Monday, March 23, 2009

MUHYIDDIN SERAH TENGKUK UNTUK DIPANCUNG


Umum mengetahui yang BN mengalami kekalahan yang teruk dalam pilhanraya umum ke 12 (2008) sehingga gagal mencapai majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.Inilah pencapaian BN yang paling buruk selepas 1969.


Selepas itu bermacam cerita yang kita dengar mahukan Pak Lah mengambil tanggungjawab atas kekalahan tersebut.Tetapi hanya ikan-ikan bilis sahaja yang berani bersuara.Tiada pun ikan jerung yang berani buka mulut untuk mendesak Pak Lah meletak jawatan.Pada masa itu ada juga khabar angin yang tersebar kononnya bekas TPM, Tun Musa Hitam datang bertemu Pak Lah di kediaman beliau dan menasihati Pak Lah agar berundur,dan perbincangan Pak Lah ,Musa Hitam tersebut didengari oleh anak lelaki Pak Lah (Kamaludin) ,lalu Kamal naik angin mendengar kata-kata itu dan memarahi Musa Hitam lantas Kamal keluar daripada bilik perbincangan tersebut sambil menghempas pintu dengan kuat. Sejauh mana kebenaran cerita ini,saya pun tidak pasti.Walahualam.


Melihat kepada keadaan pada masa itu tiada pemimpin Umno yang berani bersuara maka Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) telah mengambil langkah berani apabila beliau secara terbuka mengeluarkan kenyataan meminta peralihan kuasa dilakukan demi menyelamatkan Umno dan BN.Ramai yang angkat ”tabik spring” kepada TSMY pada masa itu,kerana keberanian beliau.Rentetan daripada keberanian beliau itu , mengundang akhbar Mingguan Malaysia menemubual beliau seperti yang disiarkan pada hari Ahad,13.Apr.2008.(saya akan siarkan temubual tersebut di dalam posting selepas ini)



Sebelum wartawan dari akhbar tersebut menemubualnya,TSMY dengan serius telah berpesan kepada wartawan tersebut "kamu tulislah apa yang saya katakan,biar orang tahu apa pandangan sebenar saya". Itulah keberanian yang ada pada TSMY.Beliau sanggup mengambil risiko yang tinggi demi keutamaan agama,bangsa,negara dan parti.





Setelah perbincangan demi perbincangan diadakan ,maka Pak Lah telah mengambil keputusan untuk berundur pada Jun 2010.Keadaan menjadi reda seketika,walaupun kebanyakan ahli akar umbi masih tidak berpuashati kerana ianya terlalu lama dan boleh melemahkan lagi Umno serta BN.



Sekali lagi TSMY membuat keputusan yang mengejutkan dunia politik tanahair.


TSMY menyeru supaya tempoh peralihan kuasa difikirkan semula ketika bercakap kepada pemberita Malaysia yang membuat liputan persidangan FORBES di Singapura.Ini memperlihatkan beliau seorang yang berani dan tegas dalam mempertahankan sesuatu perkara.


Tindakan TSMY ini ibarat menyerahkan tengkuk beliau untuk dipancung demi mempertahankan Umno dan Negara.Beliau rela kehilangan jawatan daripada kehilangan Umno dan Negara.Di zaman ini tidak ramai manusia yang sanggup berbuat begini.Tetapi tidak sesekali kepada manusia yang bernama Muhyiddin.Inilah semangat darah pahlawan Umno yang mengalir dalam diri anak Johor ini.Tidak sesekali takut dan gentar.Orang seperti inilah yang dikehendaki oleh kita untuk dijadikan sebagai pemimpin.Takbirrrrrrrrrr.....


Ramai pemerhati politik pada masa itu menjangka Pak lah akan memecat TSMY sebagai Menteri dan dalam masa yang sama juga telah tersebar berita kononnya TSMY telah mengarahkan pegawai-pegawainya agar bersiap sedia mengosongkan pejabat beliau di MITI Jalan Duta, kerana beliau akan dipecat.


Kita manusia hanya mampu merancang dan berkata-kata,ALLAH jua yang menentukan.Yang benar tetap benar, yang penting apa yang dilakukan oleh TSMY adalah ikhlas bukannya ada agenda politik peribadi.Dengan kehendak dan izin ALLAH , sehingga ke hari ini beliau tetap kekal sebagai Menteri di MITI. Kita sebagai manusia juga harus ingat pada kata-kata ini, ALLAH SENTIASA BERSAMA ORANG-ORANG YANG BENAR.


Semakin lama cerita peralihan kuasa ini semakin panas dan semakin lama dibincangkan,maka pada bulan September 2008 Pak Lah telah memanggil satu mesyuarat khas MT dan telah mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno dan bersetuju peralihan kuasa dipercepatkan daripada Jun 2010 kepada Mac 2009.


TAKBIR..........


TERIMA KASIH TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN.



Cerita –cerita berkenaan TSMY tidak berakhir disitu sahaja. Ada yang berkata beliau lebih ghairah untuk mendapat kedudukan dalam hirarki tertinggi Umno.


Cakap-cakap orang memang susah untuk kita halang. Orang tua-tua berkata mulut tempayan lebih senang ditutup berbanding dengan mulut manusia walaupun mulut tempayan lebih besar daripada mulut manusia. Dalam kita membuat sesuatu keputusan ianya mesti ada pro dan kontra. Ada yang menyokong dan ada yang membenci.


Walau apa pun keputusan yang disukai ramai mesti diambil kira.Ini terbukti melalui pencalonan yang diperolehi oleh TSMY. Daripada 191 bahagian Umno di seluruh negara , TSMY mendapat pencalonan tertinggi iaitu 91 pencalonan.Sekali ganda berbeza dengan pencalonan yang diperolehi oleh dua pencabar beliau Ini menunjukan apa yang diperkatakan oleh TSMY sebelum ini mendapat sokongan ahli-ahli Umno seluruh negara.


