Wednesday, April 22, 2009

SIVAKUMAR NAIK ANGIN



Saya sengaja pilih berita daripada Harakah kah! kah! kah! daily untuk dipamerkan. Kalau kita pilih daripada portal lain nanti mereka kata mengarut pula.

Bila saya baca apa yang dikatakan oleh Sivakumar ini link sini, senak rasanya perut saya ketawa,hingga saya berguling-guling atas lantai kerana dah tahan merasa kelakarnya.

En.Siva,kami buka bodoh,kami bukan budak-budak. Sekilas ikan di air kami tahu jantan betina.

Kenyataan yang En.Siva keluarkan hari ini pun mungkin dikarang oleh Nga dan Ngeh. Anda kata tidak dipengaruhi orang lain dan anda bukan budak-budak. Ini apa ?

Kami hanya kesiankan anda sahaja En.Siva. Mereka gunakan anda semaksimum mungkin. Selepas ini bila semua sudah selesai mereka akan buang anda. Ibarat pepatah melayu 'habis madu sepah dibuang'.

Anda sudah lama dalam DAP En.Siva. Tidak mungkin anda tidak tahu perangai dua orang itu. Kalau anda masih belum tahu lagi,cepatlah-cepatlah anda berhubung dengan Timbalan Speaker Dun Perak,Hee Yit Fong. Tanya dia perangai dua orang itu.

Tanya dia apa yang dua orang itu pernah buat kepada beliau. Sehingga mereka kata kepada Hee Yit Fong,jika saya bagi anda jawatan Exco pun kamu tidak akan boleh berjalan dengan betul. Satu penghinaan kepada orang kurang upaya.

Banyak lagi perkara-perkara lain yang dua orang itu kata kepada Hee Yit Fong. Saya akan beritahu kemudian,termasuklah kes Ngeh songlap pembantu peribadi Hee.

En. Siva,cepat-cepat muhasabah diri, jangan terlambat. Setiap detik itu penting. Masa itu emas.

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA EN.SIVA !




TRIO 3N LAWAT BLOG SAYA. TERIMA KASIH !

SELAMAT DATANG

Terima Kasih diucapkan kepada trio 3N
Ngeh,Nga,Nizar
kerana melawat blog saya

Sedikit pesanan kepada kalian,cukup-cukuplah dengan apa yang berlaku di Perak sekarang. Tunjuklah yang anda cerdik,jangan terus mempamerkan kebodohan anda. Ini adalah sebahagian daripada sistem demokrasi negara kita,sebagaimana rancangan 16 sept.

Kegagalan anda bertiga mempertahankan kerajaan Perak adalah kerana silap anda bertiga sendiri. Jangan salahkan orang lain,lihat diri sendiri. Sebagai sebuah pasukan lawan BN harus menggunakan setiap inci peluang yang ada untuk menjaringkan gol. Jangan salahkan BN,semuanya kerana kegagalan anda bertiga mempertahankan benteng pertahanan anda, anda alpa,anda main sambil lewa,anda ambil mudah sehingga BN berjaya membolosi jaring gol anda.

Tidak guna sekarang anda terpekik,terlolong menuduh kononnya BN main kasar,BN jaring gol off side dll.Semuanya mengikut jalan yang benar,semuanya sah. Semuanya pengadil dah putuskan. Jadi tidak perlu sekarang nak menjerit-jerit supaya diadakan perlawanan semula. Nak berlawan semula tunggu perlawanan dalam pusingan liga yang akan datang. Belum pernah ada sejarah pasukan yang kalah minta ulang balik perlawanan. Bila kita kalah maka kita salahkan pasukan lawan pula kerana mereka pandai bermain dan pandai mengambil kesempatan yang ada untuk jaringkan gol kemenangan. Boleh ke macam ni ? Apa punya turrrrrrrrr !

Apa yang berlaku di Perak hari ini adalah sebahagian daripada sistem demokrasi negara kita yang harus kita terima. Jangan hanya apabila demokrasi itu menyebelahi kita maka kita kata demokrasi. Bila tidak menyebelahi kita maka kita kata konspirasi. Kepala otak hang !

BN menerima segala perkara demokrasi yang datang. Empat negeri yang jatuh ketangan pembangkang dalam p/raya umum yang lalu BN terima dengan hati yang terbuka dan dengan penuh simboliknya kesemua MB-MB negeri yang jatuh ke tangan pembangkang ini datang menyerah tugas kepada MB-MB baru daripada pembangkang.

