Wednesday, March 20, 2013

Parlimen Bubar, Kerajaan Sementara, Najib PM Sementara


Rabu minggu lepas dah sekali kecoh bahawa PM menghadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung untuk memohon pembubaran parlimen.

Hari ini (Rabu) sekali lagi kecoh perkara yang sama....

Yang seronoknya hari ini ada yang siap edarkan teks sidang media yang akan dibacakan PM pada jam 12.30 tengahari tadi.

Untuk pengetahuan semua, jika Parlimen tidak bersidang mesyuarat kabinet akan diadakan setiap hari Rabu. Jika masa Parlimen bersidang mesyuarat kabinet akan diadakan pada hari Jumaat.

Adalah menjadi rutin tetap PM untuk menghadap SPBYDA setiap pagi Rabu sebelum beliau mempengerusikan mesyuarat kabinet. Amalan yang sama juga diguna pakai di setiap negeri dimana MB akan menghadap Sultan negeri masing-masing sebelum mesyuarat exco bermula. Kecuali Sultan Sulu yang tiada MB.

Apa yang kita nak kecoh sangat pasal pembubaran parlimen. Tarikhnya kan dah ada.....kerajaan yang ada hari ini akan tamat tempoh pada 28. April.2013. Jadi 29 April parlimen dah terbubar....

Hari ini puak-puak PAS, DAP dan PKR dok kata kerajaan hari ini dah habis mandat, kerajaan sementara, Najib PM sementara dan macam-macam lagi. Macamana mereka nak jadi kerajaan kalau bodoh sedemikian rupa. Undang-undang pun tak tahu. Sesebuah kerajaan akan tamat apabila genap lima tahun daripada tarikh persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri yang pertama selepas pilihan raya umum atau pilihan raya negeri. Bukannya daripada tarikh hari mengundi. 

Kalau kerajaan Najib hari ini kerajaan sementara dan Najib pula PM sementara, bagaimana pula dengan kerajaan Guan Eng, kerajaan Khalid Ibrahim, kerajaan Nik Ajis dan kerajaan Azizan Razak ? 

Bukankah hari pilihanraya negeri-negeri mereka pada tahun 2008 sama dengan hari pengundian peringkat parlimen ? 

Dulu Khalid Ibrahim bukan main lagi gempak Najib bahawa dia tidak akan bubarkan Dun Selangor kalau Najib bubar parlimen lebih awal. Hari ini dia pula yang melalak minta Najib bubarkan parlimen. Tak ke gila namanya itu ? 

Satu lagi ayat mereka dok pakai sekarang kononnya perkara seperti ini tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya di Malaysia. Ya betul....saya setuju tidak pernah berlaku. Lain padang lain belalang. Apabila diangkat sebagai PM Najib dah kata dia nak buat transformasi dan zaman kerajaan tahu segala-galanya telah berlalu. Inilah salah satu transformasi yang dilaksanakannya. Menggunakan semaksimum mungkin hayat kerajaan yang ada untuk menyiapkan segala kerja-kerjanya. 

Kalau pembangkang nak bercakap perkara yang tak pernah berlaku dalam Malaysia, kita boleh listkan bukan berpuluh, malah beratus perkara yang tak pernah berlaku dalam Malaysia yang mereka lakukan. 

Mana ada dalam sejarah Malaysia seorang calon PM berkelulusan kesusasteraan melayu ? 

Mana ada dalam sejarah Malaysia pemimpin yang dinobatkan sebagai calon PM bekas banduan ?

Mana ada dalam sejarah Malaysia seorang calon PM pengamal homoseks ? 

Mana ada dalam sejarah Malaysia parti politik yang suaminya ketua umum, isterinya presiden dan anaknya naib presiden ? 

Mana ada dalam sejarah Malaysia seorang calon PM yang anunya berjuntai-juntai dan boleh dilihat seluruh dunia ? 

Mana ada dalam sejarah Malaysia seorang calon PM yang tidak boleh menjawab soalan mudah yang hanya perlu dijawab ya atau tidak dia seorang homoseks atau biseks ?