Keberanian TSMY mendesak peralihan kuasa ini dipercepatkan juga adalah untuk menyelamatkan maruah Pak Lah selain daripada menyelamatkan Umno.Ianya ibarat serampang dua mata. Jarang kita dapat melihat keberanian seorang ”anak buah ” menegur seorang ”bosnya” untuk memelihara maruah ketua beliau.Kebanyakan orang suka membodek Sesungguhnya Pak Lah harus berterima kasih kepada TSMY.




Kenapa saya berkata begitu ? Ini kerana selepas PRU 2008 ,sindrom marahkan Pak Lah dikalangan ahli-ahli Umno membuak-buak.Secara kebetulan Umno akan mengadakan pemilihan pada bulan Disember 2008. Jika TSMY tidak mendesak Pak Lah berundur ,saya yakin seratus peratus Pak Lah akan dicabar dalam pemilihan Umno tersebut. Apabila dicabar saya sekali lagi yakin seratus peratus Pak Lah akan tewas dalam perebutan jawatan Presiden kerana sindrom marahkan Pak Lah amat tinggi pada masa itu. Walaupun Datuk Sri Najib (DSN) pada masa itu mengumumkan yang beliau tidak akan bertanding jawatan Presiden.Tetapi tidak ada jaminan tokoh-tokoh lain tidak akan menentang Pak Lah.Dalam masa yang sama juga Ku Li telah menggerakan jenteranya.


Walaupun DSN mengatakan beliau tidak akan bertanding jawatan Presiden,tetapi jika mendapat gerombolan pencalonan ,tidak mungkin DSN mampu menolaknya. Kerana beliau juga jarus menjaga karier politik beliau dan suara ahli akar umbi.


Cakap-cakap diatas semakin menjadi kenyataan.Mesyuarat bahagian Umno akan bermula pada Oktober 2008. Pada bulan Ogos dan September 2008 cakap-cakap yang bahagian-bahagian Umno seluruh negara akan mencalonkan DSN ke jawatan Presiden Umno semakin kuat. Ada yang mengatakan Pak Lah tidak akan mendapat cukup kuota untuk bertanding jawatan Presiden. Saya yakin dengan cakap-cakap tersebut.Dan akhirnya Pak Lah memilih jalan selamat iaitu mendengar pandangan TSMY dengan memilih jalan peralihan kuasa dipercepatkan.


Jika tidak nama Pak Lah sekali lagi akan tercatit dalam lipatan sejarah politik tanahair,iaitu penyandang jawatan Presiden Umno,Pengerusi BN dan Perdana Menteri tewas dalam pertandingan merebut jawatan Presiden Parti yang beliau wakili.


Sebelum ini sudah pelbagai sejarah yang dicipta oleh Pak Lah sepanjang menjadi PM selama enam tahun.Antara sejarah yang pernah dicatit oleh Pak Lah sebelum ini adalah pencapaian terbaik BN dalam PRU 2004,pencapaian terburuk BN dalam PRU 2008.Bernikah sewaktu menjawat jawatan PM.Melantik menantu sebagai penasihat khas.Menantu dan bapa mertua sama memegang jawatan tertinggi dalam parti.Naik kan harga minyak sebanyak 30 sen dan 70 sen dan pelbagai sejarah lagi.


Sesungguhnya Pak Lah dan penyokong-penyokong beliau harus berterima kasih kepada TSMY kerana berani menegur Pak Lah secara terbuka demi menjaga maruah Pak Lah.Cuba anda semua bayangkan jika tanpa teguran daripada TSMY sudah tentu Pak Lah masih enak dibuai mimpi (yes ,we still have a strong goverment,walaupun tidak mendapat majoriti 2/3) dan akhirnya kalah dalam pemilihan Umno.


TSMY pernah mengatakan ”kita mesti mengatakan yang benar walaupun yang benar itu pahit untuk didengar”. Dan TSMY sudah mengotakan apa yang dikatakan oleh beliau itu.Walaupun pahit untuk diterima tetapi Pak Lah harus menerimanya.


Satu persoalan saya ,dimana dua orang lagi calon Timbalan Presiden sebelum ini sewaktu TSMY bersuara tentang peralihan kuasa ? Kenapa mereka tidak berani bersuara pada masa itu ? Pada hakikatnya mereka sendiri pun bersetuju jika Pak Lah berundur.


Tetapi bila orang lain sudah buka jalan,mereka pula yang tiba-tiba terlebih-lebih menonjol. Inilah yang dikatakan LEMBU PUNYA SUSU ,SAPI YANG DAPAT NAMA.


Sekalung tahniah diucapkan kepada Pak Lah kerana sudi mendengar pandangan TSMY, yang mewakili suara ahli akar umbI.


Sekalung tahniah juga kepada TSMY kerana berani bersuara walaupun pahit untuk ditelan. Jika kita hendak tunggu 2012 atau 2010 sudah pasti Umno akan hancur terlebih dahulu.J asa mu tetap di kenang wahai TSMY. Sesungguhnya Tan Sri adalah seorang pemimpin yang berani dan berkaliber serta layak untuk menyandang jawatan Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri.


Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan TSMY.


Sunday, March 22, 2009

ANWAR IBRAHIM GERUN !

GANDINGAN YANG MENGGERUNKAN ANWAR IBRAHIM

INILAH DUA PEMIMPIN YANG LAYAK DIPILIH UNTUK MENERAJUI KEPIMPINAN UMNO DAN NEGARA.

Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan suatu nama yang asing dalam politik dan pentadbiran negara. Beliau telah melalui pelbagai era kepimpinan sejak zaman Tun Hussien Onn. Beliau juga telah menempuh gelora politik yang melanda namun tabah dan cekal menggapai gelombang demi perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara.

Tan Sri Muhyiddin Yassin matang pada usia muda. Ketika rakan sebaya masih berusaha membina kehidupan, beliau telah mengetuai sebuah kerajaan. Beliau mampu mengemudi bahtera UMNO dan kerajaan negeri mengharungi taufan dan badai hingga diseganikawan dan juga lawan. Sentuhannya di peringkat pusat sentiasamenyemarakkan suasana. Muhyiddin Yassin kepimpinannya terbukti dan teruji.