Tidak kedengaran langsung suara-suara penyokong BN yang melalak membantah perkara ini. Kita faham konsep demokrasi sebab itu kita terima dengan penuh tawaddhuk.

Penyokong pembangkang seolah-olah lupa pula yang peristiwa Adun Bota masuk PKR. Itupun sebahagian demokrasi.

Soal dia masuk umno balik tidak perlu timbul kerana ianya demokrasi. Sistem demokrasi negara ini juga membenarkan seseorang adun atau mp tukar parti lima,enam kali sehari pun boleh.

Pagi dalam umno,tengahari masuk Pas,petang masuk Pkr dan malam masuk umno balik. Pernah terjadi di Perak selepas p/raya umum yang lepas Adun Buntong daripada DAP iaitu A.Sivasubramaniam yang sebelah paginya umum keluar DAP,petang masuk balik. Inilah demokrasi.

Anwar Ibrahim bebas bercakap pasal 16 sept pun tiada menjadi masalah,kerana demokrasi. Beliau kata ada 31 orang akan lompat pun tiada masalah,demokrasi. Beliau kejar ahli parlimen BN hingga ke Taiwan pun tiada masalah,demokrasi.

Tuduhan mengatakan BN melarikan ahli parlimen tidak timbul,kerana 4-5 ekor lembu-lembu sapi peliharaan Anwar diarah mengejar mereka ke Taiwan pun dapat sampai ke Taiwan. Kerajaan tidak pun menyekat mereka di kaunter imigresen KLIA. Kalau kerajaan takut sudah awal-awal lagi kerajaan menggunakan imigresen untuk menyekat mereka di KLIA. Apakah ini tidak demokrasi lagi.

Terus terang saya katakan bila saya lihat perangai anda bertiga dan pengikut-pengikut anda di Perak sekarang,sama sebiji dengan perangai seorang anak lelaki saya yang berusia lima tahun . Saya ada dua anak lelaki,seorang 10 tahun dan seorang lima tahun. Bila mereka berdua ini bermain play station pasti rumah saya akan menjadi kecoh dan menggangu tugas-tugas seharian isteri saya.

Anak saya yang lima tahun ini pasti akan mengamuk apabila setiap kali dia kalah bermain playstation dengan abangnya. Apabila dia kalah dia akan menangis , mengamuk,membaling barang-barang dalam rumah sambil mengadu pada ibunya kononnya si abang main tipu.

Sedangkan abangnya bermain dengan betul. Sehingga satu tahap si abang terpaksa bermain sambil lewa kerana hendak bagi adiknya menang supaya dia tidak mengamuk. Apabila adiknya menang maka si adik ini akan gebang habis satu rumah 'adik terror,adik main menang' 'adik pandai main'. Padahal dia tak sedar yang abangnya sengaja bagi kemenangan kepada dia.

Begitulah juga perangai anda bertiga dan penyokong-penyokong anda. Bila tidak menyebelahi anda maka anda akan buat pelbagi tuduhan dan mengamuk dijalanan.

Rendah sungguh martabat anda bertiga dan penyokong -penyokong anda,sama taraf dengan budak lima tahun.

Kesimpulannya apa yang berlaku di Perak sekarang adalah BN CERDIK ,PANDAI AMBIL KESEMPATAN YANG ADA, ANDA BERTIGA BODOH ,TAK PANDAI JAGA APA YANG ADA.

Nizar tidak perlu lagi hendak melaung-laungkan beliau dipilih oleh rakyat dan seluruh rakyat Perak bersama beliau.JANGAN BOHONG DAN JANGAN MAIN SENTIMEN RAKYAT !!!

:- PAS hanya ada 6 kerusi dun dan 2 kerusi parlimen sahaja di Perak

:- Nizar sendiri hanya mendapat 11,994 undi di dun Pasir Panjang.Inikah yang dinamakan dipilih oleh rakyat menjadi MB ? Bukannya anda dipilih oleh berjuta rakyat Perak menjadi MB. Sultan Perak yang pilih anda jadi MB wahai Nizar ngok ngek.

