Thursday, April 16, 2009

KONG KALI KONG POLITIK PKR - 2



Semalam peminat politik negara menanti apa akan jadi kepada Elizabeth Wong. Meletak jawatan atau kekal ? Akhirnya seperti yang dijangka ianya dikekalkan. Dalam PKR salah laku seks tidak menjadi masalah kerana ianya tidak tergolong dalam kes moral. ? Faham-faham sajalah,Penasihat parti pun ikon seks,setakat anak buah 'no problem' punya. Kecil punya hal
Ikon seks Malaysia

Kalau dilihat kepada cara Elizabeth Wong pada bulan febuary yang lepas,seolah-olah jam itu juga beliau akan meletak jawatan. Tetapi hari ini masuk pejabat balik.

Elizabeth Wong tawar diri letak jawatan , semalam pula kerajaan Selangor yang tawar Elizabeth untuk kekal.

Aku tawar kau , kau tawar aku,kong kali kong,wal hasil balik asal.Itulah PKR.

Dimana letaknya nilai harga diri dan air muka seorang wanita yang masih bujang dan memimpin masyarakat bila gambar bogel tidur terkankang dan di bahagian sulit dipenuhi rambut-rambut halus tersebar kepada umum. Ternyata Elizabeth Wong tiada maruah. Kalau terjadi kepada rakyat biasa atau pada artis mungkin tidak menjadi masalah. Ini terjadi pada seorang wakil rakyat merangkap ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri. Sepatutnya beliau menjadi contoh yang baik kepada masyarakat, bukannya menjadi ikon seks.

Adik sayang abang.Abang sayang adik.ummphhh.....

Tempoh bercuti dua bulan yang diberi oleh abang Khalid mungkin telah digunakan oleh Elizabeth untuk pergi membuat pembedahan bagi menampal kulit babi di muka. Ini untuk mengelakan perasaan malu selepas beliau sambung bertugas hari ini. Tanpa tampalan kulit babi di muka mungkin Elizabeth akan merasa malu untuk berdepan dengan pegawai-pegawai ,kakitangan kerajaan negeri dan rakyat jelata. Maklumlah wakil rakyat merangkap Exco,banyak majlis yang perlu dihadiri dan dirasmikan.

Tahniah diucapkan kepada kerajaan Selangor,kerana pada hari ini anda telah mempunyai sebuah kerajaan yang tidak bermoral dan rendah akhlak kerana. Anda telah menjadi pelengkap kepada kepada parti PKR yang selama ini memang telah dicop sebagai parti tidak bermoral kerana dipimpin oleh seorang peliwat.


Ulasan menarik daripada sahabat blogger saya. Sila baca link dibawah

http://medan-info-kita.blogspot.com/2009/04/beza-kes-fairus-eli-di-mata-anwar.html



Monday, April 13, 2009

NAK MARAH ATAU NAK KATA GILA,KATALAH.PEDULI APA AKU


Sebenarnya sekarang saya berada dalam keadaan terlalu penat dan kurang sihat sangat-sangat sewaktu saya menulis ini.

Tetapi saya gagahkan juga untuk menulis kerana terasa terlalu geram selepas membaca satu artikel di malaysiakin http://www.malaysiakini.com/news/102253.

Kenapa kita harus menjadi terlalu bacul dan takutkan kepada bangsa lain. Sedangkan kita adalah tuan kepada negara ini. Sehingga kuasa politik pun bangsa lain yang terpaksa tentukan,akibat melayu berpecah kepada tiga.

Sampai bila kita orang-orang melayu harus hidup dalam keadaan berpecah belah ? Sampai bila?
Sehingga sekarang tidak nampak kesudahannya.

Kepada Datuk Najib ,Tan Sri Muhyiddin Yassin ,Hj.Hadi Awang dan Datuk Nik Aziz,berusahalah menyatukan semua bangsa dan umat mu ini.

Lupakanlah persengketaan politik,lupakan perkara yang lepas,Buang yang keruh,ambil yang jernih. Kita buka buku baru.

Umno tak mampu mentadbir sendirian,PAS juga tidak mampu mentadbir sendirian. Bergabunglah wahai pemimpin-pemimpin sekalian,demi bangsa,anak dan cucu cicit mu sekalian.

Sudah berpanjangan kita mendengar cerita tentang penyatuan melayu,tetapi sehingga kini tiada penghujungnya. Kenapa ? Kerana masing-masing ego dan pertahankan hak masing-masing serta mabuk kuasa.