UNTUK PROFAIL DAN SEJARAH PERJALANAN POLITIK TAN SRI MUHYIDIN,SILA KLIK DISINIhttp://parpukari.blogspot.com/2009/03/biografi-lengkap-tan-sri-muhyiddin.html

Thursday, March 19, 2009

KETUA AMK KENCING DALAM SELUAR

Awal pagi tadi saya menerima satu sms yang berbunyi begini daripada seorang teman yang boleh dikatakan "infomer" yang boleh dipercayai. Apabila membaca sms ini saya termenung seketika,kerana sukar untuk saya mempercayainya dan menggeletek hati saya.Tetapi saya terfikir balik,kebanyakan maklumat yang diberi oleh "informer" ini kebiasaannya tepat .

Sms tersebut berbunyi begini :KISAH BENAR YANG MEMALUKAN-KETUA ANGKATAN MUDA PKR,SAMSUL ISKANDAR HANYA BERLAGAK BERANI SELAMA INI.HAKIKATNYA BELIAU ADALAH SEORANG PENAKUT.BUKTINYA TELAH NYATA HARI INI,BELIAU TERKENCING DALAM SELUAR DI DALAM KERETA YANG DINAIKINYA SEWAKTU KERETANYA DIKERUMUNI OLEH PENYOKONG-PENYOKONG ALI RUSTAM DI PEJABAT SPRM MELAKA HARI INI.TAHNIAH KEPADA PKR KERANA BERJAYA MENCIPTA SATU LAGI SEJARAH BARU DALAM POLITIK NEGARA.LIWAT,GAMBAR BOGEL,ANAK LUAR NIKAH,LEMBU KORBAN,KENCING DALAM SELUAR.MOHON SEBARKAN SMS INI,ATAU DI LAMAN WEB/BLOG.BIAR DUNIA TAHU SIAPAKAH SEBENARNYA KETUA ANGKATAN MUDA PKR.PENAKUT RUPANYA.

Apabila membaca sms itu,terus terlintas di fikiran saya,selama ini bertahun-tahun pemuda PAS & PKR menggelarkan Ketua Pemuda Umno Malaysia sebagai pondan.tetapi hari ini wajah sebenar pemuda PKR yang kita nampak.Rupanya mereka ini mulut sahaja besar,tetapi hati penakut.Belum pernah terjadi atau terdengar di Malaysia seorang ahli politik terkencing dalam seluar kerana takutkan lawannya.

Auw sam...

BLOG BARU ANTI ANWAR


BLOG BARU ANTI ANWAR YANG DIKELOLAKAN OLEH SEORANG SAHABAT KITA BEKAS AHLI PKR.TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SAHABAT KITA INI,KERANA TIDAK TERUS TERTIPU DENGAN MANUSIA ITU.

LAYARI NYA DI http://x-pkr.com/

BARU SETAHUN,SUDAH BERMASALAH.NAK TUNGGU 5 TAHUN KE? HANCUR RAKYAT,HANCUR NEGARA

Pada jam 7.30 malam 18.mac.2008 ,saya menerima satu sms daripada seorang teman yang mengatakan YB Fairuz TKM 1 Pulau Pinang sedang berkemas untuk meninggalkan pejabat beliau atas arahan Anwar Ibrahim.


Saya difahamkan pihak SPRM telah ke pejabat beliau semalam untuk mengambil keterangan daripada beliau.Besar kemungkinan ianya ada kaitan dengan kes kuari yang dibangkitkan oleh Pemuda PKR minggu lalu.
Saya juga difahamkan yang mana baru setahun Fairuz menjadi TKM 1 Pulau Pinang beliau menjalani kehidupan yang agak mewah.Beliau mempunyai BMW 5series dan Mercedes yang dibeli "cash" dan didaftarkan atas nama beliau.

Sama-sama kita menanti peristiwa selanjutnya.Saya difahamkan Anwar Ibrahim akan mengarahkan Fairuz mengosongkan kerusi Dun Penanti.


Jika benar,maka duit Negara kita hanya akan habis melayan kerenah puak-puak PKR sahaja untuk pilihanraya kecil.Mereka sengaja berbuat begini agar "mood" politik tanahair sentiasa panas dan bergelora seterusnya menyebabkan ekonomi Negara menjadi lembab yang mana akhirnya mereka akan menyalahkan Kerajaan BN .

Petikan daripada blog sahabat saya http://x-pkr.com/?p=42

Sumber dalaman menyatakan PKR Pulau Pinang dilanda masalah. TKM1, YB Fairus buat hal lagi. Kali ini lebih dahsyat dan menggemparkan. Krisis membabitkan YB Fairus umpama api dalam sekam yang makan dalam.

Cerita terbaru membabitkan YB Fairus ini didedahkan oleh orang PKR sendiri yang ‘sakit mata dan hati’ setiap kali Fairus melangkah memasuki pejabat beliau di KOMTAR.

Pembantu dan bekas pembantu Fairus berkomplot untuk melipat TKM1 ini. Namun seperti biasa, Anwar tetap ‘control macho’ dalam menghadapi isu Fairus ini. Datuk Zahrain juga akan bersilat menepis segala prasangka buruk terhadap Fairus ini

Kerana kes ini masih dalam siasatan, blogmaster menyanjung tinggi ketelusan pegawai dari agensi berkenaan serta keadilan kepada YB Fairus.

Difahamkan kini Anwar sedang bertungkus lumus mahu menutup pekung tersebut demi menjaga nama baik PKR di mata rakan pakatannya. Apakah bakal ada satu lagi J/Kuasa Siasatan Dalaman yang bakal ditubuh Anwar bagi menutup pekung ini. Sama-sama kita nantikan…….

Wednesday, March 18, 2009

PENGUMUMAN KEPADA AHLI BPN


Harap semua ahli-ahli BPN yang sayang dan cintakan UMNO,BN & MALAYSIA sila siarkan gambar gandingan Datuk Sri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin di blog masing-masing.

Kita harus yakin dan percaya hanya gandingan mereka berdua sahaja yang mampu menyelamatkan parti dan Negara kita dari terus hancur.

