Monday, October 12, 2009

APA DAH JADI ?


Hati saya terasa berat untuk menulis artikel ini. Ceritanya sudah lama saya ketahui,cuma saya senyapkan sahaja kerana insan tersebut amat istimewa di hati saya. Tetapi hari ini saya tidak dapat pendamkan lagi,kerana cerita mengenainya semakin menjadi-jadi dan datang dari sumber yang yang boleh dipercayai. Saya terpaksa berkata benar walaupun pahit.

Meminum arak adalah haram dalam agama Islam, menurut firman Allah SWT. “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” (Al-Maidah 5:90)

Sebab musabab pengharaman itu adalah kerana ia boleh mengganggu fungsi otak dalam berfikir, bercakap dan bertindak. Kita sedia maklum seseorang yang mabuk boleh melakukan pelbagai perkara di luar batasan perilaku kemanusiaan seperti membunuh, memandu laju, membuat bising atau melakukan perkara yang memalukan seperti hadis Rasulullah SAW yang menyebut “Arak adalah ibu segala maksiat dan ia adalah maksiat paling mengaibkan.” (Riwayat Ibnu Majah).

Begitu juga penggunaannya dalam kuantiti yang sedikit sebagai perasa dalam makanan atau sebagainya tetap haram walaupun tidak memabukkan kerana Rasulullah SAW ada bersabda “Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walaupun dalam jumlah yang sedikit.” (Riwayat Ibnu Majah). Oleh itu, tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk atau setitik.

Kesimpulannya, peminum arak memberi kesan amat buruk kepada diri individu berkenaan, merosak imej agama, malah mengganggu ketenteraman masyarakat dan boleh menjejas kekuatan negara. Masyarakat wajib menjauhi arak dan terbabit dengannya sama ada secara langsung atau tidak langsung kerana menurut satu lagi hadis Rasulullah SAW “Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai khamar (arak): Pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya.” (Riwayat Ibnu Majah).

Dalam dunia ini kebanyakannya adalah negara-negara Islam yang dianugerahkan oleh Allah SWT hasil bumi yang paling berharga iaitu minyak. Syukur Alhamdulillah,negara kita juga tersenarai antara negara Islam yang dikurniakan minyak oleh Allah.

Tetapi saya sedikit ralat dan kecewa kerana apabila mendapat tahu ada orang yang terlibat dalam amanah untuk menguruskan hasil bumi kurniaan Allah di negara ini dan seterusnya terlibat dalam menguruskan syarikat berkenaan , tergolong dalam golongan orang yang meminum khamar. Masyaallah...

Saya amat-amat berharap agar orang yang berkenaan dapat menghentikan kegiatan buruk tersebut. Jika tidak dapat berhenti saya cadangkan agar beliau mengundurkan diri dari jawatan yang dipegangnya sekarang,sebelum syarikat tersebut ditimpa bala bencana yang diturunkan oleh Allah SWT.


Sunday, October 11, 2009

NIZAR MANGKUK !!! TAKBIR ! TAKBIR ! TAKBIR !

TAKBIR !

TAKBIR !

TAKBIR !

RAKYAT BAGAN PINANG SUDAH HUKUM PEMBOHONG. LAIN KALI AMBIL LAGI SIRAP BANYAK-BANYAK SIRAM ATAS KEPALA,KEMUDIAN HIRIS BAJU SENDIRI ,LEPAS ITU KATA ORANG UMNO TETAK.

NAH AMBIL KAU , 5331 Beb.......

Semua saluran kalah beb......

Jangan bagi alasan undi pos pula. Tanpa undi pos Tan Sri Isa boleh menang.

Ulasan RBF lain kali. Saya sudah terlalu letih ,berkejar kesana sini seharian hari ini. Untuk keputusan mengikut pusat mengundi,sila rujuk ke blog Parpukari.


