Wednesday, March 20, 2013

Anwar Ibrahim VS Papa Gomo


Umum mengetahui Anwar Ibrahim telah membuka gelanggang pertarungannya dengan Papa Gomo. Sebagai seorang rakan yang kita sama-sama satu masa dulu belajar bagaimana nak buat blog, nak menulis blog dan sebagainya, tersemat jugalah perasaan bangga di hati ini melihat apa yang terjadi hari ini. 

Mana tak bangganya , rakan kita daripada seorang zero hari ini berjaya menggegarkan seorang ketua pembangkang yang sedang bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang PM. 

Kalau dulu kita hanya mampu melihat bagaimana blogger-blogger atau web master sebelah mereka menggegar atau menggoncang pemimpin-pemimpin BN. Hari ini ada rakan kita pula yang berjaya menggoncang mereka. Bangga beb....

Sebagai seorang yang mengenali atau rapat dengan Gomo, saya tahu apa matlamatnya dan siapa targetnya dalam kerjaya dia sebagai seorang blogger. Tidak lain tidak bukan target utamanya adalah Anwar Ibrahim. 

Apa yang saya ingat sejak hari pertama bergelar blogger Gomo ada mengungkapkan dia nak hancurkan Anwar Ibrahim. Setelah lima tahun berlalu hari ini nampaknya dia sedang menghampiri kejayaan. Untung sabut timbul untung batu tenggelam. Silap-silap Anwar boleh jatuh ditangan seorang blogger. Kalau betul-betul Anwar jatuh ditangannya maka ketika itu dia adalah seorang legend.

Saya tak nafikan dalam usaha mencapai targetnya , Gomo melakukan banyak perkara dan dia berusaha bersungguh-sungguh. Dia rajin cari maklumat, dia rajin buat penyiasatan dan sebagainya. Kadang-kadang apa yang dia lakukan yang tak pernah terfikir di akal kita. Tahu-tahu dia datang dengan penuh lagak dan tunjuk itu ini kepada kita.

Cuma apa yang boleh saya katakan tindakan Anwar nak saman Papa Gomo adalah satu tindakan yang silap. Harus diingat sehingga kini Anwar belum lagi saman Gomo. Dia hanya umum nak saman dan beri Gomo tempoh 48 jam untuk minta maaf. Kalau Gomo tak minta maaf barulah dia akan teruskan dengan saman. 

Anwar silap kerana tindakkan dia nak menggertak Gomo dan menunjukkan kepada masyarakat serta kepada pengikut dan penyokongnya bahawa dia berani ambil tindakkan terhadap Gomo, sedangkan tindakan itu akan membuka polemik yang lebih besar. 

Dalam kes ini Anwar yang akan menerima bahana yang lebih besar. Seandainya Gomo kalah sekali pun dan dia bangkrap kerana tidak mampu bayar saman, dia tak rugi apa-apa. Kerana dia tiada cita-cita atau matlamat politik. Tetapi Anwar akan menerima bahana yang lebih besar. 

Jadilah adalah lebih baik Anwar memohon maaf kepada Gomo dalam tempoh masa yang Gomo tetapkan kalau tidak mahu menerima bahana yang lebih besar. 

Kepada Gomo pula aku nak pesan. Aku tahu kau seorang yang berani dan seorang yang hati kering. Aku tahu semangat perjuangan kau melawan Anwar sangat kental. Namun satu perkara yang aku bimbang wahai Gomo. Anwar sekarang dalam keadaan terdesak dan dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan matlamat dia menjadi PM pada PRU 13 tercapai. 

Seorang bapa yang bersama-sama berjuang dengan anaknya yang menjadi mangsa liwat Anwar, tiba-tiba boleh layu terkulai di kaki Anwar kerana RM...RM...RM...RM... Dan aku sangat-sangat berharap  satu hari nanti tidak akan melihat muka kau duduk dihimpit Surendran dan Sivarasa dalam satu sidang media memohon maaf kepada Anwar dan berkata apa yang kau lakukan selama ini adalah konspirasi.

Minta jauhlah perkara itu daripada berlaku wahai Gomo....

23 comments:

Anonymous said...