Kita perlukan pemimpin No 2 yang berpengalaman,berkualiti,bersih dan kuat untuk membantu Perdana Menteri dalam menempuh rintangan yang bakal mendatang.Tokohnya tak lain tak bukan adalah calon No 01 iaitu TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Sama-sama kita berdoa agar Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berjaya dalam pemilihan Umno yang bakal mendatang sedikit hari sahaja lagi.Dan seterusnya bakal ditabalkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Pinjam kata-kata sahabat kita GAP (gerakan anti pkr) http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2009/03/muhyidin-itu-bukan-anwar.html

meletakkan pemain amatur di perlawanan akhir bola sepak piala dunia merupakan kesilapan terbodoh seseorang jurulatih. perwakilan umno yang bertuankan helaian wang pada 24 mac ini tidak akan diampunkan dosanya ! najib dan muhyidin perlu diangkat menjadi ketua negara !

Sunday, March 15, 2009

MUHYIDDIN PALING LAYAK

"MUHYIDDIN PALING LAYAK" Itulah kata-kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri ,Datuk Seri Nazri Aziz dalam wawancara di muka surat 10 Mingguan Malaysia hari ini (Ahad 15.Mac.2009)


Saya sebenarnya menyokong seratus peratus apa yang dikatakan oleh Nazri Aziz,walaupun pada peringkat awal pencalonan dahulu saya lebih condong kepada Tan Sri Muhammad Muhd Taib atas dasar ”Selangorian” dan atas dasar rekod cemerlang zaman pemerintahan beliau di Selangor sebelum ini.


Tetapi sejak kebelakangan ini,atas dasar semangat sayang serta cintakan parti (UMNO/BN),bangsa,agama dan Negara ,setelah memikirkan semasak-masaknya maka saya merasakan saya harus menyokong TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN sebagai TIMBALAN PRESIDEN UMNO.


Saya tidak pasti samada perwakilan G7 + G6 ke Perhimpunan Agung Umno memegang sifat "kenegerian", "KENEGARAAN" atau semangat "kewangan”"dan mungkin juga semangat "gelaran Datuk". Namun saya tetap berharap perwakilan G7 + G6 agar memegang prinsip "KENEGARAAN".


Antara faktor yang menyebabkan saya menyokong TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN adalah kerana


Beliau mempunyai imej yang bersih.Tidak mempunyai imej yang "berat atau tercalar"untuk menjadi pemimpin nombor dua Negara. Beliau juga disenangi dan dihormati oleh rakan-rakan di dalam komponen BN. Ini yang amat penting untuk kesinambungan BN.Yang paling penting beliau sering kelihatan tegas dan serius tetapi tetap mesra rakyat menyebabkan ianya digeruni oleh pembangkang. Orang seperti inilah yang kita mahu untuk mengembalikan semula kekuatan parti dan mempertahankan hak-hak melayu di Negara ini.


Sepanjang beliau menjadi pemimpin, baik di peringkat Negeri atau Pusat belum pernah kita dengar sebarang masalah dilemparkan terhadap beliau.Kalau ada pun hanya satu tuduhan liar yang tidak berasas sahaja yang dilemparkan oleh PAS terhadap beliau kononnya TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN menjual tanah-tanah Johor kepada kaum-kaum Cina Singapura.


Pada saya tuduhan sebegini adalah perkara biasa bagi sebuah parti pembangkang terhadap parti pemerintah.Pada masa itu PAS melihat Johor sebuah kubu kuat BN yang sukar ditembusi dan tiada isu-isu peribadi yang boleh mereka gunakan untuk menyerang TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN, maka mereka gunakan isu tanah-tanah tersebut.




Sebagai seorang pemimpin yang berwawasan dan ingin melihat Negeri yang diperintah olehnya maju TAN SRI MUHYIDDIN bukannya seorang yang sanggup menggadaikan tanah Negeri dan Negara sendiri kepada pihak asing.Sehingga hari ini tidak ada satu bukti pun yang dapat ditunjukan oleh PAS tentang tuduhan tersebut dan TAN SRI MUHYIDDIN sendiri pun tidak pernah dipanggil oleh BPR pada masa itu untuk tujuan siasatan. Kesimpulanya tidak perlulah kita orang yang sesama umno hendak termakan tuduhan PAS itu.Memang itu sudah kerja mereka sebagai pembangkang untuk ”menghancurkan” umno dan begitu juga sebaliknya.


Kalau kita lihat kembali semasa zaman TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN menjawat jawatan MB Johor ,negeri Johor daripada sebuah negeri yang biasa telah bertukar menjadi sebuah Negeri yang hebat sehingga digeruni Singapura.


Ditahun 70-80 an dahulu kita sendiri boleh lihat berduyun-duyun orang Malaysia pergi ke Singapura untuk tujuan membeli-belah,hinggakan jika hendak beli jarum peniti pun pergi beli di Singapura. Anda semua dapat bayangkan atau tidak berapa banyak pengaliran keluar duit Negara kita ke Singapura,dan ini boleh melemahkan ekonomi Negara.


Bermula daripada situ gandingan Mahathir di peringkat Pusat dan Muhyiddin di peringkat Negeri telah memikirkan sesuatu bagaimana untuk mengatasi perkara ini daripada berterusan.Kerana jika dibiarkan berterusan ianya boleh melemahkan ekonomi Malaysia. Maka mereka telah merancang pembangunan besar-besaran di Johor Bharu sehingga menyaingi Singapura.Akhirnya gandingan Mahathir - Muhyiddin ini berjaya.


Pada lewat 80an jumlah rakyat Malaysia yang berbelanja di Singapura semakin berkurangan kerana semuanya telah ada dan lebih murah di Johor Bharu. Keadaan menjadi sebaliknya ,rakyat Singapura pula yang berduyun-duyun berkunjung ke Johor untuk membeli-belah. Ini amat tidak menyenangkan Perdana Menteri Singapura pada masa itu Lee Kuan Yew,hinggakan pelbagai syarat dan tekanan yang dikeluarkannya kepada rakyat Singapura untuk mengelakan duit Singapura mengalir ke Johor secara khusus dan ke Malaysia secara amnya.


