Saturday, October 30, 2010

Menitis Air Mataku Malam Ini, Tahniah Tan Sri Anuar Musa


Tahniah Tan Sri Anuar Musa !

Menitis air mata saya malam ini sewaktu melihat di kaca tv saat kapten Kelantan , Indera Putra menjulang Piala Malaysia. Saya merasa seolah-olah bagaikan mimpi melihat Kelantan menjulang Piala Malaysia. Saya betul-betul gembira dengan kejayaan ini,tanpa disedari air mata mengalir membasahi pipi.

Ianya menjadi lebih sedih lagi kerana saya tidak dapat berada di Bukit Jalil melihat peristiwa bersejarah tersebut kerana saya kini berada di Batu Sapi.

Saya mengikuti bolasepak Kelantan semenjak zaman persekolahan lagi, begitu lama menunggu sehingga kini saya telah ada empat orang anak barulah Kelantan dapat menjulang Piala Malaysia.

Saya mula mengikutinya semenjak pasukan Kelantan dilatih oleh Arwah Hj Md Che Su, manakala pemain-pemainnya ialah Salim Mahmod, Ahmad Mohamed, Yap Kam Choon, Hashim Musthapa, pemain import Thailand Boonpup Pranhut dan pelbagai pemain import lain lagi.

Pasukan bolasepak Kelantan pernah diswastakan kepada Zaid Ibrahim melalui syarikatnya Ringgit Kreatif, tetapi pencapaian yang terbaik hanya setakat separuh akhir sahaja.

Bolasepak Kelantan tidak boleh maju kerana faktor pengurusan dan politik dalaman termasuklah tiada sokongan dari Kerajaan Pas Kelantan yang pada masa itu menganggap bermain bola haram kerana memakai seluar pendek.

Tetapi semenjak Tan Sri Anuar Musa mengambil alih teraju bolasepak Kelantan beberapa tahun lepas beliau telah mengubah landskap bolasepak Kelantan.
Beliau berjaya mengatasi segala masalah dan beliau bijak mengurus pasukan. Akhirnya dalam masa yang singkat ianya telah mengalami perubahan sehingga berjaya membawa Kelantan dua kali ke perlawanan akhir pada tahun lepas, Piala FA dan Piala Malaysia.

Sudah menjadi lumrah, kejayaan tidak akan datang bergolek yang penting tidak putus asa. Atas semangat kental dan tidak pernah jemu-jemu Tan Sri Anuar Musa dan para pemain, akhirnya Kelantan sekali lagi layak ke Piala Malaysia pada musim ini dan seterusnya membolehkan Kelantan muncul sebagai juara pada tahun ini.
Rakyat Kelantan harus berterima kasih kepada Tan Sri Anuar Musa kerana beliaulah punca kepada kejayaan Kelantan pada hari ini. Tidak dinafikan juga sumbangan para pemain.

Yang jelas dan nyata, Kerajaan Pas Kelantan tidak boleh ambil kredit diatas kejayaan ini kerana ianya bukan hasil usaha mereka. Sewaktu pasukan Kelantan berada dalam keadaan lemah sebelum ini, Pas tidak peduli dan tidak pernah berusaha untuk mengubahnya sehingga Tan Sri Anuar Musa sanggup mengambil alih dan berjaya merubah keadaan. Sekarang nampaknya mereka (Pas) yang terlebih mengada-ngada. Lembu punya susu sapi dapat nama.

Satu kerugian jika orang Kelantan, tidak menukar kerajaan Pas Kelantan pada hari ini. Orang Umno ambil alih beberapa tahun sahaja beliau mampu memberi kejayaan kepada bolasepak Kelantan. Cuba diberi peluang perintah negeri, sudah tentu Umno juga dapat memberi kejayaan kepada negeri Kelantan yang mana sekarang ianya tidak ubah seperti pasukan bolasepak Kelantan beberapa tahun lepas sehingga diambil alih oleh Tan Sri Anuar.

Oleh yang demikian, sebagai tanda sokongan dan terima kasih kepada Tan Sri Anuar kerana berjaya menguruskan pasukan Kelantan dengan baik sekali sehingga berjaya menjulang Piala Malaysia yang tidak pernah dijulang Kelantan sebelum ini, pengundi-pengundi di Galas harus mengundi BN dalam prk Galas pada 4.Nov.2010 .

