Saturday, March 30, 2013

Datuk Najib Yakin BN Menang 2/3


Dug...dag...dug....dag....debaran dada kita menanti siapakah yang bakal memerintah negara selepas keputusan PRU 13 diumumkan nanti. Ada yang berkata kita akan bertukar pemerintah. Ada juga yang kata tidak. Ada yang kata BN akan menang tipis. Dan macam-macam ramalan lagi. Namun begitu bagi tuan punya badan yang mengetuai BN, Datuk Najib yakin BN akan mendapat kemenangan 2/3. Lihat sini

Apabila PM berkata beliau yakin BN akan menang 2/3 , maka puak-puak sebelah sana pun akan berkatalah, Najib menggunakan SPR untuk memastikan BN menang 2/3. 

Itu sahajalah alasan terbaik mereka untuk menutup kegagalan. Waktu mereka menang 5 negeri tiada pula mereka memberi alasan begitu. Itulah jenis manusia yang tidak boleh menerima kententuan Qada dan Qadar.

Rakyat telah memberi peluang kepada mereka mentadbir 5 negeri selepas PRU 12. Bukan setakat 5 negeri malah menafikan majoriti 2/3 BN di Dewan Rakyat. Tetapi apa yang mereka buat sepanjang 5 tahun? Tidak lain dan tidak bukan 365 hari setahun kali 5 tahun , itulah hari yang mereka habiskan untuk kerja-kerja bodoh mereka yang membuatkan orang ramai meluat. 

Anjur demo jalan raya, terbalikkan kereta polis, gadai kalimah Allah, sokong LGBT, meliwat, beretorik,  buat kenyataan-kenyataan bodoh dan macam-macam lagi. Manakala PM terus dengan kerja-kerjanya untuk membangunan ekonomi negara dan menyelesaikan masalah rakyat.

Rakyat dah bagi peluang kepada mereka 5 tahun , sepatutnya mereka gunakan peluang itu untuk membuktikan bahawa mereka lebih baik daripada BN. Tetapi sayangnya peluang itu gagal mereka gunakan. Apabila kalah jalan paling mudah adalah salahkan SPR.

5 comments:

Pakcu Rantau Panjang said...

Pakcu masuk mecelah sikit dalam blog tuan. Lama juga tak komen,,sekadar melihat dan mendengar..hari ini Pakcu nak "royak" bahawa ada angin perubahan yang bakal meniup di Kelantan.

Lama benar dah kita kembong perut dengan janji kosong Tok Lebai PAS..maka kita dok tunggu dan kelih nanti apa orang Kelantan akan buat.

Lori gambar atas tu..DUN kawasan Pakcu..dan sekarang ni dok rancang mengatur strategi..nak gomo balik puak lawan...kalu tak dak aral...tahun ni Kelantan di landa Gelombang Merah.......walahualam.

Anonymous said...

Bo la wey..

Tukar kepada kerajaan yang reti buat kerja!

Ghazali said...

Perubahan for the sake of perubahan. Slogan begini X boleh guna. Mengarut je. There is no such thing as change for change. Change for the better. Tetapi kalo change for the worst...kepada peliwat, penipu, pembohong, pembelit, malah seribu satu pem... lagi...buat ape? Semuanya negatif.

Anonymous said...

..Jijok angin ambo dge Pakcu Rantau Panjang atas tu...bola weiii, pade doh....

Anonymous said...

upset di kelate.. hijau tetap hijau..biru tetap biru... tp atas pagor ramai ke biru...
-pok stopa