Tuesday, July 10, 2012

Lidah Biawak Atau Lidah Buaya ?


Berikut adalah laporan dari Antara Pos pada 7 Julai 2012...

Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS akan membuktikan parti itu mampu melaksanakan pembangunan tanpa bantuan daripada kerajaan pusat,  menambah Umno perlu belajar dari peristiwa Nabi Nuh AS, kata exconya Datuk Husam Musa.

Bercakap dalam Rapat Perdana Lebuh Raya Rakyat di Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar di sini malam tadi, Husam menegaskan kerajaan negeri Kelantan telah dianaktirikan sejak 1990 terutamanya dalam soal pembangunan.

Jelas beliau, ia termasuk pembinaan Lebuh Raya Kota Bahru-Kuala Krai bernilai RM1.8 bilion yang ditanggung kerajaan negeri dengan bantuan rakyat negeri itu.

"Nak membina keyakinan  diri inilah bahawa Kelantan boleh membebaskan diri daripada penganaktirian, diskriminasi, manipulasi, diketepikan dan diugut, kalau nak pembangunan mesti bersama Barisan Nasiona (BN).

Berikut pula adalah laporan akhbar Sinar Harian pada 3 Julai 2012 ketika menjawab soalan dalam DUN Kelantan.



Maklumlah bila bercakap dalam ceramah depan penyokong-penyokong mestilah kena tunjuk ek....hakikat yang sebenarnya ? 

Esok lusa ada pula yang kita bukan minta bantuan, kita hubungi menteri untuk minta kerjasama......

Kita bukan kutip duit rakyat, kita bagi peluang kepada rakyat untuk menderma......wa...kah...kah....kah.....

Monday, July 9, 2012

Kenapa Isteri Guan Eng Takut Untuk Jawab Dalam Dewan Undangan Negeri ?


Heboh diperkatakan tentang kisah Lim Guan Eng berplaster di dahi. Bukan niat saya untuk menuduh bahawa benar LGE ada hubungan sulit dengan bekas stafnya. Namun gelagat dan tingkah laku LGE serta isterinya menimbulkan kecurigaan kepada kita.

Seperti yang kita tahu, salah seorang Adun BN dari parti MCA di Melaka bertanya kepada isteri LGE samada dia mengenali atau tidak seorang perempuan cina bernama Ng Phaik Kheng yang diperkatakan dalam internet kononnya isteri LGE memukulnya.

Persoalannya kenapa isteri LGE enggan menjawabnya di dalam DUN dan membawa isu tersebut meleret-leret ke luar sampai sekarang ?

Kalau dia tak kenal, berita-berita di internet tidak betul dan Betty Chew tidak pernah memukul perempuan tersebut , sepatutya masa itu juga dia jawab. Dalam dewan adalah tempat yang terbaik untuk menjawabnya bagi meyakinkan orang ramai kerana dalam dewan tidak boleh berbohong. Tidak perlulah nak keluar dewan, kemudian nak protes sana-sini nak bawa banner sampai dalam dewan dan sebagainya. 

Kenapa takut sangat nak jawab dalam dewan ? 

Adakah kerana dalam dewan tidak boleh berbohong dan takut kantoi kemudian hari ? 

Tahun 1997 Karpal Singh pernah tuduh Anwar Ibrahim sebagai seorang peliwat dalam Parlimen.

Karpal Singh menuduh, Adun MCA hanya bertanya. Mana yang lebih teruk ?

Lebuh meragukan masyarakat apabila bekas staf LGE, Ng Phaik Kheng enggan mengulas perkara berkenaan apabila ditanya oleh wartawan. Jika benda yang tidak benar sepatutnya dia terus menjawab perkara tersebut tidak benar. Lihat di sini

Soalan ditanya kepada isteri LGE pada hari isnin. LGE hanya memberi kenyataan balas pada hari Rabu. Dua hari mengambil masa untuk menjawabnya. Kemudian muncul bersama isteri pada hari Sabtu untuk sidang media. Lima hari selepas soalan ditanya. Masa yang diambil terlalu panjang untuk membuat penafian.

Untuk menunjukkan dia tidak bersalah dan bagi meyakinkan masyarakat sepatutnya LGE dan isteri membawa bersama wanita yang berkenaan semasa sidang media tersebut. 

Uh...uh...uh....kasihan dia.......kita kena ingat, mereka laki bini adalah orang politik.....
Melihat gambar LGE dan isteri sepertimana yang disiarkan di muka depan Mingguan Malaysia semalam, teringat pula lakonan Anwar dengan isterinya serta Badrul Amin dengan isteri di depan para wartawan. Boleh dilihat di sini

Melalui laporan malaysiakini pada hari Sabtu isteri LGE 'merayu' kepada Presiden MCA agar jangan kejam.