Kemenangan BN di Galas juga sebagai perintis kepada usaha merampas Kelantan daripada Pas dalam p.raya umum akan datang.

BN akan ubah Kelantan

Umno akan ubah Kelantan

Negeri Kelantan akan bertambah maju dan makmur dan mencapai kejayaan yang gemilang sebagaimana kejayaan pasukan Kelantan pada hari ini atas usaha seorang pemimpin Umno.

Ingat bola, ingat Kelantan

Ingat Kelantan, ingat Piala Malaysia

Ingat Piala Malaysia, ingat Kelantan juara

Ingat Kelantan juara, ingat Tan Sri Anuar Musa

Ingat Tan Sri Anuar Musa, Ingat Umno

Ingat Umno, Ingat BN

Ingat BN, apa lagi nak tunggu, undilah BN.

Horey...horey...horey...horey....

Kelantan juara....Kelantanlah juara

Horey...horey...horey...horey....

Undi BN....BN lah juara.....

Ingat pengundi Galas, undilah BN jika mahu berjaya seperti pasukan bolasepak Kelantan mencapai kejayaan pada hari ini.




Penting dan Sebarkan: Sebab Sebenar Pas Ditendang Dari BN

Artikel ini agak panjang, harap rakan-rakan pembaca dapat luangkan sedikit masa untuk membacanya perlahan-lahan sehingga habis tanpa meninggalkan satu perenggan pun yang bertulisan biru kerana perkara ini amat penting untuk rakan seperjuangan ketahui dan sebarkan.
Perkara ini sudah lama saya tunggu-tunggu, sebelum ini saya ada mendengar cerita dari beberapa orang tentang sebab sebenar Pas ditendang keluar dari BN kerana Pas mengkhianati BN.

Antaranya ialah kerana, Pas cuba mengambil kesempatan semasa dalam BN untuk menguatkan kedudukan Pas, bukannya kedudukan BN. Pas lebih penting nafsu mereka sendiri dan sanggup menikam rakan dari belakang.

Saya difahamkan antara perjanjian Pas dan Umno sebelum Pas masuk BN , mereka tidak boleh kacau tempat Umno termasuk tidak boleh membuka cawangan-cawangan Pas di mana Umno mempunyai cawangan. Begitu juga sebaliknya.

Pada masa itu menteri yang menjaga Felda adalah menteri dari Pas di bawah Kementerian Tanah dan Galian. Pas tidak patuh janji, mereka guna kuasa dan jawatan mereka untuk mengembangkan Pas di Felda termasuk membuka beberapa kawasan Felda baru. Antaranya di Kemahang Kelantan dan di Johor.

Itu sahaja yang saya tahu sebelum ini, saya cuba mencari info berkenaan dengan perkara ini tetapi saya tidak jumpa orang yang tahu perkara sebenar.

Berbeza dengan apa yang di momok - momokkan oleh Nik Aziz dan juak-juak Pas sebelum ini, kononnya Pas dikhinati oleh BN dengan menendang keluar dari komponen BN pada tahun 70an dan mereka serik lagi untuk bekerjasama dengan Umno. Cerita tersebut tidak benar sama sekali.

Tapi sayang seribu kali sayang, disini kita boleh lihat kelemahan BN untuk menjawab dan menerangkan balik perkara sebenar kepada rakyat. Mereka biarkan cerita bohong yang disebarkan oleh Pas bermaharajalela. Sudah lama saya menunggu perkara ini, tetapi tidak berjumpa dengan orang yang tahu perkara sebenar untuk menceritakannya.

Alhamdulillah, sebaik sahaja saya masuk ke bilik dan buka komputer sekembalinya dari membuat liputan di beberapa buah pulau dalam Parlimen Batu Sapi sebentar tadi, saya terbaca satu berita di Bernama.Com tentang perkara tersebut.

Seorang veteran Umno, Datuk Rozali Isohak telah menjelaskan perkara sebenar. Tetapi berita mengenai perkara tersebut tidak panjang di Bernama.Com.

