Thursday, April 14, 2011

Kenali Siapa Dia Calon PKR Dun Satok

Calon PKR peguam syarie ?

Wa...kah...kah...kah...kah....kah...


Calon PKR ustaz ?

Wa...kah...kah...kah...kah....kah...

Siang malam ceramah burukkan Taib Mahmud, diri sendiri mengalahkan iblis.

Klik sini

Nikah koboi pakai jeans ja beb..... klik sini


Yang ini gambar dia dengan isterinya yang pertama, Dayang Hanifah , semasa hari penamaan calon rabu lepas.

Pesanan kepada penduduk Satok, tolong jaga anak-anak perempuan anda semua, kaki bunting kan anak dara orang berada di kawasan Satok sekarang. Pastikan anda halau dia keluar dari Satok hari sabtu ini.

Padan Muka...

Masalah komputer dan talian internet saya baru sahaja dapat diatasi. Sebab itulah blog ini tidak terisi semalam. Buat permulaan baca dulu cerita Husam bodoh di bawah ini. Saya akan update blog dari masa ke semasa cerita-cerita dari Sarawak.

Namakan dahulu pengganti MB Kelantan

KOTA BHARU 13 April - Pas Kelantan diminta menamakan dahulu pengganti Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum menyibuk hal 'rumah tangga' Barisan Nasional (BN).

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, parti itu perlu berbuat demikian sebelum mendesak BN menamakan pengganti Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Katanya, desakan Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa yang mahukan BN menamakan pengganti Abdul Taib umpama 'pukul anak sindir menantu' kerana bekas Naib Presiden Pas itu menyedari Nik Abdul Aziz sudah tidak mampu lagi untuk mentadbir negeri ini.

"Sebelum dia (Husam) nak tengok dapur orang, tengok dapur dia dahulu. Nik Abdul Aziz yang jauh lebih tua dan terpaksa berpindah pejabat dari tingkat tiga ke tingkat bawah kerana tidak upaya, terpaksa menggunakan tongkat dan selalu sakit, tetapi sehingga hari ini tidak menamakan penggantinya.

"Saya yakin dia kata begitu bukan ditujukan kepada BN tetapi dia perli Nik Abdul Aziz. Dia hendak kata kepada Nik Abdul Aziz tidak tergamak. Apabila Husam bercakap begitu, Nik Abdul Aziz akan mencermin muka sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Md. Alwi yang juga Setiausaha BN Kelantan berkata, sejarah membuktikan setiap peralihan kuasa dalam parti berlaku dengan tersusun dan baik sejak era Perdana Menteri pertama sehingga sekarang.

"Tengok Pas buat peralihan kuasa, Datuk Asri Muda kena 'sepak' sedangkan dia pengasas Pas hanya disebabkan golongan muda termasuk Husam pada masa itu tidak suka kepadanya. Peralihan kuasa dalam Pas dahsyat," katanya.

Tambahnya, BN membuktikan ia sentiasa relevan malah pemimpinnya silih berganti berbanding pemimpin pembangkang yang tidak pernah bertukar ganti sejak dahulu seperti Nik Abdul Aziz, Lim Kit Siang dan Karpal Singh.

Utusan Online

Tuesday, April 12, 2011

Pemuda PKR Bebal Lagi Bingai

Minggu lepas blogger GAP ada menulis tentang standard Angkatan Muda Keadilan (AMK) jika hendak dibandingkan dengan blogger.

Kata GAP standard blogger lebih tinggi berbanding dengan AMK, ibarat langit dan bumi serta mereka perlu banyak lagi mempelajari ilmu politik kerana mereka hanya cicak mengkarung. Sini

Hari ini pula saya nak tunjukkan kepada anda semua tahap kebangangan dan kebebalan AMK.

Minggu lepas DAP, PKR dan PAS telah mengumumkan persetujuan untuk melantik Baru Bian sebagai KM Sarawak sekiranya mereka berjaya menubuhkan kerajaan.

Apabila ada poster-poster yang diedarkan memaklumkan perkara berkenaan tiba-tiba AMK melompat menuduh itu kerja BN.

Tak ke bodoh namanya itu ?

Baca selanjutnya di sini

Duit PKNS Disamun PKR

Juak-juak PKR Selangor datang ke Sarawak untuk memburuk-burukkan KM Sarawak dan menuduh beliau dengan pelbagai fitnah-fitnah yang jahat.

Kemudian temberang orang Sarawak kononnya Selangor adalah yang terbaik dalam segala hal.

Kau orang nak temberang siapa ?

Baru tiga tahun duit Yayasan Selangor dan PKNS dah kopak habis, lagi nak datang temberang kononnya mereka adalah yang terbaik.

Kepala toya pak hang....

Pendedahan penyelewengan dalam PKNS, klik di sini.

Hanya Tun Dr M dan Anwar Sahaja Yang Memiliki Jam Tangan Istimewa Tersebut

Saya sengaja letak kedua-dua video ini bagi membolehkan pembaca melihat dan menilai bagaimana gelabah dan naik anginnya keluarga puaka 69 berhubung isu jam omega.

