Friday, March 8, 2013

Ikuti Kisah Sebenar Kenapa Bapa Saiful Buat U Turn Saat-Saat Menjelang Pilihanraya


Seperti yang kita tahu bapa Saiful Bukhari hari ini kembali ke pangkuan Anwar Ibrahim dan membuat tuduhan anaknya berbohong diliwat....

Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian, saya tahu serba sedikit apa yang berlaku hari ini sejak 3-4 minggu yang lepas.

Kenapa jadi begitu ?

Apa yang dia nak ?

Insyaallah saya akan kongsikan dengan anda dengan menyiarkan di blog ini pagi esok....

Berikut adalah kenyataan media Datuk Dr Hasan Ali yang dikeluarkan hari ini....
Kenyataan Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful Bukhari yang memohon maaf kepada Ketua Umum PKR mendakwa bahawa anaknya dipergunakan untuk memfitnah Anwar Ibrahim bagi sesetengah pihak tidaklah memeranjatkan.

Umum mengetahui Anwar Ibrahim sedang menghadapi antara masalah politik terbesar yang kini membelenggu pemikiran dan perjalanan halatuju politik beliau. Kegagalan beliau memperoleh pengesahan daripada perwakilan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini menjadi tamparan yang sangat hebat dalam karier politik beliau. Selain daripada itu PAS yang terus menerus mempertahankan keputusan Parti Islam itu untuk tidak menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri telah betul-betul menusuk saraf politik impian Perdana Menteri Pakatan itu.  
Kenyataan bapa Saiful Bukhari boleh dilihat sebagai salah satu usaha terdesak diperingkat akhir yang perlu dipergunakan peluang yang ada dengan sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya untuk mengolah pandangan umum mengenai kegagalan Anwar memenuhi syarat-syarat menduduki kerusi Perdana Menteri. Antara lain syarat itu ialah bersih daripada sebarang salah laku moral yang kemudiannya boleh dipalitkan kepada Perdana Menteri yang akan menjadi Ketua Eksekutif kepada sebuah Negara yang 65% penduduknya beragama Islam. Corak penduduk sedemikian yang majoriti beragama Islam semestinya tidak akan berkompromi dalam persoalan moral melibatkan pimpinan negara apalagi yang dikaitkan dengan seorang Perdana Menteri.  
Bapa Saiful Bukhari yang dikenali sebagai manusia yang menghadapi seribu satu masalah melibatkan diri dan keluarga adalah merupakan di antara jalan keluar yang paling mudah untuk dipergunakan oleh Anwar dan konco-konconya. Kenyataan pusingan “U” Azlan itu bagi sesetengah pihak seperti yang disebut di atas memang sudah dijangka. Namun keistiqamahan Saiful Bukhari sendiri sebagai pihak yang terlibat dilihat akan menyukarkan laluan yang dijangkakan terbuka luas untuk dieksploitasi oleh Anwar dan konco-konconya.

Adalah jelas pertelingkahan keluarga dan kredibiliti bapa Saiful Bukhari yang boleh dipersoalkan oleh banyak pihak menjadikan jalan penyambung hayat politik Anwar Ibrahim tidaklah begitu meyakinkan. Masyarakat yang mengikuti perbicaraan yang begitu lama dengan penangguhan puluhan kali sebenarnya telah letih dan jelak dengan mainan politik Anwar Ibrahim.

Timbulnya gelagat bapa Saiful Bukhari yang terakhir ini bagi sesetengah pihak menjauhkan lagi sokongan mereka terhadap Anwar dan sebahagiannya pula sudah muak dan tidak bernafsu untuk mengikuti episod selanjutnya.

Rakyat Malaysia sudah memahami hakikat mainan politik Anwar Ibrahim sejak tahun 1998 lagi. Rakyat disuapkan dengan pelbagai telatah politik yang memualkan dan apa yang disaksikan hari ini tidak lain daripada gandingan lakonan sandiwara politik yang sebenarnya tidak laku lagi untuk dipentaskan.

Bagi setengah pihak masalah moral Anwar Ibrahim tidak akan ada jalan penamatnya. Tutup di kepala ekor pula yang terbuka. Tutup di ekor kepala pula yang terbuka. Begitulah ibarat kisah moral Anwar Ibrahim.