Saturday, October 10, 2009

NIZAR OIII !!! PESANAN TERAKHIR KEPADA PENGUNDI BAGAN PINANG

Memandangkan malam ini pihak SPR telah mengeluarkan amaran keras kepada semua parti yang bertanding di Bagan Pinang agar menghentikan segala kegiatan kempen tepat jam 12.00 tengah malam ini,maka RBF pun meggunakan sebaik mungkin masa yang ada ini untuk membuat posting sebelum jam 12.00 sebagai pesanan terakhir kepada pengundi.

Kepada pengundi Bagan Pinang, sila pastikan anda tidak membuat keputusan yang silap esok. Pilihlah Tan Sri Isa Samad sebagai Adun kawasan anda.
Jangan sesekali memilih calon DAP yang menggunakan logo Pas bagi bertanding di Bagan Pinang.Cukuplah dengan apa yang berlaku di tempat lain. Jadikan itu semua pengajaran. Ternayata mereka semua tidak boleh buat kerja. Mereka hanya pandai tabur fitnah dan berbohong. Lidah mereka ibarat lidah syaitan.

Lihatlah betapa kelam kabutnya Selangor,betapa kalutnya P.Pinang,betapa teruknya Kedah,betapa hancurnya Kelantan dan betapa sialnya Perak selama 11 bulan mereka memerintah.

Oleh yang demikian,sila pastikan perkara yang sama tidak berlaku di Bagan Pinang. Pilihlah wakil rakyat yang boleh bekerja dan telah pun membuktikannya selama ini. Jangan pilih Adun bunian ,seperti mana Ahli Parlimen Teluk Kemang. Mereka hanya datang sewaktu hendak berkempen,selepas menang mereka hilang dan makan elaun haram setiap bulan.

Pilihlah Tan Sri Isa Samad sebagai wakil rakyat anda. Beri pukulan maut kepada DAP dan Pas. Pastikan Tan Sri Isa menang dengan majoriti 4000 undi ke atas atau pastikan calon DAP@Pas hilang wang deposit.

NIZAR MANGKUK !!! LIHAT KEJAHATAN PEMIMPIN PAS

Inilah wajah sebenar pemimpin Pas. Tidak salah ,jika daripada dulu lagi saya menggelarkan mereka syaitan yang bertopengkan manusia.

Saya tidak berapa hairan jika apa yang diceritakan dibawah ini,dilakukan oleh Pemuda Pas,ketua cawangan atau ahli biasa.

Yang saya terkejut ianya dilakukan oleh seorang KETUA DEWAN ULAMAK PAS NEGERI. Sungguh kejam perangai mereka ini.

Artikel dibawah saya petik dari blog saudara Shahboy, Naib Presiden 1 Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)




Macam-macam dah cerita tentang Pakatan Pembangkang kita dengar hari ini. Shahboy yang baru balik dari kampung ni pun dibuatnya tak senang duduk. Hari ini kalau rakan-rakan membaca Surat Khabar Berita Harian m/s 12 tentu akan jumpa artikel ni. Seorang ustazah yang merupakan Isteri orang kenamaan PAS mendakwa hanya menerima nafkah RM300 daripada suaminya, Abdul Rashid Rahman, 59, yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga. Apa dah jadi dengan Orang-orang PAS ni.. Cakap mengenai ISLAM cukup gah.. tetapi perangai macam orang yang tidak ada akal!!!

Dakwaan itu dibuat Siti Rosmala Mohamed, 37, di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kangar, Mohd Zaidi Abdullah, pada hari pertama perbicaraan kes tuntutan fasakh yang difailkannya, semalam. Menurut Siti Rosmala lagi, nafkah RM300 itu diterima pada bulan pertama iaitu September 1999 dan tiada lagi nafkah sehingga hari ini. Tidak cukup dengan itu Abdul Rashid juga dituduh mendera Isterinya juga.Siti Rosmala turut mendedahkan suaminya juga bertindak kejam dengan memukulnya termasuk di kepala, selain dirotan hanya kerana kesalahan kecil.