RM...RM...RM...RM..

kalaulah tetiba gomo u-turn.. aku boleh agak mesti level puluh jatu masyuk tu...hehehe

Melayu Atas Pagar said...

JAHAT LU RBF ... "Dan aku sangat-sangat berharap satu hari nanti tidak akan melihat muka kau duduk dihimpit Surendran dan Sivarasa dalam satu sidang media memohon maaf kepada Anwar" ... HE HE HE

GAMBAR KEDUA DARI VIDEO LIWAT MAHASISWA SABAH DAH PAPA GOMO KELUARKAN

KITA TUNGGU DAN LIHAT, SIAPA YANG AKAN TERSUNGKUR DALAM TEMPOH 30 JAM LAGI ... HUA HUA HUA

Nur Eisha Fatihah said...

apa yg kau banggakan sangat dgn dia? sembah dia ke? LOL!

ke nak melobi dia? hhahaha!

Anonymous said...

HIDOP PAPAGOMO ! HIDOP PAPAGOMO! LAWAN SAMA PAPAHEBAT....ANDA TETAP PAPAGOMO BUKAN PAPAKEDANA !!

Anonymous said...

Dan aku sangat-sangat berharap satu hari nanti tidak akan melihat muka kau duduk dihimpit Surendran dan Sivarasa dalam satu sidang media memohon maaf kepada Anwar dan berkata apa yang kau lakukan selama ini adalah konspirasi.
--------------------------
BRO RBF...

AYAT LU YG AKHIRNEH WAT AQ MENITISKAN AYAQ MATA LA...AQ DOK TERBAYANG NNT GOMO DGN MUKE SEPOSEN DOK SBLH ANUwar...MASA TUH KONPOM JUBOR GOMO DAH KENE JOLOK DGN RM....MUADAH2AN ITU TAK AKAN TERJADI....

BRAVO GOMO,..TRSKN PERJUANGAN DAN JGN MENGALAH..AQ XMAMPU MMBERIKN WANG HENGGET TAPI AQ CUME MAMPU MMBERIKN SOKONGAN PADU PADA GOMO...

cheguman said...

Jika ada org yg lbh berani drpd Gomo, org itu ialah RBF sbb dia sorg je yg berani tegur gomo secara bersemuka. (klu aku nak bodek rbf pun buat apa. Ha3x)

Anonymous said...

AKU RASA..MUNGKIN RBF PUN DAH TENGOK APA YANG GOMO MAKSUDKAN TU. SEBAB TU RBF DAH SOUND BAAAAIIKKK PUNYA KAT BANG NON..

GAMBAR KAT BLOG GOMO TU MEMANG CLEAR..

Depa Kata said...

ha ha ha

Anonymous said...

kalu aku jadi gomo, then kalu nuar nk bli gomo, aku ambik je duit pendahuluan. Pastu lawan tetap lawan. HAHAHAHA

RBF Online said...

Cheguman, apalah yang pada ku ? Kah...kah....kah....

RBF Online said...

Nur Eisha Fatihah, saya bangga dengan gomo sebab dia tak lakukan hubungan dengan jantan. Kalaulah dia jahil sekali pun Nabi tetap akan mengaku dia sebagai umat. Berbeza dengan Anwar yang lakukan kegiatan yang Nabi tak mengaku umat.

Durio ziberthinus said...

Q1. Are you a homosexual or bisexual?
A. Well, you see they had tried and attempted and they actually charged me twice..bla..bla..bla

Q2. Is it Yes or No?
A. Well, when I said is irrelevant or not...bla...bla ..UMNO propaganda bla..bla

Q3. So, you're not a bisexual?
A. No.. you see the..the..the..bla..blaa

Q4. So, the answer is 'no'
A. So, of course if I had made it clear...bla..bla..

Far Lungeng said...

Jika wartawan Utusan Malaysia atau TV3 bertanya;

Q1. Are you a homosexual or bisexual?
A. U ulang..I saman U

Q2. Is it yes or no?
A. I said U ulang..I saman U

Q3. So, you're no a bisexual?
A. What a stupid question..I'm warning U. U ulang..I saman U

Q4. So, the answer is 'No'
A. Well..likely U deserved to be sued. See you in court.

