Tuesday, March 19, 2013

Wan Azizah Dengan Publisiti Yang Bernilai RM 5.00

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew baru-baru ini menyiarkan wawancara eksklusif dengan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah, bagi mendapatkan pandangannya mengenai isu-isu semasa dan pilihanraya yang menjelang tiba.

Tidak perlu diulas panjang mengenai pandangan Wan Azizah kerana ianya sudah dapat dibaca iaitu segala-galanya yang dibuat kerajaan adalah buruk dan pembangkanglah yang terbaik, selain suaminya sebagai manusia paling suci di dunia yang tidak henti-henti menjadi mangsa penganiayaan kerajaan. Semua tuduhan adalah palsu dan semua yang berlaku adalah sandiwara UMNO termasuk insiden Lahad Datu di mana suaminya tidak terlibat langsung dan hanya bertemu Misuari untuk bersembang kosong.

Pastinya, itulah jawapan standard Wan Azizah di mana-mana saja, jadi tidak perlulah sesiapa membuang masa untuk bertanya apa-apa padanya.

Justeru, wawancara tersebut tidaklah berbaloi untuk dibincangkan di sini, tetapi, apa yang menarik untuk diberi perhatian ialah motif Sin Chew yang jelas cenderung memberi kredit dan publisiti murah kepada Wan Azizah.

Mana tidaknya, jika yang ditekankan bukanlah isu berbangkit menjelang pilihanraya tetapi mengenai sifat rendah diri dan tidak mengada-ngada yang kononnya dimiliki oleh Wan Azizah.

Menurut Sin Chew, Wan Azizah tidak memakai perhiasan emas atau berlian mewah seperti sesetengah isteri pegawai tinggi kerajaan, tetapi hanya memakai mutiara palsu yang bernilai hanya RM5 seutas.

Pesan kita pada Wan Azizah, agak-agaklah kalau nak menunjuk rendah diri sekalipun. Apa erti mutiara palsu RM5 seutas dengan rumah mewah berjuta dolar walaupun suami sudah tidak bekerja? Siapa yang kos sara hidup dan pelajaran anak-anak, kos ulang-alik dan penginapan termasuk perbelanjaan sampingan ke luar negara berpuluh kali setahun untuk dirinya, suami dan anak-anak?

Namun, dari satu sudut, tidak mustahil Wan Azizah bercakap benar mengenai mutiara RM5nya kerana jika dikaji pendedahan berbagai pihak mengenai rumahtangganya dengan Anwar, kita akan dapati bahawa semua yang dikeliling mereka mengakui bahawa Anwar tidak pernah memberi perhatian, jauh sekali kemewahan kepada isterinya atas alasan ingin dilihat sebagai ahli politik yang baik.

Tetapi, di masa yang sama, Anwar memberi segala kemewahan kepada ‘anak-anak ikannya’ dan juga wanita simpanannya.

Antara yang telah terdedah di mahkamah ialah adik angkatnya, Suka Dermawan yang diberikan bilik khas di rumahnya sendiri serta modal yang banyak untuk membangunkan syarikat sendiri. Begitu juga Shamsidar Taharin, isteri Azmin Ali, merangkap perempuan simpanannya, menikmati gaji yang tinggi sebagai Pengarah Syarikat tanpa perlu bekerja atau memikul apa-apa tanggungjawab, selain diberikan saham-saham dan barangan kemas sebagai hadiah.

Isterinya, Wan Azizah, bagaimanapun disuruh membawa imej sederhana sahaja agar salah lakunya tidak disyaki orang.

Baru-baru ini, kita didedahkan pula oleh bekas pembantu peguam Anwar, iaitu Yuktes Vijay, bahawa Anwar tidak perlu mengeluarkan sesen pun dalam kebanyakan hal kerana beliau mempunyai penaja. Jika ini benar, nampaknya Anwar mempunyai penaja dengan jumlah dana tanpa had.

Logik akal, jika seseorang itu dipecat, tidak kiralah sekiranya beliau seorang Timbalan Perdana Menteri sekalipun, tentulah kehidupannya tidak akan semewah sebelumnya, apatah lagi setelah 13 tahun berlalu. Lebih-lebih lagi apabila telah bergelar banduan. Bayangkanlah, Anwar melantik hampir 10 orang peguam setiap kali ke mahkamah. Peguamnya pula bukan calang-calang, tetapi yang sudah pun menempa nama di mana bayaran yuran mereka tentu sekali bukan calang-calang juga.