Kelihatan Ustaz Abdul Rashid memberi sumbangan kepada orang yang memerlukan. Ini Ikhlas atau tujuan politik semata-mata. Isteri di rumah tidak terjaga.

"Dari luar dia memang kelihatan baik dan warak, tetapi sebenarnya dia lelaki yang kejam dan panas baran," katanya.

Menjawab soalan peguamnya, Shazril Khairy Mustafa mengenai nafkah batin, Siti Rosmala berkata suaminya tidak pernah lupa menunaikannya.

"Dari segi batin dia tidak pernah lupa. Kalau boleh setiap hari dia mahu sehingga kadangkala dia tetap memintanya walaupun saya dalam pantang," katanya.

Hakim menangguhkan perbicaraan dan menetapkan 24 Ogos sambung bicara. Siti Rosmala, ustazah di Sekolah Menengah Tunku Bendahara di Kodiang, memfailkan tuntutan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Kangar bagi menuntut perceraian daripada suaminya selepas mengakui tidak tahan lagi dipukul dan didera.

Permohonan itu difailkan melalui Shazril dengan menamakan suaminya yang juga calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Santan pada Pilihan Raya Umum ke-12 sebagai defendan. Bagaimanapun, defendan tidak hadir dan diwakili peguamnya, Zulmi Sabry. Terdahulu, Siti Rosmala menghadiri prosiding dua lagi kes berjalan serentak di Mahkamah Tinggi Syariah berhubung hak penjagaan tiga anak berusia dua setengah tahun dan sembilan tahun. Ia membabitkan sebutan semula kes yang difailkan Siti Rosmala pada 10 April tahun lalu. Mahkamah Tinggi Syariah Kangar pada 14 April 2008 memutuskan hak penjagaan sementara diberikan kepadanya.

Sementara satu lagi kes membabitkan permohonan difailkan Abdul Rashid pada 25 Julai 2008 untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kangar pada 14 April tahun lalu.

RBF : Jangan percaya kepada syaitan yang bertopengkan manusia. Mereka lebih awal ke neraka dan lebih teruk diseksa di akhirat kelak,daripada kita semua,kerana mereka mempermainkan agama Allah untuk kepentingan politik.

NIZAR MANGKUK !!! LAGI PENIPUAN PAS DI BAGAN PINANG

Semua strategi PAS di Bagan Pinang tak menjadi. Mereka harapkan taktik Permatang Pasir berjaya dikitar semula di Bagan Pinang, tetapi tidak, semuanya makan diri balik.

Harakah kah kah kah daily melaporkan seorang ahli Pas yang bernama Bob dipukul oleh orang Umno. Mereka cuba putar belitkan lagi cerita sebenar. Rujuk disini

Anda lihat video dibawah ini,siapa yang serang siapa terlebih dahulu.


Kalau Bob,seorang ahli PAS yang ada adab dan mengamalkan cara Islam yang sebenar, dia datang cara begini "Assalamuaikum sahabat, boleh tumpang tanya sikit,kenapa anda pukul adik saya,dia ada buat apa-apa salah ke ?"

Tetapi tidak, ahli Pas memang sudah diajar dengan cara kurang ajar,maka dengan ketayap atas kepala Bob datang menyerang dan berkata begini, "heh brother,heh,lu pukul adik gua". Tak ke kurang ajar namanya itu. Jangan kata orang lain, kalau saya sendiri pun muntah hijau Bob tersebut saya kerjakan.

Zaman dahulu,Pas ajar ahlinya bercakap guna bahasa 'ana','ante'. Sekarang semenjak ditarbiahkan oleh DAP mereka menggunakan perkatan 'lu','gua' pula. Ingatkan bila berkawan dengan DAP, Pas yang berjaya tarbiahkan DAP,tetapi sebaliknya pula. Syabas PAS !