Inilah antara KEJAYAAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN semasa menjadi Menteri Besar Johor.Saya amat berharap agar perwakilan G7 + G6 tidak melupakan fakta ini. Bukti ini pun boleh dilihat di depan mata anda sekarang. Kalau anda tidak percaya sila berkunjung ke Tambak Johor dan duduk disana sehari ,lihatlah sendiri berapa ramainya rakyat Singapura memasuki Johor setiap hari.


TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN juga telah teruji dengan pelbagai krisis.Contohnya krisis kepimpinan 1987 , yang mana pada masa itu umno diharamkan. Apabila umno diharamkan maka BN telah hilang sebuah parti tunjang dalam komponennya. Maka pada ketika itu Presiden MCA , Tun Ling Liong Sik telah mengambil alih jawatan Pengerusi BN daripada Tun Dr.Mahathir Mohammad. Keadaan pada masa itu amat cemas ,kerana tiada peruntukan dalam undang-undang Negara orang cina tidak boleh menjadi PM Malaysia.


Tanpa berlengah panjang,TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN pada masa itu sebagai MB
Johor dan ahli MT umno telah mengumpulkan semua melayu Johor dalam satu perhimpunan yang dinamakan PERHIMPUNAN MELAYU JOHOR di Johor Bharu.Puluhan ribu yang hadir pada perhimpunan tersebut yang diketuai oleh TAN SRI MUHYIDDIN YASIN.


Dalam ucapan di perhimpunan tersebut TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN telah mencadangkan kepada umno agar menerima semula semua pemimpin dan ahli-ahli umno yang telah keluar dan menyebabkan umno diharamkan.Semua yang hadir pada hari itu bersetuju dengan cadangan tersebut dan dengan serta-merta atas inisiatif TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN dan sokongan Tun Dr.Mahathir maka umno baru berjaya didaftarkan semula.Maka selamatlah satu kisah cemas pada masa itu.TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN antara orang yang menjadi ”hero” dalam krisis ini.


Sekali lagi TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN teruji dalam krisis. Iaitu krisis perlembagaan 1993 yang mana krisis dengan Raja-raja melayu.Krisis tersebut bermula di Johor.Sebagaimana yang diketahui umum Sultan Johor adalah seorang Sultan yang amat tegas. Satu cabaran yang agak berat ditempuhi oleh TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN pada masa itu. Tetapi oleh kerana KEBIJAKSANAAN yang ada pada beliau maka krisis tersebut berjaya diatasi oleh TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN dengan penuh tenang tanpa sebarang masalah besar.Ibarat menarik rambut di dalam tepung. Inilah kelebihan yang ada pada seorang insan yang bernama MUHYIDDIN YASSIN.


Akhir kata dalam siri kali ini saya berharap agar perwakilan G7 + G6 memikirkan semasak-masaknya apa yang coretkan ini. Jangan kerana orang itu bagi kita wang,bagi kita gelaran datuk,hantar kad selamat hari jadi kepada kita,hantar sms kepada kita dan pelbagai lagi maka kita korbankan seorang pemimpin yang berkaliber,berkarisma,berwawasan dan mesra rakyat.


Dalam bab ini kita kena pinjam sementara kata-kata PAS iaitu ”orang bagi gula kita ambil,orang bagi beras kita ambil,orang bagi kain pelikat kita ambil orang bagi DUIT pun kita ambil tapi undi tetap undi PAS.


Begitu juga dalam pemilihan kali ini ”orang bagi makan kita makan,orang bagi bilik hotel kita tidur,orang bagi kereta kita pandu,orang bagi gelaran Datuk kita sebat,orang bagi DUIT pun kita rembat,tapi undi kita tetap undi CALON 01 iaitu TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN demi kesinambungan parti dan Negara.


Tuesday, March 10, 2009

PENTING !!! TOLONG HEBAHKAN

MOHON RAKAN-RAKAN BLOGGER BUAT HEBAHAN TENTANG PERHIMPUNAN INI.MINTA SEMUA DATANG BERAMAI-RAMAI DEMI KEPENTINGAN AGAMA DAN BANGSA

Saturday, March 7, 2009

PAS MAKAN TAHI !


Kenapa kau makan tahi Husam ? Tanya seorang ayah kepada anaknya.Maka jawab si anak kembali kepada ayahnya ”Mahfuz makan tahi ,jadi Husam pun makan samalah”(ini hanya semata-mata dialog,tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah mati)


Itulah perumpamaan yang boleh dikatakan kepada PAS pada hari ini.Semakin hari semakin banyak kesilapan yang dilakukan oleh PAS kemudian dijawab UMNO yang buat dulu,kemudian PAS turut sama buat.


Terbaru hari ini Nik Aziz berkata isu derhaka kepada Raja dimulakan oleh UMNO,dan UMNO menjadi punca segala penderhakaan kepada Raja-Raja Melayu pada hari ini.Persoalan saya adakah jika UMNO menderhaka kepada Raja,maka PAS pun turut sama ingin menderhaka kerana mengikut UMNO.Jadi apa bezanya UMNO dan PAS disini ? Selama ini PAS menjelajah ke segenap pelusuk desa dan kampung mendabik dada kononnya mereka lebih baik daripada UMNO,tetapi hari ini PAS turut sama melakukan ”kesilapan” yang dilakukan oleh UMNO.Adakah PAS cerdik dalam isu ini ?


Saya tidak mahu mengulas peristiwa UMNO dan Raja yang berlaku sebelum tahun 1993,kerana sebahagian kes tersebut berlaku pada masa saya masih belum lahir dan sebahagian pada zaman saya masih kanak-kanak .Saya belum faham lagi tentang apa perkara sebenar yang berlaku.Saya hanya boleh mengulas kes pada tahun 1993 sahaja,kerana pada masa itu saya sudah mula berjinak-jinak dengan politik.


Pepatah melayu ada berkata “jangan biarkan diri kita dipatuk ular dua kali di tempat yang sama”.Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS pada hari ini berkata UMNO parti yang mula derhaka kepada Raja-Raja Melayu dengan meragut kuasa Raja pada 1993. Pada hari ini juga kesilapan menderhaka kepada Raja-Raja Melayu sebagai payung agama Islam sedang dilakukan oleh PAS.