Mana ada dalam sejarah Malaysia seorang ahli parlimen ada setiausaha politik melainkan ahli parlimen PKR? 

Mana ada dalam sejarah Malaysia seorang ketua pembangkang yang tiada kerajaan boleh membentangkan  bajet ? 

Nak lagi ? 

Mana ada dalam sejarah Malaysia seorang pemimpin parti islam sanggup gadaikan kalimah Allah ? 

Mana ada dalam sejarah Malaysia orang islam pecat jawatan seorang pemimpin islam kerana menghalang orang islam daripada murtad ? 

Mana ada dalam sejarah Malaysia seorang yang mengaku ulama boleh menyumpah seranah orang sesuka hati celaka....celaka....celaka.... ?

Mana ada dalam sejarah Malaysia seorang yang mengaku ulama pewaris Nabi bersekongkol dengan peliwat? Sedangkan seseorang peliwat itu Nabi tak mengaku umat ?

Mana ada dalam sejarah Malaysia seseorang pemimpin atau MB yang nak sambut hari jadinya bawa kek sendiri pergi rumah orang ?

Yang lain-lain anda pakat-pakat sambung pulaklah....

Puak-puak ni memang bangang....bangang.....nak jadi kerajaan tapi bangang.....Orang selalu bercakap guna ungkapan ini, kecil-kecil tak nak mampus bila besar menyusahkan orang. 

Sekarang kita kena terjemahkan ungkapan ini. Dalam pilihan raya akan datang kita mampuskan puak-puak ini awal-awal. Jangan sampai mereka jadi kerajaan. Bila dah jadi kerajaan mereka akan menyusahkan kita. 

Ramai juga yang tanya saya bila parlimen akan bubar ? Jawapan saya 29 April. Kalau PM nak bubar awal itu hak dia. Begitu juga dengan negeri-negeri. Kalau MB nak bubar awal itu hak mereka. 

Lain kali jangan jadi bodoh dok kata orang ni kerajaan sementara, PM sementara. Kamu sendiri pun ada empat kerajaan dan tiga MB serta satu KM.Kalau rasa kita tu telus, mulus dan berani bubarlah dulu....

Harap-harap hari Rabu minggu depan jangan pula ada lagi yang menyebar berita PM menghadap SPBYDA mohon bubar parlimen. Rabu depan pun belum lagi...kalau Rabu sekali lagi tu besar kemungkinan masa itu betul-betul kita ada kerajaan sementara. Kalau takde juga tunggulah 29 April....

22 comments:

Faith Ajar said...

tepat sekali rbf..pemimpin2 pembangkang ni mmg tahap2 mangkuk tingkat belaka..pengikut tahap jamban..

Anonymous said...

rbf smash baik punyer

Anonymous said...

hehe.....setuju.....biso bonar .......hehe

Anonymous said...

Tak pernah berlaku dlam sejarah negara (mungkin asia), seorang ketua pembangkang, yang nak jadi PM, yg gah, yg hebat..ugut nak saman blogger kampung.

Tak pernah wujud dalam sejarah malaysia dan dunia seorang yang mendakwa disuntik racun arsenik dan virus HIV (tahun 2000) masih hidup dan segar bugar sampai hari ini.

~pak non

Anonymous said...

SEMUA YG MANA ADA
TAK LAMA LAGI adalah '''pm berjuntai'' pm yg ni tak perlu pakai baju /seluar angkat sumpah sbb dia slalu BOGEL

Anonymous said...

Boleh menang puak2 PR tu...sabor la tidak lari gunung dikejar....kepoh je lebih....

Anonymous said...

Aku sayang PM & Malaysia

Jokiden NS said...

Nak sambung aaa..

Mana ada calon PM paling banyak menyaman pengkritiknya,

Mana ada calon PM menuntut million2dalam samannya.

Mana ada calon PM paling banyak tangguh kes mahkamah,

Mana ada calon PM setiap kali berceramah menyanyi lagu tanyan sama pokok,

Mana ada calon PM suka2 je lari ke kedutaan Turki,

Mana ada calon PM dalam dunia ni nak jaga keselamatan Israel,

Mana ada calon PM yang suka pakai rambut palsu,

Mana ada calon PM bila tak dapat jawab soalan U Ulang, I saman you.