Kesimpulannya, kepada pengundi Bagan Pinang, jangan pilih calon Pas sebagai Adun anda. Bimbang satu hari nanti, Bagan Pinang akan bertukar menjadi Bagan Bohong atau Bagan Fitnah.

Friday, October 9, 2009

NIZAR OIII !!! LIHAT, LAGI 'KEJAYAAN' PAS DI KELANTAN

Kepada penduduk Bagan Pinang,apabila saya mendengar Salahuddin Ayub mengatakan Tan Sri Isa Samad gagal membangun Port Dickson dan Negeri Sembilan selama 22 tahun menjadi MB,saya tergelak sakan.

Kepada orang-orang Bagan Pinang,saya rasa tidak perlulah untuk saya perincikan satu persatu kepada anda apa yang yang telah dibuat oleh bekas MB anda semasa beliau berkuasa. Anda semua telah pun tahu dengan sendiri.

Biarkan saya berceritakan kepada anda tentang ‘KEJAYAAN’ Pas selama sembilan belas tahun memerintah Kelantan. Nampaknya air liur syaitan yang diludah oleh Salahuddin Ayub terkena muka beliau sendiri.

P 19 Tumpat terletak dalam Negeri Kelantan Darulnaim. Di sebelah selatannya bersempadan dengan Parlimen Kota Bharu,sebelah baratnya bersempadan dengan Parlimen Pasir Mas,manakala sebelah utaranya bersempadan dengan ‘Parlimen Narathiwat’.

Sejak lima penggal yang lalu Parlimen ini dikuasai oleh PAS.

Sekarang pun Parlimen tersebut masih dipegang oleh PAS melalui seorang tokoh koporat terkemuka yang pernah mempunyai saham dalam syarikat perjudian Berjaya Group. Tokoh koporat ini sering mengekori punggung Anwar Ibrahim setiap masa. Di mana ada Anwar ,disitu pasti terselit beliau,sedangkan beliau ahli Pas,bukannya ahli PKR.

Nama tokoh koporat tersebut saya rasa sudah ramai yang tahu. Tak lain tak bukan Datuk Kamarudin Jaafar atau nama glamornya Datuk KJ. Sebelum Khairy Jamaluddin muncul dengan nama KJ,beliau terlebih awal menggunakan nama KJ.

Orangnya cukup hensem dan bergaya. Pakaiannya yang dipakai pada satu-satu masa , dari atas hingga ke bawah termasuk yang dalam-dalam sekurang-kurang pun bernilai RM 10-15 ribu. Semuanya jenama hebat-hebat luar dari luar negara.

Rumahnya bernilai jutaan ringgit di Kelana Jaya. Pendek kata, kalau lihat kepada orangnya dan cara kehidupannya memang ada ‘class’. Bukan komang atau lekeh punya orang.

Kalau tengok pada tuannya yang smart,hensem dan ada class sudah pasti anda akan terbayangkan kawasan yang diwakili beliau juga smart dan ada class.

Tapi sayang seribu kali sayang,hebat hanya pada dirinya dan cara hidupnya sahaja. Parlimen yang diwakili beliau sangat-sangat terabai dan mundur. Ibarat kata orang tua-tua di Kelantan “nampak comel luar jah,tapi punggung penuh tahi”. Maksudnya, tuan nampak cantik dan bergaya dari luar , (muka putih,rambut berkilat dan berminyak,wangi dsbnya ) tapi di buntut penuh dengan tahi kerana tidak peduli untuk cuci selepas buang air besar.

