Monday, March 18, 2013

Dua Kisah Kematian Yang Menyayat Hati Di Kelantan


Macam-macam nama yang Pas buat untuk nak gambarkan Kelantan sebagai sebuah bumi islam yang tiada tolok bandingnya. Antara nama-nama yang diberi, bumi serambi mekah, bumi tadahan wahyu, negara kebajikan, bersama kepimpinan ulama dan macam-macam lagi. 

Tapi itu semua adalah pembohongan semata-mata dalam usaha Pas untuk mengabui mata rakyat bagi memancing undi. 

Hari ini kita nak berkongsi dua perkara yang tidak sepatutnya berlaku dalam islam tetapi berlaku di bumi yang dikatakan diperintah oleh alim ulamak. 

Kisah pertama berlaku di Tumpat....

 
TUMPAT – Urusan memandikan jenazah seorang penduduk kampung Atas Kok, Simpangan berdepan kesulitan apabila keluarganya terpaksa menadah air bersih selama dua jam dan dibantu 10 penduduk untuk memunggah air tersebut ke atas rumah kerana masalah air tekanan rendah.

Akibatnya, pengebumian jenazah Mohd Ramli Awang, 58, yang meninggal dunia akibat serangan jantung tertangguh beberapa jam dan selamat dikebumikan jam 11.30 pagi semalam di Tanah Perkuburan Islam Bunohan.

Jenazah lewat dikebumikan kerana masalah air bersih terputus walaupun dua kes sebelum ini dapat diselesaikan dengan bantuan lori tangki air dari Air Kelantan Sdn Bhd.

Anak arwah, Nur Amira, 21, berkata, penduduk kampung terpaksa memecahkan meter air di halaman rumah untuk mendapatkan air bersih bagi memandikan jenazah ayahnya itu yang meninggal jam 9.30 malam kelmarin.

“Betapa sukarnya kami nak mandikan jenazah, tak kan nak gunakan air dari parit yang digunakan setiap hari untuk mandikan jenazah ayah saya ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, mujur idea memecahkan meter air itu berhasil kerana air keluar tetapi perlahan sehingga perlu ditadah berjam-jam lamanya untuk mendapatkan dua tong besar untuk memandikan jenazah ayahnya itu.

“Kami di sini ada menelefon meminta Air Kelantan Sdn Bhd hantar lori tangki air, tetapi syarikat terbabit tidak dapat berbuat demikian kerana lori tangki air tidak mencukupi pada hari ini,” katanya.

Sinar Harian


Kisah kedua di Rantau Panjang....

RANTAU PANJANG – Seorang warga emas dari Jambatan Anak Buaya dekat sini, meluahkan rasa terkilan apabila tidak dapat menunaikan hasrat suaminya supaya menyembahyangkan jenazahnya di sebuah masjid, petang kelmarin.

Siti Khalijah Harun, 67, berkata, wasiat suaminya itu tidak dapat dipenuhi kerana dihalang pihak tertentu dipercayai berpunca daripada fahaman politik yang berbeza.

Katanya, dia berdepan kesedihan berganda berikutan kehilangan suami dan bertambah pilu, apabila gagal memenuhi hasrat arwah yang sering berpesan supaya jenazahnya disembahyangkan di masjid tersebut.

Menurutnya, sepanjang hayatnya, arwah Mohd Zain Yusof,77, sering menunaikan solat di masjid itu terutamanya solat Jumaat dan mahu jenazahnya juga disembahyangkan di situ.

Siti Khalijah berkata, dia tidak menduga akan berlaku perkara sedemikian kerana beranggapan, anggota masyarakat pada hari ini dapat membezakan antara fahaman politik dan agama.

“Makcik sedih kerana kehilangan suami, dan bertambah sedih apabila diperlakukan sebegini,” katanya yang belum menjamah nasi sejak suaminya meninggal jam 8.20 pagi kelmarin kerana begitu terkilan dengan apa yang berlaku.

