Thursday, March 14, 2013

Sebelum Bercakap Soal Keselamatan Negara Husam Perlu Pergi Ke Mahkamah Dulu Lawan Kickdefella

'Pakar' ekonomi Pas yang tidak pernah berjaya pun dalam satu projek yang dilaksanakannya termasuklah projek memelihara kambing bersuara dalam isu keselamatan negara.

Katanya,
Kerajaan disaran mengadakan sidang khas Parlimen untuk membincangkan isu keamanan di Lahad Datu, Sabah yang kini masih belum berakhir.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, sidang khas itu dapat memberi ruang kepada wakil-wakil rakyat berbahas serta mendapat maklumat lanjut melalui forum Parlimen itu.

Beliau berkata demikian kepada media dalam sidang khas di Kota Darulnaim petang tadi sebagai mengulas dua anggota tentera yang berasal dari Kelantan maut ketika sedang bertugas pagi semalam.

Dengan cara itu, katanya operasi sebenar dapat dijalankan sehingga mampu membantu menamatkan operasi dengan cepat bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.

“Saya juga berpendapat semua SOP pertahanan dapat diikuti. Dalam hal ini saya bukan pakar ketenteraan, tetapi saya melihat ianya satu perkara yang mencemaskan kita.

“Saya mengambil contoh peristiwa Sauk. Kerajaan dapat menyelesaikannya dalam tempoh empat hari dan selepas itu ianya diserahkan pada tentera,” ujarnya.

Katanya, kerajaan telah menyerahkannya kepada  tentera untuk melakukan tindakan berdasarkan kemahiran pasukan itu di bawah penyeliaan komander dan jeneralnya.

Harakah

Rasanya sebelum kita nak ulas lebih banyak apa yang diperkatakan oleh 'pakar' ekonomi Pas itu marilah kita sama-sama nasihatkan dia supaya selesaikan kes saman dia dengan Kickdefella terlebih dahulu. Pergi ke mahkamah, naik kandang saksi dan berdepan dengan Kickdefella dulu.



Umum mengetahui pada September 2011 gegak gempita media-media pro mereka termasuklah Sinar Harian yang meletakkan tajuk utama muka depan mereka Husam saman Kickdefella. 

Berita-berita tersebut dicanang seolah-olah dialah seorang perwira yang hebat yang berada di pihak yang benar dan tidak takut untuk menyaman orang. 

Kini setelah setahun setengah berlalu tahukah anda apa yang terjadi ? 

Disaat Kickdefella sudah bersedia dan tak sabar-sabar untuk menghadapi perbicaraan saman darinya, dia pula yang tak hadir perbicaraan. 

Dulu bukan main lagi berlagak....
Kuantan: Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mariana Yahya, menegur EXCO Kerajaan PAS Kelantan, Datuk Husam Musa yang gagal hadir perbicaraan kes saman malunya terhadap seorang penulis blog semalam.

“Saya menangguhkan banyak perbicaraan kes lain hanya untuk memberi peluang kepada plaintif (Husam) dan defendan (Syed Azidi Syed Abdul Aziz)... untuk mendengar kes ini.

“Kegagalan plaintif hadir bukan saja menyusahkan saya bahkan menyusahkan orang lain yang mempunyai pelbagai tugasan dan tanggungjawab.

“Saya harap plaintif dapat hadir... dan tidak memberikan alasan untuk sesi perbicaraan akan datang, " katanya.

Sebelum itu, peguam Husam, Hisham Fauzi memberitahu mahkamah anak guamnya mendapat cuti sakit dan tidak dapat hadir memberi keterangan.

Berita Harian Online
Selain itu anda juga boleh membaca satu lagi berita berkaitan di sini....

Malulah sikit oiiiii.....waktu saman orang gegak gempita, waktu perbicaraan macam-macam alasan.....sekarang nak bercakap pasal keselamatan negara pula ? Tak payah lah....

Sebelum nak jadikan kes Sauk yang puak-puak kamu dulu katakan sebagai sandiwara sebagai perbandingan dengan kes Lahad Datu, tolong makan ubat dulu supaya otak boleh berfungsi dengan baik dan ingat balik apa yang terjadi di Sauk dulu.

Kes Sauk dulu dikendalikan oleh tentera sepenuhnya kerana geng Al Maunah masuk kem tentera dan curi senjata tentera. Itu pasal tentera uruskan kes berkenaan dari A sampai Z termasuklah mendakwa kumpulan Al Maunah melancarkan perang terhadap Agung. 

Lihat pula keadaaan geografi antara Sauk dan Lahad Datu....

