Friday, April 23, 2010

P94 (11) SEMUA TAKTIK PKR TAK MENJADI

Dengan tempoh kempen yang berbaki kurang dari 30 jam lagi nampaknya PKR terpaksa berhempas pulas memerah otak mencari jalan bagaimana lagi cara untuk memfitnah calon BN.

Semua fitnah yang direka sehari dua ini tidak menjadi.

Mereka kata Kamal adalah salah seorang yang terlibat dalam rancangan untuk mengalungkan selipar kepada Tun Dr.Mahathir. Sebab itulah Tun tidak mahu datang berkempen ke Hulu Selangor untuk membantu Kamal.

Nampaknya fitnah itu tidak menjadi....

Semalam (khamis) atas dasar tanggungjawab untuk mengelakkan fitnah tersebut berpanjangan, Tun terpaksa 'melanggar' janjinya. Dia terpaksa turun untuk menjawab tohmahan ejen-ejen iblis yang berkeliaran di Hulu Selangor dan dalam dunia cyber kononnya Kamal terlibat dalam kes kalung selipar.

Gambar ehsan DET

Elok-elok Tun tak mahu turun, kamu semua pergi cucuk supaya dia turun. Akhirnya bila dia turun tak semena-mena Zaid Ibrahim Al-Botol mendapat 'penampar' Jepun dari Tun.

'Penampar' yang diberikan oleh Tun malam tadi sudah cukup untuk merebahkan Zaid dan menyebabkan kamu semua terpaksa bekerja lebih teruk untuk Zaid dan memudahkan kerja jentera BN.

Dalam ucapannya terang-terangan Tun mengesahkan yang Zaid seorang kaki mabuk dan terlibat dalam lumba kuda untuk tujuan perjudian.

Nah...ambil kau !

Kemudian dicipta lagi fitnah, kononnya Kamal menipu Ijazahnya.

Tidak sampai 24 jam , semuanya terjawab. Universiti tempat Kamal belajar mengesahkan Ijazah Kamal dan sekaligus menolak tohmahan jahat tersebut.

Nampaknya segala tohmahan jahat tersebut tidak menjadi. Berbeza dengan kami, walaupun gambar yang disiarkan oleh GAP dikatakan gambar superimpose, tetapi ianya berjaya menggemparkan negara dan ianya disahkan sendiri oleh Zaid yang dia seorang kaki mabuk.

Tidak cukup dengan itu, ibarat bulan jatuh ke riba, keesokan hari Zaid sendiri mengesahkan yang dia juga teribat dalam lumba kuda.

Kedua-dua perkara tersebut sudah cukup memberi bonus kepada Kamal. Kami tidak perlu memerah otak untuk mereka-reka fitnah seperti ejen-ejen syaitan. Apa yang kami kata semuanya benar.


Thursday, April 22, 2010

P94 (10) PKR LESU DI HULU SELANGOR


Ingatkan semakin hari semakin panas rupanya semakin lesu.

Jentera PKR yang paling lemah dalam sejarah yang pernah ku lihat dalam rally p/raya kecil penggal ini.

Saya pun naik hairan kenapa jadi begini.

Setelah diselidik dan dirisik-risik rupa-rupanya ada dua faktor.

Pertama, tidak berkenan kepada calon

Kedua, $$$$$ tak turun ke bawah beb......

Katanya orang atas yang sapu

Siapa yang sapu ?

Klik disini....

Di sini pun ada juga ceritanya...

SIAPA PENJILAT SETIA ISRAEL ?

JAWAB !

JAWAB !

JAWAB !

Takut-takut ada yang kata gambar superimpose pula
sila klik sini dan sini

P94 (9) CEPAT ! CEPAT ! SIAPA NAK JADI JUARA ?

Fuh.....

Hebat...hebat... ternyata pengundi betul-betul menggunakan kuasa mereka sebagai pengundi untuk menuntut sesuatu. Bagi mereka inilah kesempatan terbaik yang ada dan harus digunakan sebaik mungkin.

