untuk menyatakan kehadiran mereka secara rasmi di dalam negara.

Maka jelaslah bahawa puak-puak Janji Demokrasi ini langsung tidak menghargai kemerdekaan. Sebaliknya, mereka amat mendambakan penjajahan dari segi minda dan juga fizikal iaitu dari Indonesia dan Singapura.

Mereka menolak jati diri dan identiti Malaysia secara total dan menawarkan diri serta negara untuk diubah dan dibentuk berkiblatkan kedua negara tersebut.

Benar, himpunan mereka semalam tidak boleh disifatkan sebagai mengancam keselamatan secara fizikal. Namun, ia membayangkan ancaman yang jauh lebih besar iaitu terhadap iman dan minda generasi kita di masa depan.

Justeru, kepada peserta Janji Demokrasi yang tiada maruah sekalian, jika anda terlalu amat bencikan Malaysia, Malaysia juga sepuluh kali ganda membenci anda. Dan sedarlah bahawa anda hanya mewakili segelintir iaitu tidak sampai 1% dari 28 juta rakyat Malaysia. Ini boleh dibuktikan dari jumlah yang menyertai perhimpunan BERSIH sebelum ini, atau jumlah yang hadir dalam himpunan Janji Demokrasi semalam, berbanding jumlah rakyat yang mengikuti sambutan kemerdekaan pagi tadi.

Anda seharusnya tahu bahawa mengikut undang-undang demokrasi, pihak majoriti mempunyai hak menentukan hala tuju, identiti dan bentuk negara ini manakala pihak minoriti wajib menerima keputusan majoriti. Mungkin anda terlupa bahawa majoriti rakyat telah memilih BN dan bukannya PR dalam PRU yang lepas.

Justeru, jika benar anda semua mendokong demokrasi seperti yang dilaungkan, maka anda seharusnya menerima Malaysia sebagaimana ia wujud hari ini di bawah pemerintahan BN. Jika tidak, anda tidak ada hak untuk memberontak atau mengganggu keamanan negara tetapi anda disaran menggunakan hak anda untuk melepaskan kewarganegaraan anda dan berhijrah ke Indonesia atau Singapura dengan seberapa segera.  

Tulisan sumbangan Beruang Biru
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.