Kalau Sultan Perak itu seorang Sultan yang tidak mengambil berat hal rakyat dan negeri sudah tentu dia pilih Jamaludin yang jadi MB tempohari kerana kerusi PKR lebih daripada kerusi PAS. Tapi Sultan tetap ambil anda kerana anda lebih layak daripada Jamal. Tetapi sekarang Jamal pula yang lebih cerdik daripada anda.


Kamu hanya pandai bercakap tapi isi kosong ! Ingat tak kata-kata itu daripada Jamal terhadap anda dalam mesyuarat Exco bila anda meluluskan tanah 999 tahun.Jangan buat-buat lupa wahai abang nija

Jamal dan Osman bukan menentang sambil duduk lagi,tapi mereka siap bangun berdiri lagi menentang keputusan itu. Lepas itu kamu buat undi angkat tangan siapa sokong ,siapa tak sokong. Bila dah undi angkat tangan, hancurlah.

Tiga orang saja melayu dalam mesyuarat itu,daripada 10 orang Exco. Tetapi yang Exco Pas seorang itu pula setuju dengan keputusan itu ,tinggallah mereka berdua sahaja yang tidak setuju. Kemudian Jamal dan Osman minta minitkan dalam minit mesyuarat yang mereka berdua tidak setuju. Hi ! Hi ! Hi ! saya tahu semua Nizar,jangan temberang.


:- Sedar atau tidak oleh Nizar bila beliau berkata seluruh rakyat bersama beliau ? Atau hanya kenyataan “syok sendiri”.Lupakah oleh Nizar bahawasanya
BN mempunyai 28 kerusi di dun Perak. Jangan buat-buat lupa wahai Nizar ngok-ngek.

Oleh yang demikian tidak perlulah lagi Nizar nak “syok sendiri” kononya beliau saja yang ada rakyat.Seolah-olah BN tiada rakyat.28 kerusi dun itu adakah bukankah rakyat yang pilih? Jangan ingat anda saja yang boleh keluarkan rakyat.BN pun boleh keluarkan rakyat,cuma BN tidak mahu keruhkan lagi keadaan bila kedua-dua belah pihak “rakyat” bertembung di jalan-jalan raya. Tapi kalau itu yang anda mahu BN boleh buat.




Terima kasih kepada Malaysiakini kerana telah bagi promo percuma kepada blog saya. klik sini Tapi rasanya ada sedikit ketidakadilan disini,kerana malaysiakini ambil secara percuma daripada blog saya,tetapi pembaca malaysiakini kena bayar untuk melihatnya. Bagilah sedikit royalti . Boleh tak ?

Ada komen-komen yang masuk yang menghentam saya kononnya saya mainkan isu perkauman . Terima kasih kepada pengirim komen tersebut. Saya terima seadanya pandangan,pendapat dan nasihat anda.Yang baik saya jadikan teladan,yang buruk saya jadikan iktibar. Saya juga manusia biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

Penjelasan saya. Bukan saya anti dengan semua kaum cina, saya sayang semua rakyat Malaysia,tetapi saya meluat kepada segelintir sahaja.

Saya anti kepada yang terlalu 'over' seperti Ngeh,Nga ,Jeff Oii dan seorang dua lagi. Saya tidak anti kepada Lim Guan Eng,Tan Seng Giaw,Fong Koo Puan,Ong Tee Keat, Koh Tsu Koon, Ng Yen Yen, Tan Lian Hoe dan yang lain-lain.

Buat apa kita mahu gaduh-gaduh ,kita semua orang Malaysia,kita semua mahu cari makan,susah,senang,sakit demam dan mati di bumi Malaysia. Kadangkala saya hanya geram dengan segelintir sahaja.

Saya tidak mahu bergaduh,saya mahu hidup aman damai dibumi Malaysia seperti mana konsep One Malaysia yang diperkenalkan oleh PM. Tapi kita kena saling bertolak ansur,melayu hormat cina. Cina hormat melayu, india hormat melayu. Melayu hormat india dan kita patuh kepada perlembagaan Malaysia.

Sekiranya saya telah membuat salah di artikel saya itu,maka saya bersedia diambil tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa kerana saya melanggar undang-undang negara.

Saya rasa tidak menjadi masalah jika saya memulangkan sebiji dua paku buah keras kepada golongan-golongan yang 'over' itu,kerana mereka juga telah menghina raja-raja melayu.