Jika Kerajaan BN nak buat sekolah dikatakan rasuah

Jika Kerajaan PKR buat jalan dikatakan khidmat kepada rakyat

Jika BN bagi duit atau barang-barangan dikatakan rasuah

Jika PKR atau PAS bagi duit atau barang-barangan dikatakan sedekah

Yang diatas ini pula apa nak dikata ? Meminta rasuah atau mengugut ?

Jadi sesiapa yang nak undi penduduk apartment berkenaan cepat-cepatlah selesaikan masalah mereka.


Wednesday, April 21, 2010

DAH TAK LARAT BEB.....


Dah tak larat beb....

Duduk di Mekah pun berkerusi roda.

Cukuplah , dah dua puluh tahun, turunlah.

Berapa harga pakej umrah ?

Siapa taja ?

Opssss sory, bukan taja, tapi SEDEKAH. Kalau UMNO rasuah

Gambar dipetik dari sini

P94 (10) DS NAJIB SUDAH TAHU SAMPAI KE SELUAR DALAM


BERITA RINGKAS


Saya baru sahaja mengikuti ucapan Datuk Seri Najib di Command Center BN Hulu Selangor.

Nampaknya Anwar tidak boleh temberang lagi selepas ini.

Sewaktu DS Najib membuat lawatan ke New York, dua bekas orang kuat Anwar iaitu Zul Nordin dan Datuk Zahrin mengikuti beliau dalam rombongan tersebut.

Setiap malam selepas program rasmi mereka berdua akan bertemu DS Najib untuk menceritakan segalanya.

Kata DS Najib....

"Saya dah tahu segalanya, sampai ke seluar dalam pun saya dah tahu".

"Saya tahu bagaimana taktik dan cara mereka merancang fitnah".

Jadi, kepada Anwar , tak usah temberang lagilah selepas ini, sekarang semuanya sudah dalam tangan DS Najib.

Wa...kah...kah...kah

Sekian laporan daripada Blogger Apco di CC BN Hulu Selangor.

P94 (8) ZAID DITEMPELAK OLEH ORANG CINA

Wa kah...kah...kah....

Kejadian ini berlaku pada 19.4.2010 semasa Zaid , exco bogel dan rakan-rakannya turun berkempen di kawasan cina sekitar Hulu Selangor. Kejadian tersebut turut disaksikan oleh jurugambar Minaq Jinggo dan diceritakan olehnya di fotopages beliau.

Kejadian didalam bangunan persatuan Cina ini berlaku begitu cepat dan tanpa dijangka. Lelaki Cina separuh umur yang berdiri disebelah kiri telah menempelak Zaid dengan kata2 "Latuk lu manyak kuat minum...semua paper alak cakap....sikalang lu tak boleh minum lagi arrr...Lain kali mali sini boleh minum sama saya (sambil menunjuk kearah botol Tiger Beer diatas meja)".

Zaid jelas terkejut dan tidak senang dengan kata2 tersebut terus pusing dan beredar dari meja tanpa membalas. Tian Chua pula cepat2 mengambil langkah "damage control".

Klik sini untuk melihat gambar-gambarnya

P94 (6) ZAID IBRAHIM: "DULU KAFIR" "SEKARANG ISLAM"

Semalam Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib telah menyamakan UMNO sama seperti Kafir Quraisy yang menyerang Khalid Ibnu Walid selepas beliau memeluk Islam. Klik sini

Kalau Ustaz kata UMNO sama dengan Kafir Quraisy

Bermakna

Zahid sebelum ini adalah kafir dan sekarang baru memeluk Islam. Betul tak ?

Tak mengapalah....

Kami terima kata-kata Ustaz.

Ustaz ambillah 'muallaf' tersebut dan jagalah dia baik-baik.

Beri didikan Islam secukupnya kepada beliau.

Ajarlah dia sembahyang , puasa dan sebagainya dan laranglah dia dari terus minum arak dan berjudi.

Kalau Ustaz boleh buka mulut dalam bab ini, jangan lupa juga untuk buka mulut dalam bab liwat Anwar.

Ustaz sebenarnya lebih awal tahu dalam bab liwat Anwar semasa Ustaz menjadi Imam Besar Masjid Negara.

Keluarkan balik rakaman yang Ustaz rakam 12 tahun lepas.