Seperti yang diketahui deretan episod melibatkan moral orang yang akan dijadikan Perdana Menteri oleh Pakatan Rakyat lambat laun akan menemukan buku dengan ruas. Pepatah juga mengatakan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga jatuhnya. Pepatah ini dicipta oleh pendita-pendita terdahulu sudah tentunya mempunyai kebenarannya yang tersendiri dan dalam konteks dunia moden kini barangkali rakyat Malaysia boleh lebih awal membuat dugaan siapa yang bakal menjadi tupai tersebut.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
Taman Tun Dr Ismail, KL
8 MAC 2013

Apakah anda rasa dengan keluarnya bapa Saiful bersama PKR hari ini akan menguatkan lagi PKR dan melemahkan BN ?

Jika anda kata ya, ternyata anda silap....

Apa yang berlaku hari ini membuatkan laluan PAS, PKR dan DAP menuju ke Putrajaya akan menjadi semakin sempit.

Kepada PAS dan DAP, jangan salahkan Umno jika kamu semua gagal ke Putrajaya. Tolong salahkan Anwar....  
 
Masa kamu 5 tahun hanya dibuangkan untuk mempertahankan kemaluan Anwar yang menutuh punggung lelaki, melanggan pelacur, menggadaikan kalimah Allah, membenarkan kebebasan beragama , termasuklah isu keselamatan negara.

Beban Anwar yang kamu pikul itulah yang akan menjadi halangan utama kepada kamu untuk sampai ke Putrajaya. 

Selamat tinggal Pas.....pikullah Anwar sampai mampus.....

27 comments:

Anonymous said...

mat liwat sampai skang masih tak tunjuk jam omega

Anonymous said...

PAS akan tukar dari Parti Se-Malaysia kepada Parti ANWAR Selamanya !!!!! hahahaha .... semoga bapak sepol kembali u-turn balik dan bawak bukti terbaru ... hahahah

Anonymous said...

Bila hang kata laluan PR ke Putrajaya semakin sempit, maknanya korang macai2 BN sedar PR mempunyai harapan ke Putrajaya, dan gang2 korang cuba sedaya upaya utk nafi, tapi sambil2 nafi..........tergigit lidah sendiri.

Anonymous said...

Bro kenapa semasa program Gelombang Biru di Pasir Gudang kehadiran hanya seramai 500 hingga 700 orang sahaja.Aku pun turut hadir program itu turut malu dengan sambutan yang diberikan. Timbalan Perdana Menteri tu yang datang...perhh malu sungguh.
Peliknya dalam Utusan kata kehadiran 5000 orang. Biar betul. Minta pencerahan.

Anonymous said...

Saya setuju dengan tuan. Anuwar ingat bila dia guna bapa Shaiful maka dia akan berjaya. Sebaliknya, orang yang rasional secara tiba-tiba akan tersedar bahawa yang merancang segala konspirasi ialah dia sendiri. Selama ini dia asyik menuduh orang berkonspirasi terhadapnya. Tetapi hari ini dengan kehendak Allah tanpa diduga oleh sesiapa pekung yang cuba disembunyikan akhirnya terbongkang di depan mata semua orang. Jika dia tahu akan jadi begini mungkin esok dia akan buatkan bapa Shaiful U-turn pula untuk kalih pula segala isu kepada Bapa si Shaiful. Permainan anwar ini amat mudah dibaca oleh sesiapa sahaja yang ada akal dan digunakan. Yang tak ada akal sahaja masih ternganga mendengar pembohongan demi pembohongan yang tak pernah berhenti dari mulut manusia jahat ini.

Anonymous said...

Berikut adalah KENYATAAN MEDIA BAPA SAIFUL BUKHARI semasa membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah!

1) Saya Azlan Mohd Lazim, bapa kepada mohd saiful berasa sangat kecewa dengan kenyataan bar council yang menyarankan agar pihak Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berhubung keputusan kes anak saya yang diputuskan mahkamah pada 9/1/2012.

2) Pada hemat saya, tindakan Majlis Peguam itu dilihat sebagai langkah untuk menidakkan hak seorang warganegara untuk diadili, dan didengar rayuannya sehingga ke peringkat yang tertinggi menurut Perlembagaan Malaysia.