Adun MCA hanya bertanya soalan telah dituduh kejam. Bagaimana pula tuduhan terhadap Datuk Najib dengan Altantuya ?

Najib dituduh mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya dan Rosmah dituduh terlibat membunuh Altantuya. Apakah mereka tidak ada keluarga ? Jangan ingat hanya kamu yang ada keluarga.

Apabila kena giliran kamu, janganlah kejam, kami pun ada keluarga. Waktu puak-puak kamu buat pada orang lain, kamu semua tak fikir keluarga orang. 

Karpal Singh menjadi orang pertama yang menuduh Anwar Ibrahim peliwat dan diikuti dengan Mat Sabu yang memberi gelaran al juburi kepada Anwar dan gelaran tersebut melekat sehingga ke hari ini , apakah pemimpin-pemimpin DAP dan Pas itu tidak fikir terhadap keluarga Anwar pada masa itu ? 

Kepada Lim Guan Eng dan Betty Chew, sayalah tidaklah mempercayai 100 % apa yang dilaporkan di internet. Tetapi cara dan gelagat kamu gagal meyakinkan orang ramai 100 %. Sila cuba lagi di lain kali....

Teringat pula bagaimana seronoknya dua minggu lepas Guan Eng memutar belit apa yang diperkatakan oleh Ahli Parlimen Sri Gading dalam Dewan Rakyat berhubung isu gantung Ambiga. Tiba-tiba minggu lepas isterinya pula terbelit dalam DUN Melaka.

Saturday, July 7, 2012

Kita Tak Minta Duit Rakyat Tapi Kita Bagi Peluang Kepada Orang Ramai Untuk Menderma

Mungkin kerana kekerapan saya menulis tentang isu-isu Kelantan sejak akhir-akhir ini membuatkan ada pihak yang semakin panas. Selasa 3 Julai 2012 ada seseorang tweet kepada saya seperti mana yang saya paparkan di bawah.


Semakan yang saya lakukan semula saya dapati tweet asal yang dihantar oleh orang tersebut sudah tiada lagi. Besar kemungkinan ianya telah dipadamkan. Boleh lihat di sini

Sebenarnya saya berblog ini bukannya serius sangat. Hanya sekadar suka-suka. Tak sangka pula ada pihak yang panas sehingga tahap nak pukul saya. Kalau ada pihak yang panas ini bermakna blog saya hebat. Betul kan ? Terima kasih kepada pihak yang menghebatkan saya.....

Apabila diugut saya rasa makin bersemangat pula untuk menulis. Hari ini sekali lagi saya nak berbicara pasal politik Pas Kelantan.

Berhubung dengan pembinaan lebuh raya prepaid yang bakal dibina di Kelantan.

Pada 8 Jun 2012 sinarharian.com melaporkan kenyataan seperti berikut.


Kelantan tidak terdesak ambil duit rakyat 

KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa menafikan Kerajaan Kelantan mengutip derma daripada rakyat untuk menampung kos pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai.

Husam berkata, sepatutnya Umno malu setelah pelbagai tuduhan dilemparkan seolah-olah menunjukkan Kerajaan Negeri tidak mampu membina lebuh raya tersebut sehingga terdesak untuk mengambil duit daripada rakyat.

Bagi menepis dakwaan tersebut, Husam menjelaskan pihaknya mempunyai perancangan kewangan yang teliti bagi menyiapkan pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer (km) itu mengikut fasa tertentu. “Kita lancar derma Umno sindir kepada kita, mereka beranggapan Kerajaan Negeri tidak ada duit untuk menyiapkannya. Bukan kita mengutip duit daripada rakyat.

Sebenarnya kita memberi peluang kepada orang ramai dalam konteks wakaf, terpulang kepada mereka sendiri mahu derma atau tidak.

“Kita sendiri sudah atur pembiayaan kewangan yang baik, dan pada pakej pertama untuk pembinaan sepanjang 43 (km) dijangkakan memerlukan RM700 juta termasuk pengambilan tanah,” katanya sempena Taklimat Khas Pelancaran Isu-isu Pilihan Raya di sini, semalam. 

Bukan kita mengutip duit daripada rakyat, kita beri peluang kepada orang ramai menderma. Berbelit-belit rasanya nak baca ayat itu...

Teringat pula apa yang pernah terjadi di sekolah dulu. Ada seorang murid dalam kelas saya yang bernama Amin. Dia agak nakal sedikit. Satu hari dia curi pensil tekan seorang murid perempuan pada waktu rehat. Kebetulan pada masa itu ada beberapa murid lain dalam kelas yang nampak dia curi. Tapi dia buat selamba....

