Tuesday, January 8, 2013
Monday, January 7, 2013
Cikgu Non Buat Pas Bersilat Lagi-Video Di Dalam
Sebelum ini kita hanya membaca apa yang ditulisnya melalui buku diatas. Hari ini kita boleh lihat dan dengar apa yang dikatanya melalui video dibawah....
Lagi Pas nak bercakap pasal ketelusan ?
Lagi Pas nak bercakap soal ketirisan ?
Lagi Pas nak bercakap pasal penyelewengan ?
Uwekkkkkkkkkkkk...........wek......wek.....
Kita tunggu dan lihat adakah Haji Hadi akan minta siaran 1 jam di TV untuk dia berbicara soal Tabung Memali ?
Sunday, January 6, 2013
Berita Yang Disembunyikan Malaysiakini dan Harakah Daily
Seperti yang diberitahu sebelum ini, cerita-cerita mengenai peniaga karpet, Deepak Jaikishan adalah sebahagian daripada permainan PKR, PAS dan DAP untuk menjatuhkan PM dan isteri.
Mereka mengambil kesempatan diatas kesulitan perniagaan yang sedang dihadapi Deepak sekarang.
Boleh kata hampir saban hari Malaysiakini, Malaysia Insider , Harakah dan beberapa portal lain akan mensensasikan isu ini untuk kepentingan politik mereka.
Mereka akan putar ikut selera politik mereka. Namun apa yang Deepak cakap jika tidak menguntungkan mereka, maka mereka tidak akan pakai.
Sebagai contoh terbaru adalah berhubung isu penerbitan sebuah buku dua hari lepas. Malaysiakini dengan penuh bangganya melaporkan berita yang bertajuk 'Deepak persembah 'Black Rose' dalam bentuk ceritera'.
Namun Deepak telah menafikan dia yang 'mempersembahkan' buku berkenaan. Deepak menghantar kenyataan melalui SMS kepada mereka. Tetapi sehingga ke hari ini mereka tidak menarik balik artikel berkenaan atau menyiarkan penafian Deepak.
Lagi nak kelentong kononnya mereka media yang bebas yang ditaja oleh Soros untuk menyuburkan demokrasi.
Apa yang Sivarase dan Eli Wong buat di Amerika sekarang ?
Jumpa Soros dan laporkan situasi semasa perkembangan Malaysiakini ?
Cerita selanjutnya mengenai penafian Deepak yang tidak didedahkan Malaysiakini boleh di baca di sini....
Saturday, January 5, 2013
Ezam Pecah Lubang....
SHAH ALAM: Sikap “cemburu” Datuk Seri Wan Azizah Ismail terhadap isteri Azmin Ali, Shamsidar Taharin dan beberapa lelaki menjadi pencetus keputusan Senator Mohd Ezam Mohd Noor meninggalkan PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih lima tahun lalu.
Dalam wawancara dengan Antarapos, pengikut paling setia Anwar pada satu ketika dahulu itu ditanya terus terang sama ada beliau menyertai Umno kerana wang ringgit atau disebabkan kecewa dengan Anwar.
Isu Shamsidar dan hubung kait beliau dengan Anwar kembali menjadi
fokus berikutan saman fitnah RM100 juta yang difail oleh Anwar terhadap
bekas rakan tenisnya, S.Nallakarupan. Kes itu akan didengar di Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur bulan ini.
Saman itu berkisar kepada tuduhan Nallakarupan bahawa Anwar tidak layak
menjadi pemimpin kerana beliau tidak bermoral dan seorang biseksual.
Nallakarupan menamakan Shamsidar antara beberapa saksi yang mahu
dipanggil untuk memberi keterangan.
Dalam wawancara itu, Ezam menegaskan beliau “tinggalkan” Anwar kerana
isu-isu moral yang tidak dijawab oleh Ketua Pembangkang itu setelah
sikap cemburu Wan Azizah terhadap Shamsidar dan lelaki tertentu
mencetuskan kesangsiannya terhadap Anwar.
