Tuesday, November 16, 2010

Pas Sedia Ganti Umno ?

Pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Pas kerana sudi letak nama Umno sebesar-besarnya dalam program mereka.

Mengikut kata blogger GAP yang berjaya menyusup masuk ke program tersebut tempohari perkataan Umno lebih besar dari perkataan Pas.

Pas nak ganti Umno ke ?

Boleh ke ?

Betul ke ?

Tak percayalah saya.

Kenapa kau tak percaya rbf ?

Bagaimana nak percaya jika kerusi Pas di Galas pun Umno dah ganti, lebih malang pula di negeri yang diperintah oleh Pas dan lebih malang lagi ketua pemerintahnya pemimpin nombor satu dalam hairaki Pas.

Lagi PAS nak bercakap nak ganti Umno ke ?

Wa !

Kah !

Kah !

Kah !

Kah !

Kah !

Klik sini



Monday, November 15, 2010

Pak Habib Sahkan Hubungan Anaknya Dengan Bekas Permaisuri

Pendedahan rbf pada 13.11.2010 mengenai kisah cinta uncleseekers dengan bekas Permaisuri Agung kini telah disahkan oleh bapa uncleseekers.

Menurut laporan Agenda Daily, Syed Hussein Alattas atau lebih dikenali sebagai Pak Habib berkata bekas Permaisuri itu ada datang ke rumahnya di Janda Baik beberapa kali dan juga ada memberitahunya ingin berkahwin dengan anaknya.

Itu kisah peribadi mereka, bekas permaisuri bebas untuk bercinta atau berkawan dengan sesiapa sahaja kerana beliau bukan milik orang sekarang. Yang penting Istana Selangor jangan dilibatkan dalam hal ini.

Pas Oiii, Malulah Dengan Orang Hindu

Sungguh memalukan...

Seorang penganut agama hindu terpaksa menasihati sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, yang dipimpin oleh tok guru, tok gAru, alim ulama dan sebagainya.

KUALA LUMPUR 14 Nov. - Datuk S. Nallakaruppan berkata, beliau malu apabila melihat pucuk pimpinan Pas masih taksub kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun pelbagai tembelang Ketua Pembangkang itu telah terdedah.

Sehubungan itu, beliau yang merupakan bekas rakan karib Anwar bersedia untuk bertemu pemimpin Pas jika mereka berminat untuk mengetahui wajah sebenar pemimpin itu.

Katanya, cadangan pertemuan itu adalah atas dasar hormat kepada Pas yang disifatkannya sebagai sebuah parti yang dianggotai orang alim.

"Pada bila-bila masa dan di mana sahaja saya bersedia untuk bertemu pemimpin Pas bagi mendedahkan wajah sebenar Anwar dan kenapa dia terlalu sayang kepada Azmin sehingga boleh menjejaskan masa depan pakatan pembangkang sendiri.

"Saya malu bila tengok pemimpin Pas yang alim boleh terpengaruh dengan Anwar dan saya tidak kisah mereka tidak mahu menerima pandangan saya selepas pertemuan kelak asalkan saya telah melunaskan tanggungjawab untuk menyatakan kebenaran.

"Hasrat ini adalah kerana saya amat menghormati pemimpin Pas dan sebagai bukti sehingga hari ini saya tidak pernah membuat kenyataan mempertikaikan mereka," katanya sewaktu dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Nallakarupan berkata beliau juga bersedia untuk bertemu pemimpin DAP untuk tujuan yang sama demi menegakkan kebenaran.

"Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pernah berkongsi sel yang sama di Penjara Kajang, pada masa itu kami banyak bertukar pandangan.

"Sebagai seorang rakan, saya menasihatkan Guan Eng supaya berfikir masak-masak sebelum meneruskan kerjasama dengan Anwar, saya khuatir DAP yang tanggung padah dengan permainan politik licik Anwar," katanya.

Sumber: Utusan Online

Kepada Datuk Nalla

Ayoyo Datuk....u punya statement banyak teruklah.

Mana Pas mau taruk muka ?

Datuk , lain kali kasi reserved sikitlah

Jangan bagi Pas malu itu macamlah Datuk.

Datuk, kalau u jumpa sama Hadi, sama Aziz, u mau tunjuk ke itu bagaimana Anwar taruk belakang ?

