Wednesday, February 15, 2012

Akidah: Ada Lagi Gambar Yang Lebih Teruk


Tindakan Mufti Perak menegur PM kerana menghadiri majlis perayaan thaipusam di Batu Caves minggu lepas satu langkah yang tepat.

Saya menyokong 100 % teguran tersebut. 

Gambar di atas dan di bawah adalah gambar-gambar yang telah tersebar dan kita semua telah melihatnya. 




Gambar-gambar itu hanyalah gambar-gambar biasa sahaja. Saya ada beberapa lagi gambar yang lebih teruk. Anda semua pasti akan terkejut besar jika melihat gambar-gambar tersebut.

Saya akan kongsikan dengan anda semua gambar tersebut dalam tulisan yang akan saya siarkan pada tengahari atau petang ini.

Saya tahu ramai yang akan marah kepada saya apabila gambar itu disiarkan. Nak marah, nak maki, tidak menjadi masalah kepada saya. Yang penting kebenaran harus dinyatakan. 

Tunggu tengahari atau petang ini.

Monday, February 13, 2012

Sunday, February 12, 2012

Peguam PKR Pertahankan Lelaki Yang Menghina Nabi

Gambar dari sinarharian.com
Seorang wartawan warga Arab Saudi telah ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia ketika beliau transit di KLIA sebelum meneruskan perjalanan ke New Zealand.

Menurut Menteri Dalam Negeri penahanan itu dibuat atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi. Lelaki itu cuba melarikan diri kerana menjadi buruan pihak berkuasa Arab Saudi akibat dari perbuatannya menghina Nabi Muhammad SAW.  Kenyataan daripada KDN boleh dibaca di sini.

Di Malaysia pula sejak beberapa tahun lepas ada sejenis penyakit baru yang mana virusnya dibawa oleh parti-parti pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Penyakit hak asasi manusia.

Nak keluar masuk agama apa pun boleh kerana itu hak asasi manusia.

Nak lakukan seks rambang atau seks sejenis pun boleh kerana itu hak asasi manusia.

Nak nikah sama sejenis pun boleh kerana itu hak asasi manusia.

Polis tak boleh tembak mati penjenayah atau perompak kerana melanggar hak asasi manusia serta macam-macam lagi kesalahan atau kegiatan mungkar yang dipertahankan oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang, semuanya atas nama hak asasi manusia.

Begitu dalam kes lelaki Arab Saudi yang menghina Junjungan Mulia umat islam. Tiga orang manusia laknat telah mempertahankan lelaki tersebut dan mencari jalan bagi menghalang lelaki itu dihantar pulang ke negaranya.

Mereka ialah  Christoph Wilcke dari Human Rights Watch  dan aktivis hak asasi S Arulchelvan daripada Suaram.

Petikan berita dari malaysiakini
Sebelum ini, beberapa kumpulan hak asasi menggesa Malaysia supaya tidak mengusir penulis muda itu.
Antaranya, penyelidikan kanan Human Rights Watch, Christoph Wilcke berkata Malaysia tidak perlu "bersubahat dengan menghantar Kashgari balik", sambil mendakwa beliau tidak mungkin mendapat perbicaraan yang adil di sana.

"Ulama Saudi telahpun memutuskan bahawa Kashgari adalah murtad yang harus menghadapi hukuman," katanya.

Menurut Wilcke, Malaysia perlu menyelamatkan Kashgari dan membiarkannya mendapat perlindungan di negara pilihannya.

Turut menyokong saranan itu adalah aktivis hak asasi S Arulchelvan daripada Suaram.
Itu masih boleh tahan lagi kerana dua orang itu bukan beragama islam. Yang paling malangnya apabila seorang peguam wanita yang bertudung litup, yang beragama islam yang juga ahli PKR turut menjadi penghalang kepada usaha untuk menghantar balik lelaki berkenaan ke negaranya.


Gambar dari malaysiakini


Peguam itu bernama Fadiah Nadwa Fikri. Berita mengenai perkara tersebut anda boleh lihat di sini.

Di Arab Saudi mereka telah memutuskan lelaki yang menghina Nabi itu sebagai murtad. Jadi bagaimana pula dengan orang islam yang mempertahankan orang yang menghina Nabi ?