Saya cuba membuat semakan di Google, Alhamdulilah, sekali lagi rezeki datang. Kali ini lebih terperinci datang dari blog Pemuda Umno Jasin iaitu ucapan penuh Arwah Tun Hussin pada tahun 1977 tentang penyingkiran Pas dari BN.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Pemuda Umno Jasin dan Datuk Rozali Isohak.

Pas adalah punca sebenar perpecahan umat Islam di bumi Tanah Melayu. Pemimpin-pemimpin Pas adalah ejen-ejen iblis di muka bumi ini yang ditugaskan untuk memecah belah umat Islam.

Ucapan penuh Tun Hussin Pada Tahun 1977
(dipetik dari blog Pemuda Umno Jasin)

"Terlebih dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato’ Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.

Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.

Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.

Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.

Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.

Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.

Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.

Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.

Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.

Sebagaimana kita maklum, Dato’ Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.

UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.

UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato’ Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.

Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.

Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.

Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.

Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan.

Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja.

Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.

Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.

Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.

Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.

Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.

Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik.

Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.

Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.

Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri.

Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.

Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya.

Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.

Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO.

Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.

Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?

Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini?

Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.

Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.

Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.

Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.

Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.

Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS.

Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.

Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.

Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.

Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.

Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.

Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.

Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.

Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.

UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.

Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.

Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."

FAKTA TAMBAHAN.


Izinkan saya memberi sedikit fakta tambahan.

AntarapPunca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.

Yang tidak diceritakan oleh PAS:

1... Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.

2... Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

3...Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketiak itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.

4...Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.

5...Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

6...Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

FAKTA TAMBAHAN 11.

.Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.
Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.

8...Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

9...Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.

10...Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

11...Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.

12...Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.

13...Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.

14...Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.

15...Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.

16...Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

17...Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.

18...Pada PRK mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.

Kerana mulutnya suka berbohong sebab itulah yang menyebabkan mulut dia berdarah ketika dia sedang tidur. Klik sini

Setelah membaca ucapan penuh Tun Hussin, bulu roma saya jadi tegak, darah jadi berderau. Geramnya aku pada Pas tidak boleh nak dikatakan lagi. Ayuh rakan-rakan ku sekalian, kita harus bangkit menentang Pas habis-habisan. Perkara ini wajib dilakukan, kita harus menentang Pas sebagaimana kita menentang iblis dan syaitan. Kerana Pas lah punca kepada segala perpecahan di muka bumi ini. Pas jugalah yang menyebabkan fitnah berleluasa di negara ini.

Pas harus ditentang habis-habisan. Mulai hari ini saya sudah istihar tidak lagi menyokong sebarang kerjasama antara Pas dan Umno.Nyah Pas dari bumi ini.

Batu Sapi: Yong Teck Lee Jual Tanah Atas Angin

Hmmm...makin banyak pula 'pilat' yang terbongkar. Selepas terbaca post 'menikam belakang' ni, ada seorang informant menghubungi saya. Dia dengan penuh semangat bercerita beberapa lagi kes YTL yang belum diketahui umum.

Dia (informant) menceritakan beberapa kes di mana YTL ni suka 'jual tanah atas angin'. Konsep 'jual tanah atas angin' ialah mengambil untung dengan menyusahkan orang lain. Menipu? Itu anda kena buat konklusi sendiri.

Menariknya ialah salah satu kes penjualan ini berlaku di Sandakan sendiri iaitu di hujung-hujung YTL jadi KM. Pada tahun 1998, satu permohonan, bersambung di sini.


Kenapa Jatuh Ke Laut Sampai Dua Kali ?


Dua kali dia jatuh ke laut, maka dua kali lah dia melalak menyalahkan BN kerana titi berkenaan runtuh.

Cuba kita semua berfikir, semasa kempen prk Batu Sapi ini boleh dikatakan ratusan orang yang melalui titi berkenaan setiap hari untuk kerja-kerja kempen tetapi titi berkenaan tidak runtuh.

Kenapa titi runtuh semasa Ansari Abdullah berada di atasnya ?

Sebab dia mempermainkan ketayap dengan niat nak memperbodohkan orang-orang kampung.

Setiap kali dia masuk ke kawasan melayu, maka dia akan letak ketayap atas kepalanya kerana nak cari undi, dengan maksud 'kita orang Islam, kena undi orang Islam'. Itulah budaya politik PKR dari prk Teluk Kemang tahun 2000 sehingga kini.