"Saya bukan (dianggap sebahagian) keluarga Anwar, saya bukan dalam
keluarga Anwar (tetapi) (ketika) Anwar dalam penjara tujuh tahun, saya
dah jadi sebahagian dari keluarga beliau," kata Ezam.
"Anak-anak Wan Azizah pada masa itu dah macam anak saya, mereka panggil saya pakcik (uncle), mak saya dah macam mak Wan Azizah.
"Barulah saya lihat apa sebenarnya yang berlaku. Sebab saya melihat
macam mana reaksi Wan Azizah terhadap beberapa perkara. Cemburu Wan
Azizah bukan hanya pada perempuan, tetapi juga pada lelaki-lelaki
tertentu.
"Shamsidar contohnya datang ke rumah itu, Wan Azizah terus berubah muka,
Shamsidar hulur tangan, Wan Azizah tak nak salam. Benda-benda macam ini
saya tengok, ini semua berlaku secara natural (semulajadi)."
"Jadi ianya menimbulkan kesangsian yang cukup kuat pada diri saya,” kata Ezam.
Bagaimanapun Ezam berkata keadaan itu belum cukup untuk beliau
meninggalkan Anwar sungguhpun sudah menimbulkan kesangsian terhadap
beliau.
Beliau membuat keputusan itu selepas Anwar enggan mencabar keputusan
bertulis Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004 dengan dua daripada tiga
hakim memutuskan Ketua Pembangkang itu terbabit amalan homoseks.
Bagaimanapun mahkamah berkenaan mengarahkan Anwar dibebaskan daripada
tuduhan meliwat bekas pemandunya Azizan Abu Bakar setelah menjalani
hukuman penjara enam tahun kerana sebab-sebab teknikal.
"Keputusan bertulis itu, kalau kita baca betul-betul menunjukkan bahawa aktiviti homoseks itu berlaku," kata Ezam.
"Ketiga-tiga hakim termasuk dua hakim yang membebaskan Anwar.. dia
sebut bahawa aktiviti itu berlaku. Tidak ada kesangsian di situ dia
(hakim) kata, tapi disebabkan Azizan, disebabkan teknikal undang-undang
…. jadi tidak cukup untuk mensabitkan Anwar ke penjara.
"Saya baca, jadi bila saya baca lagilah saya rasa sangsi, dan saya
(desak) Anwar untuk jawab, bahawa dia harus ambil tindakan. Saya tidak
boleh terus memberikan sokongan kepada beliau apabila sudah ada
keputusan bertulis daripada Mahkamah Persekutuan yang jelas menyatakan
bahawa dia seorang homoseks.
"Takkan saya nak sokong seorang gay? Dan ini bukan berdasarkan satu
judgement, ianya juga berasaskan dalam rumah (Anwar) apa yang berlaku
(dan) banyak yang menjadikan saya sangsi, jadi saya berdepan dengan dia.
"Beliau jawab: Ini semua konspirasi. Saya akan minta peguam saya untuk
meminta mahkamah untuk memadamkan segala kenyataan hakim yang
mengatakan saya ini peliwat.”
"Itu dia janji kepada saya, Anwar hidup lagi…anda pergi tanya dia, dia
janji kepada saya, dan bukan dia janji kepada saya sahaja, dia janji
kepada seluruh penyokong PKR, di rumah dia, dia buat ceramah pada
beberapa malam sebab dia sudah tahu saya tak (yakin)..jadi dia nak
yakinkan saya dalam ceramah.
"Hari ini dah 2012, anda boleh “check” dengan mahkamah, apakah Anwar
buat permohonan untuk memadamkan kenyataan hakim itu? Anwar tak buat,".
"Dia tak buat. Dia ada hak untuk berbuat demikian dan dia patut
melakukannya di atas prinsip moral dan sebagai seorang pemimpin. Kalau
saya lah buat benda itu, orang kata saya buat, tentu saya akan lawan
sampai saya mati," kata Ezam.
"Sebab ini bukan soal main-main, ini soal moral saya. Dan Anwar ada
ruang untuk buat dan dia janji untuk buat, tapi dia tak buat," kata
beliau.
