Tuesday, April 7, 2009

PESANAN TERAKHIR KEPADA PENGUNDI BKT GANTANG


Saya tidak mahu bercakap panjang lagi kali ini,terlalu penat dengan urusan kempen seharian.

Cuma sedikit pesanan terakhir kepada pengundi Bukit Gantang.

Pastikan anda memilih seorang wakil rakyat yang mampu berkhidmat kepada anda.

Bukannya seorang wakil rakyat yang bertanding untuk membalas dendam dan mencari populariti.

Nizar adun di pasir panjang.Ada hajat hati pula nak jadi ahli parlimen bukit gantang.Akhir sekali yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Yop dan Yong sekalian pilihlah wakil rakyak yang anda boleh panggil di tengah malam,yang tinggal di kawasan anda. Tak perlu susah-susah nak pilih wakil rakyat yang jauh-jauh dan ada masalah mental.

Selamat mengundi....

Jumpa diambang kejayaan......

UNDILAH BARISAN NASIONAL

Sunday, April 5, 2009

CEPAT ! BERGERAK KE BUKIT GANTANG DAN SELAMBAU


Ayuh rakan-rakan BN sekalian ! mari kita sama-sama countdown meraikan kemenangan BN 3-0 dalam pilihanraya kecil kali.

Kita menang hatrick kali ini. Kedudukan semalam kita menang 2-1. Kita tewas di Bukit Selambau. Tetapi setelah pengundi Bukit Selambau "dikencing" oleh pengumuman palsu Anwar malam tadi,mereka telah beralih arah kepada kita,menjadikan kedudukan kita sekarang,menang 3-0.

Penyokong BN semua diminta hadir ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau beramai-ramai bermula esok hingga ke hari mengundi. Selepas keputusan kemenangan kita diumumkan nanti,kita sama-sama bergerak pulang ke tempat masing-masing dengan mengibarkan bendera BN di kenderaan masing-masing. Kita penuhkan lebuhraya ke arah utara,selatan,tengah dan pantai timur dengan bendera BN.

Ayoh...ayoh...ayoh...kawan-kawan semuA.BANGKIT BERGERAK KE BUKIT GANTANG DAN SELAMBAU DENGAN SEGERA.

Mari...mari...mari...kita sama-sama tengok orang Pas dan Pkr menangis.

Saturday, April 4, 2009

PAS BERSEDIH DI BUKIT GANTANG

Berita Ringkas



Nampaknya Pas sedang mengharungi detik-detik sedih dalam menghadapi hari-hari terakhir menjelang pilihanraya kecil bukit Gantang.

Kehadiran gerombolan penyokong -penyokong Pas daripada luar ke Bukit Gantang hari ini tetap tidak dapat mengubati kesedihan hati lara Pas.

Beberapa bilik gerakan Pas di Bukit Gantang telah ditutup,kerana ahli-ahli Pas Bukit Gantang kecewa anak jati Bukit Gantang iaitu Ustaz Idris Ahmad tidak dipilih sebagai calon. Sebaliknya calon luar pula dipilih sebagai calon.

Kebanyakan kerja-kerja jentera Pas sekarang dilakukan oleh orang-orang luar.

Saya akan update kemudian gambar-gambar bilik gerakan pas yang ditutup...

PENGUNDI TIONGHUA TERUS SOKONG BN

Siri kempen BN diadakan disini

Yb.Hamidah Osman,Exco Kerajaan Negeri Perak sedang memberi ucapan
Yb.Tan LianHoe,Timbalan Menteri Penerangan menyampaikan ucapan


Kumpulan Ahli Parlimen Sabah turut hadir memberi berkempen
Datuk Anifah Aman sedang rancak berbual ,membuat Yb.Hamidah dan Yb.Tan ketawa
Yb.Tan sedang melayan seorang tetamu
Sesungguhnya Yb Tan harus dipuji kerana bekerja kuat untuk memastikan kemenangan BN

Tekun mendengar masalah rakyat
Yb .Tan sentiasa menjadi perhatian rakyat
Penduduk Kuala Sepetang sedang menunggu kehadiran Ahli-ahli Yang Berhormat
Antara penduduk yang hadir

Mereka terus memberi sokongan padu terhadap BN


Nampaknya Bn terus mara dan mendapat tempat di hati pengundi kaum tionghua di parlimen Bukit Gantang. Selama ini Pas menyalak kononnya pengundi tionghua bersama mereka terus meleset. Semuanya tak ubah seperti syok sendiri untuk memuaskan hati sendiri.