Kemudian budak perempuan itu beritahu cikgu yang pensil tekannya hilang. Cikgu tanya siapa yang ambil. Semua senyap seribu bahasa. Lalu salah seorang murid yang nampak beritahu cikgu bahawa Amin yang curi.

Cikgu minta dia keluarkan pensil, dan dia keluarkan. Cikgu tanya kenapa kamu mencuri ? Amin jawab...saya tak mencuri cikgu....saya ambil ja.....

Satu kelas gelak kepada dia termasuklah cikgu pun turut sama gelak.

Lebih kurang samalah dengan kisah derma lebuh raya prepaid. Kita tak minta derma dari rakyat, tapi kita nak bagi peluang untuk rakyat menderma. Macamlah di Malaysia selama ini rakyat mempunyai peluang yang amat terhad untuk menderma.

Kesimpulan yang boleh kita buat dari kenyataan diatas seperti yang dilaporkan oleh sinarharian.com bahawa Kerajaan Kelantan mempunyai dana yang mencukupi bagi membiayai pembinaan lebuh raya tersebut. 

Itu katanya pada masa itu.....

Namun minggu lepas lain pula cerita....

Akhbar Sinar Harian Selasa 3 Julai 2012, melaporkan seperti dibawah.


Sebelum itu dia kata bukan kita mengutip duit dan kita sudah atur pembiayaan kewangan yang baik. Selepas itu dia kata pula pihaknya akan memohon bantuan semua pihak termasuk golongan tertentu di Timur Tengah.

Yang mana satu yang betul ?

Nampaknya kerja BN di Kelantan semakin hari semakin mudah.....

Friday, July 6, 2012

Surat Sokongan:Khalid Ibrahim dan Faekah Kantoiiii.....

Pekeliling Kerajaan Negeri Selangor tahun 2010 yang mengarahkan pemberhentian pengeluaran surat sokongan. 

Pekeliling tersebut dikeluarkan mengikut arahan MMKN atau pun Exco pada mesyuarat mereka yang ke 27 tahun 2010.


Exco buat keputusan larang surat sokongan sejak tahun 2010.

Yahya Sahri (PKR) keluarkan surat sokongan tahun 2008 digantung tugas.

Dua orang Ahli Majlis Klang (1 DAP-1 PKR)  keluarkan surat sokongan tahun 2010 , Khalid Ibrahim pecat kerana melanggar arahan mesyuarat Exco.

Faekah keluarkan surat sokongan untuk anak saudaranya tahun 2011, Khalid Ibrahim pertahankan....

Kalau terjadi kepada UMNO tak cukup tanah mereka kerjakan. Tapi oleh kerana terjadi kepada mereka semuanya dihalalkan. 

Mana ketelusan yang dilaungkan selama ini ?

Selanjutnya sila klik di sini

Pelik Bin Ajaib Apabila Tiba-Tiba Orang PKR Menghormati Mahkamah

Tengahari Selasa (3.Julai.2012), MCA membuat kenyataan yang mendakwa kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim terbabit dalam penyelewengan bernilai hampir RM1 bilion dan ia dikatakan dibuat dengan berselindung di sebalik pelan ‘menyelamatkan’ Talam Corporation Bhd.

Pada petang hari yang sama, Khalid Ibrahim di majlis penutup dialog bajet Selangor 2013 di Subang Jaya berkata beliau akan menjawab apa yang dituduh MCA dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco esok (Rabu).

Apabila sampai masa yang dijanjikan ketika mana para-para wartawan berpusu-pusu menanti jawapan balasnya , tiba-tiba sahaja Khalid Ibrahim buat kona baring dengan berkata beliau tidak boleh menjawab tuduhan MCA kerana tidak mahu mengganggu kes Mahkamah. Ini kerana Kerajaan Selangor akan menyaman MCA berhubung tuduhan tersebut.  Lihat di sini

Pulak dah......

Sejak bila PKR menjunjung tinggi sistem perundangan negara ?

Ketika mana kes Anwar Ibrahim sedang dibicarakan di Mahkamah, berkali-kali pihak berkuasa melarang PKR mengadakan ceramah untuk bercakap kes berkenaan. Tetapi mereka tidak pernah pedulikan semua itu. Mereka keliling negara dan dunia bercakap pasal kes yang sedang berjalan di Mahkamah.

Tiba-tiba sekarang ini, saman pun belum lagi, Khalid dengan penuh tawaduknya menjunjung tinggi sistem perundangan negara dan menghormati Mahkamah untuk mengelak daripada menjawab apa yang dituduh MCA. 

Hari Rabu dia kata tak nak jawab kerana akan mengganggu kes Mahkamah....