Warga emas ini juga berkata, mereka turut bercadang untuk mendapatkan khidmat pelajar tahfiz untuk menyembahyangkan arwah suaminya tetapi hasratnya juga dihalang.

Siti Khalijah berkata, dia sedih kerana masih ada pihak tertentu yang masih mencampuradukkan soal politik dan agama sehingga rumah ALLAH itu hanya boleh digunakan individu dari parti politik tertentu sahaja dan tidak menjadikan institusi itu sebagai tempat untuk beribadat.

Menurutnya, masalah itu turut menyebabkan usaha mereka sekeluarga mempercepatkan urusan pengkebumian arwah suaminya tergendala, kerana hanya mendapat tahu dihalang membawa jenazah ke masjid itu setelah jenazah dibawa ke kenderaan.

“Makcik dimaklumkan oleh anak lelaki, jenazah ayahnya tidak boleh dibawa ke masjid berkenaan kerana ada pihak tertentu tidak mengizinkannya.

“Kemudian dia berusaha untuk mendapatkan jemaah yang telah dimaklumkan supaya menyembahyangkan jenazah arwah di masjid berkenaan dengan berpindah ke masjid bersebelahan kubur,” katanya.

Sementara itu menantu arwah, Hamidah Ismail, 37, kecewa dengan apa yang menimpa arwahnya yang disifatkan agak keterlaluan dan tidak pernah terjadi di kampungnya sebelum ini.

“Pelik, tapi itulah yang terjadi kepada jenazah arwah ayah yang dihalang untuk disembahyangkan di masjid berkenaan,” katanya.

Penyelaras Dun Bukit Tuku, Ghazali ismail, yang menziarahi keluarga  itu petang semalam, kecewa kerana masih terdapat golongan yang terpesong fahaman agamanya.

Justeru beliau meminta kepimpinan tertinggi parti itu menasihatkan pengikutnya, supaya tidak mencampuradukkan politik dan agama.

“Perkara seperti ini tidak patut berlaku kerana boleh menjejaskan perpaduan umat,” katanya.

Mohd Zain meninggal berikutan diserang strok dan mendapatkan rawatan di Hospital Pasir Mas, sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di sisi isteri dan anak-anaknya kira-kira jam 8.20 pagi.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang selepas Asar.

Sinar Harian

Kisah pertama menunjukkan sumbangan Pas selama 22 tahun memerintah Kelantan sehingga menjadi sebuah negeri yang maju kerana menurut Nik Aziz Kelantan maju sebab ada Tesco dan KB Mall.Tapi air tak dok tak apa....

Kisah kedua menunjukkan kepada kita sumbangan Pas yang terkira besarnya kepada negara ini sejak parti itu diwujudkan sehingga kini. Sumbangan memecah belahkan umat....

19 comments:

DON MELAYU said...

woi rbf!!kau ingat tulisan kau ni akan beri kesan ke kpd org PAS..sorry to say la bro...diorng lebih mengharapkn keredhaan nik aziz berbnding keredhaan ALLAH...kalau brckap bab agama takde org lain la yg hebat,dia la ulama paling smprna sekali..ni kalau tnya nik aziz ni cnfirm2 dia akn jawab mcm ni"ambo tak tahu,bakpo tak royak ko ambo nyo?ambo tak tahu,,,sungguh..."

bro yul said...

aku stuju apa yg DON MELAYU katakan...bg pencacai2 parti anak syaitan mendapat keredhaan pok nik nyanyuk lg mulia...sbb tu para pencacai2 dia takut dengan pok nik klu pok nik murka para pencacai2 nyer x leh masuk syorga pok nik nyanyuk...muahahaha..

Anonymous said...

Inilah ILMU yg PAS berikan kpd penganot2 tegarnya ...ilmu memecahbelah umat Islam dan mngkafirkan umat Islam len yg xsehaluan dgn ideologi mrk...