Malam ini bertempat di sebuah restoran makanan laut dalam Dun Kuala Sepetang yang dikuasai PKR ,siri ceramah BN terus mendapat sambutan hangat.Antara pemimpin BN yang hadir dalam majlis tersebut adalah Yb Hamidah Osman (Exco Kanan Kerajaan Perak) Yb,Datuk Tan Lian Hoe (Timbalan Menteri Penerangan/bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang),Datuk Anifah Aman (Ahli Parlimen Kimanis) dan beberapa orang Ahli Parlimen Sabah.

Diluar jangkaan sama sekali ,majlis yang sepatutnya dihadiri oleh tiga tarus orang penduduk,tetapi diserbu lebih daripada tujuh ratus orang pengundi tionghua Kuala Sepetang.

Mereka datang dengan semangat yang padu dan jitu untuk memberi sokongan kepada BN tanpa berbelah bagi.

Beberapa orang mereka yang hadir yang sempat saya temui berkata, mereka sudah muak dengan permainan politik pakatan pembangkang. Ianya membuat keadaan Negara dan ekonomi tidak stabil seterusnya boleh mengancam perniagaan mereka.

Mereka berjanji akan memberi sokongan seratus peratus kepada BN dalam pilihanraya kecil ini.

Nampaknya BN akan mecapai kemenangan lebih bergaya kali ini. Undi melayu sudah pasti,tambah pula dengan undi cina yang semakin menunjukan komitmen.Undi india sudah tidak menjadi masalah kerana tahanan-tahanan ISA hindraf sudah dibebaskan. Pas gigit jari...

LUAHAN HATI V.SIVAKUMAR


Sebagai seorang blogger,sudah tentu kita bijak untuk mencari bahan-bahan berita panas yang BERFAKTA untuk disiarkan di blog.

Bukan menjadi perangai saya kutip berita tepi longkang,berita main tembak-tembak atau berita fitnah untuk diisi ke blog saya. bukan perangai saya juga pergi ambil gambar pejabat dan rumah orang tanpa usul periksa kemudian isikan dalam blog.

Lebih baik blog kita tidak ada artikel daripada kita buat cerita-cerita fitnah. Oleh yang demikian untuk mendapat bahan berita yang 'baik-baik' kita haruslah membuat kerja lebih sikit.Ada masanya kita kena jadi tukang sapu sampah tepi jalan,pandu teksi,koporat dan sebagainya.S emata-mata untuk mencari bahan berita yang benar.

Saya rasa matlamat ke bukit Gantang gagal jika saya tidak mendapat berita-berita ekslusif. Maka untuk mendapat berita-berita ekslusif ini saya memulakan langkah saya sejak jam lapan pagi semalam hingga jam sebelas malam tadi.

Untuk dapat cerita-cerita ini bukan senang wahai sahabat.Sekejap saya menjadi orang Pas,selepas itu PKR,selepas itu DAP pulak. Masuk tempat BN jadi Umno pulak.

Selepas puas meronda di Trong,Port Weld (Kuala Sepetang) dan Changkat Jering saya ke Bandar Taiping jam lima petang.Tujuan nak ke Taiping adalah hendak cari kedai dobi.Tapi lain pulak jadinya.Jeng ...jeng...jeng...

Semasa saya meronda di ketiga-tiga dun berkenaan sudah pelbagai cerita yang saya kutip daripada masyarakat setempat. Tetapi cerita-cerita adalah cerita-cerita biasa saja,yang selalu kita lihat di media masa blog-blog.

Semasa di sebuah kedai minum di bandar Taiping berkenalan dengan seorang insan yang bernama Mr.Krishna. Bermula daripada menyembang biasa hinggalah ke menyembang politik. Pada peringkat awalnya Mr.Krishna mengesyaki saya adalah SB. Tetapi saya menafikannya. Dan beliau percaya.