Tiba-tiba semalam DAP pula berkata hari ini mereka akan menjawab apa yang dituduh oleh MCA. Sini

Aikkkkkk.....tiba-tiba DAP pula yang nak jawab.....pelik ? Adakah Tony Pua itu MB Selangor ? 

Jika jawapan Khalid Ibrahim dikatakan boleh mengganggu kes Mahkamah, apakah jawapan DAP pula tidak akan mengganggu kes Mahkamah ?

Lihatlah bagaimana kelam kabut dan resah gelisahnya mereka. Itulah petanda ada sesuatu yang tak kena dalam kes hutang Talam.

Apa pun jawapan yang akan diberikan oleh DAP hari ini, ianya tidak akan mengubah perkara pokok yang dibangkitkan MCA.

Persoalannya kemana hilang RM 392 juta bajet yang diluluskan dalam DUN Selangor ? Wang tersebut diminta untuk membayar hutang kepada UNISEL dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad ? Untuk memahaminya anda dinasihat klik di sini

Sampai hari ini kenapa hutang tersebut tidak dibayar ?

Bukan kita yang tuduh mereka tidak membayarnya sebaliknya Kumpulan Hartanah Selangor Berhad sendiri yang mengesahkannya dalam laporan tahunan kewangan 2012 mereka bahawa Kerajaan Selangor masih berhutang RM 115 juta kepada mereka. 

Maknanya apa ? 

Maknanya ada sesuatu yang tidak kena dan cuba disembunyikan oleh Khalid Ibrahim dalam kes ini. Sebab itu dia jadi kelam kabut. Sekarang dia minta DAP pula yang jawab untuk menyelamatkan dia.

Wednesday, July 4, 2012

Video Panasss : Bilik Air Rumah PM Berharga RM 93 Juta


Pada bulan Mac tahun ini kita telah ditunjukkan sikap kurang ajar dan biadap Ahli Palimen PKR Kuala Langat memanggil Tun Dr M sial dan haram jadah.

Lihat video dibawah....



Perkataan sial,celaka dan haram jadah nampaknya sudah menjadi permainan di mulut pemimpin PKR ini. Apabila PM guna sekali perkataan haram jadah, gegak gempita puak-puak mereka.

Nanti anda lihatlah video yang dibawah dan bilang berapa kali dia tasbih celaka haram jadah.

Orang yang bermulut seperti itu, setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya ada pembohongan. Sebab apa ? sebab kalau perkataan sial, celaka, haram jadah boleh menjadi mainan di mulutnya, setakat berbohong apalah sangat.

Saya bagi bukti kepada anda...

Perhatikan bermula minit 1.45....

Dia kata RM 47 juta diminta daripada belanjawan tambahan sebanyak RM 13 bilion tahun 2011 untuk pembaikan rumah Perdana Menteri.

RM 47 juta untuk pembaikan rumah PM.....

Lihat pada minit 2.30....

Katanya apabila disoal dalam Parlimen apa yang dibaiki hingga RM 47 juta ? Menteri yang berkenaan tak boleh jawab dan akhirnya Menteri jawab kos untuk buat bilik air RM 93 juta.

Saya ulang sekali lagi....bilik air RM 93 juta.

Dia sendiri yang kata 47 juta untuk pembaikan rumah PM, kemudian dia sendiri yang kata buat bilik air 93 juta. Tuhan nak tunjuk , akhirnya dia sendiri yang membuka pekung pembohongannya.....

Fitnah makan diri.....



Sekarang rakyat Malaysia lihatlah sendiri bagaimana fitnah yang direka cipta untuk memburuk-burukkan PM dan isteri...

Betul tak apa yang saya sering kata selama ini ?

Pembangkang akan buat apa sahaja cerita untuk memburuk-burukkan PM dan isteri bagi menimbulkan kebencian masyarakat terhadap mereka berdua . Mereka sanggup cipta fitnah dan pembohongan demi untuk mencapai matlamat dalam PRU 13.

RTM Tabalkan Rosmah Mansor Sebagai PM ?

Isteri PM terus menjadi sasaran fitnah dan tohmahan pemimpin dan pencacai-pencacai pembangkang. Menjelang PRU tidak lama lagi, anda semua percayalah cakap saya serangan terhadap DS Rosmah akan menjadi-jadi. Mereka akan reka-reka apa sahaja cerita atau fitnah untuk menjayakan misi mereka.

Nampaknya kini DS Najib, UMNO dan BN bukan lagi ancaman kepada pembangkang. Sebaliknya DS Rosmah yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti dan yang tidak akan bertanding dalam pilihanraya menjadi individu yang paling pembangkang takuti. 

