Sunday, March 31, 2013

Bekas Bakal MB Johor Hilang


Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Dr Ahmad Faidhi kini mengambil alih tugas sebagai pengerusi negeri selepas Datuk Chua Jui Meng 'menghilangkan' diri.

Dr Ahmad berkata mesyuarat pada 20 Mac lalu memutuskan bahawa dia akan mengambil alih tugas pengerusi negeri sehingga Chua kembali.

"Secara rasmi, beliau (Chua) sedang bercuti tetapi kita tidak tahu sehingga bila," katanya pada sidang media di sini, Sabtu.

Selain itu beliau berkata kepimpinan PKR negeri akan bertemu dengan penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan PKR Johor pada 2 April ini.

Chua, bekas naib presiden MCA 'hilang' daripada mesyuarat PKR dan barisan kepimpinan pembangkang sejak Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengumumkan hasratnya pada 18 Mac lalu untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah.

M Star Online

Kih....kih...kih....kih....berjuang untuk rakyat kononnya.....

Mau kelentong siapa lagi weh ???

Semuanya gila nak jadi YB, nak kejar kuasa, nak kejar pangkat, nak kejar kedudukan, kemudian jaja nama rakyat. 

2 comments:

Anonymous said...

Kalau dah masuk politik tak payahlah gah sebut politik untuk kesejahteraan rakyat, untuk agama, untuk bangsa dan apa tah lagi. Dah jadi YB baru tahu pekong orang politik nih. UMNO,PAS,PKR,DAP,MCA,MIC, PPP, SNAP Dll sama ajer. Ramai yg kejor projek, faraid sama kroni, rasuah dan macam-macam lagi. Hancing diaorang nih kadang-kadang. Klau tengok pemimpin dari BN ada yg dah naik berlumut tapi masih jadi YB. Parti nak tendang pun kena pikir banyak kali pasal belakang diaorang bukan calang-calang punya taukey. Klau tendang alamt Parti akang goyang. Ramai tak pemimpin berlumut nih? Ramaikan dlm BN. Di Johor, Pahang, Perak, Selangor, Kedah dan Sarawak. Konon masih dapat sokongan kuat dari bahagian masing-masing. Lansailah pemimpin macam nih. Abis yg pelapis nih bila lak nak di uji? Baru nak naik kena cantas. Itu siapa punya kerja. Sial tau kadang-kadang. PR pulak lagi tak leh caya. Pemimpin PKRnya punya macam-macam masalah moral. Konon nak kata UMNO tak der kerja lain. Cari kes porno orang PKR jer. Anwar? Nurul Izzah? Azmin, Badrul Amin, Khalid Ibrahim? dan macam-macam badut lagi. Di Malaysia ajer ker berlaku kes nih? Mcamana di Turki, Singapura, Amerika Syarikat, India dan Indonesia. Ada yang cuma disyaki dan kabur pula gambarnya tapi atas rasa maruah dan tanggung jawab..menteri-menteri ini lepaskan jawatan atau berundur dari politik. Tapi di Malaysia oleh kerana kebulur dan kemaruk nak ke Putrajaya...video yg dah disahkan 99% tulen oleh AS dan Korea pun dikata fitnah. Bangang dan sial punya pencacai. Orang politik di AS pun tak burukan negara sendiri walaupun bermusuh dlm politiklah. Kes dlm PAS ...Tok GURU pula kata Tuhan dah maafkan dia kantoi main bini orang. Apa punya ulamak lah dia nih. Bab guna nama Allah boleh buat U turn plak.. bila dewan ulamak pertahankan. Negara Islam dah jadi negara kebajikan..pasal dlm Al Quran tak sebut.Samalah tu yg UMNO buat Tapi dulu kafirkan orang UMNO. Tak ke haram jadah namanya. Duit tabung Memali ntah kemana kena balun dek puak-puak sial yg berserban tu. Tak habis-habis buat pecah tanah projek, tapi haram tak buat. Budak down syndrome pun pandai janji bro. Kata Najib takut nak bubar Parlimen. Korang bubarlah dulu negeri korang dulu. Apa ? Takut ker. Bodoh punya provokasi. DAP lagilah. Parti memang cauvinis. Itu pun ada orang melayu ug masih nak diperbodohkan. Jadi makmum plak bila bergabung. Saf tiga plak tu. Tak ke bodoh namanya tu. Apa yg diaorang tak buat kalau tuduh UMNO buat. Rasuah, kroni, salah kuasa, seks dan macam-macam lagi. Macamlah diaorang sami yg suci sangat. Sekurang-kurang Chua Soi Lek mengaku terlibat dlm kes video seks..tapi dia kata' saya tertangkap tak bermakna orang lain tak buat'. Gentleman bro..So..walaupun tak semua pemimpin barua..tapi ramai bro. BN klau nak menang kena 2/3 dan PR pun kena 2/3. Klau tidak jahanam negara.

Anonymous said...

buku tausug punca lahad datu berdarah