Justeru, di manakah atau bagaimanakah Anwar membiayai kos guaman, kos sara hidup serta kerjaya politiknya? Segala kos ini selama berbelas tahun pasti memakan jumlah sehingga berbilion ringgit. Dengan dana yang tanpa had itu, mungkinkah Anwar begitu kejam terhadap Wan Azizah sehingga sanggup membiarkan isterinya itu memakai seutas mutiara bernilai hanya RM5?

Di sebalik kekayaan Anwar dan kekejamannya terhadap Wan Azizah, jangan kita sekali-kali lupa pendedahan bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan, Lokman Nor Adam di awal tahun 2012 tentang bagaimana ketika Anwar dipenjara, Nurul Izzah ada menerima wang berjumlah USD200,000 dari Joseph Estrada, Presiden Filipina pada waktu itu, untuk membantu perjuangan pembebasan Anwar. Wang tersebut diberikannya kepada ibunya, Wan Azizah, Namun sehingga Lokman meninggalkan PKR, satu sen pun tidak dimasukkan oleh Wan Azizah ke akaun parti.

Begitu juga apabila rakan Lokman, Nasir Husin, yang sama-sama ditahan ISA menerima cek berjumlah RM5 juta dari Datuk Soh Chee Wen, atas nama Wan Azizah untuk membantu parti dan Anwar Ibrahim. Tetapi, perkara sama juga berlaku di mana satu sen pun tidak diberikan oleh Wan Azizah kepada parti.

Perkara ini telah didedahkan sejak tahun 2012 tetapi sehingga kini tiada siapa yang menyaman Lokman Nor Adam, walaupun Anwar terkenal dengan hobinya menyaman orang.

Oleh itu,, sekiranya Sin Chew merasa ‘kagum’ kerana Wan Azizah sanggup memakai barang kemas bernilai RM5 ketika diwawancara mereka, maka kekaguman akhbar itu pastinya berasas. Bayangkan, walaupun keluarganya telah menyonglap berbilion ringgit, Wan Azizah tegar berlakon rendah diri dengan hanya memakai barang kemas yang tidak sampai sepuluh ringgit.


Tulisan kiriman Beruang Biru

19 comments:

Anonymous said...

wan jijah dah mula BERAKSI...minta belas kasihan orang..dah dah lah tu kak Wan Omega...loya tekat ni....

Anonymous said...

mutira rm5 tu satu hal la...kak jijah ni bila nak tunjuk jam omega?...jenuh tunggu dah ni...sampai video bang non pegang mesra kote orang pun dah kluar....

Anonymous said...

Apa kelasss kau wan jijik. Bodoh punya bini aljubs ni.

Anonymous said...

dlm tempoh 48jam satu malaya akan tgk laki kau merodok jubo jantan bebb...

mana ko nak letak muka....

baik ko berambus la dari tanah melayu ni...

bwk kuga ko keluar dari msia... pi duduk kat tel aviv sana...



Anonymous said...

Nona Azizah penipu besar,mana jam Omega?.Padan muka dia di permainkan oleh Anwar,atas pentas bukan main lagi Anwar menyanyikan lagu 'Nona ku Azizah'di belakang pentas Anwar hentam pungkor jantan dan cinadol.Aku benci perempuan ni dan sedikit pun tidak ada rasa hurmat dan simpati pada pembohong.

Anonymous said...

"WOW" begitu hebat sri kandi kepala jubor ni...agak seluar dalam dia pun 3 helai sepuluh ringgit....berserdahana....laki nak beli jubo dan senjata lagi.

Anonymous said...

Taib Mahmud kena serang

http://klse.i3investor.com/blogs/kianweiaritcles/26766.jsp

Anonymous said...

Pelakon wanita TERBAEKKK dah mula BERAKsi...sgl2nya dia pakai dan guna yg murah2 ....

tapi bang non bermewah2 dgn keter mewah, naik bas mewah , naik private jet kesana kemari, tu belom lagi dgn bodiguard yg profesional...mahal kos tuh...rumah yg berjuta2 nilai tuh wet dpt dari mana...jatoh dari langit ke?

JAH ...JAM OMEGA ABG MANA JAH??????

Anonymous said...

Kalau yepun sayangkan suami, bawa dia kepangkal jalan yg diredhai Allah. Jangan suka menyusahkan dan menuduh orang sana-sini. Makin jadi kalut lagi ada ler..