Jika selama ini ada Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak selalu mengatakan banyak kawasan dalam negeri mereka masih mundur di semenanjung semuanya maju. Ternyata mereka silap. Tidak keterlaluan jika saya katakan Tumpat adalah salah satu pekan yang paling mundur bukan sahaja dalam Kelantan malah dalam Malaysia. Harus diingat, Tumpat adalah salah satu Jajahan atau Daerah dalam negeri Kelantan. Bukannya sebuah kampung kecil. Tapi dalam soal pembangunan,langsung tidak menggambarkan sebagai sebuah Jajahan atau Daerah. Ianya amat jauh ketinggalan berbanding Jajahan-jajahan lain di Kelantan, umpamanya Pasir Puteh,Pasir Mas,Tanah Merah atau Kuala Krai.

Tumpat ibarat sebuah pekan koboi walaupun Negara sudah merdeka selama 52 tahun dan 19 tahun PAS memerintah Kelantan. Inilah ‘kemajuan’ yang dibawa oleh PAS sepertimana yang dikatakan oleh Nik Ajiz. Selepas ini anda lihatlah gambar-gambar yang sempat saya muatkan di bawah.

Jika ada kemajuan atau kemudahan yang elok di Tumpat semuanya adalah kerja yang dilakukan oleh BN sebelum ini atau sekarang. Sekolah,klinik,hospital,sudah tentulah ianya menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Tetapi ada masanya Kerajaan Persekutuan terpaksa bertindak melangkaui bidang kuasa mereka apabila mereka pula terpaksa melakukan kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh Kerajaan Negeri. Kenapa Kerajaan Pusat buat ? Kalau tak buat sampai mampuslah Kerajaan PAS tak buat. Sebagai contohnya adalah jalan-jalan kampung yang rosak atau perlu diperbesarkan. Jika Kerajaan Puasat tidak tolong buat,mampus lah rakyat sana,habis kereta motor jahanam kerana jalan raya sama seperti jalan di kampung-kampung kecil di India.

Tetapi apabila Kerajaan Persekutuan menjalankan projek-projek kecil tersebut dan kontrak tersebut dapat kepada orang-orang yang menyokong Kerajaan BN, puak-puak PAS pula pergi jaja fitnah kononnya BN bagi projek kepada kroni. Harapkan kepada mereka , mereka tak buat, apabila orang buat mereka jaja fitnah. Buruk sungguh perangai puak-puak iblis ini.

Mereka pertikai projek dapat kepada penyokong BN. Tapi mereka tak fikir,pekerja projek tersebut orang parti mana, pembekal bahan binaan dari parti mana, pembekal mesin dan jentera yang disewa dari parti mana, kedai-kedai kopi tempat pekerja kontrak makan minum orang parti mana. Tak mungkin semua itu orang BN. Kalau semua itu orang BN,maknanya PAS tiada penyokong di Kelantan dan sudah tentu BN telah berkuasa di Kelantan. Saya juga berharap PAS tidak lupa,wang gaji pekerja-pekerja kontrak itulah yang saban malam dimasukan ke dalam kantung derma PAS setiap kali mereka mendendangkan fitnah diatas pentas ceramah.

Inilah susahnya bila dapat pemimpin yang berfikiran jumud dan suka membuat fitnah. Siang malam mereka pasang ejen mereka untuk bergerak ke kampung-kampung bagi tujuan menyebar fitnah. Ejen-ejen yang bodoh tersebut tanpa usul periksa dan atas nama perjuangan serta syurga terus bergerak menyebarkan fitnah.

Berbalik kepada kisah Parlimen Tumpat. Selain mempunyai seorang tokoh koporat yang mewakili Parlimen Tumpat ada lagi tiga insan yang mempunyai jawatan berada dalam parlimen tersebut. Adun Pasir Pekan yang juga Timbalan MB Kelantan berada dalam Parlimen Tumpat, Adun Wakaf Bharu seorang Exco Kerajaan Kelantan dan Speaker Dun Kelantan , juga berada dalam Parlimen berkenaan

Empat orang yang hebat berada dalam Parlimen Tumpat, tapi pekan Tumpat sama seperti Pekan Tak Bai di seberang sungai golok. Apa mereka buat selama ini ? Fitnah ! Fitnah ! Fitnah ! Rakyat terabai.