Mengapa kita tidak boleh berkongsi kek yang besar ini untuk dirasai semua. Bertolak ansurlah sikit. Pas tak mahu mengalah,umno tak mahu mengalah. Senang cerita tubuh saja parti baru.
Bergabunglah dalam parti baru tersebut.

Jika tidak mahu parti baru dan pas mahukan kerusi sama banyak didewan rakyat,kerah saja ahli-ahli parlimen umno masuk pas. Mungkin ada orang kata saya bagi cadangan gila. Ada masanya benda gila boleh membawa faedah. Peduli apa saya,kalau ada orang kata saya gila,katalah sepuas hati mu,janji saya dapat meluahkan rasa hati saya.

Saya dah bosan,saya dah bosan dengan perpecahan melayu islam.Daripada zaman saya kanak-kanak hingga kepada saya mempunyai anak tiga orang sekarang. Ianya masih berlaku lagi.

Tolonglah,tolonglah wahai pemimpin sekalian. Jangan tertangguh-tangguh lagi. Kita dah sampai ke tahap kritikal sekarang. Umno mesti bertolak ansur,pas juga mesti bertolak ansur. Jika ditakdir saya dan seluruh keluarga masuk pas untuk bersatu ini,maka saya rela masuk pas. Tetapi tidak sesekali selagi umno dan pas tidak bersatu.

Sekiranya kita bersatu,banyak benda yang boleh kita lakukan.Semua ada idea masing-masing.ada yang tak kena kita tegur. Yang baik kita gunakan. Insyaalah negara kita akan lebih maju jika kita bersatu. Bukan semua orang umno buruk,bukan semua orang pas buruk,semuanya sama-sama hebat.

Ayuhlah...pemimpin-pemipin sekalian,mulakan langkah mu sekarang.Jangan sampai anak cucu kita kencing di pusara kita kemudian hari kerana kegagalan kita hari ini.

Apa kata sebagai perintis kepada usaha murni ini kita mulakan langkah di Perak. Kita bentuk dulu kerajaan Umno Pas disana atau parti baru,janji kedua-dua parti ini bersatu. Kalau rasa Nizar nak jadi MB Perak,maka umno serahlah kepada Nizar jawatan itu,bertolak ansurlah sikit demi bangsa dan agama,janji kita bersatu.Lupakan PKR,lupakan DAP.

Maaf ,jika ada yang rasa marah atau terasa hati dengan tulisan ini. Terus terang saya katakan,waktu saya menulis ini memang saya berada dalam keadaan separuh sedar,kerana terlalu penat,tidak sihat dan lepas makan ubat yang membawa kepada rasa mengantuk.





TERIMA KEHENDAK QADA & QADAR


Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada rakan-rakan,kerana saya tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog selepas PRK Bukit Gantang.

Tidak kemaskini bukan tanda kecewa kerana kekalahan BN, tapi kerana saya ada banyak kerja yang tertunggak yang perlu disiapkan sepanjang peninggalan kerana berkampung di Bukit Gantang selama seminggu.

Kalau nak dikatakan langsung saya tiada perasaan sedih kerana kalah,bohonglah saya. Sedikit sebanyak mesti ada juga perasaan sedih. Saya mengaku dengan terus terang. Tak guna hipokrit.

Tetapi apa lagi yang nak dikatakan,bersedih dan menangis sehingga keluar air mata berdarah sekalipun tidak berguna lagi,kerana keputusan telah dibuat oleh rakyat Bukit Gantang. Maka kita terima saja keputusan itu.

Saya ada terima beberapa e mail dan komen yang memperli saya,kerana kekalahan BN. Saya terima seadanya.

Walaupun kami orang -orang UMNO yang sering dicop jahil oleh orang-orang PAS,tetapi kami terima kehendak Qada dan Qadar. Kami terima kekalahan kami dengan berlapang dada. Kami tidak menyalahkan orang lain. Kami tidak menyalahkan SPR,Polis dan lain-lain agensi. Kami tidak memprotes,kami tidak membuat huru-hara.

Itulah adat pertandingan.Ada yang kalah dan ada yang menang. Tetapi jika ditakdirkan Allah SWT, PAS yang kalah dalam PRK itu saya yakin seratus peratus malam itu juga Bukit Gantang akan huru hara dan sehingga kini pelbagai tohmahan,fitnah serta cemuhan yang dilemparkan terhadap Kerajaan.

Akhir kalam ,tahniah diucapkan kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru. Dengan kemenangan itu maka lengkaplah sudah teori 3N daripada Perak di Dewan Rakyat (Parlimen).Ngeh,Nga,Nizar. Ketiga-tiga mereka juga adalah saudara sepupu. Nizar dan Ngeh sepupu di sebelah emak. Nga dan Ngeh juga adalah sepupu,tapi saya tidak pasti disebelah bapa atau emak mereka. Ini adalah realiti,bukan rekaan atau fantasi.