Dan inilah SUMBANGAN tersohor PAS dan N AJIS thdp umat Islam di Kelantan dan di negara kite...PERPECAHAN UMAT ISLAM...

Bila kjaan bg wet mcm BR1M pada rakyat pemimpin2 PAS mnudoh kjaan umpama mg'haiwan'kan rakyat...so bila PAS Kelantan gagal melaksanakan amanah menyediakan kemudahan asas kepada rakyatnya bole diumpamakan spt apa pulak???????

PAS mmg celako...
n ajis bapak celako...
hadi boroi presiden celako...

Anonymous said...

antara sumbangan terpenting PAS dalam mengamalkan konsep negara kebajikan ialah menjual kalimah Allah kepada kristian

Anonymous said...

POK NIK HARAM JADDAH....TU LA KAWAN NGN SYAITAN...SETAN GONDOL LA JDI NYA

Taming Sari said...

Nik ajis marah kalo org bersin or batuk smsa kuliah subuh dia... ini kisah benar... tolak fitrah bkn?

Anonymous said...

SI TUA KUTUK N.AJIS NI JAP LAGI DAH NAK MAMPOS!!
BIARKAN DIA HABISKAN SISA2 HIDOP DIA DGN MELAKUKAN BANYAK PERKARA YANG DI LARANG AGAMA SUCI ISLAM. DIA MEMBUKA LALUAN MUDAH UNTUK DIRINYA KA NERAKA JAHANAM.

Anonymous said...

N.ajis bukan SETAN GONDOL tapi SETAN BERSURBAN!!

Anonymous said...

mmg BABI manusia yg bertindak menghalang jenazah di sembahyangkan di Masjid....aku doakan celaka hidupnya sehingga dia sendiri mampos....

Anonymous said...

Sah lah pas ni parti ajaran sesat...ulamak pas apa lagi..perbetulkan lah keadaan..mana haron din..mana tn ibrahim..mana si hadi....

Anonymous said...

Kes pertama kena rujuk kerajaan negeri la..

Kes kedua pernah jd kepada bapa saudara sy di kedah..kes lebih kurang sama jugak..ajk masjid taknak urus dan benarkan simpan di masjid berkenaan sbb arwah jarang dtg masjid padahal arwah anak khariah kawasan berkenaan tggl hampir 60 tahun di situ,..at last urusan mandi dan sembahyang jenazah di masjid berdekatan..alhamdulillah semuanya selesai..selang beberapa hari kami di datangi oleh org lama kmpung berkenaan, meminta maklumat terperinci kes berkenaan dan menyesali atas apa yg berlaku..mereka mohon perkara ini di bawa mengadap ke DYMM Baginda Sultan..namun pihak keluarga sepakat tidak mahu memanjangkan kes dan redha dgn apa yg berlaku..seperti kes di atas jika keluarga si mati mahu memanjangkan perkara ini maka boleh lah menggunakan saluran yg betul menyusulkan perkara ini kpda DYMM Baginda Sultan..

Saya tidak pasti samaada prosedur ini betul atau salah tp begitulah kaedah yg di maklumkan kepada keluarga kami..

Anonymous said...

DAP jika bersendirian tak kuat mana pun. DAP kalau tanpa bantuan daripada melayu Pas dan melayu PKR tak mungkin akan dapat menggugat kuasa politi orang melayu melalui Umno. DAP kalau orang melayu tak berpecah belah kerana tertipu dengan ungkapan " islam " tak akan dapat laluan untuk membolehkan cina memerintah melayu.

Kita nak tanya pemimpin Pas. Kalau DAP yang mendominasikan pemerintahan negara, kuasa apa yang anda akan dapat ? Di Penang, kuasa apa yang wakil Pas dapat daripada Lim Guan Eng ? Nampaknya setakat jadi wakil rakyat saja lah yang pemimpin Pas akan dapat.