Hari ada sebuah blog pro pembangkang yang mengeluarkan satu artikel yang bertajuk Hot: RTM Sahkan Rosmah Mansur PM Malaysia.


Blogger tersebut menulis berdasarkan kemunculan DS Rosmah dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan RTM semalam yang mana dibahagian bawahnya tertulis EKSPRESI REMAJA BERSAMA PERDANA MENTERI. 

Hanya kerana perkataan itu dan gambar yang memaparkan wajah DS Rosmah, dia terus kata RTM sahkan Rosmah PM. 

Pada hari Sabtu ini (7.7.2012) akan diadakan satu program yang dinamakan EKSPRESI REMAJA BERSAMA PM di  Stadium Negara yang melibatkan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Datuk Seri Najib selaku PM akan hadir dalam program yang agak besar itu.


Kemunculan Datin Seri Rosmah di TV1 semalam yang mana beliau merupakan Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, adalah untuk bercakap mengenai matlamat dan tujuan perhimpunan antara remaja-remaja yang menganggotai Pandu Puteri dengan PM yang akan diadakan Sabtu ini.

RTM yang jemput beliau selaku YDP untuk bercakap tentang perhimpunan bersama PM yang akan diadakan itu. Topik yang dibincangkan adalah topik perhimpunan yang bakal diadakan itu dan akan dihadiri oleh PM dan RTM pun letaklah tajuk begitu kerana itu topiknya. 

Tak kan nak bincang pasal perhimpunan remaja bersama PM kemudiannya nak letak tajuk masak-masak....

Orang jadi blogger dia pun nak jadi blogger tapi bodohnya boleh tahan jugalah. Kasihan pembaca-pembacanya yang saban hari ditipu.

Tuesday, July 3, 2012

Husam Patut Cabar TV3 Anjur Forum Antara Dia Dengan Mufti Kelantan


Dinar dan Dirham Kelantan dikatakan mata wang syariah

Kerajaan Kelantan bakal mencipta sejarah apabila mengembalikan semula fungsi matawang syariah Dinar dan Dirham yang sudah dilupakan hampir 100 tahun lalu melalui kempen pembayaran Zakat 25 Ogos ini.
Penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham bukan sahaja dalam urusan jual beli, tetapi boleh digunakan untuk pembayaran zakat.

Kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham Kelantan disempurnakan Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Ogos tahun lepas sebagai alternatif kepada mata wang sedia.

Peringkat permulaan penggunaan mata wang syariah tersebut, ia boleh digunakan di kira-kira 1,000 kedai dan restoran di sekitar bandar Kota Bharu untuk transaksi perniagaan.

Menurut Nik Abdul Aziz, penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada Ringgit Malaysia (RM) tidak bertentangan dengan undang-undang, dan ia dirangka mengikut peruntukan peraturan yang disediakan Bank Negara.

 Sumber: dinardirham.com

Bekas orang kuat Kelantan Golden Trade yang mengeluarkan Dinar dan Dirham Kelantan, Nik Mahani berkata Dinar dan Dirham perlu diletakkan dibawah KDYMM Sultan Kelantan atau Baitulmal kerana Kelantan menggunakannya sebagai mata wang untuk transaksi pernigaaan. 

Bukti Kelantan jadikan sebagai mata wang.....

KOTA BHARU, 5 April: Sempena Tahun Melawat Kelantan 2012, rakyat serta pelancong yang berkunjung ke negeri itu boleh merasai pengalaman membeli belah di Bazar Tok Guru (BTG) dengan menggunakan matawang Syariah dinar dan dirham.

Atas inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan menerusi anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Golden Trade (KGT) dan Wakala-Wakala (wakil Jualan Dinar Dan Dirham) kedai-kedai di BTG kini menerima urusniaga menggunakan mata wang syariah itu sejak pertengahan bulan Mac lalu.

Untuk kemudahan pengunjung dan pembeli, kedai-kedai yang menerima dinar dan dirham boleh dikenalpasti dengan dengan melihat kertas penanda bercetak 'Kami Terima Dinar dan Dirham' yang ditampal di dalam kedai atau bertanyakan terus kepada peniaga.

"Sebanyak 50 peratus peniaga di Bazar Tok Guru, Kota Bharu sudah menerima dinar dan dirham dalam jualan harian mereka dan ini adalah satu perkembangan positif ke arah mengembalikan matawang syariah kepada ummah.

"ini satu usaha murni Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Datuk Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat," kata Pengurus Besar KGT, Tuan Hj. Mahadi Mokhtar dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Sumber: www.dinarkel.net

Beberapa hari lepas pula Mufti Kelantan mengeluarkan kenyataan berikut

Kerajaan Kelantan tidak boleh menjadikan dinar atau dinar emas Kelantan mata wang selagi tidak mendapat kelulusan Kerajaan Pusat atau Bank Negara Malaysia (BNM).