Umno sekarang sudah mula bangkit memperbaiki kesilapan-kesilapan lalu setelah dilanda tsunami politik selepas pilihanraya umum ke 12 yang lalu.Kesilapan pertama kita boleh takrifkan sebagai pengajaran,kesilapan kedua, kesedaran dan kesilapan ke tiga UMNO bangkit memperbaiki segala kesilapan lalu.


Dewasa ini kita boleh lihat kesalahan dan kesilapan silam yang dilakukan oleh UMNO sedang diulangi oleh PAS sekarang.Dimana janji-janji PAS untuk memperbaiki segala kesilapan yang dilakukan oleh UMNO.Sebab itu kita boleh katakan PAS ini sebagai parti yang pembohong sepanjang hayatnya.


Adakah kerana Tan Sri Ghazali Jawi tidak mahu meletak jawatan ,maka si nizar pun tidak perlu meletak jawatan. Tetapi jawatan beliau telah gugur sekarang. Adakah kerana pemimpin UMNO Kelantan membuat satu demontrasi dan memorandum dihantar kepada Sultan Kelantan,maka PAS pun harus turut sama menahan kereta Raja Muda Perak di tengah jalan.Ini satu perkara ”kurang ajar” yang tak pernah dilakukan oleh UMNO.Menderhaka nya UMNO kepada Raja tidak sampai ke tahap itu,”derhaka” UMNO cara terhormat dan bersopan serta mematuhi arahan-arahan pasukan keselamatan.


Berbalik kepada kisah tahun 1993,PAS kena ingat siapa ”jaguh umno” pada masa itu selain Tun Dr Mahathir yang ”berlawan” dengan Raja-Raja.Dimana orang itu sekarang ? Orang itu lah yang sedang dijilat oleh PAS sekarang.Melayu mudah lupa.....

Kerajaan pada masa itu tidak senang hati dengan sikap feudalisme beberapa orang Raja yang tidak menghayati dan menghormati Pindaan Perlembagaan 1983.Tun Dr Mahathir pada masa itu berpendapat jika sesuatu tidak dilakukan dengan segera maka beliau risau akan berlaku lebih banyak kes tidak elok akan dilakukan oleh Raja-Raja,dan dengan sendiri rasa hormat rakyat kepada istana akan terhakis dan terus hilang.Maka kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk memelihara martabat Raja-Raja Melayu agar terus terpelihara dan sentiasa dihormati.


Kemuncak kepada krisis ini ialah apabila timbul ”kes hoki” di Johor pada 1992.Maaf ! saya tidak dapat ceritakan secara terbuka peristiwa tersebut disini,kerana saya berpendapat tidak molek bagi saya membangkitkan peristiwa yang sudah lepas serta kesilapan tersebut telah pun diperbetulkan dan kerana saya seorang yang menghormati serta menyanjungi intitusi Raja-Raja Melayu.


Sehubungan dengan itu pada 11.Dis.1992,kerajaan telah mengumumkan pindaan perlembagaan bagi menghadkan kekebalan Raja. Antara intipati yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir pada masa itu ialah


  • Bagi menghindarkan Raja-Raja daripada melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan tindakan undang-undang terhadap mereka.

  • Menghadkan imuniti Raja-Raja di sisi undang-undang

  • Membenarkan Ahli Parlimen membahaskan isu Raja-Raja secara terbuka di Dewan Rakyat ASALKAN tidak mencadangkan penghapusan sistem Raja.

Tujuannya hanya satu pada waktu itu,iaitu untuk terus memelihara martabat Raja-Raja Melayu.Dengan boleh mendakwa Raja-Raja di mahkamah,atau membahaskan isu mereka di Dewan Rakyat ,maka sudah tentu Raja-Raja akan sentiasa menjaga tingkah laku mereka agar tidak diseret ke mahkamah atau dibahaskan di Dewan Rakyat yang sudah tentu akan mendapat liputan media dan seterusnya memalukan serta menghakis rasa hormat rakyat kepada mereka.Adakah ini yang dikatakan derhaka oleh PAS ?


Tun Dr Mahathir berkata,sebelum ini banyak berlaku insiden yang tidak diingini dilakukan oleh Raja.Beliau berkata ketiga-tiga PM sebelum beliau adalah penasihat kepada Raja-Raja pun pernah menegur Raja-Raja berkali-kali tetapi semua teguran itu tidak berkesan.Maka Tun Dr.Mahathir harus mengambil tindakan drastik bagi terus memelihara Intitusi Raja-Raja agar ianya terus dihormati.Akhirnya Parlimen telah meluluskan Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 dengan majoriti dua per tiga dan ini segera diikuti dengan tindakan Kabinet membuat keputusan menarik balik segala kemudahan dan keistimewaan Raja-Raja Melayu yang tidak terkandung dalam perlembagaan. Antara kandungan pindaan ini ialah,


  • Raja-Raja boleh didakwa di bawah undang-undang,tetapi mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Khas.
  • Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Negeri dikehendaki berhenti daripada berfungsi apabila menghadapi tindakan undang-undang dan jika didapati bersalah dan dihukum penjara lebih daripada satu hari,mereka akan diturunkan takhta melainkan diampun.

Pada masa itu juga semua Negeri yang beraja turut sama meminda Perlembagaan Negeri masing –masing sama seperti Kerajaan Persekutuan,kecuali KELANTAN yang tidak memindanya kerana Sultan Kelantan pada masa itu lebih condong ke arah Kerajaan Angkatan Perpaduan Umah (APU) ,gabungan PAS dan S46 yang memerintah Kelantan ketika itu.Kononnya hendak membodek Sultan Kelantan supaya Sultan terus menyebelahi mereka dan memberi keuntungan politik kepada PAS. Pada waktu itu juga hiruk pikuk seluruh Negara pemimpin PAS menjaja cerita , kononnya UMNO menderhaka kepada Raja dengan meminda perlembagaan. Allah maha adil dan maha kaya, nah ! sekarang ambil kau , giliran UMNO pulak menjaja yang PAS menderhaka kepada Raja dalam krisis politik di Perak.


