Agak-agaknya berapa si bebal ini bayar untuk temubual bodoh dengan Malaysiakini ?
Saturday, December 4, 2010
Inikah Pemimpin Yang Rakyat Mahu ?
Itulah luahan rasa Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berhubung tindakan Khalid Ibrahim mengajak rakyat Selangor berhimpun dan berarak secara haram di KL esok (ahad 5.12.2010).
Saya ingin mengajak rakyat menilai sikap seorang pemimpin.
Khalid Ibrahim sekarang adalah seorang ketua kerajaan di sebuah negeri. Apabila telah menjadi ketua kerajaan maka beliau adalah sebahagian dari pemerintah yang ada di negara ini.
Sebagai salah seorang pemerintah beliau kena pastikan orang-orang yang dibawah pemerintahannya, rakyat , kakitangan kerajaan atau diri beliau sendiri harus patuh kepada undang-undang yang dibuat oleh pemerintah.
Pemerintah harus menjadi contoh dan teladan kepada orang yang diperintahnya. Negara kita sebagai sebuah negara yang bertamadun sudah tentulah mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi.
Bukan setakat negara, negeri pun sama juga termasuklah negeri yang diperintah oleh Khalid Ibrahim. Cuba anda bayangkan jika negeri yang diperintah oleh Khalid tidak ada undang-undang maka sudah tentu negeri tersebut akan menjadi caca marba.
Undang-undang negara kita telah menetapkan, sebarang perhimpunan yang melebihi dari 5 orang memerlukan permit untuk berhimpun. Ini undang-udang negara yang digubal di parlimen dan bukannya undang-undang semerah padi yang digubal di bawah pokok.
Polis telah menyatakan, bahawa perhimpunan dan perarakan yang dirancang dan bakal diketuai oleh Khalid Ibrahim pada hari ahad ini adalah perhimpunan haram. Ini kerana tiada sebarang permohonan yang diajukan kepada polis. Polis melarang orang ramai dari menghadiri perhimpunan tersebut.
Saya merasakan sekiranya sebarang permohonan yang diaju kepada polis juga akan ditolak. Ini kerana tempat untuk mengadakan perhimpunan dan perarakan tidak sesuai kerana ianya ditengah-tengah bandaraya KL.
Banyak implikasi buruk akan berlaku jika ianya diadakan di kawasan tersebut. Salah satu yang utamanya adalah kesesakan jalan raya. Apabila berlaku kesesakan jalan raya ianya mengundang seribu satu masalah kepada rakyat termasuk juga kepada pengangkutan awam. Pemandu teksi dan bas juga tersekat punca rezeki. Selain itu pasti akan berlaku kerosakan harta awam dan kekotoran.
Selangor kini telah diperintah oleh Khalid dan beliau adalah orang yang berkuasa di negeri itu. Banyak tempat di Selangor yang dia boleh digunakan untuk menghimpun rakyat.
Selangor ada ,
Stadium Shah Alam
Stadium Melawati
Stadium Kelana Jaya
Stadium Jugra
Pusat Konvensyen Shah Alam
Itu semua boleh digunakan tanpa mengganggu ketenteraman awam. Kenapa itu tidak digunakan dan Khalid tetap memilih jalan raya sebagai medannya ? semuanya kerana politik dan hendak menimbulkan kekacauan kepada negara.
Tentang hasratnya ingin menyerahkan memorandum kepada YDPA, sebagai MB Khalid berpeluang menghadap YDPA pada bila-bila masa dalam keadaan yang lebih selesa dan baik. Bukannya setakat menyerahkan memorandum di pagar Istana Negara.
Pendek kata, Khalid mempunyai pelbagai jalan dan cara yang lebih aman dan baik untuk melakukan semua itu atas kapasiti beliau sebagai MB, tetapi dia tetap memilih cara yang tidak bertamadun, semuanya kerana politik.
Oleh yang demikian, marilah kita menilai sikap dan mentaliti seorang pemimpin seperti Khalid serta parti yang diwakilinya. Inikah pemimpin dan parti yang boleh diharapkan untuk memerintah negara ?
Jika memerintah sebuah negeri undang-undang pun telah dicabuli, bayangkan jika mereka diberi peluang memerintah negara ? Saya dapatkan rasakan negara ini akan menjadi porak peranda.