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, perhiasan untuk simpanan seperti barangan kemas selagi ia tidak mendapat kelulusan daripada pihak yang berkenaan.

Sehubungan itu katanya, selagi ia tidak mendapat kelulusan BNM, tidak timbul isu ia perlu diletakkan di bawah ‘ulil amri’ negeri iaitu Sultan atau pun Baitulmal.

“Kita kena faham negara kita Malaysia ada mata wangnya, jadi sebarang yang hendak dijadikan wang perlu bertaraf mata wang, jadi apakah dinar yang ada ini sudah bertaraf mata wang.

“Dinar yang ada sekarang tidak termasuk dalam kategori mata wang. Ia hanya macam barang perhiasan lain. Untuk dijadikan mata wang, ia tertakluk kepada undang-undang negara ini, mata wang terletak pada Bank Negara,” katanya ketika diminta mengulas cadangan bekas Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade (KGT) Sdn Bhd, Nik Mahani Mohamad agar ia diletakkan di bawah sultan atau baitulmal bagi mengelakkan berlaku salah guna atau pengambilan untung yang berlebihan.

 “Yang saya bimbang ialah takut eksploitasi sehingga mencertuskan unsur-unsur penipuan, itu bukan soal mata wang. Penjualan emas jangan sampai ada penipuan,”


Jika minggu lepas apabila Datuk Dr Awang Adek selaku Timbalan Menteri Kewangan meminta Kerajaan Kelantan menyelesaikan masalah Dinar dan Dirham dalam masa tiga minggu, bukan main garang lagi Husam Musa mencabar TV 3 agar mengadakan forum secara langsung antara beliau dengan Awang Adek. 

Sekarang Mufti Kelantan kata Dinar dan Dirham bukannya mata wang. Apabila ianya bukan mata wang sudah tentu tidak boleh digunakan untuk transaksi perniagaan. Apa yang dikatakan oleh Mufti Kelantan itu turut disiarkan dalam berita di TV 3.

Husam sepatutnya mencabar TV 3 agar mengadakan forum secara langsung antara beliau dengan Mufti Kelantan. 

Tetapi kenapa sampai ke hari ini Husam belum menyanggah apa yang dikatakan oleh Mufti ?

Kickdefella ada ceritanya.....klik di sini

Monday, July 2, 2012

Duit Derma Dah Kutip Tapi Projek Belum Diluluskan Mesyuarat Exco


Nampaknya Husam Musa terus menjadi beban kepada Pas di Kelantan dengan projek-projek bodohnya.

Masihkah ingatkah anda kepada projek lebuhraya dia yang berharga RM 1.9 bilion ?

Kepada yang tak ingat atau tak berapa ingat boleh lihat di sini

Projek besar RM 1.9 bilion....

Majlis pecah tanah telah dilakukan....

Kutipan derma dari orang ramai telah dilancar dan telah pun dikutip....
 
Tetapi sungguh mengejutkan rupa-rupanya projek itu belum lagi mendapat kelulusan Mesyuarat Exco Kelantan.


Husam juga memberitahu lapan juruukur yang mengambil alih peranan juruukur awal menyiapkan jajaran projek lebuh raya rakyat sudah berjaya menyiapkan kerja-kerja ukur sepanjang 30 km.

Kata beliau kerja-kerja mengukur jajaran jalan raya tersebut sebenarnya sudah disiapkan pada 2007, namun juruukur yang terbabit tidak dbenarkan menyerahkan laporan kepada kerajaan negeri.

Bagaimanapun katanya, kerja-kerja pembinaan lebuh raya tersebut dijangka akan dimulakan selepas mendapat kelulusan mesyuarat Exco kerajaan negeri dalam masa terdekat ini.

Menurutnya jentera berat milik syarikat juga sudah berada di lokasi bagi memulakan kerja-kerja pembinaan.


Bagaimana kalau Exco tak lulus ?

Apa akan jadi kepada duit derma orang ramai ?

Menjawab Pembohongan Akhbar Rasmi PAS

Media masa arus perdana sering dilemparkan dengan pelbagai tohmahan oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang. Yang sering menjadi sasaran utama mereka adalah Utusan Malaysia. Kononnya kualiti pemberitaan teruk dan tidak beretika. Hanya media-media milik mereka sahaja kononnya yang telus, mulus dan suci.

Sebelum ini sudah beberapa kali saya pernah membuktikan pembohongan mereka di blog ini. Hari ini sekali lagi saya nak tunjukkan kepada anda pembohongan media yang layak digelar suara rasmi syaitan yang dimiliki oleh Parti Ajaran Sesat (PAS).