Seperti contoh Jeff Oii kata tunjuk jari tengah kepada Sultan Perak,apakah anda rasa orang melayu tidak marah. Orang cina pun patut marah sama,kerana Sultan itu bukan milik orang melayu sahaja. Milik semua rakyat Malaysia. Milik orang cina juga.

Sama-samalah kita bangunkan negara kita ini. Salam penuh kasih sayang kepada semua rakyat Malaysia.





Tuesday, April 21, 2009

FUAD ZAKARSHI HAMPIR MENJADI MANGSA 'LIWAT'


Dasyat dan mengerikan pengakuan seorang 'mangsa' yang hampir 'diliwat' dalam peristiwa 16 sept.

Aku sanggup buat apa saja janji aku jadi PM. Nama agung,nama Sultan semua aku guna,janji aku PM. Itulah Anwar Ibrahim

Allah maha adil dan maha kaya. Tanpa izin dan gerak geri daripada Allah s.w.t tidak mungkin Perak akan jatuh kepada tangan BN. Terima hakikat Qada dan Qadar penyokong-penyokong Pas dan Pkr,sebagaimana BN terima hakikat kalah empat p/raya kecil.

Kenapa pelan 16 sept gagal ?

Kenapa Pas gagal perintah Perak ?

Duduk diam-diam dan fikir-fikirlah ! Muhasabahkan diri ! Jangan asyik salahkan orang lain.

Link di sini untuk pengakuan Fuad Zakarshi

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

Monday, April 20, 2009

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBACA


Dalam masa dua hari ini hits blog saya mencatat peningkatan yang amat ketara. Semuanya kerana artikel Sivakumar lacurkan jawatan speaker kepada saudara mara Chin Peng(Ngeh & Nga)http://faisalrohban.blogspot.com/2009/04/amaran-kepada-sesiapa-yang-nak-copy.html

Purata pembaca adalah 200 orang bagi setiap jam. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca yang melayari blog saya.

Pada saya ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan kepada saya,memandangkan saya masih lagi baru dalam bidang ini.

Banyak komen yang saya tidak dapat lepaskan dalam tajuk ini kerana komen yang agak keterlaluan dan perkauman. Saya minta maaf. Saya harap anda semua faham. Saya sesekali tidak akan menyiarkan komen yang sebegitu,tetapi saya lebih rela siarkan komen yang menghentam saya. Prinsip saya 'biar aku kena,jangan orang lain kena'.

Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang memberi sokongan.


HUBUNGAN ANWAR DAN LIM GUAN ENG DINGIN SEKARANG

BERITA TUMPANG YANG RINGKAS

Berita baru diterima,Sharifah Amina mantan ketua wanita PKR P.Pinang akan bertanding atas tiket bebas di Penanti. Beliau akan serang Anwar dan Zahrain habis-habisan.

ulasan saya : beliau boelh bertanding jika ada p/raya kecil. Tetapi pada firasat saya tidak akan ada prk di penanti

updated by faisal : 20.04.09 @ 5.18pm


Berita yang diterima daripada seorang teman di P.Pinang mengatakan hubungan antara Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng semakin dingin sekarang.

Semuanya berpunca daripada kes Fairuz. Lim Guan Eng merasa tidak senang dengan tindakan-tindakan Anwar dalam kes Fairuz seolah-olah Anwar tidak menghormati beliau sebagai ketua kerajaan yang memerintah di P.Pinang

Lim Guan Eng ada berkata kepada Anwar agar menamakan dengan segera orang yang boleh mengisikan jawatan TKM 1 supaya kerja-kerja pembangunan negeri dapat berjalan lancar.

Anwar berkata tunggu dulu dan beri dia peluang. Lim mohon agar dipercepatkan dan berkata kepada Anwar sekiranya tiada calon yang sesuai beliau akan melantik adun Pas untuk mengisi jawatan berkenaan. Tetapi Anwar tidak bersetuju.

Tiba-tiba tanpa pengetahuan Lim Anwar mengarahkan Fairuz mengosongkan kerusi dun Penanti bagi memberi laluan p/raya kecil diadakan. Semuanya dilakukan tanpa pengetahuan Lim. Seolah-olah Anwar tidak menghormati kedudukan beliau sebagai Ketua Menteri.

