Monday, March 18, 2013

Ghani Othman Perlu Jadikan Apa Yang Menimpa Wan Mokhtar dan Samy Vellu Sebagai Ikhtibar

Dasar baru untuk pemerintah

JOHOR BAHRU – Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman disaran memberi laluan kepada calon muka baru khususnya bagi memegang kerusi nombor satu di negeri ini.

Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Kulai, Datuk Adam Hamid menyuarakan pandangan tersebut memandangkan Abdul Ghani telah menerajui Johor selama empat penggal yang disifatkan tempoh yang agak lama.

Beliau juga menyarankan dasar baru diguna pakai khusus bagi pemerintah di negeri ini dengan mengehadkan tempoh dua penggal berkhidmat.

“Saya mengharapkan agar Datuk Seri Najib dapat bertanyakan pendapat pemimpin daripada Johor satu persatu tentang perkara ini. Saya yakin dengan mengemukakan menteri besar baru, kerja pilihan raya lebih mudah dan sokongan rakyat jelata akan bertambah.

“Pengalaman Terengganu dahulu, di mana BN kecundang harus menjadi pengajaran dan ini mungkin tidak berlaku di Johor, akan tetapi ia mengurangkan undi dan beberapa kawasan pilihanraya yang tidak mantap boleh mudah jatuh ke tangan pembangkang,” katanya pada sidang media khas, di sini, semalam.

Katanya, calon baru perlu dipilih seorang yang berwibawa, segar, berkebolehan mempunyai hemah yang baik dapat dipilih sekaligus memenuhi aspirasi pengundi muda.

Jelasnya, daripada 1,579,877 pengundi di negeri ini, lebih 50 peratus daripadanya adalah pengundi berusia 40 tahun ke bawah.

“Di Johor pengundi berusia 40 tahun ke bawah melebihi separuh di mana kita harus selami aspirasi mereka, cara berhubung dan harapan mereka.

“Kita mesti relevan dengan perubahan semasa dalam soal cara mentadbir serta kemampuan kewangan negeri yang sesungguhnya satu elemen penting dan juga keberkesanan pengurusan.

“Saya tidak ada kepentingan dalam hal ini, saya telah menyatakan pendirian tidak mahu bertanding, saya lihat kepentingan Johor secara keseluruhan di mana sasaran Najib iaitu menang 100 peratus di negeri ini mesti ditunaikan,” katanya.

Beliau juga menyarankan pemimpin lama seharusnya mempunyai jiwa besar untuk mengundurkan diri sekaligus memberi sokongan kepada calon terpilih.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan mengakui peremajaan dalam Umno perlu dilakukan bagi menghadapi bukan sahaja PRU13, malah pada masa akan datang.

“Jawatan menteri besar merupakan orang kuat kepada perdana menteri di peringkat negeri dan sebarang keputusan mengenai calon yang sesuai bagi posisi terbabit diserahkan sepenuhnya kepada Najib menentukan.

Sinar Harian
Pada pandangan saya apa yang dikatakan oleh dua tokoh diatas ada asasnya. Mungkin rakan-rakan pembaca pun ada padangan tersendiri. 

Seperti yang kita tahu, pembangkang kini all out untuk meruntuhkan kubu BN di Johor. Kita tidak boleh ambil enteng perkara ini dan masih lagi bernostalgia dengan kenangan silam bahawa Johor adalah kubu kuat BN. 

Sejarah pembangkang mula memenangi kerusi di Dun Johor bermula pada tahun 2004 di zaman Ghani Othman menjadi MB Johor apabila calon Pas bagi Dun Senggarang , Mohd Ramli Mohd Kari memenangi kerusi berkenaan tanpa pertandingan. 

Di zaman Ghani Othman MB pembangkang juga berjaya melebarkan sayap mereka di Johor apabila berjaya memenangi enam kerusi Dun pada PRU 12 (2008) . Empat kerusi melalui DAP dan dua melalui Pas.

Kita faham keadaan tahun 2008 dan kita tidak boleh meletakkan kesalahan diatas bahu Ghani Othman 100 peratus. Namun begitu Ghani tidak boleh lepas tangan sepenuhnya. Sesuatu harus dilakukan untuk mengelakkan kejadian yang buruk berlaku pada PRU 13.

Akhir-akhir ini pelbagai isu mengenai Ghani timbul termasuklah isu yang melibatkan J Corp dan KFC. Namun Ghani seolah-olah buat tidak tahu dengan isu yang timbul. Bukan sahaja soal J Corp dan KFC , malah macam-macam isu lain lagi mengenai Ghani yang timbul yang saya rasa agak kurang sesuai untuk saya tuliskan di sini. 

Boleh dikatakan rata-rata orang melayu di Johor sekarang ini telah menolak Ghani Othman sebagai MB. Kerana bimbangkan keadaan menjadi makin kritikal mungkin sebab itulah Datuk Adam Hamid berani muncul dan minta PM bertanyakan pendapat pemimpin Johor secara satu persatu . 

Ghani tidak akan rugi jika beliau umumkan hasrat untuk berundur sekarang. Malah beliau akan dihormati dan disanjung tinggi. Apa lagi yang Ghani mahukan dalam politik. Jawatan Timbalan Menteri, Menteri dan MB, semuanya telah dipegang. Adalah lebih baik berundur cara baik dari diundurkan. 