Harakahdaily semalam melaporkan berita yang menunjukkan seolah-olah PM berada dalam keadaan yang cukup cemas sehingga terpaksa membatalkan jemputan ke majlis perkahwinan anak seorang VIP.  Seperti biasa bagi menyedap dan menyelerakan bahan fitnah mereka, nama isteri PM pasti akan diselitkan sebagai bahan perencah utama. 

Dikatakan Datuk Sri Najib mewakili kepada Datin Sri Rosmah untuk mewakili beliau ke majlis tersebut dan memangku kedudukannya sebagai tetamu berstatus perdana menteri majlis itu malam ini.

Beliau menyerahkan kepada isterinya untuk menjadi pengganti. Dalam kata lain Rosmah memangku kedudukannya sebagai tetamu berstatus perdana menteri majlis itu malam ini. Pembatalan ini satu kemujuran kepada Rosmah kerana sudah pasti dia akan berada di kiri agung dalam majlis itu nanti.

Kebiasaannya jika ada sesuatu jemputan majlis perkahwinan tidak kira samada VIP atau orang biasa seperti kita , tuan rumah akan menjemput kita bersama isteri atau kita bersama keluarga. Setakat ini di Malaysia belum pernah lagi ada orang yang menjemput kita yang telah berkeluarga ke majlis kenduri perkahwinan hanya menjemput suami sahaja yang datang.

Contoh jemputan, 

Kepada Pak Abu dan isteri ATAU Kepada Pak Abu dan keluarga.

Belum pernah lagi terjadi jemputan seperti ini, 

Kepada Pak Abu sahaja ATAU  dalam kad undangan perkahwinan ditulis hanya untuk tetamu yang dinamakan sahaja. Dilarang membawa isteri atau keluarga.

Kita sendiri pun ada kalanya tidak dapat bersama isteri untuk menghadiri sesuatu majlis undangan perkahwinan. Ada kalanya kita hadir seorang diri dan ada kalanya kita tidak dapat hadir dan hanya isteri kita sahaja yang hadir. Ada kalanya kedua-duanya tidak dapat hadir. Jika tidak dapat hadir kebiasaannya kita akan memberitahu tuan rumah dan mengirimkan sesuatu untuk tuan rumah sebagai tanda ingatan. 

Berbalik kepada cerita kononnya DS Rosmah mewakili Datuk Najib dan memangku kedudukannya sebagai tetamu berstatus PM  dalam majlis itu. Kehadiran DS Rosmah tidak ubah sepertimana kita meminta isteri kita menghadiri sesuatu majlis kenduri yang kita sendiri tidak dapat hadiri. Dan dalam masa yang sama DS Rosmah juga adalah tetamu yang dijemput. Kerana nak menyedapkan fitnah dan hendak timbulkan kebencian masyarakat kepada Datuk Najib dan isteri dikatakan kehadiran DS Rosmah sebagai memangku dan tetamu berstatus PM.

Dikatakan ketidakhadiran Datuk Najib ke majlis itu kerana malam tadi Datuk Najib perlu bergegas ke Sabah akibat keadaan politik Umno di sana semakin panas atau dalam bahasa mudahnya dipanggil kelam kabut atau haru biru. 


Malam ini Najib kena bergegas ke Sabah. Negeri Bawah Bayu itu kini tidak nyaman dan dingin lagi. Arus politiknya semakin panas dan keadaan itulah menggelegakkan diri Najib. Mungkin Najib sudah pun menggeletar.

Khabarnya malam ini Najib bersama menteri kabinet akan mengadakan pertemuan dengan Umno Sabah yang diketuai Musa Aman. Pertemuan malam ini sangat penting bagi menentukan nasib dan masa depan Umno. Umno Sabah yang sebelum ini dalam keadaan retak menunggu belah, katanya sudah hendak terbelah dan karam.

Untuk pengetahuan semua, dari semalam sehingga ke pagi ini saya berusaha sedaya upaya mencari maklumat di sana sini bagi mendapatkan pengesahan perkara tersebut. Setelah puas berusaha akhirnya saya mendapat jawapannya pagi ini.

Memang terdapat jemputan untuk PM menghadiri majlis perkahwinan anak  Tan Sri Rozali di One World Hotel Bandar Utama malam tadi. Difahamkan pejabat PM telah memberitahu tuan rumah PM tidak dapat hadir ke majlis berkenaan. Apabila tidak hadir, maka program itu tidak dicatatkan dalam jadual atau diari PM.