Daripada bapak,emak dan anak,semuanya gelabah semacam apabila ditanya tentang jam. Sampai bila mereka hendak hidup dalam keadaan begitu ? Mengapa perlu memilih jalan yang sukar ? Sekiranya jam itu ada tolong keluarkan dan tunjuk kepada rakyat.

Tapi sayang seribu kali sayang jam tersebut telah dicuri oleh seorang pelacur.





Sesuatu yang amat malang bagi umat-umat Islam di muka bumi ini dan amat memalukan bagi negara Malaysia. Jam yang dihadiahkan oleh penjaga dua Kota Suci umat Islam, Mekah dan Madinah telah dicuri oleh seorang pelacur.

Dalam Malaysia hanya dua orang sahaja yang ada jam istimewa yang dihadiahkan oleh Raja Arab Saudi iaitu Tun Dr M dan Anwar Ibrahim dan setiap darinya ada nombor siri masing-masing.

Pastikan mulai sekarang kawalan keselamatan ke atas jam yang dimiliki oleh Tun Dr M dipertingkatkan. Manalah tahu, kalau-kalau ada orang nak pergi curi untuk membuktikan kepada rakyat jamnya masih ada dan kemudiannya menuduh jam omega yang dicuri pelacur adalah jam milik Tun Dr M dan seterusnya menuduh Tun Dr M adalah orang dalam video yang sedang hangat sekarang ini.

Monday, April 11, 2011

Calon PKR Punyai Anak Luar Nikah ?

Blog Unspinners sebelum ini pernah mendedahkan tentang calon PKR bagi Dun Satok yang kononnya bergelar ustaz mempunyai seorang anak luar nikah. Sini

Manakala blog Sarawak Sun pula ada menyiarkan gambar seorang wanita dan seorang bayi dan meninggalkan soalan "Milik siapakah "baby dan mama baby" ini...???". Sini

Adakah berita yang disiarkan Unspinners ada kaitan dengan gambar yang disiarkan oleh Sarawak Sun ?

Sepanjang saya di Sarawak saya juga ada mendengar cerita dari orang tempatan cerita yang sama.

Saya beranggapan cerita ini kebenarannya. Ini kerana sehingga ke hari ini calon berkenaan gagal tampil menjelaskan perkara sebenar walaupun ramai orang telah memperkatakan perkara tersebut di sekitar kawasan Satok.

Sekiranya dia tidak bersalah, saya yakin dia telah melompat-lompat untuk menafikan tuduhan itu.

Malulah sikit oiiiii....atas pentas ceramah bukan main lagi membuat tuduhan-tuduhan yang jahat terhadap KM Sarawak, tetapi diri sendiri tidaklah sesuci mana sehingga berjaya melahirkan seorang anak luar nikah.

Video : Air Soya Diludah Terlebih Dahulu Sebelum Dibungkus

Rakaman video dibawah menunjukkan seorang peniaga air kacang soya di tepi jalan berhampiran Maybank Bangi meludah air liurnya dalam setiap bungkusan air soya yang dijualnya.

PKR Kantoi Menipu Di Sarawak

Janji PKR semasa pelancaran manifesto tiga hari lepas

“Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah satu serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun,” kata manifesto itu.

Sumber: Malaysiakini


Manifesto itu turut menjanjikan pendaftaran segera orang Sarawak yang tiada kerakyatan; menyumbang RM200 kepada setiap kanak-kanak Sarawak memulakan Tahun Satu; dan memberi bantuan kebajikan tahunan RM600 kepada semua warga emas Sarawak berusia 60 tahun ke atas.

Sumber: Malaysia Insider
Itu janji mereka depan media dan telah tersebar seluruh dunia.

Dibawah ini pula janji mereka di belakang media.

Klik pada imej untuk melihatnya dengan jelas

Dalam risalah tersebut dinyatakan bantuan untuk warga emas hanya RM 400 setahun dan tidak dinyatakan bantuan RM 200 untuk anak masuk darjah satu.

Anjing kalau sudah biasa makan najis, maka najis juga yang dicarinya. Begitulah juga dengan PKR, kalau sudah biasa berbohong, maka berbohong jugalah dia di mana-mana, tidak kira di Selangor, P.Pinang atau di Sarawak.

Penasihat dan presiden parti bapa dan ibu kepada segala pembohongan, maka seluruh parti adalah pembohong.

Selanjutnya sila klik di sini

Sunday, April 10, 2011

Persamaan Rambut Antara Dua Video Ini

Lihat persamaan potongan rambut di bahagian tepi lelaki yang menjadi bapa kepada Nurul Izzah dalam dua video di bawah.



Video Anwar Melenting Apabila Ditanya Jam Omega

Sekalung tahniah diucapkan kepada wartawan 8TV , Wan Suriani (gambar bawah) yang membuatkan Anwar sakit otak apabila bertanyakan soalan tentang jam omega kepada Anwar semasa sidang media di Kuching petang tadi.

Jam omega benar-benar memeningkan dia nampaknya....

Kah....kah....kah....

Kalau tak bersalah tak payah melentinglah. Tunjukkan sahaja jam itu. Berani kerana benar, takut kerana salah.