Dibawah ini adalah video ucapan Fadiah Nadwa Fikri dalam kongres PKR


Tahniah kepada Kementerian Dalam Negeri kerana telah mengambil langkah yang tepat dengan menghantar lelaki itu pulang ke negara asalnya seperti yang diminta oleh kerajaan mereka. 

Saturday, February 11, 2012

Imbas Kembali Yang Lama-Lama


Perkara-perkara lama yang perlu diimbas kembali agar sentiasa segar dalam ingatan kita semua. 

1) Rasuah pilihanraya kecil Dun Galas 2010 



2) Islam Benarkan Kronisme -Nik Aziz 

KOTA BHARU 9 Ogos 2008 - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan amalan kronisme dibenarkan dalam Islam selagi pihak yang terbabit mempunyai kelayakan bagi menjawat jawatan penting dan tinggi dalam sesebuah organisasi atau syarikat.Beliau berkata, amalan berkenaan tidak salah kerana pelantikan Khulafa' Rashidin iaitu khalifah empat selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W secara dasarnya adalah amalan kronisme.

"Mereka semua adalah kroni nabi kerana Abu Bakar, Usman, Omar merupakan bapa mentua dan Ali pula adalah menantu serta anak saudara kepada baginda. Mereka semua ada kaitan dengan nabi, kroni boleh dalam Islam selagi mereka ada merit," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Forum Rangkaian Perniagaan Muslim Antarabangsa di sini hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu mengulas gesaan Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad supaya beliau menjelaskan pelantikan menantunya, Ariff Fahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Semalam, akhbar melaporkan mengenai anggota Badan Pencegah Rasuah memasuki premis PMBK di sini untuk meneliti beberapa dokumen berhubung beberapa isu berbangkit termasuk salah guna kuasa setelah badan itu menerima surat layang mengenainya.

Friday, February 10, 2012

Pekerja KFC Yang Kurang Ajar Atau Pelanggan Yang Mulakan Kurang Ajar ?


Kes pergaduhan yang melibatkan pekerja KFC dengan seorang pelanggan yang berbangsa cina yang sedang hangat di dunia cyber sekarang ini jika tidak ditangani dengan baik akan boleh menyebabkan berlakunya rusuhan kaum seperti 13.Mei.1969.

Kerajaan serta pihak berkuasa perlu memandang serius perkara ini dan jangan memandang remeh kepada kuasa internet. Sejarah telah membuktikan rusuhan yang terjadi di Mesir setahun yang lepas bermula dari internet.

Kes pergaduhan ini telah menjadi kes perkauman dan politik gara-gara campurtangan parti yang paling rasis dalam dunia iaitu DAP. Sepertimana yang kita semua tahu, semalam (khamis) Ahli Parlimen Segambut dari parti DAP telah mengadakan sidang media bersama dengan lelaki cina yang bergaduh dengan kakitangan KFC. 

Ingat ! rusuhan kaum tahun 69 juga berpunca dari DAP.

Selanjutnya anda boleh baca kupasan dari blogger Dr.Novandri di sini dan juga di sini.

Pekerja-pekerja yang bekerja dengan restoran seperti KFC atau Mc Donald atau mana-mana restoran makanan segera yang mempunyai nama besar semuanya telah dilatih untuk berhadapan dengan pelanggan-pelanggan yang berbagai-bagai kerenah serta ragam. Bukan setakat dilatih berdepan dengan pelanggan, mereka juga dilatih berdepan dengan perompak jika outlet mereka dirompak.

Kalau setakat diperli, dimarah atau ditengking oleh pelanggan itu perkara biasa bagi mereka. Bohonglah sekiranya selama ini tidak ada pekerja KFC dimarah atau dimaki oleh pelanggan. Tetapi mereka sabar kerana mereka telah dilatih oleh majikan mereka. 

Dalam kes yang terjadi di KFC i City Shah Alam saya berani katakan, jika tidak dimaki, dihina atau dicaci dengan teruk serta menggunakan bahasa-bahasa kesat tidak mungkin pekerja KFC berkenaan akan bertindak sedemikian rupa. 

