Tuesday, March 19, 2013

Nak Tahu Apa Sumbangan Pas Terhadap Islam Di Selangor ? Jom Baca...


Sebelum Pas ada kuasa di Selangor Mat Sabu pernah kata, malam ini kita bentuk kerajaan esok pagi-pagi lagi sebelum ayam berkokok kita akan tutup kilang arak di Shah Alam. 

Tup...tup...tup....Pas ada kuasa di Selangor, apa yang jadi ?
Seorang ahli parlimen PAS yang terkenal dengan kontroversinya tersendiri, Khalid Samad kini mengambil langkah berani dan mengejutkan dengan melawat sebuah kilang arak di kawasannya.

Lawatan kerja wakil rakyat Shah Alam itu ke kilang Carlsberg di Seksyen 15 petang semalam mungkin yang pertama seumpanya dilakukan seorang pemimpin parti Islam itu.

"Mungkinlah (yang pertama), saya pun tidak tahu," katanya sambil ketawa ketika ditanya sama ada beliau orang pertama yang memecahkan kepantangan (tabu) itu.

Dalam lawatan itu, rombongannya disambut oleh timbalan pengarah urusan syarikat itu Datuk Chin Voon Loong, yang kemudiannya memberikan taklimat berhubung latar belakang dan prestasi kilang itu sejak dibangunkan 38 tahun lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Khalid menegaskan beliau mengambil inisiatif melawat kilang tersebut hanya bagi melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat.

"Tentulah saya kena pergi. Kilang tersebut terletak dalam kawasan (parlimen) saya," jelas Khalid.

malaysiakini


Itu satu di antara puluhan sumbangan yang dilakukan Pas dalam melaksanakan dasar islam ala partinya dalam usaha menegakkan syiar islam di bumi Selangor.

Lagi sumbangan Pas dalam memartabatkkan syiar islam di bumi Selangor,
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar menyokong tindakan Pas Pusat memecat Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkuat kuasa serta- merta semalam.

Sokongan itu disuarakan Anwar sewaktu sesi ceramahnya sempena Gerakan Bebas Anwar 901 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru yang dihadiri kira-kira 5,000 ribu hadirin, malam tadi.

"Eloklah Hasan dipecat. Dasar Pakatan Rakyat (PR) bukanlah perkauman tetapi mengangkat semua kaum," katanya.

Sinar Harian 


Sebab apa Hasan Ali dipecat ?

Adakah kerana dia yang memurtadkan orang islam ?

Bukan !

Hasan Ali dipecat kerana,
Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu majlis makan malam Gereja Methodist Damansara Utama semalam atas alasan ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.

Hasan menegaskan maklumat yang diterima menunjukkan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan malam tadi.

Tambah beliau, pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “Quran” dan “pray” diselitkan pada ucapan di majlis itu.

Malaysia Insider

Lol....parti islam pecat pemimpin mereka kerana menghalang orang islam daripada dimurtadkan....

Hi...hi...hi...itulah Pas, Parti Ajaran Syaitan.....

Nak tahu lagi apa sumbangan Pas dalam usaha memartabatkan syiar islam di Selangor ? 

Sila klik di sini 

9 comments:

Anonymous said...

buat cerita yg karut marut je

Anonymous said...

Yang lawaknya, PAS pecat hasan atas arahan azmin ali..

maruah pas dah jadi hina tahap gaban.

Anonymous said...

Antara sumbangan lain PAS ialah recycle tin milo untuk songlap duit orang ramai. Yang ini mana2 negeri pun ada.

Anonymous said...

Hassan Ali dipecat kerana mengaggalkan cubaan memurtadkan orang Islam,

Nasarudin mat isa kena pecat sebab bersatu dengan orang Islam dalam erti kata persaudaraan sesama Islam, dipecat lepas dia balik dari Palestin bersama PM dan keluarga.

Pas ni apa sebenarnya?

parti ajaran sesat?
parti aliran sekurular?
perosak agama selamanya?
parti aliran setan?
pengikut ajaran setan?

apa? apa?

Dulu pas mahu jual putrajaya kerana Islam, sekarang pas jual Islam kerana putrajaya.

Jokiden NS said...

Mudah sangat si Khalid Samad tu memberi alasan kenapa dia pergi ke kilang arak tu.

Kok anak Tun M atau yang Ibrahim Ali yang pergi mahu tak cukup tanah dia melalak.

Anonymous said...

Dah lah jangan buat fitnah banyak sangat terhadap Pas. Khalid masuk kilang Carlsberg untuk menyampaikan dakwah kepada pihak kilang supaya menghasilkan Arak Halal untuk pasaran di kalangan orang2 Pas.

Anonymous said...

Pas ni ajak gi penuhkan ceramah ustaz azhar mcd bolehlah.....

Anonymous said...

Kilang carlsberg tu kan sama colour hijau dgn pas.mungkin nak jadikan kilang tu markas induk atau pusat gerakan pas selangor utk PRU ni.hebat tu

Kali ni petugas pencacai bkn dibagi air mineral tp carlsberg tu.yamseng!

Anonymous said...

Arak halal,tapi pening sikit2,lepas tu.harap pun xpa kot?