Sunday, November 14, 2010

Blog Bikin Khalid dan Bos Yayasan Selangor Kelam Kabut

Pengurus Besar Yayasan Selangor yang korup,Ilham marzuki telah mengamuk sebaik sahaja mengetahui penyelewengannya yang dibongkarkan oleh Selangor Daily. Dia memanggil beberapa kakitangannya masuk ‘menghadap’ dia dan memarahi mereka serta menuduh kakitangannya membocorkan maklumat kepada kami. Pada satu peringkat kami difahamkan dia mengugut, dan kami diberitakan ada kakitangannya yang akan membuat laporan polis. Sehingga tulisan ini ditulis kami tidak mengetahui samada laporan polis telah dibuat atau belum.

Bersambung di sini


Saturday, November 13, 2010

Penjelasan Hubungan Bekas Permaisuri Dengan Uncleseekers

Seorang rakan menghubungi saya hari ini memaklumkan tentang sebuah blog (http://uncleseekers.blogspot.com) yang memaparkan kisah hubungan penulisnya dengan bekas Permaisuri Agung yang juga bekas Tengku Ampuan Selangor.

Rakan saya berkata perkara ini boleh menjejaskan nama baik Istana Selangor. Pada mulanya saya tidak berniat untuk menulis perkara ini dan memberi publisiti kepada blog berkenaan serta penulisnya.

Tetapi apabila mengenangkan rakan saya berkata ianya boleh menjejaskan nama baik Istana Selangor, maka saya kena jelas sekadar kemampuan saya untuk betulkan persepsi tersebut. Ini kerana saya bimbang orang-orang lain pun akan berfikiran begitu.

Ini kerana bila orang teringatkan Siti Aishah, maka mesti orang akan ingatkan Istana Selangor walaupun Aishah bukan dari keluarga Di Raja Selangor. Persepsi inilah yang kena dibetulkan.

Saya telah melihat kelima-lima siri tulisan penulis blog berkenaan. Dia menceritakan kisah hubungan dia dengan Aishah dan gambaran yang diberikannya seolah-olah Aishah yang tergila-gila kepadanya.

Jika mengikut jalan ceritanya, dia menulis perkara berkenaan di blog tersebut seolah-olah dia dendam kepada ayah Aishah (Dato' Seri) kerana tidak suka penulis itu bercinta dengan Aishah.

Tidak diketahuilah oleh saya jika dia mempunyai niat lain yang tersembunyi di sebalik tulisan itu. Bagaimana pun kesahihan cerita tersebut belum dapat disahkan lagi. Walaupun penulis blog itu (Syed Abdullah Al Attas) ada meletakkan gambarnya di blog tersebut, tetapi belum tentu itu dia punya blog. Ini kerana sesiapa pun boleh buka blog dan boleh letak gambar atau nama sesiapa.

Soal betul atau tidak tulisan itu belum dapat dipastikan lagi sehingga kedua-dua tuan punya badan bangkit untuk menjelaskannya dan sekiranya benar tetapi mereka tidak mahu menjelaskannya pun tidak menjadi masalah kerana itu kisah hidup mereka. Sama seperti kisah cinta pasangan lain.

Tetapi, jika benarlah apa yang ditulis itu, maka ianya sesuatu yang memalukan. Ini kerana Aishah masih lagi menggunakan gelaran Permaisuri dan ini sedikit sebanyak mencalarkan imejnya, apatah si penulis tersebut menceritakan kisah dia diminta memilih pakaian dalam wanita.

Tujuan saya menulis perkara ini adalah untuk memperbetulkan persepsi masyarakat apabila nama Aishah disebut. Masyarakat tidak boleh mengaitkan Aishah dengan Istana Selangor, kerana Aishah sekarang tidak lagi berada dalam Istana Selangor walaupun dia masih menggunakan gelaran Permasuri.

Beliau kini hanyalah rakyat biasa seperti kita semua dan bebas untuk ke mana-mana dan juga bebas untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa. Istana Selangor tidak boleh mencampuri kehidupan peribadinya. Cuma dalam bab ini beliau harus berhati-hati agar tidak tersilap memilih pasangan dan menjaga setiap gerak-gerinya agar sesuai dengan gelaran Permaisuri yang digunanya.