Friday, December 3, 2010
Khir Toyo Akan Bongkarkan Malam Ini
Dato' Seri Khir Toyo akan bongkarkan penipuan Khalid Ibrahim berhubung politik air di Selangor dalam siaran langsung di TV 1 jam 10 malam ini.
Pastikan rakan-rakan semua berada di depan tv masing-masing malam ini.
Khalid nak kelentong rakyat Selangor ya ?
Jom kita lihat siapa yang kenaaaaaa..........
Rakyat Selangor Berarak Ke Istana
Rakyat Selangor berarak ke Istana hari ini bagi menyerahkan memorandum kepada DYMM Sultan Selangor berhubung hasrat PKR untuk menghapuskan ketuanan melayu.
Ulasan lanjut bakal menyusul kemudian.
Zaini Hassan Bikin Tulang Besi Sasau
Nampaknya kolum cuit tulisan Datuk Zaini Hassan dua hari lepas tentang blogger-blogger mesra kerajaan serta ranking blog yang dikeluarkan telah membuatkan seseorang yang mengaku dirinya ahli Pas tetapi tidak membayar yuran menjadi sasau.
Thursday, December 2, 2010
Jangan Percaya Kepada Penipuan Khalid. Itu Semua Helah Politik
Seorang pembaca menghantar komen seperti di bawah kepada saya
maaf kerana lari dari tajuk . rbf tak nak komen ke isu air yang hangat di selangor sekarang. apa pandangan saudara?
zek ampang
December 2, 2010 1:49 AM
Saya sebenarnya tidak berapa berminat nak campur isu ini kerana ianya melibatkan 'peperangan' sebuah syarikat berhad dengan sebuah kerajaan. Lainlah kalau ianya 'peperangan' antara kerajaan dengan kerajaan.
Wednesday, December 1, 2010
Lakukan Seks Berhampiran Mayat Isteri Yang Dibunuh
Apabila membaca kisah ini di Utusan Malaysia semalam saya mengucap panjang. Apa punya manusia ? tidak ada hati dan perasaankah dia ?
Sudahlah dia bunuh isterinya, mayat disimpan dalam almari, kemudian dia boleh bawa perempuan lain pula untuk buat hubungan seks dalam bilik yang sama mayat isterinya berada.
Saya betul-betul tak faham, bagaimanakah dia boleh melakukan hubungan seks dalam keadaan begitu ? Adakah fikiran dia tidak berserabut pada waktu itu selepas membunuh isterinya ? apakah dia tak terfikir kepada mayat isterinya ?
KJ Jalan Kaki Ke Parlimen , Apa Punya Turrrrr....
Gambar dipetik dari blog Politik Harian
Gambar diatas menunjukkan MP Rembau, YB Khairy Jamaluddin berjalan kaki menuju ke Parlimen dari Pasar Seni.
Uh...uh....uh.... kesiannya kepada Ketua Pemuda aku.
Haji Hadi Sanggah Nik Aziz dan Anwar
Selangor Daily hari ini melaporkan tentang kecelaruan dalam pak-khatan rakyat yang tidak dapat dinafikan lagi.
Nik Aziz kata,
Yakin Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat sambil menekankan bahawa pihaknya akan tetap memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Keputusan memilih Anwar jika pembangkang berkuasa di peringkat persekutuan, kata Nik Aziz, sudah lama dipersetujui oleh pembangkang. Klik di sini
Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.Klik di sini
Hari ini Haji Hadi pula kata,
Janji Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Kit Siang akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri adalah bersifat peribadi.
“Itu hanya pandangan peribadi Anwar dan bukannya mewakili keputusan Pakatan Rakyat kerana kita tidak pernah menetapkan dalam perlembagaan untuk meletakkan mana-mana individu sebagai Perdana Menteri mahupun timbalannya.Klik di sini
Komen....
Komen....
Remaja Ditembak Mati, Salah Siapakah ?
Kira-kira dua minggu yang lepas kita dikejutkan dengan dua kejadian remaja mati ditembak.
Kejadian pertama, seorang remaja berusia 16 tahun mati ditembak polis di Shah Alam selepas menyamun sebuah stesen minyak di Glenmarie. Klik di sini
Subscribe to:
Posts (Atom)