U parti mana ? tanya Krishna kepada saya. Lantas saya menjawab saya tidak berparti.Saya hanya datang untuk membuat kajian.

Uncle parti mana ? tanya saya pula kepada beliau. Beliau menjawab dulu beliau menyokong MIC,tetapi setelah kecewa dengan MIC kerana gagal membangunkan masyarakat india,beliau beralih arah kepada DAP lebih kurang lapan tahun yang lalu.

Kami terus menyembang,tapi saya rasa tak perlu saya jelaskan satu persatu disini kerana nanti terlalu panjang. Korek punya korek sudah masuk waktu maghrib.Lantas saya meminta izin daripada beliau untuk ke masjid sekejap.

selepas kembali daripada masjid beliau terus berkata kepada saya 'wah ! u banyak baik punya orang ya,ada sembahyang punya orang'.Lantas saya mengucap terima kasih kepada beliau.

Rezeki saya sudah sampai nampaknya.Berkat sembahyang maghrib berjamaah di masjid.,kami terus berbual. Jeng..jeng..jeng...tidak semena-mena Krishna memberitahu saya bahawasanya beliau adalah keluarga kepada V.Sivakumar,speaker dun perak. Alangkah terkejutnya saya mendengarnya.

Kejap Mr.Krishna,saya nak beli rokok dulu,cerita best ni,ucap saya kepada beliau. Tokey,Benson satu...

Krishna menyambung bicara,katanya Sivakumar dan keluarganya amat tertekan dengan situasi sekarang. Mereka terpaksa tunduk kepada kehendak Ngeh dan Nga (DAP) serta PAS. Beliau berkata apa yang terjadi di Perak sekarang bukan kehendaknya,tetapi semuanya diarah oleh Ngeh,Nga dan Pas. Mereka yang arahkan Siva buat segala keputusan untuk menekan BN Perak walaupun perkara itu mencemarkan reputasi Siva sebagai Speaker.

Siva terpaksa ikut segala kehendaknya kerana mereka telah mengupah samseng-samseng dan panglima jihad baju merah Pas untuk mengawal Sivakumar 24 jam. Mereka amat-amat bimbang jika Sivakumar tidak mengikut arahan mereka.

Krishna memberitahu ibarat remote control yang dikawal oleh Ngeh dan Nga. Maka terjawab sudah lah teka-teki selama ini.

Beliau memberitahu bagaimana diperingkat awal Sivakumar dilantik dulu,Ngeh dan Nga telah memberi pelbagai syarat kepada Sivakumar agar menurut kehendak mereka.

Hingga untuk membuat sebarang keputusan semasa persidangan Dun pun terpaksa dirujuk kepada Ngeh dan Nga.

Dalam dewan undangan negeri antara adun dan speaker mereka ada sejenis sistem untuk mereka berhubung dalam bentuk teks message.(saya tak pasti apa ke nama alat itu) Senang cerita ianya seolah-olah instant msg(YM).

Untuk bertanya siapa yang perlu berucap ,berapa lama masa dan sebagainya Sivakumar harus merujuk kepada Ngeh dan Nga.

Ayat please control,tutup mic,u must firm,bagi orang ni berucap pula,jangan bagi BN berucap,suruh dia berucap petang.Itulah antara arahan yang sering diarah oleh Ngeh dan Nga terhadap Sivakumar. Jika Siva ingin melanjutkan sedikit masa untuk wakil BN berucap harus dapat kebeneran Ngeh dan Nga dulu. Mereka akan kata NO.

Hingga ke satu tahap Ngeh mengarahkan supaya Sivakumar halang Adun Kubu Gajah berucap dan tutup mic beliau.

Tetapi sivakumar tidak boleh mengikut arahan mereka kerana ianya mengikut peraturan dan beliau takut menjadi isu lain kerana sidang tersebut disaksikan oleh para wartawan.

Hingga Nga terpaksa berkata kepada Sivakumar. Jika u tak mahu kawal ,saya akan tukar u.

Itulah gambaran sebenar cengkaman,kawalan,dan kuku besi Ngeh dan Nga terhadap Perak.

Banyak lagi dialog-dialog lain yang saya tahu tentang arahan-arahan mereka terhadap Sivakumar. Akan menyusul kemudian.