Dia keluar saja dari kawasan melayu, dia buka ketayapnya.

Seorang rakan wartawan memberitahu, tiga hari lepas semasa dia hendak mengadakan sidang media, dia datang dengan memakai ketayap. Selepas itu baru dia teringat ketayap di atas kepalanya, cepat-cepat dia buang kerana tidak mahu dirakam oleh media. Apa muslihatnya ?

Samalah seperti dua keldai Pas di bawah ini, pergi ke Kelantan pakai ketayap, kononnya aku alim. Apabila berada di KL jangan kata ketayap , songkok pun tak pakai.

Din Puduraya pakai ketayap ?
Wa kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...
Din oh Din, hi...hi...hi...hi....
Din, hanya jauhi yang mengenal manikam

Friday, October 29, 2010

Batu Sapi:Yong Teck Lee Marah Kerana Tidak Dapat Jadi Menteri

Pada pru 2008, YTL tidak mahu bertanding kerana merajuk akibat tidak dapat bertanding di kerusi Parlimen Kota Kinabalu.

Dia mendesak agar Musa Aman tunduk kepada desakannya, tetapi Musa tidak tunduk kerana kerusi tersebut milik parti komponen BN yang lain.

Musa cuba menawarkan kerusi lain kepadanya , tetapi dia menolak kerana dia nak KK juga. Akhirnya dia merajuk dengan tidak mahu bertanding, tapi minta pula jawatan Senator.

Selepas pilihanraya, apabila keputusannya menyaksikan BN kalah teruk di semenanjung dan kerusi dari Sabah dan Sarawak yang menjadi penyelamat kepada BN, dia mula tunjuk taring.

Sebelum p.raya dia minta jawatan Senator sahaja, selepas keluar keputusan dia minta untuk jadi menteri pula. Pak Lah tidak bersetuju dengan perkara tersebut kerana beliau harus beri peluang kepada MP-MP yang lain dari Sabah untuk menjadi menteri.

Apabila melihat Anwar berusaha keras untuk mengambil alih pemerintahan negara melalui pelan mat jeninnya iaitu 16 september, dia mula masuk jarum.

Saya difahamkan dia bertemu dengan Anwar di Hong Kong untuk berbincang mengenai 16 september. Dikatakan Anwar berjaya meyakinkannya bahawa dia akan menjadi PM pada tarikh berkenaan dan berjanji akan melantik YTL sebagai TPM ke 2 bagi mewakili Sabah dan Sarawak serta kaum cina Malaysia. Anwar minta dia cari lagi beberapa MP dari Sabah bagi melengkapkan misinya.

Anwar juga meminta dia umumkan agar SAPP keluar dari BN dan dua orang MP nya menjadi bebas bagi tujuan memancing MP-MP lain supaya datang ke PKR atau SAPP secepat mungkin kerana kerajaan BN akan tumbang pada bila-bila masa.

Prinsip yang dipakai oleh Anwar dan YTL adalah 'siapa cepat dia dapat'. Maksudnya, siapa cepat menyeberang ke PKR atau SAPP sehingga cukup kerusi untuk menubuhkan kerajaan maka MP tersebut akan mendapat habuan dalam kerajaan baru. Sesiapa yang lambat akan ketinggalan dan jadi pengikut sahaja.

Sayangnya ubat yang cuba dijual oleh Anwar dan YTL tidak laku. Di sini kita boleh puji MP-MP BN kerana mempunyai iman yang kuat dan kental semangat perjuangannya. Mereka tidak mudah goyah dengan gempak yang dibuat oleh Anwar dan YTL.

Selepas 16 september berlalu pergi beberapa bulan, YTL mula angin dengan Anwar kerana segala perancangan tidak menjadi. Pada masa itu ada ura-ura untuk SAPP kembali kepada BN, tetapi kerana sudah malu , YTL terpaksa memendamkan sahaja hasratnya itu.

Bermula daripada situlah YTL mula berang dengan Anwar sehingga ke hari ini. Anwar menghancurkan impiannya untuk menjadi TPM 2 dan Anwar telah menipunya. Inilah yang dikatakan mendengar guruh di langit air dalam tempayan dicurahkan.