Sayonara Bukit Gantang...

Jumpa lagi di Penanti atau Bukit Lanjan atau kedua-duanya sekali...

Thursday, April 9, 2009

PAS=DAP=PAP



MAAF . TAK SEMPAT UPDATE

maaf ,tak sempat update blog 2-3 hari ini

bukannya kecewa kerana kalah

kalah menang adat pertandingan

tapi kerana banyak kerja yang tertunggak sepeninggalan ke bukit gantang

saya akan kembali dgn ulasan kekalahan di bukit gantang

Tuesday, April 7, 2009

PESANAN TERAKHIR KEPADA PENGUNDI BKT GANTANG


Saya tidak mahu bercakap panjang lagi kali ini,terlalu penat dengan urusan kempen seharian.

Cuma sedikit pesanan terakhir kepada pengundi Bukit Gantang.

Pastikan anda memilih seorang wakil rakyat yang mampu berkhidmat kepada anda.

Bukannya seorang wakil rakyat yang bertanding untuk membalas dendam dan mencari populariti.

Nizar adun di pasir panjang.Ada hajat hati pula nak jadi ahli parlimen bukit gantang.Akhir sekali yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Yop dan Yong sekalian pilihlah wakil rakyak yang anda boleh panggil di tengah malam,yang tinggal di kawasan anda. Tak perlu susah-susah nak pilih wakil rakyat yang jauh-jauh dan ada masalah mental.

Selamat mengundi....

Jumpa diambang kejayaan......

UNDILAH BARISAN NASIONAL

Sunday, April 5, 2009

CEPAT ! BERGERAK KE BUKIT GANTANG DAN SELAMBAU


Ayuh rakan-rakan BN sekalian ! mari kita sama-sama countdown meraikan kemenangan BN 3-0 dalam pilihanraya kecil kali.

Kita menang hatrick kali ini. Kedudukan semalam kita menang 2-1. Kita tewas di Bukit Selambau. Tetapi setelah pengundi Bukit Selambau "dikencing" oleh pengumuman palsu Anwar malam tadi,mereka telah beralih arah kepada kita,menjadikan kedudukan kita sekarang,menang 3-0.

Penyokong BN semua diminta hadir ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau beramai-ramai bermula esok hingga ke hari mengundi. Selepas keputusan kemenangan kita diumumkan nanti,kita sama-sama bergerak pulang ke tempat masing-masing dengan mengibarkan bendera BN di kenderaan masing-masing. Kita penuhkan lebuhraya ke arah utara,selatan,tengah dan pantai timur dengan bendera BN.

Ayoh...ayoh...ayoh...kawan-kawan semuA.BANGKIT BERGERAK KE BUKIT GANTANG DAN SELAMBAU DENGAN SEGERA.

Mari...mari...mari...kita sama-sama tengok orang Pas dan Pkr menangis.

Saturday, April 4, 2009

PAS BERSEDIH DI BUKIT GANTANG

Berita Ringkas



Nampaknya Pas sedang mengharungi detik-detik sedih dalam menghadapi hari-hari terakhir menjelang pilihanraya kecil bukit Gantang.

Kehadiran gerombolan penyokong -penyokong Pas daripada luar ke Bukit Gantang hari ini tetap tidak dapat mengubati kesedihan hati lara Pas.

Beberapa bilik gerakan Pas di Bukit Gantang telah ditutup,kerana ahli-ahli Pas Bukit Gantang kecewa anak jati Bukit Gantang iaitu Ustaz Idris Ahmad tidak dipilih sebagai calon. Sebaliknya calon luar pula dipilih sebagai calon.

Kebanyakan kerja-kerja jentera Pas sekarang dilakukan oleh orang-orang luar.

Saya akan update kemudian gambar-gambar bilik gerakan pas yang ditutup...

PENGUNDI TIONGHUA TERUS SOKONG BN

Siri kempen BN diadakan disini

Yb.Hamidah Osman,Exco Kerajaan Negeri Perak sedang memberi ucapan
Yb.Tan LianHoe,Timbalan Menteri Penerangan menyampaikan ucapan


Kumpulan Ahli Parlimen Sabah turut hadir memberi berkempen
Datuk Anifah Aman sedang rancak berbual ,membuat Yb.Hamidah dan Yb.Tan ketawa
Yb.Tan sedang melayan seorang tetamu
Sesungguhnya Yb Tan harus dipuji kerana bekerja kuat untuk memastikan kemenangan BN

Tekun mendengar masalah rakyat
Yb .Tan sentiasa menjadi perhatian rakyat
Penduduk Kuala Sepetang sedang menunggu kehadiran Ahli-ahli Yang Berhormat
Antara penduduk yang hadir

Mereka terus memberi sokongan padu terhadap BN


Nampaknya Bn terus mara dan mendapat tempat di hati pengundi kaum tionghua di parlimen Bukit Gantang. Selama ini Pas menyalak kononnya pengundi tionghua bersama mereka terus meleset. Semuanya tak ubah seperti syok sendiri untuk memuaskan hati sendiri.