Kesimpulannya,kita tidak boleh menyalahkan Sivakumar seratus peratus.Beliau hanya sebagai alat sahaja. Beliau terpaksa melakukan semua ini. Musuh utama kita yang kita perlu lumpuhkan adalah Ngeh dan Nga.Lumpuh saja dua orang ini semua akan selesai. Mereka berdua ini dalang segala-galanya. Amat malang bagi pengundi bukit Gantang jika mereka mengundi boneka DAP,iaitu calon Pas. Undi anda kepada PAS samalah dengan anda memberi kuasa kepada DAP.


Friday, April 3, 2009

GEMPAQ ! LUAHAN HATI V.SIVAKUMAR

PANAS !

GEMPAQ !

EKSLUSIF !

NANTI PENDEDAHAN SAYA,LUAHAN HATI V.SIVAKUMAR SPEAKER DEWAN UNDANGAN PERAK .SAYA AKAN POSTING TEPAT JAM 3 PETANG ESOK (SABTU) 4.4.09

INI BUKAN JUAL UBAT,INI BUKAN TEMBERANG,INI KISAH BENAR. BERBALOI PENAT LELAH KAMI SEHARI MEMBUAT PENYAMARAN HARI INI.AKHIRNYA KAMI BERJAYA MENGOREK KELUAR CERITA DALAMAN PAS,PKR,DAP.

Thanks mr. krishna....jasamu dikenang

BN GAH DI BUKIT GANTANG

aCOUNTDOWN DI BILIK GERAKAN WANITA BN MALAYSIA

Kalau ikutkan versi blogger-blogger pendekar tempang atau cicak mengkarung PAS seolah-olah BN sudah lama mati di Bukit Gantang. Ternyata mereka selama ini memang pakar dalam melaporkan perkara-perkara palsu. Lidah yang mereka bercakap itu adalah lidah setan,mulut setan dan segala perlakuan mereka adalah perlakuan setan yang berlindung di sebalik topeng islam.


Suasana amat berbeza sekali dengan apa yang saya dan sahabat BPN(Megat)saksikan sendiri.Ternyata BN amat GAH di bukit Gantang. Ternyata BN sekarang sedang menghitung detik-detik hari kemenangan menakluk bukit Gantang...TAKBIRRRRRRR.........







BILLBOARD YANG MENARIK PERHATIAN RAMAI DI CHANGKAT JERING.SERING DIKUNJUNGI RAMAI DAN MENJADI TUMPUAN PELANCONG SEHINGGA MENGATASI JUMLAH MEREKA YANG MELAWAT PLAK SIDANG P.U.N (Pokok Undangan Negeri) KERAJAAN PASIR DUA BUTIR.
BENDERA BN BERKIBAR MEGAH DI CHANGKAT JERING
HIDUP SEGAN MATI TAK MAU.KECIL-KECIL TAK MAHU MAMPUS,SUDAH BESAR MENYUSAHKAN ORANG(Anwar La'ekzos)
LEBIH KURANG 300 ORANG SEDANG MENGISI POSTER-POSTER NIZAR NAMRUD KE DALAM PLASTIK SEBELUM DI GANTUNG DI SEKITAR BUKIT GANTANG. NAMPAK TAK ? KALAU TAK NAMPAK TANDANYA NAK MAMP..
DITELAN MATI MAK.DILUAH MATI BAPAK.JEMUR CADAR JA LAH LABU OIIIII
3 ORANG BUDAK SEKOLAH JA MENJADI PENGUNJUNG SETIA
JALAN MENUJU KEJAYAAN
DAH SAMPAI KE DALAM LONGKANG NAMPAKNYA
JADI TEMPAT PARKING LAH NAMPAKNYA
SUASANA DI KAMPUNG MENTERI (perkampungan melayu) DI KUALA SEPETANG.PAS BUNGKUIH OIII DI SINI
TAK KEBULUQ NAK UNDI PAS.TOK SAH DUK MENANGIS DEPAN RUMAH NAK BERKEMPEN
TAK MAKAN SAMAN.HANYA BN PILIHAN HATI
TAK LEKANG DEK PANAS,TAK LAPUK DEK HUJAN.BN DULU,KINI DAN SELAMANYA
BN GAH , PAS RUYUP