Anonymous said...

...adakah GOMO akan terkulai layuuu di kaki Pak Sheikh setelah dimandikan RM RM RM.....

Anonymous said...

Klu anwar dpn mata aku nak je aku sepak teranjang....kasi mampos...dia dajal perosak keamanan

Anonymous said...

caya laa rbf, betul tu gomo ko jangan berpaling tadah

Anonymous said...

Anuwar mmg suka cari pasal dengan org tak berdaya, bukan dia tak tau tp saja buat tak tau, sbb dia ingat dia raja kapur, raja liwat, tak liwat buntot dia boleh liwat curah wang je.

Betul RBF, saya pun harap papagomo kita ni tak termakan rasuah wang ringgit papahebat Anuwar ni. ang punya pasal boleh spin goyang 360 beb. Tapi kita kena ingat wang orang jahat ni selalu tak berkat atau jadi darah daging silap haribulan terkedang kaku beb takut takut takut laa dgn orang jahat nak tutup cara jahat dia.

Anuwar tu tak sedar pergerakan serta kegiatan dia tu kerja orang dalam PKR sendiri, mana tahu kalau ada jantan jantan yang pernah Anuwar reject tu nak balas dendam tp tak tunjuk cuma buat manja2 dgn anuwar. Semua boleh jadi oooo.

Papagomo, rezeki ada dimana mana, bumi msia ni luas terbentang, janji jgn guna duit haram dari Anuwar dah. Papakedana tak pa, jgn papasondol dah. Selamat Berjuang.

abe ja said...

sekarang ni joe bedul nama naik sikitla sebab berjaya buat bapak sepol u-turn.dengarnya downpayment 300k sudah bertukar tangan.lepas ni joe bedul sibuk pulakla nak contact papagomo.maklumlah..kalau joe bedul berjaya buat gomo u-turn pulak,sah2 bangnon akan sayang bangett sama joe bedul.ada can nama naik jadi naib perdana menteri.jawatan baru khas untuk joe bedul.

gomo..stay true kepada perjuangan.dan jaga keselamatan.betul,anwar terdesak.kalau dia tak dapat beli dgn duit..sape tau setakat mana dia sanggup pergi.

jangan tau2 esok lusa nampak dalam paper papagomo "kemalangan".mintak jauhhh

Anonymous said...

Lawan Papagomo sampai ke titisan darah terakhir.Akan tercatat dlm sejarah politik tanahair tumbangnya seorang 'peliwat ulung' dimakhamah nanti.Sama2 kita beri sokongan moral pada PAPAGOMO

Anonymous said...

RBF

Kita kena support Gomo. Anwar dah melampau. Anwar wajib dibunuh kerjaya politiknya. Kita mahu orang2 melayu Permatang Pauh yang mengajar Anwar. Cita2 Anwar atau Lim Kit Siang atau Hadi Awang nak berebut kerusi PM di Putrajaya wajib semua melayu bersatu untuk menggagalkan mereka, setidak2 pun untuk PRU13 ini.

Tak sabar nak tengok video yang Gomo akan dedahkan tu.

Hj Ariffin

Anonymous said...

Berapa ramai pahlawan kita,
dari dahulu hingga di Lahad Datu,
gugur mempertahankan bumi bertuah
kurniaan Ilahi nih demi manfaat
kita yang masih bernyawa ni?

Gomo, RBF & blogger-blogger
seangkatan mereka pula berjuang
di alam cyber,demi Ilahi
yang kita semua akan temui
di satu tempat dan masa yang
di janji...

Anonymous said...

Tuan RBF,

salah satu faktor yang menjadikan tulisan tuan hebat kerana kaedah penceritakaan dan fakta yang baik

teruskan menulis dan moga suatu hari nanti pengikut dan peminat tegar anwar sedar bahawa mereka memiliki pemimpin yang salam.

tulisan Tuan bermilai dan sangat baik

Warga Batu Gajah

Anonymous said...

mimpi je la korang.. kah x3

#inikalilah

p tgk utube face replacement video

nie la papagomo ari2 duk blaja nk replace n edit baik punya.. kalau ia pun .....