"Jadi sebab itu saya rasa, saya tidak ada lagi untuk meneruskan sokongan saya pada Anwar," tambah beliau.
Selepas keluar daripada PKR, Ezam mengetuai sebuah pertubuhan anti rasuah (GERAK) sebelum menyertai Umno pada 28 Mei 2008.
Bahagian Kedua wawancara dengan Ezam akan mengupas hasrat Ezam
menyertai PAS ditolak parti itu kerana mengganggap Anwar penting untuk
agenda politik PAS.
Sumber: Antara Pos
Video Of The Day: Kisah Kezaliman Sebuah Kerajaan Kebajikan
Friday, January 4, 2013
Video:Kisah Peneroka Orang Pas Kena Belit
Felda Kemahang ditubuhkan ketika Pas berada dalam BN dan ketika itu juga Presiden Pas, Datuk mohd Asri Muda adalah menteri Menteri Pembangunan Tanah dan Kemajuan Wilayah.
Diringkas cerita, Felda Kemahang dikuasai oleh orang-orang Pas kerana menteri yang bertanggungjawab terhadap Felda pada masa itu dari parti Pas.
Penguasaan Pas dalam Felda Kemahang tidak dapat dinafikan.....senang cerita, itu lubuk mereka......
Tahun 2002 seramai 354 orang peneroka Felda itu dengan bantuan Pas telah menyaman Felda kerana katanya Felda membuat bayaran tidak betul kepada mereka berkait dengan kualiti buah sawit.
Ding...dong....ding....dong....kes berjalan di mahkamah bertahun-tahun, tup....tup....tahun 2010 Mahkamah Tinggi Kota Bharu membuat keputusan agar Felda membayar RM 11 juta kepada 354 peneroka.
Peneroka menang kerana kegagalan peguam Felda hadir ke mahkamah di hari perbicaaan.
Kes dibawa ke Mahkamah Rayuan Putrajaya.....
Di Mahkamah Rayuan keputusan juga berpihak kepada peneroka. Keputusan kekal dan Felda perlu membayar RM 11 juta kepada para peneroka berkenaan.....
Kini hampir tiga tahun berlalu peneroka masih lagi tidak mendapat hak mereka....
Apa dah jadi ?
Lihatlah video di bawah ini.....
Anda juga boleh baca di sini
Kalau tak belit bukan Pas namanya.....
Kohilal - belit....
Tabung Memali - belit.....
Duit peneroka - pun belit......
Kalau peneroka di lubuk Pas pun dah angin satu badan dengan Pas kerana menipu, anda nak percaya lagi dengan Pas ?
Teruskan Mazlan Aliman.....
Teruskan......
Keputusan Pemilihan Tak Betul:DAP Buat Lawak Dalam Usaha Memburu Sokongan Melayu
DAP sedaya upaya berusaha untuk memenangi hati orang melayu bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13.
Usaha DAP agak terbantut apabila keputusan pemilihan parti itu baru-baru ini menyaksikan tidak ada seekor pun melayu dalam DAP yang menang.
Pimpinan DAP tertekan dengan keputusan itu....
Luka yang mereka alami semakin parah apabila tiba-tiba meletup pula cerita bagaimana cina DAP dari Perak menguasai ribuan ekar tanah di Kelantan.
DAP semakin pening....
Tup...tup....tiba-tiba hari ini DAP kata keputusan pemilihan mereka yang lepas tak betul.....tiba-tiba seorang melayu celup tersenarai sebagai anggota jawatankuasa pusat DAP.
Kah....kah...kah....kah...kah....DAP nampaknya semakin tertekan memburu sokongan melayu.
Lawak beb.....lawak.....dah lepas dua minggu baru sedar keputusan tak betul....
Logik ???
Selanjutnya klik di sini....
Thursday, January 3, 2013
Haji Hadi Kafirkan Diri Sendiri ?