KUALA SEPETANG.MOH KITA TIBEE MEE UDANG BANJIR


PANJANG BETUL TANGAN SI NIZAR NI ! PERHATIKAN BETUL-BETUL.PANJANG TANGAN,TANGAN PANJANG.FIKIRLAH SENDIRI
HARAPKAN BELON JA BESAQ.BILIK GERAKAN BERKUNCI BEB...
TAKDE SAMBUTAN
ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN
BEZAKAN BIRU DAN HIJAU. HITUNG SENDIRI .....
KAUM-KAUM TIONGHUA KUALA SEPETANG BERALIH ARAH.SEKARANG MEREKA BERSAMA BN,SEHINGGA BILIK GERAKAN PAS DITUTUP DAN BILIK GERAKAN DAP KOSONG
BILIK GERAKAN DAP KUALA SEPETANG.SORANG JA ADA , DUDUK BACA PAPER

PAS UNTUK SEMUA BEB. DULU ISLAM SAHAJA BOLEH JADI AHLI.SEKARANG
AH CHONG DAN MUTHUSAMY PUN BOLEH LAH...KAPIR....KAPIR....KAPIR....
(sila rujuk amanat hj hadi)


KEJAYAAN HAMPIR TIBA
KEJAYAAN HAMPIR PASTI
WANITA BN SEDANG SIBUK DENGAN TUGAS MASING-MASING

PENYAMBUT TETAMU BILIK GERAKAN WANITA BN MALAYSIA


ORGANISASI YANG TERSUSUN DAN MANTAP



JADUAL YANG PADAT DAN SEGALA JENIS LAPORAN GERAK KERJA WANITA BN

GEMPAK!

Faktor WOW! Menjadi !:Ceramah BN diserbu....


PESURUHJAYA PAS PERAK ORANG BANKRAP

Sehari semalam saya berada di Bukit Gantang saya rasa tak cukup buku untuk mencatit segala masalah di Perak semasa era pemerintahan Nizar Namrud. Ianya diceritakan oleh penduduk-penduduk setempat.

Ada satu sumber yang sangat-sangat kukuh yang diterima oleh saya. Alangkah terkejut saya bila mendengar cerita ini.

Pesuruhjaya PAS Perak USTAZ Ahmad Awang adalah seorang yang BANKRAP sebelum pilihanraya umum 2008. Akibat BANKRAP itulah yang menyebabkan beliau TIDAK LAYAK BERTANDING dalam pilihanraya umum 2008,dan beliau TIDAK BERTANDING.

Tetapi alangkah terkejut saya apabila diberitahu oleh sumber saya ini bahawa AHMAD AWANG sudah TIDAK BANKRAP lagi sekarang.

Sungguh pelik bin ajaib dalam masa sebelas bulan sahaja PAS memerintah Perak Ahmad Awang boleh jelaskan segala hutang piutangnya dan mampu pulak beli sebuah kereta mewah.

Dari mana Ahmad Awang dapat duit dalam masa yang singkat ?

Anda fikirlah sendiri ? Dan buat tafsiran sendiri ! Fikirlah sendiri ,kenapa mereka semua bersungguh-sungguh hendak mempertahankan pemerintahan boneka DAP.

Harapkan SERBAN SEBESAR BAKUL diatas kepala tapi cakap tak serupa bikin. Bikin tak serupa cakap.




Wednesday, April 1, 2009

BLOG ANWAR MENIPU ! LIHAT SIAPA TEMBERANG



Bila sudah terdesak pelbagai talian hayat yang ada mesti digunakan. Tidak kira secara sah atau menipu.

Itulah yang dialami Anwar Ibrahim sekarang,setelah usaha beliau menghalang Datuk Sri Najib jadi PM gagal ,beliau sudah naik sasau dan mereng sekarang.Bak kata blogger GERAKAN ANTI PKR adakalanya isteri beliau bernama Wan Azizah dipanggilnya "bibik".

http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2009/03/benarkah-anwar-mohon-suaka-politik-bila.html


Ditambah pulak dengan kenyataan Ezam dalam ceramah di Bukit Gantang dua malam lepas bahawa barisan baru UMNO sekarang adalah pasukan idaman anwar dulu. lihat sini
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/3/31/mstar_berita/20090331094310&sec=mstar_berita