Tak payah perintahlah wahai PAS, kalau berpuluh tahun perintah sebuah stesen bas pun tak mampu nak dibina di Tumpat. Anda lihatlah sendiri stesen bas di Pekan Tumpat dalam gambar dibawah.

Pasar Tumpat yang ada sekarang pun adalah peninggalan Kerajaan BN dahulu,di zaman Datuk Hj. Dusuki (BN) menjadi ahli parlimen Tumpat pada tahun 1996. Pasar yang ada sekarang sudah tidak mampu lagi untuk menampung peniaga yang semakin bertambah. Akhirnya peniaga terpaksa berniaga di tepi jalan dalam keadaan tidak tersusun.Setakat ini tiada tanda-tanda atau usaha dari Kerajaan PAS untuk membesarkan atau membina pasar baru di Tumpat. Kasihan kepada peniaga-peniaga yang berniaga di luar yang terpaksa bertarung dengan hujan atau panas untuk mencari sesen dua rezeki bagi meneruskan kehidupan.

Saya memohon Kerajaan Persekutuan agar dapat ‘meninjau-ninjau’ sedikit dan membantu apa yang perlu dibuat di Pasar Tumpat. Kalau ikutkan sakit hati kepada PAS, rasanya tidak perlu saya memohon bantuan Kerajaan BN. Tetapi kerana rasa kasihan kepada rakyat dan peniaga yang menjadi mangsa akibat kebodohan pemimpin negeri mereka, saya rasa wajar Kerajaan BN membantu. Buangkan seketika perbezaan politik, demi kepentingan rakyat selaras dengan tema 1 Malaysia,Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan. Kalau BN tidak tolong,siapa lagi hendak tolong. PAS ??? Ha ! Ha ! Ha! Cipta slogan dan fitnah sahaja.

Selain daripada Pasar Tumpat yang menjadi peninggalan Kerajaan BN berpuluh tahun yang lalu, Pantai Sri Tujuh yang ada di Tumpat juga dibuka oleh Kerajaan BN dahulu. Satu masa dahulu pantai ini amat popular dan sering menjadi perhatian pelancong. Bukan sahaja pelancong tempatan malah pelancong luar negara juga. Saya masih ingat di zaman kenakalan saya dan teman-teman lain sewaktu remaja di tahun 80 dan awal 90an dulu ,kami sering menaiki bas bernombor 43 menuju ke sana untuk melihat mat saleh pakai spender dan minah saleh memakai bikini berjemur di pantai tersebut.

Tapi sekarang bayang mat saleh dan minah saleh tidak kelihatan lagi di pantai tersebut. Yang ada hanya pakcik saleh@pak leh duduk menjual budu dan ikan kering. Manakala pantainya amat kotor dan tidak tersusun. Segala kemudahan semuanya sudah hancur.

Selain pasar dan pantai yang ditinggalkan oleh Kerajaan BN dahulu, kawasan membeli belah bebas cukai Pengkalan Kubor juga hasil peninggalan BN dahulu.

Kepada rakyat di Parlimen Tumpat,Dun Pasir Pekan,Dun Wakaf Bharu dan Dun Kelaboran,tolaklah calon-calon PAS dalam p/raya akan datang. Sesungguhnya mereka buka orang bekerja sebaliknya orang yang hanya tahu bercakap kosong dan memfitnah sepanjang masa.

Berilah peluang kepada wakil-wakil rakyat BN memajukan kawasan anda dan mempertingkatkan sosio ekonomi anda semua. BN telah membuktikannya sewaktu memerintah Kelantan dahulu. Cuma sayangnya jodoh tak panjang. Jika tidak sudah tentu Tumpat sekarang setaraf dengan Melaka . Segalanya ada di Tumpat,pantai,sungai,pulau, kraftangan,makanan sedap-sedap dan ‘cek mek molek pun comel-comel.’