Suatu ketika dahulu pada 7 April 1981, berlangsunglah satu ceramah umum di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu yang menampilkan Hadi Awang sebagai penceramah utama yang kemudiannya telah mencipta sejarah perpecahan ummah yang berpanjangan sehingga lebih dua dekad. Semuanya gara-gara sebuah Amanat atau Fatwa yang disampaikannya, yang antaranya berbunyi:
Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
Daripada Amanat Hadi di atas, adalah jelas bahawa beliau menyeru pengikutnya menentang UMNO kerana mengamalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir, dan peraturan jahiliyah. Beliau kemudian merujuk kepada penentangan itu sebagai jihad di mana sekiranya terkorban dalam keadaan menentang UMNO adalah syahid kerana UMNO itu kafir akibat mengambil sikap ‘politik suku, agama suku’ iaitu mengamalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir, dan peraturan jahiliyah yang seperti yang disebut sebelum itu.
Menurut Islam, dalam konteks di atas, sebuah penentangan yang dipanggil jihad adalah penentangan yang bersifat peperangan atau pertempuran antara orang Islam dengan pihak yang memerangi Islam dan orang Islam. Syahid pula adalah kematian dalam ketika sedang berjuang ke jalan Allah SWT iaitu memerangi pihak yang memerangi Islam dan orang Islam itu tadi. Kafir pula adalah merujuk kepada mereka yang tidak mengucap kalimah syahadah iaitu tidak beriman kepada Allah SWT.
Justeru, kita tidak perlu pergi jauh untuk melihat betapa Amanat Hadi itu adalah bercanggah dengan ajaran Islam kerana terbukti UMNO langsung tidak menepati ciri-ciri kafir sepertimana yang digariskan oleh Al-Quran.
Malang bagi kita kerana ramai juga umat Islam di Malaysia yang terlalu mudah terpengaruh dan menjadi taksub dengan Amanat Hadi kerana enggan menggunakan akal yang dikurniakan Allah SWT untuk mengupas intipati Al-Quran. Kerana itu terjadilah perpecahan yang teruk dan berpanjangan di kalangan umat Islam iaitu antara jiran tetangga, saudara mara, adik beradik, keluarga dan suami-isteri. Walaupun zaman telah berubah, namun ketaksuban segelintir mereka masih kekal sama selagi Hadi sendiri tidak meletakkan titik noktah mahupun memadamkan amanatnya.
Dari perkembangan semasa, nampaknya Hadi tidak akan sekali-kali menarik balik Amanatnya, atau dalam ertikata lain, masih inginkan pengikutnya berpegang kepada kepercayaan bahawa UMNO itu kafir kerana masih mengamalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir, dan peraturan jahiliyah.
Namun, yang menggerunkan kita ialah dalam keghairahan ‘berjihad’ menentang UMNO yang ‘kafir’, Hadi telah tidak semena-mena telah ‘mengkafirkan’ diri sendiri apabila turut menjunjung perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliyah yang diamalkan UMNO. Untuk itu, Buku Jingga yang menjadi Dasar Bersama Pakatan Rakyat merupakan dokumen rasmi yang merekodkan bagaimana Hadi mengkafirkan diri sendiri kerana di dalamnya terdapat ikrar PR yang berbunyi:
Dari perkembangan semasa, nampaknya Hadi tidak akan sekali-kali menarik balik Amanatnya, atau dalam ertikata lain, masih inginkan pengikutnya berpegang kepada kepercayaan bahawa UMNO itu kafir kerana masih mengamalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir, dan peraturan jahiliyah.
Namun, yang menggerunkan kita ialah dalam keghairahan ‘berjihad’ menentang UMNO yang ‘kafir’, Hadi telah tidak semena-mena telah ‘mengkafirkan’ diri sendiri apabila turut menjunjung perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliyah yang diamalkan UMNO. Untuk itu, Buku Jingga yang menjadi Dasar Bersama Pakatan Rakyat merupakan dokumen rasmi yang merekodkan bagaimana Hadi mengkafirkan diri sendiri kerana di dalamnya terdapat ikrar PR yang berbunyi:
“Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.”