Tindakan penulis blog berkenaan menulis "sekiranya saya kawin dengan aisyah, otomatik saya jadi bapak tiri Sultan Selangor yang akan membawa gelaran tuanku uncleseekers", adalah satu gurauan bodoh.

Aisyah masih lagi mempunyai ibu bapa yang masih hidup, mengapa perlu dikaitkan dengan Sultan Selangor. Sultan atau Raja-Raja Melayu berada di tempat tinggi dan sebagai Payung Rakyat adalah agak kurang ajar jika nama Sultan dijadikan bahan gurauan.

Akhir kalam, adalah lebih baik tuan punya badan dapat bangkit dan jelaskan perkara sebenar kepada rakyat. Ini kerana kita bimbang jika ianya satu fitnah maka kita tidak boleh biarkan fitnah itu berterusan. Jika tuan punya badan memilih jalan untuk tidak menjelaskannya pun tidak mengapa, itu hak mereka.

Friday, November 12, 2010

Setpol MB Selangor 'Halang' Sidang Media Wakil Tuanku

Jika dalam tulisan sebelum ini saya meletakkan tanda soal pada tajuknya. Sekarang tiada lagi tanda soal kerana berita telah disahkan. Maka saya telah mengeluarkan berita tersebut.

Diantara jam 11 pagi ke tengahari tadi wakil-wakil media telah diberitahu oleh seorang staf (lelaki) Pejabat MB Selangor bahawa satu sidang media akan diadakan oleh Setiausaha Sulit KDYMM Sultan Selangor, Datuk Munir Bani dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud. Tempatnya di Dewan Annex Bangunan Dun Selangor.

Sidang media itu diadakan bagi memaklumkan tentang pembatalan keberangkatan Sultan Selangor ke majlis sambutan ulangtahun ke 40 Yayasan Selangor.

Ketika kedua-dua wakil Tuanku tiba di bilik yang dirancang untuk mengadakan sidang media tersebut pada jam 5 petang , kelihatan setpol MB Selangor atau pun ayat yang dipakai oleh Datuk Seri Khir Toyo iaitu MB De Facto Selangor, Faekah Hussin sedang menggunakan bilik tersebut dan sedang berbincang dengan empat orang cina di dalamnya.

Datuk Munir dan Datuk Ramli terpaksa menunggu di luar terlebih dahulu. Difahamkan Faekah nampak mereka menunggu , tetapi seolah-olah tidak mempedulikannya dan meneruskan perbincangannya dengan empat orang cina tersebut.

Setelah lebih kurang 10 minit menunggu, Datuk Ramli masuk dan menghampiri Faekah sambil berkata sesuatu.

Mengikut maklumat yang diterima, dalam perbualan tersebut ada terdengar ayat 'siapa lebih besar' dan juga 'wakil Tuanku'.

Selepas itulah baru Faekah bangun dan Datuk Munir serta Datuk Ramli dapat mengadakan sidang media tersebut.

Selepas itu tanpa disangka-sangka tiba-tiba sahaja Faekah dengan mengada-ngadanya datang dan duduk di sebelah Datuk Ramli untuk turut serta dalam sidang media tersebut. Apakah Faekah juga dititahkan oleh Tuanku sebagai wakil Baginda untuk mengadakan sidang media tersebut ?

Persoalannya,

1 ) Adakah Faekah tidak tahu yang bilik itu akan digunakan oleh wakil Tuanku untuk sidang media ? Mustahil dia tidak tahu, kerana pada sebelah pagi staf Pejabat MB yang memaklumkan kepada wakil media tentang sidang media itu di bilik tersebut. Bukankah Faekah juga dari Pejabat MB Selangor.

2 ) Mengapa Faekah buat tidak tahu apabila wakil Tuanku menunggu di luar untuk mengadakan sidang media dan Faekah meneruskan perbincanganya tanpa mempedulikan wakil Tuanku sehingga apabila ditegur oleh Datuk Ramli barulah Faekah bangun.

Kepada Faekah, lain kali jangan kurang ajar. Tolong sedar sikit siapa diri kamu. Jangan ingat apabila kamu setpol kamu besar sangat. Dalam sejarah politik Malaysia belum pernah ada seorang setpol yang terlebih sudu dari kuah seperti kamu.