Lihat juga jumlah anggota kumpulan Al Maunah dengan jumlah penceroboh di Lahad Datu sekarang....

Akhir kata kepada Husam , jangan lupa makan ubat ya dan jangan lupa Kickdefella....

Lain kali perlihara kambing bagi berjaya dulu baru boleh bercakap soal-soal lain....

11 comments:

Anonymous said...

Selain saiz anggota, geng Al-maunah tu pn bukan pernah berperang mcm askar Tiram(anggota MNLF) wpn ada sorg dua anggota tentera. Ada yg tak reti pn guna senjata berat yg dicuri dari ATM. Mereka juga telah terkepung dibukit Jenalik, mmg le cepat selesai. Mereka juga tak bergerak secara gerilla, menyerang dan kemudian lari. Geng tu cuma duduk satu tempat.

Bodoh punya Husamkupam.

PTB

Anonymous said...

Itulah gelagat yang mencerminkan kebodohan pemimpin2 pakatan rakyat. Saman dijadikan senjata hanya untuk menakut2kan orang. Apabila perbicaraan bermula maka berbagai helah dilakukan. Helah paling BODOH ialah cuti sakit. Ahli2 Pas dan penyokong2 Pas seharusnya malu mempunyai pemimpin2 BACUL seperti Husam dan mereka yang sama waktu dengannya. Jika isu kecil yang dibawanya sendiri kemahkamah pun tidak dapat diselesaikan janganlah bercakap tentang isu2 yang lebih besar yang melibatkan kedaulatan negara. Jika projek Kambing janapari yang bernilai 6 juta tidak berjaya janganlah bercakap soal membina lebuh raya yang bernilai berbilion ringgat. Apa dah jadi dengan 'derma2 jihad' yang Husam kutip untuk membina 'lebuh raya rakyat?'. Berapa jumlah yang terkumpul?. Rakyat Kelantan seharusnya menghukum Husam Pada PRU13 kelak dengan seberat2 hukuman. Wallahualam.

mtk

Anonymous said...

Husam ni pun standard tin milo jugak macam pemimpin2 PAS yang lain...

Anonymous said...

eh.... bukan ke tragedi Sauk dulu tu hanya sandiwara UMNO, suruh Husam Musang tanye balik dengan pork nick. Kalau dah sandiwara, tentu la boleh selesai dalam tempoh 4 hari.

Lagi pun kalau betul sandiwara, kenapa pork nick tak pergi tengok "proses hukuman gantung" Mohd Amin (ketua haram jadah Al-Maunah) dulu masa kat penjara?? Tengok la, mungkin "Mohd Amin" yang kene gantung tu hanya patung semata-mata.

Kini, rakan sekentut dan sejubor mereka dalam PGayR sendiri menyatakan tragedi Lahad Datu pula adalah sandiwara UMNO, jadi tak perlu ambil kisah sangat. Dan tak perlu la wujudkan tabung perwira tajaan hamPAS yang kutip setiap kali ceramah haram jadah mereka adakan. Ini tidak, tin milo dan karung guni tetap berjalan, duit tetap di pungut, cuma kali ni guna nama tentera yang gugur di Lahad Datu.

Kalau sandiwara, tak perlu kutip derma... akhirnya masuk poket penceramah dan penganjur je... ingat tabung anak yatim Memali, ingat la pada setan-setan hijau ni...

Anonymous said...

Jika menggunakan pepatah dahulu kala untuk Husam Musang nie, "Bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut". Sesuai tak ?

Anonymous said...

DATUK yang husam pakai tu datang dari mana ek.....

dari kerajaan malaysia ker atau sultam sulu kiram bodoh yang bagi....

cuba husam pegi check balik title tu.....

BODOH MCM KAMBING JAMNAPARI....

Anonymous said...

Huuuuusampah

Anonymous said...

dikala orang sedang sibuk melakukan tindakan..dia sibuk pulak nak mengajak orang melakukan banyak percakapan jer?? (dah dok bersidang tu banyak ckp jer lar kan? Padahal x reti apa2 pun..)

Anonymous said...

Husam burung kakak tua bercakap tapi satu pun tak faham.

Anonymous said...

Husam buat sidang media dan beri cadangan tu sebab dia nak publisiti. Dekat nak pilihan raya ni kena la selalu dapat publisiti walau pun buruk dan bodoh. Tak payah layan je tauke kambing tak jadi ni.
Ini modus operandi pembangkang nak dapat perhatian rakyat.

Anonymous said...

Take BEER!