Sehingga ke saat ini hanya Kelantan sahaja negeri yang belum meminda Perlembagaan tersebut. Tetapi Kerajaan Kelantan cuba memindanya,kerana pada masa itu mereka mempunyai hubungan yang dingin dengan Istana Kelantan.Jika tidak silap saya pindaan itu cuba dilakukan diantara tahun 1997-2002.(maaf,saya tak ingat dengan tepat,dan tiada rujukan fakta,tapi saya masih ingat kes tersebut,jika ada sahabat yang ada fakta tersebut mohon e mail kepada saya)


Kenapa saya masih ingat kes tersebut ? kerana pada masa tersebut rakyat Kelantan sibuk bercakap ”ha ! pade muko, dulu ore pinda mu tokse pinda,la nih baru serabut nak pinda” (ha ! padan muka,dulu orang pinda,kamu tak nak pinda,sekarang baru kelam-kabut nak pinda).


Tetapi rang undang-undang tersebut tidak berjaya dipinda kerana tidak mendapat perkenan Istana. Ianya diluluskan di DUN Kelantan,tapi Sultan Kelantan tidak tandatangan lagi sehingga sekarang.Saya juga difahamkan di waktu itu kesemua Adun-adun PAS Kelantan dikurung di JKR 10 untuk ”dicuci otak” agar menyokong pindaan tersebut. Pada masa itu Kerajaan PAS Kelantan tidak berpuashati dengan campurtangan Istana berhubung beberapa perkara,termasuk perlantikan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri.Sebab itu sampai sekarang perlantikan Pegawai-Pegawai kanan Kerajaan Negeri ,seperti SUK,Pegawai Kewangan Negeri dll masih lagi di bawah kuasa Sultan Kelantan.


Berbalik kepada kisah Pindaan Perlembagaan 1993.Buktinya boleh dilihat dengan jelas daripada 1993 hingga sekarang tidak ada satu kes , yang memalukan berkenaan dengan Raja yang dibawah ke mahkamah atau Dewan Rakyat ,kecuali kes Almarhum bekas Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan lawan Standard Chatered Bank.Itu pun kes sivil,bukannya kes salah guna kuasa atau jenayah. Bermula daripada situlah intitusi Raja terus dihormati hingga kini,kecuali oleh PAS dalam kes Perak baru-baru ini.


Saya tidak nafikan dalam menghadapi kemelut besar seperti ini pada 1993,sudah tentu akan ada kenyataan atau ayat-ayat yang boleh melukakan hati Raja-Raja.Sebagai contoh pada 15.Jan.1993,Naib Presiden Umno pada masa itu ANWAR BIN IBRAHIM telah memberi amaran kepada Raja-Raja Melayu,bahawa Kabinet akan menimbang untuk mengadakan satu pungutan suara jika Raja-Raja Melayu gagal memberi persetujuan berhubung dengan Pindaaan Perlembagaan tersebut.Disini PAS boleh lihat dengan jelas siapa yang turut sama ”menderhaka” kepada Raja pada masa itu.Harap PAS tidak butakan mata dan hati dengan fakta ini.Melayu mudah lupa...

Tun Dr.Mahathir akhirnya dapat memastikan rakyat mendapat perlindungan undang-undang daripada sebarang penyalahgunaan kedudukan Raja-Raja dan memberikan makna lebih jelas dan tepat kepada konsep Raja Perlembagaan.Tiga Perdana Menteri yang lalu sebelum Tun Dr.Mahathir telah mencuba tetapi hanya Tun Dr.Mahathir yang dapat menyempurnakannya.Inilah kehebatan seorang yang bernama Mahathir.Adakah apa yang dilakukan oleh Tun Dr.Mahathir ini penderhakaan ? Tidak ! tentu jawabnya tidak,tidak dan tidak


Sekali lagi saya ulangi ayat Allah maha adil dan maha kaya.Dulu siang malam PAS berceramah seluruh Negara kononnya UMNO dan BN ”kafir” kerana bergabung dengan MCA,MIC,Gerakan,dll.Sekarang PAS pun turut ”kafir” kerana bergabung dengan DAP serta PKR yang bukan parti Melayu. Dan yang paling ”sedapnya” PAS pun dah jadi parti pelbagai kaum sekarang.Syarat menyertai PAS mesti beragama islam tidak diperlukan lagi,kerana PAS sudah bertukar menjadi ”PAS FOR ALL” .Sekarang orang bukan islam sudah boleh menjadi ahli PAS malah boleh menjadi calon PAS lagi.(di Johor dalam pru 2008).Pas sekarang sudah sebaris dengan DAP,PKR,Gerakan dan PPP.


Dulu PAS sering mendabik dada kononnya BN tidak pandai mentadbir Negara dan Negeri ,kononnya mereka lebih pandai,sekarang lima Negeri dalam tangan mereka.Opssss ,maaf,sudah berkurang satu di Perak (terlupa pula).Tengok apa jadi kepada semua Negeri-Negeri tersebut ? Penuh konstrovesi dan masalah.Kelantan sendiri sudah 18 tahun diperintah oleh PAS. Apa yang boleh dibanggakan di Kelantan 18 tahun.Negeri tak ubah seperti di Negara Kemboja.Jika tiada bantuan Kerajaan Pusat sudah lama Kerajaan tersebut jatuh menyembah bumi.Masalah air pun sampai sekarang tidak dapat diatasi.Setakat buat gimik papan-papan tanda Al-Quran di tepi jalan sahaja.


Satu saja yang saya dapat berikan kepada Kerajaan PAS Kelantan iaitu,ptuiiiiiiiiiii.Hanya ludahan air liur saja yang layak diberikan kepada mereka.


Dulu PAS mengatakan pemimpinBN tidak bermoral,sekarang mereka dan rakan-rakan mereka pun turut sama tidak bermoral,ada kes gambar bogel,ada kes liwat,ada kes anak luar nikah,anak kes tangkap khalwat,ada kes rasuah dan ada kes berkahwin rakyat Kemboja dan bercerai.