Jika setakat pelanggan marah-marah biasa atau menengking secara biasa adalah amat-amat mustahil untuk staf berkenaan naik angin sehingga bergaduh dengan pelanggan . Dia sendiri pun harus menjaga periuk nasinya.

Sudah pasti ada bahasa-bahasa yang kurang enak didengar atau yang melampaui batas yang digunakan oleh lelaki cina berkenaan kepada staf tersebut atau kepada rakan-rakannya yang boleh membuat beliau hilang sabar dan bertindak begitu.

Daripada pengalaman saya bergaul dengan orang-orang cina saya sering perhatikan kebanyakan cina-cina yang tidak tahu atau tidak mahir berbahasa kebangsaan selalunya bercakap kurang ajar dan tidak tahu adat. Ada kalanya mereka tak tahu apa maksud perkataan yang mereka gunakan. Sikap serta perangai mereka amat-amat berbeza dengan orang-orang cina yang fasih serta mahir berbahasa kebangsaan. 

Jika anda tak percaya cuba anda perhatikan gerak-geri rakan atau kenalan anda yang berbangsa cina yang fasih berbahasa kebangsaan. Mereka lebih cerdik dan sopan. 

Ahli Parlimen Kepong
Contoh terbaik dalam parti DAP. Dalam ramai-ramai ahli parlimen DAP yang ada di Dewan Rakyat, orang yang paling fasih menggunakan bahasa kebangsaan adalah Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw.  Lim Kit Siang, Tony Pua, Lim Lip Eng, Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham dan ramai lagi, semuanya hancur Bahasa Malaysia. 

Yang hancur guna Bahasa Malaysia semuanya kurang ajar dan rasis. Tetapi tidak kepada Dr Tan Seng Giaw. Beliau dilihat cerdik, bersopan , dan tahu adat. Sikapnya itu membuatkan pihak lawan juga menyenangi dan  menghormati beliau.

Lelaki cina yang bergaduh dengan pekerja KFC tersebut tidak tahu berbahasa kebangsaan. Hinggakan dalam sidang media anjuran DAP semalam dia terpaksa menggunakan jurubahasa yang disediakan oleh DAP. Jadi, anda faham-faham sendirilah kenapa dia dipukul.


Kenapa Tiba-Tiba Azmin Ali Umum Untuk Berundur Sebagai Wakil Rakyat dan Menghilang ?

Mengikut laman selangordaily.com Azmin Ali telah menghilangkan diri di twitter sejak beberapa hari lepas sebaik sahaja dia mengumumkan untuk berhenti dari menjadi wakil rakyat.

Ya, betul ! saya sendiri pun tak perasan Azmin hilang sejak beberapa hari lepas. Selepas membaca di laman berkenaan baru tersedar. Semakan yang dilakukan di laman twitter beliau juga menunjukan tweet terakhir yang dilakukannya pada 5.2.2012 yang mana beliau memberitahu kepada Ahli Parlimen Kota Belud (BN) yang beliau berhasrat untuk pencen sebagai wakil rakyat.   


Patutlah langsung tiada sebarang komen daripadanya selaku Timbalan Presiden PKR apabila kekasih Elizabeth Wong ditahan di Indonesia dan mengaku dibiaya oleh PKR. Juga tiada sebarang komen dari dia apabila namanya dikaitkan dengan skandal pasir di Selangor oleh Raja Petra. 

Biasanya dia adalah antara orang yang paling laju buat komen jika ada sesuatu isu menimpa PKR dengan menuduh Umno sebagai dalangnya. Tetapi kali ini tidak.

Mengikut selangordaily.com kehilangan Azmin ada kaitan dengan penangkapan Helmi oleh pihak berkuasa Indonesia. Selanjutnya sila klik di sini.

Siapa Dia Faekah ? - Dr Khir Toyo


Dr Khir Toyo kata dia tak kenal siapa itu Faekah... 

Faekah adalah setiausaha politik MB Selangor yang terlebih sudu dari kuah. Bertanding pilihanraya pun tidak, tapi berlagak mengalahkan wakil-wakil rakyat atau exco. 

Dalam Malaysia setiap menteri, menteri besar dan ketua menteri di setiap negeri ada setiausaha politik masing-masing. Termasuklah Nik Aziz, Ustaz Azizan dan Lim Guan Eng. Tapi pernahkah anda semua lihat setpol mereka semua bersikap lebih sudu dari kuah seperti Faekah ? 