Inilah yang dinamakan seperti beruk mendapat bunga. Baru dilantik sebagai setpol, tetapi lagaknya mengalahkan bos.



Tuanku Batal Keberangkatan Ke Majlis Ulang Tahun Yayasan Selangor

Sebentar tadi Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor , Datuk Ramli Mahmud, baru sahaja selesai mengadakan sidang media di Bangunan Annex Dewan Undangan Negeri Selangor.

Sidang media itu diadakan bagi tujuan memaklumkan pembatalan keberangkatan KDYMM Sultan Selangor ke majlis sambutan ulangtahun ke 40 Yayasan Selangor pada isnin ini.

Tuanku membatalkan keberangkatannya kerana terdapat banyak pembaziran pada majlis tersebut yang mana kosnya mencecah sehingga RM 300,000. Lihat di sini


Gempar Dari Selangor

Satu sidang media menggemparkan akan diadakan tepat jam 5 petang ini di Bangunan SUK Selangor oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor dan SUK Selangor.

Sidang media mengenai apa, sama-sama kita nantikan.

Saya tidak boleh mendahului wakil Tuanku untuk memberitahunya di sini sekarang.

Nantikan ulasan lanjut

Untuk Mandi Wajib Yang Sempurna Kena Tunggu 17 Tahun Lagi

Kah kah kah kah kah

Lima pilihanraya telah berlalu , kena tunggu tiga pilihanraya lagi. Klik di sini

Nampaknya orang Kelantan kena tunggu 17 tahun lagi untuk mandi wajib dengan sempurna. Klik sini

Pas parti munafik !

Kurang Patriotik: MCA Hanya Tahu Minta Duit Untuk Sekolah Cina, Tetapi...

Sebelum saya pergi pada isu yang nak diperkatakan, saya nak ceritakan satu kisah kepada rakan-rakan semua. Kisah ini sedikit sebanyak ada persamaan dengan isu yang saya nak perkatakan.

Kisah ini berlaku pada awal tahun 90an semasa saya bekerja di sebuah kilang. Penyelia (supervisor) saya pada masa itu seorang yang berbangsa cina dan bernama Koh.

Koh adalah seorang yang baik dan fasih berbahasa Malaysia. Tetapi dia ada satu masalah, mulutnya suka mencarut dengan satu perkataan itu sahaja. Yang itu sahaja yang dia pandai sebut.

Satu hari tidak boleh nak dikira berapa puluh atau ratus kali dia akan sebut 'kepala b*t*h lah lu'.

Jika ada staf yang tanya "mr koh yang ini nak buat macamana". Sebelum dia jawab soalan kita dia akan mula dengan mukadimah "kepala b*t*h lah lu, ", selepas itu baru dia jawab soalan kita. Apabila mengakhiri jawapan pula sekali lagi dia akan ulang perkataan itu.

Sikap Koh yang suka mencarut telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan staf perempuan. Mereka mengadu kepada ketua jabatan kami. Apabila dipanggil Koh tidak mengaku. Keadaan itu berterusan, sehinggalah satu hari ada staf yang pergi mengadu kepada Ketua Jabatan Sumber Manusia (HRD).

Ketua HRD tidak panggil Koh, sebaliknya dia hanya telefon kepada Koh dan tanya "Koh, saya terima aduan daripada staf, mereka kata kamu suka mencarut".

Anda tahu apa yang Koh jawab ? "kepala b*t*h lah lu, mana saya ada mencarut". Kantoi, terus dia dipanggil ke HRD dan diberi amaran.

Begitulah juga kisahnya apabila MCA dan DAP membantah kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam Dewan Rakyat beberapa hari lepas berhubung kurangnya kaum cina dan india menyertai ATM.

DS Zahid berkata "jumlah masyarakat cina dan india yang rendah menganggotai Angkatan Tentera negara ini mungkin kerana kurangnya semangat patriotisme".

Bila mendengar ayat itu MCA dan DAP sudah melenting-lenting tidak tentu hala. Maka sah sudahlah yang mereka kurang patriotik kerana tidak faham Bahasa Malaysia walaupun sudah berpuluh tahun menjadi rakyat Malaysia. Kantoi, samalah dengan kisah Koh yang saya ceritakan diatas.