Lim memang berhajat memilih adun Pas bagi mengisi jawatan berkenaan,kerana dua adun melayu PKR yang ada sekarang pun tidak berkaliber untuk mengisi jawatan berkenaan.

Lim juga tidak bersetuju dengan p/raya kecil di Penanti,kerana ianya membazir duit rakyat dan akan menggangu fokus kerajaan negeri menjalankan tugas memandangkan tempoh penggal kerajaan yang ada hanya tinggal tiga tahun setengah sahaja lagi. Sebab itu Lim pilih jalan yang paling senang dengan mencadangkan adun Pas menjadi TKM 1. Anwar tentang 100 % dan beliau mahu orang-orangnya menjadi TKM 1.

Anwar berhajat memilih Dr.Mansor atau Yusmadi Yusof sebagai TKM 1. Maka antara mereka berdua inilah yang akan dipilih sebagai calon di Penanti.

Inilah sikap Anwar yang sebenar,bercakap berdegar-degar kononnya,kami dalam Pakatan bersatu hati dan sering bertolak ansur. Kepala otak kamu nuar ! Cakap tak serupa bikin. Jika kamu benar-benar ikhlas dalam Pakatan maka kamu harus bersetuju dengan perlantikan adun Pas sebagai TKM 1.

Sebab itu daripada dulu saya sering berkata Pas akan hancur kerana Anwar Ibrahim. Tapi orang-orang Pas masih lagi buta hati kononnya Anwar ikhlas membantu Pas. Pirahhhhhh....

Anwar Ibrahim tu tak ada ikhlasnya. Semua yang dia buat mesti ada kepentingan untuk dia. Antara lambat dan cepat saja.

Minta maaf lah kepada orang melayu jika saya bercakap begini.

Buat masa sekarang ini saya nampak Lim Guan Eng lebih ikhlas dan lebih baik daripada Anwar Ibrahim. Bukan pula niat saya nak kutuk bangsa sendiri dan puji bangsa lain. Saya puji Lim ini pun bukan atas nama DAP atau saya memuji DAP,tetapi atas dasar peribadi dia yang bernama Lim Guan Eng.

Atas dasar semangat One Malaysia yang diperkenalkan oleh PM saya rasa tidak ada masalah jika saya memuji Lim. Dalam akhbar semalam pun ada ditunjukan gambar orang Pas di Pahang sedang memasang banner ucapan tahniah kepada Datuk Sri Najib yang baru dilantik sebagai PM. Inilah sebenarnya konsep One Malaysia. Tahniah kepada PM kerana konsep One Malaysia telah menampakan hasilnya walaupun belum sampai sebulan ianya dilancarkan.

Bila saya puji Lim pada hari ini,tidak mungkin saya akan bersetuju 100 % dengan apa yang akan dilakukan oleh Lim pada masa akan datang. Yang baik kita puji,yang buruk kita tegur,yang teruk kita hentam,yang sial kita 'sembelih'.

Satu soalan saya kepada Lim Guan Eng.

Mr.Lim bila you mau masuk BN ?

Marilah kita sama-sama bangunkan negara atas dasar semangat One Malaysia. You jangan peduli sama Anwar. Come on Mr.Lim !







Sunday, April 19, 2009

ELIZABETH WONG SUDAH CUCI DOSA DI KOTA BHARU

MATLAMAT MENGHALALKAN CARA

keratan akhbar Mingguan Malaysia ahad 19.04.09 ms 18


ORANG-ORANG HINDU YANG HENDAK MENYUCIKAN DOSA BIASANYA MEREKA PERGI KE SUNGAI GANGGES DI INDIA.

ELIZABETH WONG PULA TIDAK PERLU PERGI KE VATICAN CITY UNTUK CUCI DOSA,IANYA BOLEH DILAKUKAN DI KOTA BHARU SAHAJA.

TAHNIAH ! BUMI BERTUAH SERAMBI MEKAH.

ELIZABETH WONG KINI SUDAH PUTIH BERSIH SEKARANG KERANA TELAH BERJUMPA DENGAN NIK AZIZ. SEGALA DOSA BELIAU TELAH GUGUR DENGAN SENDIRINYA. ELI TAK PERLU RISAU LAGI UNTUK BERDEPAN DENGAN ORANG-ORANG ISLAM SELEPAS INI,KERANA NIK AZIZ SUDAH BAGI RESTU.