3) Majlis Peguam seharusnya bersikap 'neutral' dalam melihat suatu proses keadilan berlangsung dan bukannya dengan menghalang proses keadilan berlangsung.

5) Adakah gesaan tersebut melambangkan pendirian semua peguam-peguam di Malaysia atau hanya pendirian tertentu individu-individu yang menduduki kerusi Majlis Peguam yang berkepentingan politik?

6) Mengapa Majlis Peguam selama ini pernah tidak bantah pihak tertuduh dalam perbicaraan kes ini yang ikut rekod telah membuat 36 kali rayuan? Ini baru kali pertama pihak kami mohon untuk buat rayuan sudah mahu dihalang. Mengapa ada 'double standard'? Adakah kerana anak saya hanya seorang insan kerdil, bukan seorang VIP, ahli politik, hak beliau dinafikan dengan begitu sahaja?

7) Demi anak saya, saya merayu agar pihak Peguam Negara tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukan rayuan.

8) Sebagai bapa, Saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapat pengadilan seadil-adilnya bagi mengembalikan nama maruah beliau, juga seluruh keluarga saya.
Azlan Mohd Lazim
11 Januari 2012

Ini kenyataan beliau pada baru tahun yg lalu. Sekarang kenapa korner baring pulak orang tua ini. Sudah tentu ada udang sebalik mee goreng.
Saya harap Saiful atau ahli keluarga yg lain bole tampil buat laporan polis supaya Pihak berwajip dapat buat siasatan dan "follow money trail" sudah pasti akan mendapat tahu perkara yg sebenar. Nuar Jubor pasti blendir terus dan terkucil kucil saing dan malam. Dalam semua masalah dalam negeri yg diperkotak katikkan oleh barua lahanat Yahudi Zionist, peliwat terkutok, Inteliigence kerajaan harus "follow the money trail" sudah pasti dapat merungkai dalang dalam semua agenda jahat dan kotor. Ds Najib harus tegas dan tuntas dalam isu ini. Rakyat naik muak melihat keparat, bngsat dan lahanat membuat angkara tanpa apa2 tindakan.

Anonymous said...

aaku sakit kepala dgn pemimpin sekarang begaduh tak sudah2 yg malang nya org yg tak tahu apa pun pandai bercakap lantak kau org la aku ikut mana yg dah berjasa

DON MELAYU said...

aku pelik..kenapa isu ni tiba2 timbul??cuba kita kembali sejenak kebelakang,masih ingatkah tentang isu pemilikan tanah oleh cina DAP di kelantan??heboh pada masa tu rakyat kelantan amat marah kepada PAS,dalam pada masa itu PAS terus membuat persidangan majlis syura dan menjelaskan mereka tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah ALLAH di dalam Bible,maka semua mata tertumpu kepada isu itu dan melupakan isu pemilikan tanah oleh cina DAP di kelantan..maka bersorak lah cina2 tersebut kerana mereka boleh membolot kekayaan hasil bumi kelantan dengan jayanya....

Sekarang berbalik kepada tahuk artikel ini...seperti yang kita tahu negara kita dekejutkan dengan pencerobohan tentera diraja sulu di Lahad Datu di saat2 negara kita akan menghadapi satu pilihan raya yang mungkin paling bersejarah di dalam politik tanah air kita,yg mana pencerobohan ini meragut beberapa org nyawa wira negara kita...laporan perisik Filipina menunjukkan yg anwar ibrahim mempunyai kaitan dengan pencerobohan itu dan gambar2 anwar ibrahim yg berjumpa dengan nur misuari juga tersebar luas dan ditambah lagi dengan kenyataan biadap Tian Chua yg mengatakan Wira negara kita yang syahid sebagai "mati katak" yg menimbulkan begitu banyak kemarahan rakyat malaysia...maka isu ini amat membimbangkan PR dan mmbuatkan mereka berasa lemas dan tidak mampu utk bernyawa kerana satu persatu bangkai mereka sudah terdedah...sekrang isu Lahad Datu dh habis,namun tidak akn pernah mudah terpadam di dalam fikiran dan sanubari kita semua rakyat malaysia yg amat merasai kehilangan pejuang2 kita yang sanggup menggadaikan nyawa mereka sebagai ganti keselesaan dan keselamatan utk kita...sudah pasti rkyat mahukan satu siasatan dan tentang punca,sebab,siapa di belakang semua ini berlaku...