Orang-orang PKR sendiri dan juga kakitangan-kakitangan kerajaan negeri juga ramai yang benci dengan Faekah kerana sikapnya. Begitu juga dengan wartawan-wartawan. Saya difahamkan juga beberapa orang penting di TV Selangor juga sudah cabut kerana tidak tahan dengan perangai Faekah. 

Orang seperti Faekah sesuai dengan peribahasa kaduk naik junjung atau beruk mendapat bunga. 

Lihat video di bawah 

Thursday, February 9, 2012

Rakan Karib Rafizi Terlibat Kes Rasuah Pasir

Nah....tu dia !

Sekarang isu NFC dah bertemu buku dan ruas.

Rakan baik Rafizi  iaitu Adun PKR Batu Caves, Amiruddin Shaari bertindak menyokong permohonan sebuah syarikat perlombongan pasir yang dia sendiri ada kepentingan.

Syarikat di Semenyih, minta sokongan dari Adun Batu Caves.
Lihat nama yang terakhir
 Apakah ini bukan rasuah atau salah guna kuasa ?

 Bila Jingga 13 nak buat laporan kepada SPRM ?

Wednesday, February 8, 2012

Ini Namanya Lidah Bercabang Atau Lidah Biawak ?





23.September.2011 

Dalam tempoh enam bulan tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor berupaya menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta, menjadikannya RM1,100 juta. “Jumlah ini merupakan rekod kewangan paling baik negeri bertuah ini dalam tempoh 28 tahun,”

Sumber: harakahdaily


2.Febuari.2012

Alumni Yayasan Selangor mendakwa perobohan Asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan, Kuala Lumpur disebabkan masalah aliran tunai (cash flow) yang dihadapi kerajaan negeri.

Presiden Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor (Pays) Aina Hanim Mohd Lokman berkata kerajaan negeri memberi alasan mereka tidak lagi mampu menampung pembiayaan Asrama Tun Dr Ismail (ATDI) dan Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN).

Sumber: freemalaysiatoday


7.Febuari.2012

Sebelum kita mentadbir Selangor, rizab kita hanya kurang RM400 juta dan sekarang masuk tahun keempat kita sudah kumpulkan lebih RM1.9 billion. Empat kali ganda lebih besar

Sumber: selangorkini

Baju khas untuk Eli ? Lihat gambar atas...

Ulasan lanjut bakal menyusul

Friday, February 3, 2012

Lynas: Fuziah Salleh Perlu Buang Televisyen dan Telefon Bimbitnya Terlebih Dahulu


Dalam pembangkang orang yang cerdik pandai tidak akan popular. Yang popular adalah orang-orang yang bodoh seperti Mahfuz Omar, Mat Sabu, Idris Ahmad, Fuziah Salleh dan ramai lagi. Jika orang yang cerdik pandai nak popular, mereka kena buang segala ilmu yang mereka ada dan harus jadi bodoh seperti golongan yang bodoh.

Contoh , Ketua Penerangan Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man. Dia bukannya calang-calang orang. Dulu dia seorang pensyarah universiti. Dulu dia tidak berapa popular kerana dia kurang bercakap dan bercakap perkara yang cerdik-cerdik sahaja. Bagaimanapun selepas kalah dalam pemilihan Pas di tangan Mat Sabu, dia dah jadi bodoh sekarang. Tiap-tiap hari sekarang ini kita boleh lihat kenyataan-kenyataan bodoh dari dia. Sah dia akan menang dalam pemilihan akan datang kerana dia telah memenuhi ciri-ciri kebodohan yang dikehendaki oleh pengikut-pengikut parti mereka.

Begitu juga dalam hal kilang Lynas. Orang yang cerdik, lulusan sains nuklear, Dr Che Rosli Che Mat yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat tidak diberi ruang untuk bercakap atau membuat penjelasan. Sebaliknya orang yang bodoh dan tiada ilmu sains nuklear seperti Fuziah Salleh yang galak bercakap dan dijulang sebagai heroin oleh Pas , PKR serta DAP.  