SAMA-SAMA KITA TUNGGU APA KATA NIK AZIZ SELEPAS INI.

JANGAN
PULA BELIAU BERKATA "ambo kelih eli ni comel lote sungguh.berkene pulak hati ambo raso".
NAUZUBILAH HIMIM ZALIH

MASA NGA KOR MING BACA QURAN,DIA KATA BOLEH KERANA ISLAM TIDAK MELARANG ORANG-ORANG BUKAN ISLAM MEMBACA QURAN.SELEPAS ITU BELIAU SIAP HANTAR SURAT LAGI TANDA TERIMA KASIH KEPADA NGA.

LEPAS NI SAYA BERHARAP NIK AZIZ TIDAK HANTAR SURAT YANG ADA BUNGA-BUNGA DAN BERBAU WANGI KEPADA ELIZABETH WONG.

DIKESEMPATAN INI SAYA HENDAK MENYARANKAN AGAR CHUA SOI LEK JUGA PERGI BERJUMPA NIK AZIZ UNTUK MEMBERSIHKAN DOSA BELIAU.

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang isu ini,saya rasa orang yang lebih layak mengulas isu ini adalah abe MIE terjah

( http://pkrpasdap.blogspot.com/)

Beliau selalunya lebih arif dalam isu-isu sebegini. Saya mohon abe MIE ulaskan.

Jadi sama-sama kita tunggu abe MIE ulas,kerana ulasannya lebih berbisa dan pedas.

Saturday, April 18, 2009

PANAS !!! SIVAKUMAR LACURKAN JAWATAN SPEAKER KEPADA SAUDARA MARA CHIN PENG (NGEH & NGA)


AMARAN ! kepada sesiapa yang nak copy paste dokumen dibawah ini untuk dibawa ke blog anda ,saya benarkan. Tetapi jika ada sebarang risiko anda tanggung sendiri. Saya hanya tanggung risiko untuk diri saya sahaja.

Jika ibu x-pkr ( http://x-pkr.com/ ) berpesan jangan keluar bermain waktu maghrib nanti disorok hantu tetek,ibu saya pula berpesan kalau takut makan ubat,jangan jadi doktor,alang-alang mandi biar basah. Alang-alang makan asam biar sampai cirit-birit. Kalau takut dengan risiko jangan bermain blog(wah ! ibu saya pun pandai blogging ler). Berkata benar walaupun pahit. Jangan baling batu sembunyi tangan. Itulah pesan ibu saya...

Walau bagaimana pun anda digalakan untuk menyebarkan maklumat ini.

Dokumen ini saya dapat daripada seorang india yang bernama Mr.Krishna yang saya jumpa di Bukit Gantang tempohari. Anda boleh rujuk link dibawah ini.

http://faisalrohban.blogspot.com/2009/04/luahan-hati-vsivakumar.html

Dibawah ini adalah bukti bagaimana Sivakumar 'melacurkan' jawatan speaker yang disandangnya kepada saudara mara Chin Peng.

Dalam dewan undangan negeri antara adun dan speaker mereka ada sejenis sistem untuk mereka berhubung dalam bentuk teks message.(saya tak pasti apa ke nama alat itu) Senang cerita ianya seolah-olah instant msg(YM).

Untuk bertanya siapa yang perlu berucap ,berapa lama masa dan sebagainya Sivakumar harus merujuk kepada Ngeh dan Nga.

Ayat please control,tutup mic,u must firm,bagi orang ni berucap pula,jangan bagi BN berucap,suruh dia berucap petang.Itulah antara arahan yang sering diarah oleh Ngeh dan Nga terhadap Sivakumar. Jika Siva ingin melanjutkan sedikit masa untuk wakil BN berucap harus dapat kebeneran Ngeh dan Nga dulu. Mereka akan kata NO.

Hingga ke satu tahap Ngeh mengarahkan supaya Sivakumar halang Adun Kubu Gajah berucap dan tutup mic beliau.

Tetapi sivakumar tidak boleh mengikut arahan mereka kerana ianya mengikut peraturan dan beliau takut menjadi isu lain kerana sidang tersebut disaksikan oleh para wartawan.

Hingga Nga terpaksa berkata kepada Sivakumar. Jika u tak mahu kawal ,saya tukar u.

Itulah gambaran sebenar cengkaman,kawalan,dan kuku besi Ngeh dan Nga terhadap Perak.