tu,tup,tup!!stelah banyak nama anwar yang dikaitkan dalam isu ini,maka mereka tiada pilihan lain selain mencari satu isu yang panas dan membuatkan rakyat malaysia terkejut,berfikir semula sperti isu ini..Saiful...seperti mana yang kita tahu lelaki ini sanggu bersumpah laknat menyatakan yg di pernah diliwat oleh anwar ibrahim,tiba2 hari ini bapa dia cakap yg saiful dibayar oleh najib...pasti kita akan terkejut bukan??maka semua org akan berbicara tentang isu ni,anwar fikir yg rakyat akn luapkan LAHAD DATU!!tidak mungkn sama sekali anwar ibrahim..tidak mungkin!!jadi korang sendiri pun boleh faham kan apa yang aku cuba cakapkan ialah kenyataan bapa saiful ni hanayalah satu konspirasi anwar ibrahim utk menutup isu kaitan anatar dia dengan pencerobohan raja sulu..

Anonymous said...

salah laku moral..salah laku moral...salah laku moral..perasan ke tak yang PM kita skarang ni betimbun salah laku moral..aduuuh..segala pendedahan salah laku moral oleh PM kita skarang ni KEBAL, tak boleh siasat..dahsyat sungguh..

Sudir said...

'Ulamak Hebat' macam Hj Hadi pun boleh buat U-Turn, bapak Saiful apalah sangat..

Anonymous said...

keluarga aku sokong umno/bn dulu kini dan selamanya,org yg buta hati dan pekak telinga sj yg menyokong pr ni,jd org yg menyokong pr ni adalah dikalangan org2 yg buta hati n pekak telinga,jadi org2 yg waras jgnlah ikut seperti mereka ni

nikydon said...

Ada macai najis fuckatan dah nak alih isu pulak. Tuduh najib ada bertimbun salah laku tapi satu pun tak dapat dibuktikan. ha mana dia bukti macai oiii. Semua orang boleh tuduh. Budak tadika yang kerajaan selangor janji nak bayar RM50 sebulan tu pun boleh tuduh. Macai fuckatan dok pujuk diri sendiri sebab dah nak tewas teruk pada PRU13. Sama macam anon di atas kata majlis gelombang biru di pasir gudang hanya 500 - ke 700 orang yamg datang. Siap nak spin kononnya dia ada di majlis tu. Wooiii macai fuckatan mana nak hadiri majlis yang pemimpin UMNO datang. Kalau yang dapat duit macam majlis BRIM baru macai fuckatan datang sebab nak ambik duit saja. Kebulur nak mampus penyokong fuckatan ni dengan duit sampai sanggup terima gelaran haiwan sebab ambik BRIM. Itu nik ajis yang kata bukan aku kata

Anonymous said...

Najib main dgn china doll..najib hilang jam omega...najib gambar dgn nur misuari mlnf yg support kiram..najib hadiri dinner freemason kat ottawa canada..najib main dgn shamsidar..najib dituduh oleh karpal singh mempunyai salah laku tahun 90an..najib disahkan oleh karpal singh main punggong suka sama suka dgn sepul..
Najib suka demo...najib nyanyi lagu sabah akan hilang...sblm kes lahad datu..najib kata dh lumpuh g germany operate belakang 2 minggu lah jalan...hebat doctor najib....

manjung said...

larat ke puak2 Pas nak pikul anuWar sampai mampus...

Anonymous said...

Kenapa Bapa Saiful U-turn, sebab dia sedar pokok tempat dia berteduh sudah hampir tumbang.

Anonymous said...

Yang kena SAIFUL bukan BAPAK dia..

shahril alias said...

kalau boleh bagi kronologi skit isu yang di wujudkan bagi orang paham skit kalau boleh bagitau berapa lama isu tu sebelum naik isu baru

Anonymous said...

ini blog byk baghal...last2 anwar gak disalahkan..macai low IQ..kah kah

Anonymous said...

Hallloo...ko apa hal..yg ko sebok kat sini sapa suruh..ko tu yg dah senget

Melayu Moden said...

Ala..dulu mak azmin Ali Pon pr kata dibayar oleh umno..sekarang gilir bapa saiful pulak..tak mustahil dia juga dibayar oleh mereka

Anonymous said...