Anwar sudah TIDAK MAMPU MENAFIKAN lagi kenyataan Ezam ini kerana ianya betul.
Maka dalam keadaan terdesak Anwar MENIPU dalam blog beliau dengan mengatakan Ezam penipu kerana semasa Anwar menjadi Ketua Pemuda Umno Ezam baru berusia dua puluh tahun dan masih belum bekerja dengan Anwar lagi. (rujuk link blog anwar diatas)

Memang betul sewaktu Anwar menjawat jawatan Ketua Pemuda Umno Ezam masih belum bekerja dengan anwar lagi.Ezam mula bekerja dengan Anwar 1996.


UCAPAN EZAM DI BUKIT GANTANG
http://www.malaysiakini.tv/video/16880.html

Tapi Apa yang Ezam kata di bukit gantang tempohari adalah Ezam bertanya Anwar SEMASA Ezam bekerja dengan dia dulu,(antara 1996-1998) siapa yang lebih cerdik semasa Anwar jadi Ketua Pemuda Umno dulu. Maka Anwar menjawab Najib.

Bukannya SEMASA Ezam bertanya itu (antara 1996-1998) Anwar masih menjawat jawatan Ketua Pemuda Umno.

Petikan ceramah Ezam

“ Dia (Anwar) sendiri yang kata pada saya, masa itu saya merupakan setiausaha politik beliau, beliau (Anwar) merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO,”

“Semasa beliau( Anwar) menjadi Ketua Pemuda dalam barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia ketika itu siapa yang paling cerdik, nasib baik saya tanya dia waktu itu boleh juga cerita di Bukit Gantang ini,

“Paling cerdik Najib dia (Anwar) sebut”.

Sebab Najib yang dia paling takut, ancaman paling besar, paling cerdik, dia sendiri yang cakap pada saya. Saya cabar Anwar datang Bukit Gantang untuk jawab apa yang saya cakap. Dia (Anwar) sendiri yang kata pada saya, masa itu saya merupakan setiausaha politik beliau, beliau (Anwar) merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO...
Semasa beliau( Anwar) menjadi Ketua Pemuda dalam barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia ketika itu siapa yang paling cerdik, nasib baik saya tanya dia waktu itu boleh juga cerita di Bukit Gantang ini.

SILA RUJUK UCAPAN EZAM DI MALAYSIAKINI TV (link di atas) dan LAPORAN M STAR ONLINE (link diatas).


Jelas bahawa blog Anwar Ibrahim membuat tuduhan yang sebarangan tanpa merujuk fakta terutamanya rakaman ucapan yang disiarkan oleh Malaysiakini.

Dan Anwar Ibrahim yang terdesak sanggup menyiarkan pembohongan terang-terangan tersebut di dalam blog beliau.

Ini merupakan contoh klasik penipuan maklumat yang telah lama di amalkan oleh PKR. Mereka tanpa rasa bersalah membuat dan menyebarkan maklumat palsu dengan niat untuk menimbulkan rasa curiga dan ragu-ragu di kalangan rakyat.


Keadaan makin mendesak kepada Anwar Ibrahim sekarang,apa saja yang ada harus digunakan.


Kalau Anwar betul-betul seorang JANTAN atau PANGLIMA yang hebat seperti yang selalu digambarkan oleh cicak-cicak mengkarung peliharaan beliau,maka Anwar harus menyahut cabaran Ezam untuk berdebatnya.Bukannya main baling batu sembunyi tangan.

Tapi Anwar tak sanggup berdepan dengan Ezam.Ternyata beliau DAYUS ,PENAKUT dan PENGECUT

Kenapa Anwar takut kepada Ezam ? Hanya Ezam,Anwar dan Azizah yang mengetahuinya !

Kepada rakan-rakan blogger mohon sebarkan maklumat ini agar orang ramai tidak terkeliru dengan fakta yang cuba diputar belit oleh Anwar ini.Kita berharap dengan adanya semua bukti-bukti ini maka SAH lah sudah kata-kata kita selama ini ANWAR PEMBOHONG.Tiada alasan untuk rakyat tidak mempercayainya kerana semuanya sudah cukup dan lengkap.