Cerita bab kilang Lynas lebih kurang sama dengan cerita NFC yang pernah saya tulis beberapa minggu lepas. Semuanya kerana politik. Isu Lynas tidak selamat tidak akan timbul sekiranya kilang berkenaan dibina di Selangor, Pulau Pinang atau Kelantan. Pada masa itu nada mereka akan berbunyi begini "ohhhhhh inilah buktinya kerajaan pimpinan pak-khatan rakyat pandai mencari pelaburan dan pelabur yakin dengan kami berbanding dengan negeri-negeri yang diperintah BN yang penuh dengan "rasuah dan kronisme".

Sama juga apabila mereka kalah pilihanraya, "ohhhh ini semua kerana BN mengamalkan taktik kotor , menggunakan SPR untuk kepentingan mereka, menipu undi pos dan bla....bla....bla...bla.....bla....".

Apabila mereka menang, "ohhhhh inilah buktinya rakyat telah menolak Umno dan BN yang selama ini hidup dengan rasuah, merompak wang rakyat, merompak harta negara dan bla....bla...bla....bla...".

Begitu juga dalam kes-kes mahkamah. Bila kalah kes mulalah kata mahkamah jadi alat Umno, hakim zalim dan macam-macam lagi. Bila menang kes, "ohhhhhhh inilah bukti hakim tersebut seorang yang adil dan tidak mahu bersekongkol dengan kezaliman serta penipuan". 

Itulah perangai orang yang tak percaya kepada Qada dan Qadar . Percaya kepada Qada dan Qadar adalah salah satu perkara yang terkandung dalam rukun Iman. Orang yang tak percaya kepada Qada dan Qadar termasuklah dalam golongan apa ? Tentulah golongan MUNAFIK....

Berbalik kepada kisah Lynas....

Projek tersebut diperlukan untuk melonjakkan lagi ekonomi negeri Pahang khususnya dan bagi Malaysia amnya. Selain dapat menjana ekonomi dan ia juga dapat membuka peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Sejarah telah membuktikan bidang industri yang dimulakan oleh Tun Dr M selepas dilantik menjadi PM telah mengangkat Malaysia kepada kedudukan yang ada pada hari ini. 

Dulu negara kita banyak bergantung kepada bidang pertanian, setakat mana sangat hasil yang kita dapat. Bagaimana dengan hidup rakyat pada masa itu ? cuba bandingkan dengan keadaan sekarang bagaimana pula hidup rakyat ? Dulu orang Malaysia berduyun-duyun pergi kerja buat rumah batu dan bangunan di Singapura. Sekarang ini pula berduyun-duyun orang Indonesia, Bangladesh, Nepal , Vietnam dan macam-macam negara lagi yang datang buat rumah batu atau bangunan di negara kita.

Pelaburan yang dibawa masuk oleh Lynas Corporation ke negeri Pahang bukan kecik anak punya pelaburan. Untuk membina kilang sahaja mereka dah belanja RM 700 juta. Itu belum dikira lagi setelah mereka beroperasi kelak. Sudah tentu mereka perlukan pekerja, perlukan pembekal dan macam-macam keperluan lain lagi. Apabila rakyat ada kerja, mereka ada duit. Apabila mereka ada duit, mereka akan berbelanja. Apabila mereka berbelanja ekonomi akan berkembang dan terus berkembang. Apabila ekonomi berkembang sudah tentulah rakyat yang mendapat labanya. Macam lagu bangau oh bangau pula jadinya.

Jangan ada yang berkata "ah peduli apa aku dengan perkembangan ekonomi negara,bukannya dapat kepada kita". Itu cakap-cakap orang bodoh. Bagi yang berusia lebih 40-50 tahun sila undurkan balik kebelakang fikiran anda dan kenang balik kehidupan anda  20-30 tahun lampau. Bagi yang berusia 40 tahun ke bawah sila tanya ibu bapa atau orang-orang tua bagaimana kehidupan dulu dengan kehidupan sekarang. 

Dulu siapa ada kereta, satu kampung akan cari orang itu untuk nak bawa mereka ke hulu dan ke hilir. Sekarang semua ada kereta depan rumah masing-masing. Dulu semua pakat naik bas untuk bergerak ke sana ke sini. Sekarang semua syarikat bas nak bangkrap kerana tiada orang nak naik lagi. Masing-masing dah ada kenderaan sendiri. Sampaikan kerajaan pula terpaksa bagi bantuan kepada syarikat-syarikat pengendali bas. 