Dulu siang malam berceramah mengutuk Kerajaan BN kononnya membenarkan kilang arak dibina di Selangor.Besok sudah genap setahun PAS berkongsi kuasa dengan rakan-rakan mereka di Selangor,tetapi kilang arak masih berdiri megah disana.Adakah kilang arak tersebut perbaharui lesen mereka lima tahun sekali ? Tidak,lesen diperbarui setahun sekali oleh PBT.Tapi kenapa mereka masih sambung lagi lesen kilang arak tersebut ? Tak mungkin daripada 8.Mac.2008 hingga 8.Mac.2009 lesen kilang arak tersebut belum tamat tempoh lagi.


Daripada dulu sehingga sekarang kerja PAS ini hanya menipu sepanjang masa,cakap tak serupa bikin. Bikin tak serupa cakap. Cakap-cakap-cakap,tak bikin-bikin.Lidah segelintir pemimpin dan orang-orang PAS ini adalah ”lidah syaitan”.Sebab itu mereka berceramah selalu bohong dan meraung sekuat hati kerana mulut mereka ”penuh syaitan”.Dalam soal ini orang-orang PAS tak boleh salahkan saya kerana Nik Aziz sendiri mengakui mereka berkawan dengan Syaitan,sebab tu mereka jadi Syaitan.

Saya tidak tuju kepada semua pemimpin atau orang-orang PAS,tetapi kepada segelintir mereka.Saya juga tidak ”menghina tok guru” (kepercayaan karut) kerana tok guru tetap tok guru ,tetapi orang politik adalah orang politik.Dua perkara yang berbeza.Saya juga hormat kepada ilmu-ilmu agama yang ada pada semua orang,tak kira PAS atau UMNO,tetapi tidak menghormati orang yang menyalahguna ilmu agama untuk kepentingan politik



Beza PAS dan Umno seperti berikut


PAS MENGGUNAKAN AGAMA DAN BANGSA DEMI KEPENTINGAN POLITIK


UMNO MENGGUNAKAN POLITIK UNTUK KEPENTINGAN AGAMA DAN BANGSA.


Tidak perlulah PAS kelentong kononnya perjuangan UMNO adalah perjuangan Kebangsaaan dan perjuangan PAS adalah perjuangan Islam,kerana untuk menguatkan sesebuah agama maka bangsa itu perlu diperkuatkan terlebih dahulu.


Tidak perlulah PAS hendak menjaja cerita kononnya mereka ulama pewaris Nabi dan berpolitik cara Nabi Muhammad.Bohong ! Tak payah nak mencemarkan kesucian Nabi Muhammad dan menggunakan nama baginda untuk kepentingan politik PAS.Saya cabar orang –orang PAS sebut satu nama parti politik zaman Rasulullah.Tiada memang tiada.Jadi PAS tak perlu nak menyamakan taraf poltik mereka mengikut Rasulullah.Baginda tidak berperang sesama islam seperti mana yang dilakukan oleh PAS terhadap UMNO dulu dan sekarang.


Nabi Muhammad tidak berpolitik wahai orang-orang PAS.Baginda berdakwah mengajak seluruh kaum yang menyembah berhala dan api supaya tunduk dan menyembah ALLAH S.W.T.Baginda juga menyebarkan syiar-syiar islam kepada orang-orang jahiliah.Baginda mengajak orang-orang kafir memeluk islam.Tidak seperti PAS yang MENGKAFIRKAN orang – orang yang memang sudah islam tetapi tidak menyokong parti politik mereka.


Ternyata UMNO dan BN lebih baik daripada PAS dan Pakatannya.Tiada apa yang boleh kita banggakan dengan PAS.Jika UMNO sudah bangkit memperbaiki segala kesilapan silam,mengapa kita harus memberi peluang kepada PAS yang sedang mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh UMNO.Tidak tahu berapa puluh tahun lagi barulah PAS hendak bangun memperbaiki kesilapan mereka.Selama ini rakyat memilih PAS dengan harapan PAS tidak melakukan kesilapan yang dilakukan oleh UMNO kerana PAS sering mendabik dada kononnya mereka lebih baik daripada UMNO.Tapi nampaknya rakyat hampa dengan janji-janji PAS.Semuanya omongan kosong.Ibarat tin yang diketuk dengan besi,bunyi bising bagai nak rak,tapi isi kosong.Itulah perwatakan PAS yang sebenar.Dan segalanya telah terbukti hari ini apabila rakyat tegur kesilapan PAS,maka jawapan bodoh PAS adalah UMNO buat juga.


Samalah seperti dialog yang saya beri seperti pembuka bicara ini di atas.Itulah wajah bodoh PAS.Oleh itu saya seru kepada sahabat semua,marilah kita semua bersatu di bawah panji-panji UMNO dan BN.Sesungguhnya tiada parti lain yang dapat membawa suara kita,hanya UMNO dan BN sahaja.Saya akui ada juga perkara-perkara yang tidak betul di dalam UMNO,dan UMNO cuba untuk berubah,dan kita harus memberi peluang kepada UMNO.


Umno bukannya bodoh seperti PAS yang terus-menerus membuat apa yang rakyat tidak suka seperti yang dibuat oleh UMNO dahulu.Lagi satu tiada pun pemimpin-pemimpin PAS ini yang berkaliber dan mampu membawa Negara kita maju ke depan.Pemimpin-pemimpin PAS hanya pemimpin yang pandai bercakap atau lebih tepat seperti yang saya kata di atas tadi iaitu tin kosong.Seandainya kita diperintah oleh PAS maka negara kita berundur balik 30 tahun ke belakang.Sekarang pun sahabat sekalian boleh melihat dengan jelas kualiti Adun-Adun atau Ahli-Ahli Parlimen PAS dan BN.Kualitinya jauh berbeza.Mana yang lebih ”standard”.? Tepuk dada tanya selera.


Sebagai penutup kepada bicara ini,marilah kita bersama merenung kembali sikap-sikap PAS selama ini.PAS puncanya perpecahan umat islam di bumi Malaysia ini.Di mana ada PAS disitu pasti ada perpecahan masyarakat.Kerja memecah belah manusia ni kerja syaitan sahaja dan PAS pun memang berkawan dengan syaitan.Sahabat buatlah lah tafsiran sendiri.