Begitu juga dengan marahnya YTL dengan Musa Aman, kerana gagal mendapat kerusi Kota Kinabalu dan kerana Musa gagal melobi Pak Lah agar dia dilantik sebagai menteri.

Manusia seperti YTL adalah sejenis makhluk yang rakus mengejar cita-cita peribadi dari memperjuangkan hak rakyat. Daripada dia memulakan karier politiknya bersama PBS pada 1985 sehingga kini, dia sentiasa buat onar dan mencari jalan yang menguntungkan peribadinya sahaja.

Daripada PBS keluar PBS, tubuh SAPP, masuk BN, keluar BN, bersekongkol dengan Anwar, berkelahi dengan Anwar, nak jadi senator, nak jadi menteri , nak jadi TPM 2 dan sekarang berentap dengan BN di Batu Sapi, semuanya kerana kepentingan peribadi.

Pendirian politiknya tidak pernah kukuh. Dimana dia nampak ada peluang ke sana dia akan pergi. Orang seperti ini bukannya layak dihantar oleh pengundi Batu Sapi ke Dewan Rakyat tetapi layak dihumban ke laut sahaja.


Remaja Terpengaruh Dengan Anwar

Apabila seseorang sudah popular sudah tentu dia akan ada pengaruhnya yang tersendiri. Orang yang popular tersebut akan diangkat menjadi ikon di kalangan peminat-peminatnya.

Ingat tak kita pengaruh yang ada pada Mawi dulu ? Banyak remaja pada masa itu membuat gaya rambut mereka seperti Mawi.

Macam-macam benda yang ada nama Mawi pada waktu itu, semuanya laris dijual. Kain Mawi, air mineral Mawi dan macam-macam lagi.

Nasib baiklah manusia dicipta oleh Allah SWT. Seandainya manusia boleh dicipta oleh manusia, sudah pasti ramai peminat-peminat Mawi pada masa berebut-rebut nak beli awek yang berwajah seperti Ina untuk dijadikan tunang.

Pada tahun 80/90an dulu, kumpulan rock yang popular di negara ini adalah Wings dan Search. Pada masa itu ramai yang perasan mereka jadi Awie, Amy, Black, Yazid dan Joe. Begitulah hebatnya pengaruh seseorang ikon.
Dalam politik pun ada ikon juga. Anwar Ibrahim sudah menjadi ikon dalam dunia politik negara kita. Anwar berasal dari Pulau Pinang dan pengaruhnya juga kuat di sana.

Apabila sudah ada pengaruh maka sudah tentu Anwar akan diangkat sebagai ikon di kalangan peminat-peminatnya.

Ada orang nak ikut gaya politik dia, ada orang nak ikut gaya dia bercakap dan ada orang yang nak ikut gaya pemakaiannya.

Pengaruh Anwar bukan sahaja kuat di kalangan orang-orang tua tetapi kuat juga di kalangan orang-orang muda. Malah lebih dasyat lagi di kalangan remaja juga pengaruh Anwar agak kuat.

Apa, remaja ? Ya, remaja , kenapa tak percaya ke ?

Tak percayalah rbf....

Percayalah apa yang rbf cakap ini....

Percaya atau tidak percaya, percaya atau tidak percaya ?

Jangan serabutkan minda anda dengan persoalan itu.

Klik sahaja di sini

Galas:Pas Heret Sultan Ke Kancah Kempen ?

Pada pagi hari Jumaat, 22 Oktober 2010, Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, telah berkenan untuk menginfakkan seekor lembu kepada fakir miskin di sekitar Bandar Gua Musang dengan urusan penyembelihan dan pengagihan dagingnya Baginda amanahkan kepada Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid.

Pada petangnya pula, Sultan Muhammad Ke-V telah turut berkenan untuk mengurniakan geran tanah kepada 114 orang penduduk di sekitar Gua Musang, membabitkan 99 penduduk Melayu, 13 penduduk Cina dan 2 penduduk India, di Istana Persinggahan Gua Musang dengan majoriti geran adalah bersifat pajakan 99 tahun melibatkan tanah dusun, ladang getah dan ladang kelapa sawit.