Ini diperkuatkan lagi dengan Ucapan Dasar Hadi sebagai Presiden PAS di dalam Muktamar PAS 2012 yang bertajuk, Negara Berkebajikan Teras Perpaduan. Antara kandungan ucapan ini ialah:
“Selain dari melaksanakan tekad kita bersama Pakatan Rakyat sebagaimana yang sama-sama kita rangkakan dalam Buku Jingga, PAS juga ingin melebarkan 20 komitmen untuk membaiki kerosakan yang ada dalam negara kita sekiranya diberi ruang untuk ke Putrajaya, selain dari iltizam untuk sama-sama membangunkan negara kita ke arah yang lebih baik menerusi MANIFESTO khusus yang akan dibentangkan kepada rakyat bila tiba masanya yang sesuai nanti.”
Antara intipati terpenting komitmen PAS ialah, untuk memartabatkan Islam sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, mengiktiraf dan mengupayakan peranan generasi muda, meningkatkan dan mengiktiraf peranan wanita, membela dan memajukan golongan petani, meningkatkan kebolehcapaian perkhidmatan kesihatan tanpa membebankan rakyat, agenda khas ekonomi dan pengurusan kewangan, memperkenalkan keadilan sistem pendidikan, memperkenalkan seni-budaya yang memartabatkan nilai hidup insan, dan sebagainya.
Sebenarnya, Hadi telah lama mengkafirkan dirinya iaitu ketika menuju PRU-11 lagi, iaitu ketika PAS mencari formula untuk mengekalkan kemenangan dan meluaskan kejayaan pilihan raya. PAS kemudian membuat perkiraan politik bahawa kerjasama dengan DAP adalah wajib; persekongkolan dengan Anwar adalah perlu. Maka demi mencapai formula kemenangan itu, Hadi berkata;
"Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR-Pas) dahulu, maka Pas perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan hudud di peringkat persekutuan. Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini. Seandai menang dalam pilihan raya akan datang, pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat Pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!"
Justeru, apa sudah jadi Hadi? Akhirnya, perlembagaan dan undang-undang yang dahulunya dikatakan menjadi punca UMNO jatuh kafir kini turut dijunjung dan dipegang oleh Hadi.
Nampaknya, begitu tinggi sekali riak, takbur dan egonya manusia yang mengangkat diri sendiri sebagai Ulama ini, sehingga sanggup mengkafirkan diri sendiri daripada menarik balik amanatnya. MasyaAllah! Apa lagi yang nak dikata..??
Beruang Biru
Nik Aziz: Terima Azab Akhirat Jika Salah Pilih
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
membayangkan pengundi akan menerima akibat di akhirat kelak sekiranya
salah membuat pilihan pada pilihan raya umum nanti.
"Yakinlah, setiap bahagian badan, termasuk tangan yang mengundi, akan menjadi saksi pada hari kiamat. Jangan membuat pilihan yang salah.
"Kesilapan akan membawa menyesal di akhirat nanti," kata Menteri Besar Kelantan itu memberi amaran dalam mesej tahun baru yang disampaikan.
Nik Aziz kemudian berkata pendekatan sekular telah lama menyusup ke dalam politik negara sehingga membawa kepada kerosakan kepada orang Melayu dan umat Islam terutamanya.
Justeru menurut beliau cara hidup Ad'din seperti yang diunjurkan dalam Islam harus dijadikan panduan negara Malaysia supaya dicontohi masyarakat lain.
"Sekularisme telah berakar dalam politik untuk terlalu lama, menyebabkan kerosakan yang amat besar. Memanjangkan sekularisme akan menjejaskan orang Melayu dan Islam," katanya.
Namun DAP yang merupakan rakan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat menunjukkan pendirian sebaliknya di mana parti itu lebih cenderung kearah memperjuangkan negara sekular.
Melalui pengerusinya Karpal Singh sebelum ini berkali-kali menegaskan bahawa Malaysia harus kekal di bawah prinsip negara sekular mengambil kira masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Pada kongres parti itu di Pulau Pinang bulan lalu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut menegaskan bahawa DAP akan sentiasa memperjuangkan prinsip berkenaan untuk Malaysia.