Cuba anda semua bayangkan,jika BN tidak pernah memerintah Kelantan sebelum ini, bagaimanakah keadaan negeri tersebut sekarang. Adakah seperti Bangladesh,Nepal atau Pontianak di Indonesia ataupun contoh terdekat adalah Tak Bai yang terletak hanya seberang sungai.

Kepada pengundi Bagan Pinang,jangan pilih calon Pas sebagai Adun anda. Jangan gelapkan tempat anda. Jalan mesti ke depan,bukan ke belakang




Ini Pekan Tumpat atau Tak Bai ?
'Kejayaan' Pas selama 19 tahun memerintah Kelantan
'Pembangunan' yang dibawa oleh Pas
Awas ! Ini bukan di Bagan Pinang, tapi di Tumpat,Kelantan
Ahli Parlimen standard tinggi,kawasan sendiri macam haprak
Inilah stesen bas Pekan Tumpat. Saya tak pasti samada ianya layak dipanggil stesen bas atau padang bas
Adakah anda mahu Bagan Pinang jadi begini ?
Sedih hati melihatnya
Pasar yang dibina semasa parlimen ini dipegang oleh BN dan BN memerintah Kelantan

Ruang niaga yang terhad menyebabkan peniaga terpaksa berniaga di luar
Pasar baru perlu dibina. Nak harapkan Pas yang bina. Tunggu sampai kiamatlah...
Peniaga terpaksa berperang dengan panas dan hujan
Peniaga wanita mendominasi perniagaan,yang jantan entah ke mana
Rakyat rajin dan kreatif, tapi pemimpin negeri bodoh...
Kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor yang dibangunkan oleh Kerajaan BN semasa memerintah Kelantan


NIZAR OII !!! PAS DAH JANGKA KALAH DI BAGAN PINANG





RBF kini di Bagan Pinang sebagai menyambut seruan jihad yang dlancarkan oleh Ketua Pemuda Pas. Sebagai orang Islam kita diwajibkan menyambut seruan jihad dan diharamkan meliwat atau bersekongkol dengan peliwat.

Setibanya RBF disini ,saya sungguh terkejut melihat poster-poster calon Pas. Ianya boleh dikira dengan jari. Yang banyaknya adalah bendera,bunting atau banner yang boleh dikitar semula. Tiada poster-poster calon seperti PRK yang ditandingi oleh Pas di tempat lain.

Pada hemah saya, Pas sudah jangka mereka akan kalah dalam PRK Bagan Pinang,sebab itu mereka tidak mahu keluarkan modal yang banyak untuk kos mencetak poster. Mereka hanya gunakan bahan kempen yang boleh dikitar semula yang boleh digunakan dalam PRK atau PRU yang akan datang.

Walau bagaimanapun kutipan derma tetap dari orang ramai tetap diteruskan atas nama tabung PRK Bagan Pinang. Tapi poster calon buat sedikit sahaja. Baki masuk kantung PAS. Kalau tak menipu,bukan Pas namanya.

Kerana kekalahan telah dihidu ,sebab itulah PAS banyak membuat onar di Bagan Pinang.

Tunggu laporan seterusnya dari RBF di Bagan Pinang.

Thursday, October 8, 2009

NIZAR OIII !!! PAS CARI JALAN HALANG PRK BAGAN PINANG

PAS sudah menghidu akan kekalahan mereka di Bagan Pinang. Mereka sendiri sedar perkara ini melalui kempen-kempen,serta ceramah-ceramah mereka yang tidak mendapat sambutan sangat -sangat.

Jadi sebelum mereka kalah,maka mereka akan mencari pelbagai jalan atau helah supaya PRK ini ditangguhkan atau dibatalkan. Supaya mereka tidak malu kerana kalah.

Semalam mereka cuba untuk mendapatkan perintah mahkamah dan hari ini mereka sengaja mencari gaduh sana-sini supaya keadaan tidak tenteram dan PRK ditangguhkan.

