Monday, January 9, 2012

Perjuangan Anwar Amat Kotor - Hasan Ali


“Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim,” kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali malam tadi. 

“Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa amat kotor, ini yang saya perjuangkan.


Selanjutnya baca di sini



Langgar Semua Persetujuan



Persetujuan yang mereka capai dengan polis telah dilanggar.

Ucapan supaya menimbulkan huru-hara.

Kah...Kah...Kah...DAP Tolak Pas Sebagai PM

Sekutu Pas dalam pakatan rakyat, DAP tidak bersetuju sekiranya Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik menjadi Perdana Menteri.

Sumber DAP memberitahu, pemimpin parti itu akan menolak cadangan tersebut jika pakatan rakyat berjaya membentuk kerajaan baru pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang dipecat keahliannya daripada parti itu hari ini, sebelum ini mencadangkan agar salah seorang daripada kedua-dua pemimpin Pas tersebut dilantik sebagai Perdana Menteri. 

Penolakan terhadap pemimpin Pas itu juga dipercayai ada kaitan dengan pengumuman DAP hari ini yang menyatakan sokongan penuh terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri walau apa pun keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes liwat Ketua Pembangkang itu esok.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh berkata, DAP tidak memerlukan Perdana Menteri alternatif kerana yakin Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan disabitkan kesalahan.

Isu pelantikan Perdana Menteri kalangan pemimpin pembangkang timbul ekoran keyakinan mereka bakal membentuk kerajaan baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Anwar juga menegaskan, beliau tetap akan menjadi Perdana Menteri walaupun mahkamah yang akan membuat keputusan kes liwat beliau esok menjatuhkan hukuman penjara terhadapnya atas dakwaan meliwat pembantu peribadinya.

Ketua Pembangkang itu berkata, beliau yakin akan dibebaskan daripada penjara apabila pakatan rakyat membentuk kerajaan baru kelak dan sementara dibebaskan, seorang Perdana Menteri sementara akan dilantik.

Difahamkan, pemimpin DAP lebih rela tempat tersebut diambil oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali


Puak-puak ni semua dah nak hancur kawan-kawan oiiiii....

Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya....

Memanglah DAP nak Anwar atau Azmin sebagai PM supaya senang nak blackmail. Semua rahsia dua orang itu ada ditangan mereka.

 

Sunday, January 8, 2012

Demi Seekor Peliwat Orang Sendiri Dikorbankan



Saat kehancuran Pas sudah makin dekat oiiii....

Ini semua adalah kifarah Allah keatas orang yang melacurkan agama Allah semata-mata untuk politik.

Daripada dulu lagi saya selalu cakap Pas akan hancur kerana Anwar.

Hari ini telah terbukti, kerana seorang peliwat , seorang pejuang Pas yang telah lama berjuang dan berkorban segala-galanya untuk Pas dipecat.

Bercakap berdegar-degar kononnya merekalah pejuang demokrasi tulen dalam negara ini.

Ptuihhhhhhhhhhhhhhh......

Bercakap sikit pun dah kena pecat. 

Demokrasi apa ke bendanya ?

Dalam Umno, Ku Li bercakap macam suara pembangkang , tapi tak kena pecat pun.

Rakan-rakan semua, perjuangan kita sudah hampir sampai ke kemuncaknya. 

Saat kehancuran Pas sudah makin dekat. 

Tinggal sikit sahaja lagi.

Cari Skrip Lainlah Pula Kak Wan Oiiii....


Malas nak tulis panjang...

Dah boring dengan skrip yang sama digunakan keluarga Anwar Ibrahim.

Tahun 1998 - Anwar disuntik dengan virus HIV

Tahun 2001 - Anwar diracun dengan racun arsenik

Tahun 2011 - Kenderaan dinaiki Wan Azizah disabotaj

Tahun 2012 - Pengawal peribadi Azizah disuntik dengan morfin.

Carilah skrip lain pula Kak Wan oiiiiii......

Jam omega mana Kak Wan ?

Esok kedutaan manakah yang akan menjadi pilihan Anwar untuk melarikan diri ?