Malam ini bertempat di sebuah restoran makanan laut dalam Dun Kuala Sepetang yang dikuasai PKR ,siri ceramah BN terus mendapat sambutan hangat.Antara pemimpin BN yang hadir dalam majlis tersebut adalah Yb Hamidah Osman (Exco Kanan Kerajaan Perak) Yb,Datuk Tan Lian Hoe (Timbalan Menteri Penerangan/bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang),Datuk Anifah Aman (Ahli Parlimen Kimanis) dan beberapa orang Ahli Parlimen Sabah.

Diluar jangkaan sama sekali ,majlis yang sepatutnya dihadiri oleh tiga tarus orang penduduk,tetapi diserbu lebih daripada tujuh ratus orang pengundi tionghua Kuala Sepetang.

Mereka datang dengan semangat yang padu dan jitu untuk memberi sokongan kepada BN tanpa berbelah bagi.

Beberapa orang mereka yang hadir yang sempat saya temui berkata, mereka sudah muak dengan permainan politik pakatan pembangkang. Ianya membuat keadaan Negara dan ekonomi tidak stabil seterusnya boleh mengancam perniagaan mereka.

Mereka berjanji akan memberi sokongan seratus peratus kepada BN dalam pilihanraya kecil ini.

Nampaknya BN akan mecapai kemenangan lebih bergaya kali ini. Undi melayu sudah pasti,tambah pula dengan undi cina yang semakin menunjukan komitmen.Undi india sudah tidak menjadi masalah kerana tahanan-tahanan ISA hindraf sudah dibebaskan. Pas gigit jari...

LUAHAN HATI V.SIVAKUMAR


Sebagai seorang blogger,sudah tentu kita bijak untuk mencari bahan-bahan berita panas yang BERFAKTA untuk disiarkan di blog.

Bukan menjadi perangai saya kutip berita tepi longkang,berita main tembak-tembak atau berita fitnah untuk diisi ke blog saya. bukan perangai saya juga pergi ambil gambar pejabat dan rumah orang tanpa usul periksa kemudian isikan dalam blog.

Lebih baik blog kita tidak ada artikel daripada kita buat cerita-cerita fitnah. Oleh yang demikian untuk mendapat bahan berita yang 'baik-baik' kita haruslah membuat kerja lebih sikit.Ada masanya kita kena jadi tukang sapu sampah tepi jalan,pandu teksi,koporat dan sebagainya.S emata-mata untuk mencari bahan berita yang benar.

Saya rasa matlamat ke bukit Gantang gagal jika saya tidak mendapat berita-berita ekslusif. Maka untuk mendapat berita-berita ekslusif ini saya memulakan langkah saya sejak jam lapan pagi semalam hingga jam sebelas malam tadi.

Untuk dapat cerita-cerita ini bukan senang wahai sahabat.Sekejap saya menjadi orang Pas,selepas itu PKR,selepas itu DAP pulak. Masuk tempat BN jadi Umno pulak.

Selepas puas meronda di Trong,Port Weld (Kuala Sepetang) dan Changkat Jering saya ke Bandar Taiping jam lima petang.Tujuan nak ke Taiping adalah hendak cari kedai dobi.Tapi lain pulak jadinya.Jeng ...jeng...jeng...

Semasa saya meronda di ketiga-tiga dun berkenaan sudah pelbagai cerita yang saya kutip daripada masyarakat setempat. Tetapi cerita-cerita adalah cerita-cerita biasa saja,yang selalu kita lihat di media masa blog-blog.

Semasa di sebuah kedai minum di bandar Taiping berkenalan dengan seorang insan yang bernama Mr.Krishna. Bermula daripada menyembang biasa hinggalah ke menyembang politik. Pada peringkat awalnya Mr.Krishna mengesyaki saya adalah SB. Tetapi saya menafikannya. Dan beliau percaya.

U parti mana ? tanya Krishna kepada saya. Lantas saya menjawab saya tidak berparti.Saya hanya datang untuk membuat kajian.