Saya berharap Ustaz tidak terus menjadi MUNAFIK.




P94 (6) JANGAN PILIH ZAID ! KENAPA ?

Saya menggesa kepada rakyat Hulu Selangor agar jangan sesekali memilih Zaid Ibrahim pada 25 April ini.

Antara sebabnya....

Kegagalannya memberikan nasihat kepada Majlis Peguam supaya menghentikan program-program yang mencetuskan kemarahan umat Islam seperti penganjuran Forum Memeluk Islam.

Zaid Ibrahim seolah-olah setuju dengan pendirian Majlis Peguam yang beriya-iya benar ingin mempertikaikan undang-undang dan perlembagaan negara bersabit dengan isu memeluk Islam, hak penjagaan kanak-kanak dan mahkamah syariah.

Jelas sekali sejak dari dahulu Majlis Peguam seolah-olah mempertikaikan kewujudan dan hak Mahkamah Syariah mengendalikan kes-kes berkaitan orang Islam dan kekeluargaan Islam dan apa yang dikesalkan Zaid membisu seribu bahasa dalam hal ini sedangkan dalam hal-hal yang lain Zaid begitu lantang bersuara.

Zaid sebagai menteri pada masa itu sepatutnya tidak bersikap berat sebelah dan membuat kenyataan mengikut kehendak diri sendiri dengan membelakangkan kepentingan agama Islam.

Malang sekali di saat umat Islam Malaysia tanpa mengira ideologi politik bangkit mempertikaikan tindakan Majlis Peguam menganjurkan forum tersebut, menteri yang bertanggungjawab dalam hal undang-undang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong atau sebaliknya.

Di mana kredibiliti Zaid sebagai individu yang dikatakan pakar dalam undang-undang ?

Memang tidak dinafikan Zaid merupakan antara penyokong kuat Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang cuba ditubuhkan oleh pihak-pihak tertentu. Namun kita berharap sebagai menteri pada masa itu, Zaid lebih rasional dan lebih terbuka dalam isu berkaitan kedaulatan Agama Islam.

Zaid bukan sahaja tidak berusaha untuk memperkasakan undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah malah seakan-akan bersekongkol dengan puak-puak yang cuba mencabar Islam.

Apa yang saya nyatakan diatas bukan dikata oleh saya . Siapa yang kata ? Klik sini

Adakah orang seperti adakah layak diangkat sebagai wakil rakyat ? Tidak layak sama sekali....

Tuesday, April 20, 2010

P94 (6) GAMBAR ZAID YANG MANA BETUL ?


Sekadar bertanya, botol apakah yang didalam bulatan ?

Bergegar otak juak-juak PKR dan PAS semalam apabila dicuit oleh GAP.

Sampaikan gambar GAP mendapat tempat di blog Anwar Ibrahim. Hebat betul kau GAP.....
Kalau dah dapat tempat dalam blog Anwar sudah dikira hebat lah tu.

Sungguh-sungguh hati blog Anwar dan Haramkahdaily menafikan perkara tersebut. Tetapi tidak pula kedengaran suara Zaid menafikannya. Sebaliknya sehari lebih awal Zaid mengesahkan yang dia seorang peminum arak.

Berbalik kepada dua gambar diatas. Satu disiarkan oleh GAP, manakala satu lagi pula oleh Thenutgraph. Yang mana satu superimpose saya pun tak tahu.

Mungkin juga yang disiarkan oleh Thenutgraph superimpose, boleh jadi juga yang disiarkan oleh GAP superimpose.

Atau....

Siapa yang tahu, semasa jurugambar Thenutgraph hendak rakam gambar Zaid, dia alihkan botol arak ketepi. Kemudian bila selesai dia ambil balik dan ianya mungkin dirakam secara curi-curi oleh orang yang sekitar kawasan berkenaan menggunakan handphone.

Saya yakin gambar berkenaan dirakam menggunakan handphone kerana imejnya agak kabur.

Soal gambar yang mana superimpose tak penting. Yang pentingnya Zaid telah mengaku dia kaki minum. Apa lagi yang nak dipertikaikan pasal gambar berkenaan ?