Saturday, January 7, 2012

Laporan Polis


Fariz Musa nyata ketakutan dan kebimbangan sekiranya dia tercampak keluar dari lingkaran yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Atau dengan kata lain, dia sangat bimbang sekiranya dia tidak lagi dipercayai oleh kawan-kawan PKRnya jikalau cerita sebenar pertemuannya dengan Saiful Bukhari Azlan didedahkan.

Hidup orang PKR penuh dengan keraguan, angan-angan dan ketakutan. Mereka ragu-ragu tentang orang lain. Mereka berangan-angan yang segala impian mereka akan terlaksana dan mereka sangat ketakutan sekiranya apa yang mereka inginkan tidak kesampaian. .

Apabila RBF Online menyiarkan berita tentang Fariz Musa menemui Saiful dan percaya serta bersimpati dengan nasib malang yang menimpa Saiful Bukhari Azlan, para cybertrooper PKR terutama yang menamakan diri mereka sebagai Jingga 13, jadi kelam-kabut.

Pagi tadi, mereka berhimpun di Restoran Pelita Plaza Masalam Shah Alam untuk membincangkan perkara itu dan mencari solusi kepada permasalahan yang lebih besar serta kehilangan sokongan sekiranya laporan RBF Online tidak ditangani dengan cara terbaik.

Menariknya, Fariz Musa juga ada sekali dalam pertemuan tersebut.

Akhirnya satu solusi dicapai, Jingga 13 mengambil inisiatif untuk membuat laporan polis terhadap Saiful Bukhari Azlan kerana melakukan 'FITNAH' menerusi blog pro-UMNO (RBF Online). Mereka tidak membuat laporan polis terhadap RBF Online tetapi Saiful Bukhari Azlan kerana sekarang ini merupakan individu terpenting dalam perbicaraan Anwar Ibrahim.

Fariz Musa dalam kenyataannya menyatakan, dia bertemu dengan Saiful secara TIDAK SENGAJA. Dan pada ketika dia bertemu Saiful, Saiful bersendirian, sedang menghisap rokok, keluar dari tandas dan memakai topi.

Paling menarik, mulanya Fariz Musa bertemu dengan Saiful secara kebetulan bersama isteri dan seorang kawan yang menumpang keretanya. Kemudian pada perenggan berikutnya, terserempak dengan Saiful dan berborak seketika dan akhir sekali, bertemu Saiful keluar dari tandas...

Ada tiga senario seperti yang terkandung dalam kenyataan 'terburu-buru' yang dikeluarkan oleh blogger Jingga 13 itu....

Takkanlah Jingga 13 yang dapat peruntukan juta-juta ringgit itu dan bekerja semata-mata untuk Anwar Ibrahim boleh melakukan kesilapan mudah sebegitu rupa? Atau Fariz Musa sudah terlalu gabra sebab rahsianya terpecah sehinggakan dia tidak mampu berfikir secara rasional selain mencari jawapan agar dia tidak dipersalahkan kerana percaya dengan kisah Anwar meliwat Saiful Bukhari Azlan!!!
 
Dipetik dari blog flying kick
 
Persoalan pokok yang saya nak beritahu sudah tercapai, iaitu memang benar berlaku pertemuan antara Fariz dengan Saiful. 
 
Soal-soal lain tak penting. Yang penting ada berlaku pertemuan. 
 
Jika maklumat yang sampai kepada saya salah mengenai apa yang dibincangkan dalam pertemuan itu , tidak menjadi masalah untuk saya memohon maaf. Pokoknya, ada berlaku pertemuan dan mereka berbual-bual. 
 
Fariz mungkin boleh kelentong apa yang dibualkan. Tetapi yang penting ada berlaku pertemuan.  
 
Soal sial atau tuah tak penting, yang penting ada berlaku pertemuan.

Soal repot polis atau saman tidak menjadi masalah, yang penting ada berlaku pertemuan.

Tiga lagi rahsia silam ada di tangan aku.

Noktah.....

Friday, January 6, 2012

Fariz Musa Bertemu Saiful di Lebuhraya Pantai Timur


Sepertimana yang dijanjikan, ahli majlis pimpinan PKR yang berjumpa dengan Saiful dan doakan kejayaan kepada Saiful adalah individu seperti gambar diatas. Namanya Fariz Musa. 