Hahaha.. tambah sendirilah.

Anonymous said...

wah wah wah...cukup2 lah tu kawan2..

puak2 pr memang telah banyak mencipta sejarah di negara ini. tapi sejarah yang haprak..memang memalukan.

Anonymous said...

mat liwat kalau dia jadi pm, golongan lgbt la paling suka skali...ini la dinamakan ketuanan kote.

Anonymous said...

bubar je la...dh sesuai pn nk ade kn pru...nk tgu bape lame lg...bilik gerakan pn byk dh tutup blk...malas nk menunggu je...

Anonymous said...

MANA ADA CALON PM YG DINOBATKAN CERDIK OLEH FOOL-AMAK YG TAK BERAPA NAK CERDIK...KEH KEH KEH KEH KEH

Anonymous said...

hahaha..nak berguling ketawa je rase ni..memang terbaik la RBF...

Unknown said...

Lulus aaaapa?...KESUSASTERAAN MELAYU...Oh juara debat kt U la ni.....I no2...mmg pakar.

Anonymous said...

Kah kah kah...

Sat ni tadi aku nak taip komen kata hang bangang...

Tapi Allah Maha Kaya...

Dia tak mau aku buang masa taip komen kata hang bangang...

Tak semena-mena hang sendiri dah tunjukkan kebangangan hang...

Tak jadi la aku nak taip komen kata hang bangang...

Anonymous said...

Bro RBF...

Baek punyer soklan ..aq cume nak jwb..

SEMUA ADA CUME DI MALAYSIA...

XDAK KAT TMPT LEN DI DONIA NEH...

Anonymous said...

Good job rbf

Anonymous said...

Terbaek jokiden ns..aku nk sambung..

Mana ada calon PM anak beranak jadi calon kt parlimen juga..ckp kroni tp smua family sebat dulu..sama la dgn parti Dasar Anak Pungut ...pastu parti Puak Ambo Sokmo nak ikot naseb baik x jadi...masyalakat

Anonymous said...

Aku kesian kat member yg beriya-iya nak tukar kerajaan..sekrg ni mula keliru nak pilih yg mana. Katanya dulu nak tukar pasal melihat kerajaan BN teruk. Tapi melihat kerajaan dan pimpinan PR sekrg ni sebenarnya lagi teruk. Takkan tukar daripada yg teruk kepada yg lebih teruk..
Bagi aku senang je..teruk2 kerajaan hari ni pun belum terbukti kita sebagai rakyat tertekan dan tak bebas untuk cari makan dan beribadat. Tetapi PR yg perintah Selangor misalnya kita lihat sekrg berhadapan dgn macam2 saman daripada rakyat. Rakyat tertekan dan rasa tertipu. Setahu aku mana ada negeri BN yg disaman begitu sekali dalam Malaysia ni.

Anonymous said...

16 september apa jadi? Tahun 2088 kot? Sembang berapi agung + atm sokong ANUwar.padahal agung + atm tak di contact pun!

memo BERSHIT pun tak di bagi pada agung sebab mmg takde cite pun nk jumpa agung! Last2 MELAYU BADIGOL BAGHDAD jugak BERKOKOK tepi jalan. Sapa ambiGAGAL? IFC + LGBT + peguam memurtadkan org islam. PAS jugak BERKOKOK lawan ambiGAGAL dulu. Skrg apa jadi? Kalau piliharaya tak bersih cemana PR menang 5 negeri? Menang selangor negeri yg kaya.

LU SEMUA DAH KENA KENCING! TAKE BEER!

Anonymous said...

Best la rbf..mmg kene tepat kt dahi..hehe.. bler dh baca ni klu puak2 sakai pr xfhm2 lg mkna nye diorg dh kene santau ngan org2 pr..mmg buta ati la org tu

pete zamsh said...

najib sudah goyang, tunggu saja.. ini bukan cobaan tapi betul2 bn akan tewas