Kesimpulannya,kita tidak boleh menyalahkan Sivakumar seratus peratus.Beliau hanya sebagai alat sahaja. Beliau terpaksa melakukan semua ini. Musuh utama kita yang kita perlu 'lumpuhkan' adalah Ngeh dan Nga.Lumpuh saja dua orang ini semua akan selesai. Mereka berdua ini dalang segala-galanya.

Sivakumar 'melacurkan' jawatannya kepada Nga Kor Ming

SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK MELIHAT DENGAN JELAS

You = Speaker



SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK MEMBACA DENGAN JELAS

SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK MEMBACA DENGAN JELASSILA KLIK PADA IMEJ UNTUK MEMBACA DENGAN JELAS

TAK PAYAHLAH .IF U DONT WANT TO CONTROL ,I REPLACE U !! APA NI ?- kata Nga kepada speaker dun Perak. Terus kecut telor Sivakumar bila kena 'sound' begitu. Rujuk ms 5 yang bergaris hitam.



Sivakumar 'melacurkan' jawatannya kepada Ngeh Koo Ham









ANDA BOLEH CARI PERSIDANGAN DUN PERAK DI YOU TUBE UNTUK PADANKAN DENGAN TRANSKRIP DIATAS INI.

Thursday, April 16, 2009

BENAR SEKALI

Setelah selesai membuat posting kong kali kong politik pkr 1,tentang adun penanti saya,menjenguk seketika ke malaysiakini online.

Ternyata benar.Fairuz telah meletak jawatan sebagai adun penanti,kerana ingin
'melanjutkan pelajaran'.

Apa nak jadi kepada dunia politik negara kita ini ?

KONG KALI KONG POLITIK PKR - 1

Semalam sepatutnya penyandang jawatan TKM 1 Pulau Pinang telah diumumkan. Tetapi Lim Guan Eng berkata terpaksa ditanggukan dulu kerana Anwar Ibrahim minta tempoh.

Apa yang saya nampak Adun-adun PKR Pulau Pinang yang ada sekarang tidak mungkin akan dilantik sebagai TKM 1.

Ramalan saya,Anwar Ibrahim akan memaksa Fairuz (adun penanti) meletak jawatan sebagai Adun bagi membolehkan pilihanraya kecil diadakan dengan tujuan semata-mata bagi memilih seorang TKM 1.

Anwar Ibrahim akan meletak Dr.Mansor Osman sebagai calon Dun Penanti dan sekiranya menang beliau akan dipilih sebagai TKM 1 Pulau Pinang.

Dr.Mansor adalah ahli MPT PKR dan pernah menjadi 'spare tyre' Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh tahun lalu.

Anwar menyuruh Dr.Mansor menyerahkan borang pencalonan sebagai calon bebas,kerana bimbang pencalonan beliau ditolak. Setelah tiada tanda-tanda pencalonan beliau ditolak,sebelum tamat tempoh bantahan Anwar mengarahkan Dr.Mansor menarik diri.

Sekiranya ramalan saya ini benar,maka duit negara kita akan habis melayan nafsu serakah politik hantu-hantu PKR ini. Kerana setiap Adun atau Ahli Parlimen yang meletak jawatan lebih daripada dua tahun sebelum tempoh penggal berakhir maka pilhanraya kecil terpaksa diadakan.


Sekali pilihanraya kecil belanja berjuta-juta perlu dihabiskan. Ini semua duit negara yang boleh digunakan untuk perkara-perkara lain tetapi terpaksa dihabiskan untuk melayan nafsu serakah politik puak-puak barua ini.

Langsung mereka tidak memikirkan nasib rakyat dalam ekonomi duniadan negara yang semakin merosot sekarang ini. Apa yang penting bagi mereka ialah nafsu serakah mereka dipenuhi dan berselindung serta berlakon disebalik nama rakyat.

Jika ini benar terjadi maka ianya akan menjadi tiga pilihanraya kecil yang diadakan kerana Ahli Parlimen dan Adun meletak jawatan.Semuanya daripada PKR. Permatang Pauh,Bukit Selambau dan Penanti.

Senario ini tidak pernah berlaku sebelum ini,tetapi ianya semakin menjadi-jadi bila si kitol ini mula memporak perandakan situasi politik negara kerana agenda peribadi beliau.