Anonymous said...

APE NK HERAN RM5.00 KE,GAJI RM1 KE..KALAU DUIT YG TERSOROK TU BERJUTA2?KALAU PIKIR LOGIK,ORG GILA & LEMBU JE YG PERCAYA GAJI RM1..GAJI RM1 KAU NK MKN PE?TAIK?TAK TAU LA PLAK AKU KALAU ANWAR NGAN ANAK BRANAK DIA SUKA MAKAN TAIK..MEMANG BANGSAT GILA ANWAR NI..TAK SANGKA AKU MALAYSIA NI ADA WARGANEGARA BANGSAT MCM NI..TUNGGU MASA JE BANGSAT NI..

Jokiden NS said...

Jokiden percaya dengan apa yang dia cakap, sebab dengar ceritanya dia tidak duduk serumah dengan Nuarkan..kan..Jadi harap duit pencen sebagai MP mana nak mampu beli mutiara asli.

Cuma Jokiden taklah sampai nak bersimpati dengan dia walaupun Fareez Kamal dah meroyan..

Anonymous said...

Masa Nuwar duduk Sg Buluh itu jam, bulan-bulan Jijah terima sumbangan sara hidup dari macam-macam sumber. Nuwar cakap sama dia punya kekawan, tolon bantu jijah bini dia sbab takder kerja, nanti kerajaan Malaisia tak bagi makan.

Duit semua masuk dalam akaun jijah, juta-juta setiap bulan. Ini jam jijah sudak banyak kaya, makan sampai 7 keturunan tak abis. Satu sen tak bagi sama tabung PKR, semua dia sapu. Sebab tu dia kata anugerah rezeki laki dia semua. Luit, luit luit maaaa..lain hat takder helan, tatak jadi PM pun takpe. Malaisia semua moleh maaaa..main politik pun moleh jadi kaya layer.

Anonymous said...

tuan, boleh tolong buang tak join us at facebok popup? ia mengganggu sebab timer tu tak jalan dan tak nak hilang popup tu susah nak baca blog tuan guna chrome. firefox tak ada pula popup tu.

terima kasih atas perhatian.

Anonymous said...

INI BARU BETUL SATU SANDIWARA..

SANDIWARA MINTAK SIMPATI..

RBF Online said...

Anon 8.12

Ya, saya pun perasan. Ianya nampak menyemak. Malam tadi ada 2 orang budak2 kaki FB yang buatkan untuk saya. Sekarang saya dah buang.

Terima kasih atas teguran....

Anonymous said...

Ada empat orang pemegang harta Anwar di Kelantan, seorang dah kena catas oleh Ibrahim Ali, tinggal lagi tiga. Salah seorang pemegang harta anwar yang biasa saya tengok gambar dia pada sepanduk sahaja ialah Kamarudin jaafar, MP Tumpat. Nuar banyak harta, cuma dia tak simpan, geng2 dia yang simpan. Kalau tak, takkan la dia boleh sewa jet mewah RM96 ribu utk dua hari..

Anonymous said...

Lakunan stereotype Wan Azizah akan berterusan. Menjelang PRU13 kelak kita akan melihat bagaimana penerima anugerah 'Saidatina Khadijah' ini akan menagis dan merayu simpati. Memakai mutiara RM5 akan menjadi bahan lawak. Wartawan yang menulis cerita ini tentu bodoh apabila memberi penekanan mengenia 'kesederhanaan' Wan Azizah atau dia cuba memperbodohkan masyarakat cina?

Kepada Wan Azizah, cukup2lah dengan kebodohan anda. Wallahualam.

mtk

Anonymous said...

Dalam gambar tu nampak macam Wan Azizah sedang mengesat air mata jer. Bersedih agaknya. Apa tak sedih, dia seorang wanita yang cantik dan menarik, tapi laki dia tak heran pun, juboq pondan juga yang Anwar sedap.

Lelaki yang normal akan terangsang bila melihat p****t wanita, tapi si Anwar pula dia mudah terangsang bila melihat JUBOQ PONDAN. Terima saja lah itu sebagai takdir Kak Wan oooiii.

Hj Ariffin

Anonymous said...

sebab apa nuar belikan mutiara palsu RM5? sbb jam omega ori ratusan ribu pun boleh hilang dr simpanan jijah, nnt hilang pulak mutiara ori, mengabihkan duit jer bagi jijah simpan barang mahal...