Pertemuan berlaku pada hari raya haji yang lepas. 

Tempatnya di Hentian Sebelah Lanchang Lebuhraya Pantai Timur arah Kuantan ke Kuala Lumpur.

Pertemuan berlangsung lebih kurang 15 minit.

Dalam pertemuan itu Fariz mendengar penjelasan dari Saiful apa sebenarnya yang terjadi berhubung kes liwatnya.

Tidak ada sebarang pertengkaran atau apa-apa yang tidak baik berlaku dalam pertemuan itu. Ianya berlangsung dengan cukup mesra.

Video rakaman pertemuan tersebut ada di tangan seseorang dan akan didedahkan sekiranya Fariz menafikan pertemuan itu. 

Sekarang zaman teknologi, semua orang ada kamera dalam poket. 

Sebelum berpisah Fariz ungkapkan doa kejayaan kepada Saiful.

Apabila mendengar kisah ini saya teringatkan peristiwa pertemuan Saiful dengan Ezam sehari sebelum beliau membuat laporan polis diliwat oleh Anwar. Pertemuan Saiful dengan Ezam juga berlangsung di lebuhraya. Berhampiran plaza tol Bukit Beruntung.

Nampaknya Fariz mengikut cara bekas bosnya dengan mengadakan pertemuan di tempat-tempat yang orang tak syaki. Jika pertemuan diadakan di hotel-hotel atau di restoran-restoran sudah tentu ianya mudah menjadi perhatian ramai dan Fariz akan kantoi. Ingatkan apabila bertemu di lebuhraya dia akan selamat. Rupa-rupanya kantoi juga...

Mungkinkah Ezam yang terlibat mengaturkan pertemuan tersebut ?

Fariz sudah dengar dari mulut Saiful sendiri apa yang terjadi dan dia telah tahu bagaimana buruknya perangai Anwar, dan boleh dikatakan semua pemimpin-pemimpin PKR sudah tahu perkara tersebut. Tetapi mereka tetap nak melembukan orang ramai agar berhimpun di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 9.Jan.2012. 

Sampai bilakah anda semua hendak dibodohkan oleh Anwar ?

Anu Anwar yang sedap. Susah payah anda yang tanggung. 

Pemimpin PKR sendiri pun selama ini yang memaki hamun Saiful dengan pelbagai kata-kata nista sanggup jumpa Saiful untuk dengar dari mulutnya sendiri dan boleh doakan untuk kejayaan Saiful, jadi tak usahlah anda semua nak diperbodohkan oleh Anwar dan Azmin.

Sekiranya Fariz Musa yakin Saiful berbohong dan Anwar benar-benar difitnah, selepas jumpa Saiful tempohari dah tentu dia buat sidang media umumkan perkara tersebut. Tapi selepas jumpa Fariz diam seribu bahasa. Itu tandanya dia tahu Saiful berada di pihak yang benar dan dia percaya kepada Saiful. Lagi satu kalau dia tak yakin dengan Saiful, tak mungkin dia boleh doakan kejayaan kepada Saiful.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Doakan Kejayaan Saiful


Seorang ahli majlis pimpinan PKR peringkat pusat telah berjumpa dengan Saiful Bukhari dan luangkan selama 15 minit 'berbual mesra' dan diakhiri dengan doa terhadap Saiful supaya berjaya dalam kesnya dengan Anwar Ibrahim.

Siapa orang itu ?

Bila ? 

Dimana ?

Semuanya akan saya siarkan jam 3 petang ini.

Shamsul Iskandar Nak Lawan Ali Rustam


AYER KEROH - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin bersedia mencabar Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di mana-mana kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13. 

Shamsul Iskandar berkata, beliau sanggup menggalas cabaran itu sekiranya ada muafakat dan persetujuan daripada pucuk pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR), terutama PKR sendiri. 

Menurutnya, iklim politik hari ini, khasnya di kerusi Dewan undangan Negeri Bukit Baru iaitu kawasan Mohd Ali dilihat sudah berubah kerana masyarakat mula terarah kepada PR. 