Uncle parti mana ? tanya saya pula kepada beliau. Beliau menjawab dulu beliau menyokong MIC,tetapi setelah kecewa dengan MIC kerana gagal membangunkan masyarakat india,beliau beralih arah kepada DAP lebih kurang lapan tahun yang lalu.

Kami terus menyembang,tapi saya rasa tak perlu saya jelaskan satu persatu disini kerana nanti terlalu panjang. Korek punya korek sudah masuk waktu maghrib.Lantas saya meminta izin daripada beliau untuk ke masjid sekejap.

selepas kembali daripada masjid beliau terus berkata kepada saya 'wah ! u banyak baik punya orang ya,ada sembahyang punya orang'.Lantas saya mengucap terima kasih kepada beliau.

Rezeki saya sudah sampai nampaknya.Berkat sembahyang maghrib berjamaah di masjid.,kami terus berbual. Jeng..jeng..jeng...tidak semena-mena Krishna memberitahu saya bahawasanya beliau adalah keluarga kepada V.Sivakumar,speaker dun perak. Alangkah terkejutnya saya mendengarnya.

Kejap Mr.Krishna,saya nak beli rokok dulu,cerita best ni,ucap saya kepada beliau. Tokey,Benson satu...

Krishna menyambung bicara,katanya Sivakumar dan keluarganya amat tertekan dengan situasi sekarang. Mereka terpaksa tunduk kepada kehendak Ngeh dan Nga (DAP) serta PAS. Beliau berkata apa yang terjadi di Perak sekarang bukan kehendaknya,tetapi semuanya diarah oleh Ngeh,Nga dan Pas. Mereka yang arahkan Siva buat segala keputusan untuk menekan BN Perak walaupun perkara itu mencemarkan reputasi Siva sebagai Speaker.

Siva terpaksa ikut segala kehendaknya kerana mereka telah mengupah samseng-samseng dan panglima jihad baju merah Pas untuk mengawal Sivakumar 24 jam. Mereka amat-amat bimbang jika Sivakumar tidak mengikut arahan mereka.

Krishna memberitahu ibarat remote control yang dikawal oleh Ngeh dan Nga. Maka terjawab sudah lah teka-teki selama ini.

Beliau memberitahu bagaimana diperingkat awal Sivakumar dilantik dulu,Ngeh dan Nga telah memberi pelbagai syarat kepada Sivakumar agar menurut kehendak mereka.

Hingga untuk membuat sebarang keputusan semasa persidangan Dun pun terpaksa dirujuk kepada Ngeh dan Nga.

Dalam dewan undangan negeri antara adun dan speaker mereka ada sejenis sistem untuk mereka berhubung dalam bentuk teks message.(saya tak pasti apa ke nama alat itu) Senang cerita ianya seolah-olah instant msg(YM).

Untuk bertanya siapa yang perlu berucap ,berapa lama masa dan sebagainya Sivakumar harus merujuk kepada Ngeh dan Nga.

Ayat please control,tutup mic,u must firm,bagi orang ni berucap pula,jangan bagi BN berucap,suruh dia berucap petang.Itulah antara arahan yang sering diarah oleh Ngeh dan Nga terhadap Sivakumar. Jika Siva ingin melanjutkan sedikit masa untuk wakil BN berucap harus dapat kebeneran Ngeh dan Nga dulu. Mereka akan kata NO.

Hingga ke satu tahap Ngeh mengarahkan supaya Sivakumar halang Adun Kubu Gajah berucap dan tutup mic beliau.

Tetapi sivakumar tidak boleh mengikut arahan mereka kerana ianya mengikut peraturan dan beliau takut menjadi isu lain kerana sidang tersebut disaksikan oleh para wartawan.

Hingga Nga terpaksa berkata kepada Sivakumar. Jika u tak mahu kawal ,saya akan tukar u.

Itulah gambaran sebenar cengkaman,kawalan,dan kuku besi Ngeh dan Nga terhadap Perak.

Banyak lagi dialog-dialog lain yang saya tahu tentang arahan-arahan mereka terhadap Sivakumar. Akan menyusul kemudian.

Kesimpulannya,kita tidak boleh menyalahkan Sivakumar seratus peratus.Beliau hanya sebagai alat sahaja. Beliau terpaksa melakukan semua ini. Musuh utama kita yang kita perlu lumpuhkan adalah Ngeh dan Nga.Lumpuh saja dua orang ini semua akan selesai. Mereka berdua ini dalang segala-galanya. Amat malang bagi pengundi bukit Gantang jika mereka mengundi boneka DAP,iaitu calon Pas. Undi anda kepada PAS samalah dengan anda memberi kuasa kepada DAP.