Anda percayalah cakap saya, sehari dua pelbagai lagi peristiwa-peristiwa pelik akan dikarang oleh PAS di Bagan Pinang.

Sudah tujuh PRK sebelum ini,tidak pernah timbul pun isu Umno samseng atau mafia. Alih-alih bila tiba di Bagan Pinang ,tiba-tiba sahaja isu Umno samseng didendangkan. Kalau Umno nak samseng,kesemua PRK sebelum ini Umno dah jadi samseng,tidak perlu tunggu di Bagan Pinang.

Apa gunanya Umno nak samseng di Bagan Pinang,kerana mereka berada dalam keadaan selesa dan ini akan menjejaskan undi mereka.

Kesimpulannya, Umno tidak samseng, semua ini direka oleh PAS diambang detik-detik kekalahan pertama mereka di dalam Rally PRK penggal ini.


PEMBOHONGAN KELAS EMPAT OLEH PAS



RBF ingin menawarkan ganjaran sebanyak RM 8000.00 kepada sesiapa yang berjaya memberikan gambar mamat diatas sedang ditetak oleh Pemuda Umno,sepertimana yang dilaporkan disini.

Kalau nak tipu pun berhati-hati sikit. Saja nak cari populariti politik. Sendiri potong baju,kemudian kata Pemuda Umno tetak.

Kemudian ambil air sirap curah dan sapu di muka sendiri. Lepas itu kata orang Umno buat. Podah chittttt.....nak tipu pun biar kelas 1, jangan tipu kelas 4.

Kepada pembaca, anda lihat gambar pertama terlebih dahulu.

Perhatikan dalam bulatan kuning,anda lihat kesan 'darah sirap' di muka mamat terbabit. Nampak sangat ambil sirap kemudian sapu dengan berus warna. Jalur 'darah' di mukanya nampak sangat seperti dilukis-lukis.

Kemudian lihat pula gambar kedua.

Kesan koyakan dibajunya nampak bukan kesan tetakan, tetapi kesan yang dihiris sendiri. Jika betul ditetak dengan parang,sudah tentu kulit mamat tersebut sudah penuh dengan darah dan kesan tetakan. Anda boleh melihatnya dengan jelas,tiada langsung kesan cedera pada kulit mamat tersebut melainkan bajunya yang dihiris dengan pisau. Kemudian ambil sirap sikit ,letak dibaju.

Yang menjadi mangsa adalah mamat yang berlakon tersebut. Sampai mati pun orang akan gelak kepada beliau setiap kali terjumpanya. Tapi apa nak buat lagi,mungkin mamat tersebut telah dijanjikan syurga oleh PAS.

Syabas Parti 'Islam' Semalaysia. Teruskan menipu.

Wednesday, October 7, 2009

NIZAR OIII!!! BILA NAK KALAH MACAM-MACAM CERITA

Hatiku tersenyum keseorangan bila membaca artikel ini.

Kalau dah nak kalah macam-macam ceritalah kerana nak tutup malu.

Nak 'control macho' lah tu.

Dulu semasa PRK Kuala Trengganu pun sama juga. Apa yang PAS tak kata hari-hari. Bila dah menang dia senyap terus. Sedikit pun tiada permohonan maaf oleh PAS terhadap SPR.

Kepada petugas BN di Bagan Pinang, dengar nasihat RBF ini....

Menang dah tentu BN akan menang disana. Tapi jangan menang dibawah 2000 majoriti undi. Moral BN kalah kalau menang di bawah 2000 undi,sepertimana malunya PAS bila mereka menang 65 undi di Manek Urai.

Petugas BN ,kena letak sasaran pastikan calon PAS hilang wang deposit atau kemenangan dengan majoriti 4000 undi ketas. Jika sasaran itu berjaya, barulah BN menang bergaya.