“Saya terkejut apabila melihat sokongan masyarakat, bukan sahaja di kalangan orang Melayu, malah kaum lain seperti Cina dan India turut memberi isyarat jelas bahawa mereka mahukan perubahan pada pilihan raya kali ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menyertai ceramah umum PR yang turut disertai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Sin Hoe, Bukit Baru semalam. 

Turut hadir Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Pesuruhjaya Pas Melaka, Adly Zahari. Shamsul Iskandar berkata, pimpinan yang dibawa kerajaan BN di Melaka sejak beberapa penggal terbukti gagal ditangani dengan baik, sebaliknya meninggalkan beban hutang sehingga RM800 juta. 

“Kita melihat projek yang dibawa Mohd Ali, kebanyakannya tidak membawa manfaat kepada rakyat negeri ini seperti monorel dan pembinaan lapangan terbang. 

“Baru-baru ini juga, kita turut dikejutkan dengan pendedahan Laporan Audit Negara yang menyatakan dua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini mengalami defisit. 

“Justeru sudah sampai masanya, rakyat memilih calon PR yang mengamalkan ketelusan, cekap dan membawa keharmonian kepada rakyat,” katanya. 


Komen rbf :  kah...kah....kah...kah....

jangan sampai terkencing dalam seluar lagi beb....

sampai masa pilihanraya kau lari pergi Trengganu pula.....


Apa pula komen anda ?

Tuesday, January 3, 2012

DAP Ganti PAS Semakin Menjadi Kenyataan



Tagline asalnya yang diperkenalkan oleh Pas adalah PAS GANTI UMNO. Ianya mula diperkenalkan dalam satu majlis khas di Shah Alam tidak lama selepas kekalahan Pas dalam PRK Dun Galas.

Semasa PRK Dun Kerdau tagline tersebut telah ditukar kepada DAP GANTI PAS.

Semakin hari tagline berkenaan semakin popular sehingga turut digunakan oleh pemimpin-pemimpin Umno. Tan Sri Muhyiddin Yasin sendiri turut menggunakannya sewaktu ucapan perasmian mesyuarat agung tiga sayap Umno yang lepas.

Pemimpin-pemimpin Pas sungguh marah apabila tagline asal mereka ditukar.

Kini para pemimpin Pas tidak perlu lagi marah atau menafikan tagline berkenaan. Semakin hari ianya semakin menjadi kenyataan walaupun PRU belum menjelma lagi.


Bagaimana Pas nak ganti Umno jika kerusi yang ditandingi Pas pun berkurangan dari kerusi yang ditandingi Umno. Saya pernah menulis perkara berkenaan beberapa bulan lepas. Klik di sini.

Itu baru satu bukti yang Pas tak mampu ganti Umno dan DAP yang sebenarnya akan ganti Pas.

Beberapa hari lepas, Pas Johor membuat kenyataan mengatakan mereka akan mengurangkan kerusi yang ditandingi mereka dalam PRU akan datang berbanding dalam PRU lepas (2008).

Kata mereka lebihan kerusi berkenaan akan diserahkan kepada DAP dan PKR. Klik di sini

Apa cerita beb ?

Kata nak ganti Umno , tapi kerusi serah kepada DAP. 

Bukankah itu dinamakan DAP GANTI PAS ?

Dah dua bukti Pas yang Pas tak mampu ganti Umno dan DAP yang sebenarnya akan ganti Pas.


Terbaru di Melaka...

Akhbar hari ini melaporkan tentang strategi yang sedang diatur oleh DAP untuk menawan Melaka. Mengikut laporan berkenaan, Adun DAP Kesidang , yang juga ketua pembangkang Dun Melaka, Goh Leong San akan dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka sekiranya pakatan mereka berjaya menawan Melaka dalam PRU akan datang. 

Apa cerita Pas oiiiiii ?

Sepatutnya apabila Ketua Menteri dari Umno diturunkan ianya perlu digantikan dengan Ketua Menteri dari Pas kerana Pas kata mereka ganti Umno. Yang berlaku sebaliknya pula. Kerusi KM yang sepatutnya diduduki oleh Pas telah diambil oleh DAP.

Tidakkah itu DAP telah menggantikan PAS ?