Jika orang yang patriotik , mereka faham Bahasa Malaysia , bila faham Bahasa Malaysia mereka akan faham apa yang DS Zahid cakap.

DS Zahid tidak tuduh, beliau kata mungkin. Beliau tidak kata tidak patriotik, beliau kata kurangnya semangat patriotisme.

Jika orang yang faham Bahasa Malaysia mereka tidak melenting dengan apa yang DS Zahid cakap. Apatah lagi kata-kata yang diungkapkan oleh DS Zahid itu dilakukan dalam Dewan Rakyat bukannya atas pentas ceramah Umno. Bila bercakap dalam Dewan Rakyat mereka tidak boleh main cakap sesuka hati, sudah tentulah ianya dilengkapi dengan kajian, angka dan fakta.

Jika fakta dan angka yang diberikan Menteri Pertahanan tidak betul dan apa yang beliau kata juga tidak betul, sepatutnya MCA dan DAP jawab balik dan nyatakan apa yang betul. Bukannya dengan cara mengapi-apikan dalam surat khabar cina dan bawa usul potong gaji menteri RM 10.00.

Sebenarnya apa yang dikatakan oleh DS Zahid ada asasnya. Bukan sahaja setakat menyertai ATM, banyak lagi perkara yang kita boleh katakan mereka tidak patriotik. India masih boleh tahan, cina sangat teruk.

Antara cina dan india, saya melihat yang india lebih sayangkan negara ini. Kalau tak percaya saya nak ajak Chua Soi Lek , jom kita sama-sama pergi Bukit Bintang dan cari india 10 orang dan cina 10 orang letak depan kita.

Kemudian suruh bagi satu buku Bahasa Malaysia suruh mereka baca, menyanyikan lagu Negaraku dan baca Rukunegara. Lihat siapa yang boleh melakukan tiga perkara itu dengan baik. Saya yakin orang india akan mengatasi orang cina.

Kemudian pula cuba anda perhatikan apabila menjelang Hari Kebangsaan. Cuba anda pusing di taman-taman perumahan yang majoritinya orang cina yang tinggal di sana seperti di Cheras, Kepong, Jinjang, Sri Petaling dan Klang atau dimana-mana sahaja di negeri masing-masing.

Lihat berapa banyak Jalur Gemilang yang mereka kibarkan di rumah mereka ? Kalau ada pun tak sampai 10 % , itu pun di rumah-rumah yang didiami oleh ah pek dan ah soh. Di rumah-rumah generasi yang selepas merdeka, jangan haraplah. Perkara ini berbeza jika anda lihat di kawasan perumahan kaum india. Mereka akan kibarkan Jalur Gemilang di rumah mereka.

Orang-orang cina yang betul-betul patriotik yang masih tinggal di Malaysia adalah golongan ah pek dan ah soh sahaja. Mereka ini adalah golongan yang tahu bagaimana susahnya nak membina negara ini dan mereka bersyukur kerana dapat hidup aman damai di sini. Golongan cina muda pun ada juga yang partiotik tetapi kebayakannya yang dari luar bandar. Kalau di KL, Ipoh, Penang dan JB, minta maaflah.

Sebagai rakan kongsi BN, MCA tidak perlu melenting dengan perkara ini. Apa yang dikatakan perlu dikaji oleh MCA sedalam-dalamnya. MCA harus terima perkara ini walaupun pahit. Semua ini belaku adalah kerana kegagalan MCA menanam semangat sayang dan cintakan negara kepada kaum mereka.

MCA hanya tahu minta duit untuk sekolah cina, bagaimana nak didik pelajar di sekolah agar sayang dan cintakan negara MCA tidak peduli. Sebab itulah kita perlukan sekolah satu aliran di negara ini.

Harap Chua Soi Lek jangan cakap banyak lagi, cepat-cepat pergi buka satu kelas untuk ajar pemuda dan pemudi cina menyanyi lagu Negaraku dan juga hafal Rukunegara.

Klik di sini untuk melihat 'abang' DS Zahid Hamidi menawan Kedutaan Indonesia satu masa dulu.