Urusan pengurniaan geran ini sudah diusahakan sejak sekian lama, iaitu sejak Sultan Muhammad Ke-V masih bergelar Tengku Mahkota Kelantan lagi pada ketika sekumpulan penduduk Gua Musang telah menghadap Baginda di Istana Telipot, Kota Bharu, bagi mengadu hal di samping menyerahkan satu memorandum khusus mengenai masalah pemilikan tanah yang mereka hadapi.

Sebagai seorang anak raja yang prihatin kepada permasalahan rakyat Baginda, Baginda telah mendengar dengan teliti aduan-aduan mereka--di antaranya mengenai bagaimana tanah-tanah yang mereka usahakan sejak sekian lama tidak juga diberikan geran yang sepatutnya, malah sesetengahnya diceroboh pula oleh pihak lain--dan berjanji untuk menyelesaikan masalah ini.

Alhamdulillah, pada petang hari Jumaat, 22 Oktober 2010, Sultan Muhammad Ke-V, yang di dalam perjalanan untuk berangkat melalui jalan darat ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu, telah, dengan izin Allah dan dengan kerjasama kerajaan negeri, berjaya memenuhi janji Baginda kepada para penduduk Gua Musang untuk menyelesaikan masalah pemilikan tanah yang mereka hadapi ini.

Hadir sama di dalam majlis pengurniaan geran tanah kepada penduduk di sekitar Gua Musang ini adalah Dato’ Seri Setia Raja Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Aiseri Alias, Dato’ Mufti Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Shukri Mohamad, Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Dato’ Ismail Samah, dan Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid.

Adalah diharapkan agar para penduduk Gua Musang telah berpuas hati dengan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh Sultan Muhammad Ke-V di dalam menyelesaikan masalah mereka ini.

Sekian, terima kasih.

Sumber : Blog The Kelantan Insider

Blog berkenaan pernah digelar sebagai Jurucakap Istana Mahkota Kelantan dan blog separa rasmi Istana Kelantan oleh harakahdaily. Saya pernah menulis perkara berkenaan di sini. Kita pun nak tahu juga, adakah benar Istana pun sudah terlibat dengan dunia blog sekarang. Pada pandangan saya , saya tidak yakin yang blog tersebut ada kaitan dengan Istana. Yang menjadi masalah sehingga kini adalah kerana tiada penjelasan dari pihak Istana tentang blog tersebut. Jika dibiarkan begitu ianya boleh menimbulkan pelbagai persepsi.

Berhubung dengan majlis pemberian geran tanah oleh Sultan Kelantan pada hari berkenaan, kenapa kerajaan negeri aturkan majlis berkenaan semasa musim pilihanraya kecil ? Kenapa tidak sebelum adun Galas meninggal atau selepas prk ?





Batu Sapi : Siapa Yong Teck Lee ?

Karier politik Yong Tee Lee (YTL) bermula pada 1985 bersama Parti Bersatu Sabah (PBS) yang dipimpin oleh Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan.

Pada pru 1990 YTL telah menghasut Pairin agar PBS keluar dari BN dan menyertai Angkatan Perpaduan Ummah. Alasan yang diberikan pada masa itu sama seperti kempennya sekarang kononnya Sabah ditindas oleh kerajaan pusat dan Sabah untuk Sabahan.

Kemudian pada 1994 apabila PBS dilanda masalah, dia mengetuai sekumpulan ahli parlimen dan adun keluar PBS dan menubuhkan SAPP yang kemudiannya menyaksikan SAPP diterima menyertai komponen BN.

Pada tahun 2002 PBS kembali kepada BN, manakala pada 2008 pula YTL membawa SAPP keluar dari BN. YTL pernah menjadi KM Sabah pada 1996-1998. Dia juga pernah digantung daripada bertanding dalam sebarang pilihanraya selama lima tahun sejak 2002 dan tidak bertanding dalam pru 2004.

Sekarang dalam prk Batu Sapi dia berdepan dengan PBS yang diketuai oleh Pairin dimana Pairin adalah orang yang bertanggungjawab membawa YTL terjun ke dalam kancah politik.