Akhiri karier politik anda dengan baik. Jadikanlah apa yang dialami Tan Sri Wan Mokhtar dan Samy Vellu sebagai satu iktibar. Ambillah cara Tun Dr Mahathir sebagai contoh .

14 comments:

Anonymous said...

TEPAT RBF ! KAMI DI JOHOR AKAN UNDI BN UNTUK PARLIMEN SAHAJA JIKA GHANI OSMAN TERUS KEKAL SEBAGAI MB.

Tulang Asal said...

straight to the po'en. Terbaik.

Anonymous said...

sejarah seperti perak pun sama, bila MB jual ladang FIMA kepada KLK, BN perak pun kalah.

Anonymous said...

saya akui apa yang dikatakan oleh pnulis blog ini.faktor mb akan menjadi penyebab bn kalah teruk di johor kali ini.pm kena ambil tindakan drastik.

kawan orang senai

ibnusahdan said...

Aku tak kisah siapa MB.yg penting cinta aku hanya 1 iaitu BN/UMNO sepertimana aku mencintai Allah tuhan yg 1.yakin adalah pendirian yg tetap.ragu2 adalah pendirian yg rapuh.aku takkan menjadi talam dgn parlimen dan DUN berbeza.

Anonymous said...

" DAP akan sapu bersih 50 kerusi yang mereka tandingi ".

Betul kata2 itu. Kita kenal sangat hati perut pengundi cina. Senang saja nak jangka corak pengundian mereka.

Jika calon Umno berlawan dengan calon melayu Pas .. mereka undi Pas kerana hendak menjatuhkan Umno.

Jika calon Umno berlawan dengan calon melayu PKR .. mereka undi PKR kerana hendak menjatuhkan Umno.

Jika calon bukan melayu BN berlawan dengan calon melayu Pas atau calon melayu PKR .. mereka undi BN kerana mereka tak akan bodoh nak beri kemenangan kepada calon melayu.

Jika calon bukan melayu BN berlawan dengan calon melayu DAP .. mereka akan undi calon melayu DAP kerana mereka mahu dia menang dan layak untuk dilantik oleh sultan sebagai MB Negeri DAP.

(Kejadian di Perak adalah mainan politik DAP bila Nizar dari Pas mereka angkat sebagai MB)

Jika calon bukan melayu BN berlawan dengan calon bukan melayu DAP .. mereka akan undi DAP kerana beri undi kepada MCA/Gerakan sama seperti beri undi kepada Umno.

Ramalan keputusan PRU13 untuk Pakatan Rakyat adalah DAP akan menang semua kerusi yang ditandingi dan menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat. Pas hanya mendapat Hempas .. Hudud entah kemana, Negara Islam ibarat bumi dengan langit. Melayu menderita, Islam dihina. Cina ketawa, bukan islam berpesta.

Bukan saya nak takut2kan anda. Tapi ini lah yang akan terjadi kepada bangsa melayu dan agama islam jika kata2 Hadi Awang dan Nik Aziz ditaati.

Kalau Anwar digelar pengkhianat perjuangan melayu. Maka Hadi Awang dan Nik Aziz patut digelar pengkhianat perjuangan islam.

Hj Ariffin

Anonymous said...

setuju dengan pendapat hj ariffin

Anonymous said...

Ghani n hashamKersimudin must go, go to hell heheheh

Anonymous said...

NKP umno malaysia sesuai utk diketengahkan sebagai calon org muda... Berwatakan baik dah berpelajaran

pengundi johor said...

Our present MB is more like an administrator rather than a political leader. Admin can be done by gov servant, dont need political leader !

Durio ziberthinus said...

Orang Johor terutamanya kawasan Nusajaya dan Parlimen berdekatan telah lama makan hati dengan prestasi beliau yg semakin merudum. Orang Pengerang yg terlibat dlm pengambilan tanahnya dh lama tidak puashati dengan beliau. Banyak yg tidak kena dgn perjalanan projek tersebut. Namun suara penduduk kampung siapa yg peduli. Dia ingat bila orang kampung dah dapat duit...kelabu mata. Lapuran ke meja PM sentiasa okey jer. Ada Ahli Parlimen pun tak guna. Bukan beliau tidak bagus tapi biasalah kuda tua dah tak lari kencang lagi. Klau setakat nyanyi ghazal bolehlah. Jadi baguslah diganti ngan MB baru. Yang segar, pintar, rajin dan amanah. Kawasan Nusajaya dipenuhi rumah-rumah yg harganya ratusan ribu malah jutaan yg hanya mampu dibeli oleh bangsa asing termasuk S'pura. Orang melayu gigit jari pasal rumah murah dan mampu milik tak ada disana. Kesannya nanti bila P/Raya. Kawasan pusat pentadbiran johor milik pembangkang. Apa nak jadi? Buat Rbf...bukan di Johor aje, macamana KM Melaka, KM Sarawak dan MB Pahang. Dah berapa penggal diaorang tu?

Anonymous said...

Umno dan bn dinegeri jhr akn bangun semula sekiranya hishamuddin,ghani othman dan semua barisan exconya tidak dicalon pd pru yg akn datang.rosaknya umno dan bn di jhr ni berpunca dari 2 ekor mangkok ayun tu.mcm la umno ni mak bapak dia punya!!!...

Anonymous said...

Bagi la khaled nordin lak jd mb. Khaled nordin ni kuat kerja dari byk ckp

Anonymous said...

bagi lah johor mb baru.