Jika DAP yang mendominasi teraju kerajan jawatan2 kanan dalam kabinet seperti PM, TPM, Menteri Kewangan, Menteri Polis dan Tentera, Menteri Pendidikan, Menteri Kesihatan, Menteri Perdagangan, Menteri Luar, Menteri Belia, Menteri Undang2 semua orang dia, kepada Pas mungkin setakat Menteri Kebajikan saja.

Semoga orang melayu tak buat silap dengan mengundi Pas atau PKR pada PRU13 nanti. Kita tak tolak Pas andainya Pas tidak menjadi agen DAP untuk mendapat laluan ke Putrajaya.

Ingatlah wahai orang melayu. Jika PR berjaya menjatuhkan Umno, bukan Pas yang akan sampai ke Putrajaya, tapi DAP yang akan berada di Putrajaya. Jika PR berjaya menjatuhkan Umno, bukan Hadi Awang yang dapat menduduki kerusi PM, tapi Lim Kit Siang yang akan menggantikan Najib.

Kenapa saya tak sebut Anwar, kerana Anwar dirasakan tak layak sama sekali untuk jawatan PM kerana moralnya sangat teruk, bukan saya saja yang kata begitu, malah orang Pas dan DAP pun tak dapat terima Anwar jadi PM.

Cucu Nik Aziz

Anonymous said...

Fatwa Cucu Tokguru

Undi DAP MURTAD
Undi Pas SESAT
Undi PKR MUNAFIK
Undi Umno BERKAT

Lim Kit Siang jadi PM melayu KIAMAT

Hadi Awang jadi PM melayu BERAT

Najib jadi PM melayu RAHMAT negara NIKMAT

Cucu Nik Aziz

Reverse Gear said...

Pas tak pedulik sangat bab2 orang meninggal ni. bukannye orang dah meninggal ni boleh mengundi, bagi "derma jihad" & datang ikut meramaikan ceramah pun.. yang penting yg masih hidup tu kena dipsyko cukup2. lagipun senang jer nak kona bab ni : tadak air ni semua salah UMNO!

Anonymous said...

Nak buat macam mana. Orang kelantan tak kisah hidup susah dan menderita di dunia. Bab air ni masalah kecil saja pada orang kelantan.

Yang orang kelantan mahu adalah SYURGA yang dijanjikan oleh Nik Aziz. Sokong Pas dapat SYURGA, sokong Umno dapat NERAKA.

Manifesto macam yang Nik Aziz buat tak boleh nak bawa tuntut di mahkamah. Nanti hakim jadi pening.

Tak kan orang kelantan nak pegi mahkamah tuntut Nik Aziz tunaikan janji manifesto SOKONG PAS MASUK SYURGA. Hakim sure akan jawab kepada pihak yang menuntut AWAK KENA MATI DULU LAH, THEN KALAU TAK DAPAT MASUK SYURGA BARU AWAK DATANG BUAT TUNTUTAN DI MAHKAMAH.

Orang kelantan memang sah macam AYAM dan LEMBU seperti yang Nik Aziz kata tempohari.

Minta maaf ya kawan2 dari kelantan. Kalau tak mahu orang luar kelantan panggil kau orang AYAM dan LEMBU .. lakukan perubahan pada PRU13 nanti.

Hj Ariffin

Anonymous said...

pasal kisah yg ke2 tu: hekeleh... nikajis ke yg buat masjid tu?

Anonymous said...

Saya dah cakap dulu2, RBF boleh datang ke kok bedelloh dan sekitar kg neteng, rakyat buat penapis air besar guna kerek telaga untuk tapis air baruh. boleh la air tu buat mandi dan membasuh. kalau nak minum/memasak, kena tapis sekali lagi guna mesin tapis yang air.

Anonymous said...

Nick ajis xslah.smua salah dlm dunia ni umno bn punya kerja.nick ajis maksum.smulia2 umat.celaka nick ajis.

Anonymous said...

Semua komen acah acah diri sendiri btul.. kalo islam jgn ngumpat.. jgn ngutuk .. Allah itu maha adil