Malah Guan Eng baru-baru ini dalam ucapannya bersempena sambutan Hari Krismas turut meminta kerajaan agar membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible sepertimana yang dilaksanakan di negeri Sabah dan Sarawak.
Ini kata beliau bagi meraikan keadilan dan kesamarataan semua pihak.
Namun gesaannya itu mendapat kritikan semua pihak termasuk rakan komponen PAS sendiri sehingga memaksa Guan Eng untuk mempalitkan kesilapannya itu kepada media dengan mendakwa ianya disalah lapor.
"Yakinlah, setiap bahagian badan, termasuk tangan yang mengundi, akan menjadi saksi pada hari kiamat. Jangan membuat pilihan yang salah.
"Kesilapan akan membawa menyesal di akhirat nanti," kata Menteri Besar Kelantan itu memberi amaran dalam mesej tahun baru yang disampaikan.
Nik Aziz kemudian berkata pendekatan sekular telah lama menyusup ke dalam politik negara sehingga membawa kepada kerosakan kepada orang Melayu dan umat Islam terutamanya.
Justeru menurut beliau cara hidup Ad'din seperti yang diunjurkan dalam Islam harus dijadikan panduan negara Malaysia supaya dicontohi masyarakat lain.
"Sekularisme telah berakar dalam politik untuk terlalu lama, menyebabkan kerosakan yang amat besar. Memanjangkan sekularisme akan menjejaskan orang Melayu dan Islam," katanya.
Namun DAP yang merupakan rakan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat menunjukkan pendirian sebaliknya di mana parti itu lebih cenderung kearah memperjuangkan negara sekular.
Melalui pengerusinya Karpal Singh sebelum ini berkali-kali menegaskan bahawa Malaysia harus kekal di bawah prinsip negara sekular mengambil kira masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Pada kongres parti itu di Pulau Pinang bulan lalu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut menegaskan bahawa DAP akan sentiasa memperjuangkan prinsip berkenaan untuk Malaysia.
Malah Guan Eng baru-baru ini dalam ucapannya bersempena sambutan Hari Krismas turut meminta kerajaan agar membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible sepertimana yang dilaksanakan di negeri Sabah dan Sarawak.
Ini kata beliau bagi meraikan keadilan dan kesamarataan semua pihak.
Namun gesaannya itu mendapat kritikan semua pihak termasuk rakan komponen PAS sendiri sehingga memaksa Guan Eng untuk mempalitkan kesilapannya itu kepada media dengan mendakwa ianya disalah lapor.
Wednesday, January 2, 2013
Saya sokong 100 Peratus Haji Hadi Muncul Di TV Jawab Amanat Sesatnya
Heboh diperkatakan tentang permintaan Haji Hadi untuk muncul di stesen-stesen TV bagi menjawab amanatnya yang dikeluarkan kira-kira 31 tahun yang lalu.
Isu ini kembali hangat gara-gara sebuah buku yang ditulis oleh seorang ahli Pas seumur hidup, C.N Afghani@Cikgu Non.
Cikgu Non adalah antara ahli Pas yang totok, dan beliau juga merupakan penulis buku yang diharamkan oleh Pas yang mendedahkan penyelewengan Tabung Memali.
Haji Hadi mahu diberi ruang di dalam TV untuk menjawab perkara berkenaan. Itu sudah cukup untuk membuktikan Cikgu Non berjaya menggegarkan Haji Hadi walaupun Hadi cuba merendahkan martabatnya sebagai seorang guru yang mempunyai kelulusan yang rendah.
Pada pendapat saya, saya sokong 100 peratus permintaan Hadi untuk muncul secara langsung di kaca TV bagi menjawab amanatnya itu...
Dalam masa yang sama Cikgu Non selaku orang yang mencetuskan isu juga perlu diberi peluang untuk muncul bersama Hadi bagi membahaskan isu berkenaan.
Jangan pula Hadi nak muncul seorang diri dan nak menguasai sepenuhnya siaran tersebut.....
Amacam ??? Ada berani ?
Subscribe to:
Posts (Atom)