Apabila kita melihat sejarah politik YTL seperti diatas , kita boleh nampak dia seorang yang rakus kuasa dalam politik. Perjuangannya tidak ada hala tuju, dimana ada keuntungan untuk dirinya dia akan ke sana.

Sekarang dalam kempen di Batu Sapi dia ingin memperjuangkan autonomi untuk Sabah. Dia melalak sewaktu dia tidak ada kuasa. Sewaktu dia ada kuasa sebagai KM kenapa dia tidak lakukan semua itu ? Jawapannya mudah, kerana pada masa itu dia kenyang, sekarang dia sudah kembali lapar maka mulalah dia melalak-lalak.

Perjuangan YTL bukan untuk rakyat, tetapi perjuangannya hanyalah perjuangan peribadi semata-mata. Rakyat hanya menjadi rubber stamp untuk membawa dia ke Dewan Rakyat.

Thursday, October 28, 2010

Mukadimah Dari Batu Sapi

BATU SAPI
Selepas selesai urusan penginapan dan makan tengahari, saya memulakan langkah untuk mengenali kawasan setempat sambil mencari bahan bagi hidangan kepada rakan-rakan pembaca sekalian.

Tempat pertama yang saya tuju adalah mencari Batu Sapi yang sebenarnya-benarnya. Saya perlu berjumpa dengannya dulu bagi meminta 'izin' untuk berada di kawasannya dan saya kira tidak sah kedatangan ke sini jika tidak bertemu dengan Batu Sapi.

Perjalanan dari Bandar Sandakan ke sana memakan masa lebih kurang 20 minit. Sebaik sahaja memasuki kawasan sempadan pilihanraya berhampiran dengan Bandar Ramai-Ramai sudah mula kelihatan bendera dan poster BN menguasai kawasan sekitar dan diikuti dengan bendera serta poster SAPP.

Manakala bendera-bendera dan poster PKR amat kurang. Yang banyak adalah banner protes seperti di bawah. Dalam prk ini saya boleh katakan pertandingan lebih kepada BN berlawan dengan SAPP. Manakala PKR ketinggalan jauh, kerana protes daripada ahli-ahli PKR di Batu Sapi terhadap calon yang di pilih oleh Anwar.
Mengikut pemandu teksi yang saya naiki , boleh dikatakan tidak sampai 10 % jentera PKR tempatan yang bekerja. Semuanya diimport dari luar termasuk dari semenanjung. Budaya politik mafia yang dibawa oleh pendekar-pendekar tempang PKR dari semenanjung tidak dapat diterima oleh orang tempatan. Tanda-tanda untuk PKR kehilangan deposit pertandingan sudah kelihatan.

Bermula dari bulatan Karamunting sehingga ke Batu Sapi poster-poster dan bendera BN amat kurang kelihatan kerana masih dalam proses pemasangan. Bahan kempen SAPP dilihat lebih ke depan di kawasan berkenaan setakat ini. Bagaimana pun apabila tiba di Kampung Gas bahan kempen BN kembali mendahului.

Semasa di Batu Sapi saya sempat singgah di sebuah kampung tradisi dalam laut yang bernama Kampung Bakau. Di sana kelihatan BN mengusai bahan kempen. Saya cuba bertanya penduduk setempat jangkaan mereka siapa akan menang prk berkenaan. Tetapi nampaknya mereka agak berat untuk menjawab sebaliknya berkata susah untuk diramal dan perlu tunggu keputusan pada hari pengundian.
Saya berkata kepada mereka "BN nampak kuat di sini, penuh poster dan banner" dan mereka hanya kelihatan senyum sinis dengan penuh makna seolah-olah takut untuk berkata sesuatu, mungkin kerana mereka tidak mengetahui siapa saya yang sebenarnya.

Daripada gaya mereka, saya jangkakan mereka seolah-olah seperti hendak meluahkan sesuatu tetapi nampak seperti takut-takut. Saya sendiri pun takut-takut juga nak cucuk lebih-lebih, almaklumlah tempat orang yang kita tak biasa. Silap-silap saya pula yang terjatuh ke dalam laut seperti calon PKR semalam.