Mungkin ada yang berkata "aku dapat beli kereta dan hidup senang kerana hasil usaha aku sendiri, bukannya usaha kerajaan". Saya jawab "kepala hangguk hang" ! Kalau kerajaan tak bangunkan negara, tak pandai jana ekonomi, tak pandai cari pelabur-pelabur,apakah kamu ingat kamu boleh dapat kerja ? Lihat contoh di Kelantan, setiap tahun selepas tamat tingkatan 5 berduyun-duyun anak-anak negeri berkenaan bergerak keluar meninggalkan ibu bapa untuk mencari pekerjaan di negeri-negeri maju. Sampaikan beberapa hari lepas seorang majistret pun menasihatkan seorang remaja agar mencari pekerjaan di luar Kelantan. 


Kerajaan yang memerintah negara dan negeri Pahang tidak boleh berpuashati dengan apa yang ada sekarang. Mereka perlu berusaha untuk memajukan lagi ekonomi dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baru untuk masa depan rakyat. Ramai lagi dibawah sana yang sekarang sedang berada di bangku sekolah memerlukan pekerjaan, perlu duit, , perlu kereta , perlu rumah, nak bina keluarga dan sebagainya kelak. Persediaan perlu dibuat dari sekarang. Pembinaan kilang Lynas adalah salah satu dari perancangan jangka masa panjang untuk kemudahan rakyat. Tiada kerajaan yang gila dalam dunia nak suruh rakyatnya mati.

Lainlah dengan Kerajaan Kelantan, mereka kerajaan islam. Tak perlu bina ekonomi dan fikir masalah rakyat. Cukup dengan hanya mendengar ceramah pemimpin-pemimpin Pas dan bertakbir, duit akan turun dari langit mencurah-curah. Negeri mereka dah jadi negeri maju kerana mereka ada Tesco. Siapa cakap Kelantan maju kerana ada Tesco? Nik Aziz yang cakap. Kalau tak percaya klik di sini

Fuziah Salleh dan cicak-cicak mengkarungnya berkata kilang Lynas tak selamat kerana rakyat akan terdedah kepada radiasi dan boleh menyebabkan kanser. 

Semua itu bohong dan tidak lebih dari bohong. Orang-orang PKR asal buka mulut sahaja tiada yang benar melainkan semuanya bohong. Daripada pemimpin atas sampailah ke cicak-cicak mengkarung peliharaan mereka. Tidak ada yang tidak bohong melainkan semuanya bohong.

Satu kajian terperinci telah dijalankan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa ( IAEA) pertengahan tahun lepas dan mereka mendapati kilang berkenaan selamat serta menepati piawaian IAEA. Itu kajian sebuah badan antarabangsa yang diiktiraf dunia. Bukannya kajian yang dibuat tepi semak di Kampung Tok Sira oleh Prufesok Fuziah Bt Salleh.

Menurut Pensyarah Program Sains Nuklear Universiti Kebangsaan Malaysia ,  Profesor Dr. Ismail Bahari, radiasi hanya membahayakan manusia apabila ia melebihi paras tertentu dengan 100 mSv boleh menyebabkan meningkatnya risiko mendapat kanser.

Menurut Profesor Dr. Ismail lagi operasi Lynas hanya akan menyebabkan pendedahan radiasi kepada orang awam sebanyak 0.002mSv setahun dan ia 10 kali lebih rendah berbanding pendedahan radiasi menonton televisyen selama empat jam sehari untuk tempoh setahun.

Ada faham ke Prufesok Fuziah Salleh dan cicak-cicak mengkarung PKR ? 10 kali lebih rendah dari menonton televisyen. 

Jika Fuziah Salleh benar-benar seorang pejuang yang menentang radiasi seperti yang ditunjukkan dia selama ini, kita cabar dia buang terlebih dahulu televisyen di rumahnya. Kalau itu dia tak boleh buat, tak usahlah dia nak melalak anti radiasi. Jangan nak memperbodohkan orang ramai supaya mengikut gelagat bodoh kamu.