Tidak timbul sama sekali PM membatalkan kehadiran dan bergegas ke Sabah. Datuk Seri Najib tidak pernah sesekali ke Sabah semalam. Tidak ada sebiji pesawat pun semalam yang membawa anak Tun Razak itu melintasi ruang udara Sabah, apatah lagi untuk beliau memijak kaki di bumi Sabah. 

Jika sebelum ini malaysiakini pernah menjadi perisik hingga berjaya mengesan kehadiran pesawat yang membawa PM di Australia, sekarang kita minta mereka kesan pula ada atau tidak pesawat yang membawa PM mendarat di mana-mana lapangan terbang dalam bumi Sabah semalam.

Mengikut maklumat yang saya terima yang saya boleh katakan 100 % betul. Setelah beberapa minggu tidak ada ruang untuk berehat kerana jadualnya yang padat, semalam Datuk Najib ada sedikit kelapangan. Pagi semalam beliau melakukan aktiviti riadah dan bersukan untuk kesihatan dan dalam masa yang sama bagi mengekalkan stamina serta kecergasan beliau.

Sebelah tengahari beliau berada di rumah dan dari petang hingga ke malam beliau ada beberapa perjumpaan serta perbicangan dengan beberapa orang-orang tertentu seperti yang telah tercatat dalam jadualnya.

Ada jemputan untuk PM bersama-sama menonton perlawanan akhir Euro 2012 di I City Shah Alam awal pagi tadi, tetapi Datuk Najib tidak menghadirinya kerana pagi ini beliau ada perhimpunan bulanan JPM seawal jam 8 pagi. 

Jadi dakwaan sepertimana yang disiarkan harakahdaily adalah pembohongan semata-mata. Datuk Najib tidak pernah sesekali ke Sabah semalam. Kita tunggu samada beranikah mereka memohon maaf di atas pembohongan tersebut ? 

Parti islam konon......khaikkkkk ptuihhhhhhhh......siang malam berbohong lagi istihar mereka parti islam.

Sekarang mari saya tunjukkan kepada anda antara parti islam dengan parti yang Pas selalu cop sebagai sekular dan ada kalanya mereka kata kafir, iaitu Umno.

Islam mengajar umatnya untuk mengekalkan dan mengeratkan silaturrahim.Jika orang jemput kenduri, kita perlu hadir. Jika tidak mampu hadir hantarlah isteri kita sebagai wakil. Begitu juga dengan orang sakit, kita perlu ziarah.

Dalam hal ini, sebagai seorang PM sudah tentu Datuk Najib sentiasa sibuk dengan urusan negara , urusan rakyat dan urusan politik. Ada 14 negeri , 27 juta rakyat, 14 parti komponen BN, lebih 3 juta ahli Umno dan yang lain-lain lagi perlu dijaganya. Sudah tentu 5 minit pun cukup penting bagi beliau.

Apabila beliau tidak mempunyai kelapangan untuk menghadiri sesuatu majlis undangan perkahwinan, beliau minta isterinya supaya pergi. Itu cara orang yang beradat walaupun beliau dari parti yang musuh katakan sekular dan kafir.

Bulan Mei lepas, bekas Timbalan Presiden Pas yang kini AJK Pas Pusat , juga Ahli Parlimen Pas Bachok, Nasharuddin Mat Isa mengadakan majlis kenduri perkahwinan anak beliau di Bangi.

Secara adatnya sudah tentu Nasharuddin menjemput pimpinan tertinggi Pas ke majlis tersebut. Jangan kata batang tubuh,  bayang-bayang Nik Aziz , Haji Hadi , Mahfuz Omar serta kepimpinan tinggi Pas yang lain haram tak nampak pun. Isteri mereka pun tak nampak juga. Sebaliknya orang dari parti sekular dan kafir pula yang datang untuk mengeratkan silaturrahim. Antaranya, Tan Sri Muhyiddin, Nazri Aziz dan KJ. Gambar boleh dilihat di sini.

Islam minta kita menziarahi orang sakit dan doakan agar pesakit sembuh sepertimana gambar dibawah.....


Orang yang sakit pula bila dah sembuh minta doakan orang yang melawatnya supaya pecah perut. Cara islam kah itu ?

Sekarang rakyat nilailah sendiri setakat mana islamnya Pas ? Sepanjang lebih 50 tahun kewujudannya, mereka hidup kerana menjual agama dan hidup diatas pembohongan dan fitnah.

Tiada gunanya serban berbelit-belit dan tudung labuh sampai ke lutut kalau hidup dipenuhi dengan fitnah dan pembohongan. 

Ingat perbezaan Umno dan Pas....

UMNO berjuang menggunakan politik untuk kepentingan agama dan bangsa....

PAS berjuang menggunakan agama dan bangsa untuk kepentingan politik.....