Saya cuba cucuk sikit dengan berkata "bendera banyak belum tentu menang kerana satu tangan boleh pasang seribu bendera", sepantas kilat mereka menjawab "ya benar, satu tangan satu undi yang menentukan kemenangan". Lain macam bunyinya, penuh dengan maksud yang tersirat.

Saya memohon izin mereka untuk mengundurkan diri, sebelum saya dijatuhkan ke dalam laut dan kembali ke teksi yang sedang menunggu. Saya cuba ceritakan perkara berkenaan kepada pemandu teksi dan beliau berkata SAPP telah masuk ke tempat berkenaan. Menurut beliau lagi sokongan terhadap SAPP agak kuat juga di kawasan berkenaan.

Cukup setakat itu dulu untuk hari ini, esok saya cari bahan lain pula. Kerana hari ini hari pertama saya hanya meronda-ronda di kawasan pilihanraya untuk kenal kawasan dan kampung-kampung sekeliling, itu pun belum habis lagi, naik teksi faham-faham sajalah,tak tahan modal . Walaubagaimana pun saya akan cuba yang terbaik dan setakat mana yang saya mampu.





Rbf sudah siarkan gambar Batu Sapi, rakan-rakan di Galas bila nak siarkan gambar Gua Musang. Gambar gua tau, bukannya gambar Bandar Gua Musang.


MPSJ Hadkan Parking Satu Jam Sahaja

E mel kiriman pembaca yang bernama Azizul.



Salam 1 malaysia bro,

Di sini saya ingin memohon agar bro dapat meyiasat ketirisan atau kezaliman mpsj dalam urusan pembayaran parking di usj 10

Baru2 ini saya ditugaskan di usj 10 saya seperti biasa menyediakan syiling untuk membayar parking dgn menggunakan mesin yang disediakan oleh mpsj.

YANG TIDAK MEMUASKAN HATI SAYA IALAH:-

KADAR PARKING = RM0.50/sejam

Kadar maksima bayaran di mesin pula hanya pada angka rm0.50sen

Ini menimbulkan kesukaran bagi pengguna kerana terpaksa berulang alik ke mesin dan kereta setiap 1 jam kerana mesin yang disediakan tidak menerima pembayaran melebihi 1 jam. Bayangkanlah kalau kita berurusan melebihi satu jam tentu kita akan disaman sedangkan bukan kita tidak mahu membayar untuk masa yang lebih tapi dihadkan untuk setiap 1 jam.

Kadar saman yang dikenakan juga agak tinggi.Saya tahu mpsj menjalankan tugas tapi sudahlah menyusahkan untuk membayar parking dengan menggunakan wang syiling di hadkan pula pada kadar waktu yang cukup tak munasabah.Jadi kepada kita pengguna yang tidak diberi pilihan melainkan berulang alik ke mesin dan kenderaan setiap jam.

Kadang lambat 5-10 minit surat saman dah terpacak kat wiper kereta arghhhh. Adakah ini satu konspirasi syarikat pengendali mesin parking dengan mpsj supaya senang mereka nak menyaman kenderaan untuk mengejar keuntungan lebih melalui saman parking. Kalau majilis bandaran lain contoh-mbpj pengguna diberi pilihan untuk membayar parking hingga kadar maksima rm5.00 sehari mengapa tidak MPSJ?

Bayangkan bro kalau 1 hari ader 300 petak parking 25% nilai pada pandangan saya sure kena saman kerana dalam masa 10 minit saya lihat pegawai mpsj meyaman tidak kurang 3-4 keping saman depan mata saya..

Sekian…terima kasih harap bro dpt ketengahkan isu ini demi mengelak ramai yang kena saman tak pasal2 kerana terlewat 5-10 minit membayar parking.

Azizul

Harap saudara Azizul atau pembaca lain tidak bersangka buruk kepada MPSJ sebelum mereka menjelaskan perkara sebenar.

Pelbagai kemungkinan boleh berlaku, mungkin mesin bayaran parking rosak atau pelbagai kemungkinan lain.

Bagaimana pun jika benar apa yang didakwa saya pun tidak bersetuju. Bagaimana orang nak kerja jika setiap jam perlu ke mesin bayaran parking ?

Harap MPSJ dapat jelaskan perkara ini demi mengelak salah tanggapan orang ramai terhadap MPSJ.