Profesor Dr. Ismail juga berkata, pendedahan radiasi kepada paru-paru apabila merokok sekotak sehari setiap hari selama setahun adalah 150 mSv atau 75,000 kali ganda lebih tinggi berbanding pendedahan radiasi daripada operasi Lynas.

Semenjak menjadi Ahli Parlimen Kuantan berapa kali Fuziah Salleh adakan kempen anti rokok di kawasannya untuk mengelak rakyatnya daripada terkena kanser ? Berapa kali Fuziah Salleh pernah bangkitkan isu rokok dalam Dewan Rakyat ? 

Buat yang itu terlebih dahulu jika kamu benar-benar pejuang radiasi dan kanser kerana itu yang lebih merbahaya daripada Lynas. 

Kepada doktor-doktor di sekitar Kuantan yang berjaya diperbodohkan Fuziah Salleh, jangan rendahkan martabat anda dan jangan sia-siakan ilmu yang anda ada. Lebih baik doktor semua perhebatkan kempen anti rokok daripada dijadikan lembu oleh Fuziah Salleh untuk menentang Lynas.

Di Kemaman, iaitu kawasan yang bersebelahan dengan Kuantan serta di Pulau Pinang ada tempat yang tempat yang mengeluarkan radioaktif, tiada apa-apa masalah pun. Tiada pun yang mati atau terbunuh kerana perkara itu. 

Pendapat dari Profesor Dr.Ismail dan Profesor Dr. Tarmizi Ramli berhubung kesan Lynas boleh di baca di sini.

Seperti yang saya katakan awal-awal, perkara ini bukannya apa sangat, semuanya kerana politik. Fakta diputar belit dan kebenaran disorokkan hanya semata-mata nak pastikan dia menang sepenggal lagi dalam PRU akan datang.

Fuziah Salleh nak tunjuk dia hebat, dia cerdik, dia membela rakyat, dia menentang kilang yang katanya boleh membuat rakyat kena kanser. Itu semua tipu, yang sebenarnya dia nak undi untuk memastikan dia menang lagi selepas ini. Perjuangannya bukan perjuangan rakyat, tetapi perjuangan untuk dapat undi.

Maklumlah jadi ahli parlimen pembangkang di negeri BN tugasnya senang. Tak perlu jaga rakyat. Jika rakyat datang mengadu mereka suruh mengadu kepada wakil rakyat BN. Jadi ahli parlimen dapat pelbagai kemudahan. Elaun itu elaun ini. Dapat pergi luar negara dan pelbagai kemudahan lain. Dapat pula beli rumah baru secara tunai dan baik pulih rumah juga tunai. Sepenggal mana puas, kalau boleh nak sepenggal lagi. Demi untuk mencapai hasrat maka rakyat perlu diperbodohkannya.

Kepada MB Pahang pula, jangan terperangkap dengan mainan politik mereka. Jangan sesekali layan game mereka.  Dia nak ajak berdebat suruh dia pergi berdebat dengan pakar-pakar tenaga atom. Projek harus diteruskan untuk kemajuan ekonomi demi kesenangan rakyat di masa depan.

Jika nak ditakdirkan BN hilang beberapa kerusi di sekitar Kuantan dan Indera Mahkota dalam PRU akan datang , biarlah ianya hilang. Poket rakyat lebih penting daripada satu dua kerusi berkenaan. 

Kepada penduduk sekitar Kuantan dan Indera Mahkota pula, janganlah anda termakan cerita-cerita bodoh daripada Fuziah Salleh dan cicak-cicak mengkarungnya. Otak mereka hanya besar sikit dari puting mancis, tetapi mereka berlagak otak mereka besar tempurung kelapa. Jangan sesekali biarkan diri anda dijadikan alat oleh Fuziah Salleh untuk kepentingan politik dia.

Jika Fuziah datang nak meracun pemikiran anda kononnya anda akan berdepan dengan radiasi dan akan menghadapi kanser, suruh dia buang terlebih dahulu televisyen di rumahnya dan suruh dia juga buang telefon bimbitnya. Jika dia lakukan semua itu baru dia boleh bercakap pasal radiasi dan kanser.