Kronologi Kes Liwat siri 1

Pada 4/4/11 Video chinadoll terhadapnya disebarkan oleh Datuk T gagal kerana lelaki di dalam video berkenaan berperut buncit dan teteknya menggeleber.

Pada 9/01/12 - Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan. Hakim Mohamad Zabidin berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabitkan kesalahan.

18/6/12 atuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

16/1/13 Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.

Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.

21/1/13 Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan Melayu Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu.

Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Bagaimana pula nasib pemfitnah terutama Utusan Meloya yang sehingga kini masih terus memfitnah Anwar?




Ada lagi selepas ini. Kita bongkar habis-habisan apa yang menimpa Najib, UMNO BN dan sekalian pemfitnah selepas ini supaya kebenaran dan keadialan itu dapat ditegakkan di negara ini. Allah akan tetap membela bekenaran dan menghapuskan kebatilan!

Bukalah matamu wahai rakyat Malaysia!

Bagi kita, kita akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا
2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Anonymous said...

Hoi Pencacai Pakatan Rakyat kalau masih tidak mahu percaya Anwar meliwat klik link ini.
http://www.youtube.com/watch?v=fjiRDR7DQK8

Anonymous said...

Ko dok kat mana masa tuw...aku pun ada per...lebih dari 5000 org la weiiii....setakat nak kencing mcm ni.......mimpila....

Anonymous said...

Kronologi kes anwar...sehingga skrg anwar gagal tunjukan jam omega dan paspport dimasa dia menutuh chinadoll...

Pakar dari amerika menyatakan 99% pic dlm kes chinadoll adalah anwar.......

Azizah pernah berkata bentuk badan anwar hanya dia yg tahu....soalanya bagaimana johari bedul boleh berkata yg perut anwar x sama dlm video tu?.....adakah johari pernah tgok anwar bogel atau azizah yg menipu?....

Anwar sehingga kini takot utk sumpah laknat.....

Anwar kata x kenal dato eskay tetapi blog pro kerajaan berjaya tunjukan kemesraan pic anwar dan dato eskay....

Kes liwat anwar dgn saiful...anwar dilepaskan kerana bukti yg ada telah terusik....tetapi liwat tetap berlaku.......

Rahimi kwan baik saiful telah mengaku bahwa sd yg dibuat sebelum ini adalah paksaan dari
peguam anwar iaitu latifah koyak.

wikileaks mendedahkan perisikan singapura telah awal mengetahui yg anwar mmg kaki liwat.....

Kes liwat pertama...yg mendedahkan kes itu adalah karpak sink sendiri dimana sehingga kini karpal tidal pernah menafikan....


Mat sabu pernah mengelar anwar aljuburi dan prnah duduk di opis umi hafilda selama 3 jam semata2 nak cari bukti yg anwar mmg meliwat....

Hakim ariffin jaka menjatuhkan 9 tahun penjara pada anwar kerana meliwat azizan...dan mengelar amwar sick man.....

Hakim mhkamah rayuan melepaskan anwar dari dihukum penjara dgn mengatakan adalah masalah teknikal tetapi mengakui yg aktiviti liwat pernah berlaku....

Anonymous said...

Perenggan akhir itu sungguh menarik. Dibebaskan kerana masalah teknikal ( masalah pendawaian ke, masalah pembumian ke ...yelah masalah teknikal )Namun aktiviti liwat ada berlaku. Maknanya ada org hemtam jubur saiful. Tapi siapa ya...

Anonymous said...

xperlu lah nak mnyalahkan mana2 pihak..kita juz buat analisis..dan tgl tentukan pemimpin yg terbaik..even kalau betul anwar ibrahim tu liwat..xperlu kite perbesarkan lagi keaiban dia,,cukup2 la tu wat dosa .. kita x tahu cerita yg sebenar,,
banyakkan buat kajian dulu,,
kalau mmg betul anwar ibrahim tu x bersalah dan difitnah?
berat dosa yang kita tanggung,,
sekarang ni kita x boleh bergantung kat media massa je..
belive this world "power make everything perfect even is not the true thing"

Anonymous said...

Sbnrnya kau yg buta n pekak sbb duk pilih umno selamanya tu la hari2 tgk berita tv3 n srtkhabar utusan mmg hancur