Thursday, October 28, 2010

Mukadimah Dari Batu Sapi

BATU SAPI
Selepas selesai urusan penginapan dan makan tengahari, saya memulakan langkah untuk mengenali kawasan setempat sambil mencari bahan bagi hidangan kepada rakan-rakan pembaca sekalian.

Tempat pertama yang saya tuju adalah mencari Batu Sapi yang sebenarnya-benarnya. Saya perlu berjumpa dengannya dulu bagi meminta 'izin' untuk berada di kawasannya dan saya kira tidak sah kedatangan ke sini jika tidak bertemu dengan Batu Sapi.

Perjalanan dari Bandar Sandakan ke sana memakan masa lebih kurang 20 minit. Sebaik sahaja memasuki kawasan sempadan pilihanraya berhampiran dengan Bandar Ramai-Ramai sudah mula kelihatan bendera dan poster BN menguasai kawasan sekitar dan diikuti dengan bendera serta poster SAPP.

Manakala bendera-bendera dan poster PKR amat kurang. Yang banyak adalah banner protes seperti di bawah. Dalam prk ini saya boleh katakan pertandingan lebih kepada BN berlawan dengan SAPP. Manakala PKR ketinggalan jauh, kerana protes daripada ahli-ahli PKR di Batu Sapi terhadap calon yang di pilih oleh Anwar.
Mengikut pemandu teksi yang saya naiki , boleh dikatakan tidak sampai 10 % jentera PKR tempatan yang bekerja. Semuanya diimport dari luar termasuk dari semenanjung. Budaya politik mafia yang dibawa oleh pendekar-pendekar tempang PKR dari semenanjung tidak dapat diterima oleh orang tempatan. Tanda-tanda untuk PKR kehilangan deposit pertandingan sudah kelihatan.

Bermula dari bulatan Karamunting sehingga ke Batu Sapi poster-poster dan bendera BN amat kurang kelihatan kerana masih dalam proses pemasangan. Bahan kempen SAPP dilihat lebih ke depan di kawasan berkenaan setakat ini. Bagaimana pun apabila tiba di Kampung Gas bahan kempen BN kembali mendahului.

Semasa di Batu Sapi saya sempat singgah di sebuah kampung tradisi dalam laut yang bernama Kampung Bakau. Di sana kelihatan BN mengusai bahan kempen. Saya cuba bertanya penduduk setempat jangkaan mereka siapa akan menang prk berkenaan. Tetapi nampaknya mereka agak berat untuk menjawab sebaliknya berkata susah untuk diramal dan perlu tunggu keputusan pada hari pengundian.
Saya berkata kepada mereka "BN nampak kuat di sini, penuh poster dan banner" dan mereka hanya kelihatan senyum sinis dengan penuh makna seolah-olah takut untuk berkata sesuatu, mungkin kerana mereka tidak mengetahui siapa saya yang sebenarnya.

Daripada gaya mereka, saya jangkakan mereka seolah-olah seperti hendak meluahkan sesuatu tetapi nampak seperti takut-takut. Saya sendiri pun takut-takut juga nak cucuk lebih-lebih, almaklumlah tempat orang yang kita tak biasa. Silap-silap saya pula yang terjatuh ke dalam laut seperti calon PKR semalam.

Saya cuba cucuk sikit dengan berkata "bendera banyak belum tentu menang kerana satu tangan boleh pasang seribu bendera", sepantas kilat mereka menjawab "ya benar, satu tangan satu undi yang menentukan kemenangan". Lain macam bunyinya, penuh dengan maksud yang tersirat.

Saya memohon izin mereka untuk mengundurkan diri, sebelum saya dijatuhkan ke dalam laut dan kembali ke teksi yang sedang menunggu. Saya cuba ceritakan perkara berkenaan kepada pemandu teksi dan beliau berkata SAPP telah masuk ke tempat berkenaan. Menurut beliau lagi sokongan terhadap SAPP agak kuat juga di kawasan berkenaan.

Cukup setakat itu dulu untuk hari ini, esok saya cari bahan lain pula. Kerana hari ini hari pertama saya hanya meronda-ronda di kawasan pilihanraya untuk kenal kawasan dan kampung-kampung sekeliling, itu pun belum habis lagi, naik teksi faham-faham sajalah,tak tahan modal . Walaubagaimana pun saya akan cuba yang terbaik dan setakat mana yang saya mampu.





Rbf sudah siarkan gambar Batu Sapi, rakan-rakan di Galas bila nak siarkan gambar Gua Musang. Gambar gua tau, bukannya gambar Bandar Gua Musang.


8 comments:

Anonymous said...

tuan blog papagomo tau bngalas kena jawab nih.. klu tak, malu lh wei

jika tak pasti, baik cari arif omar.. penghuni gua hehe

JomoSamaTuaran said...

SAPP bawa pemain impot,PKRpun pakai pemain impot. Apa masalah dgn calon tempatan...kurangkah pemimpin di Batu Sapi ni??
Insyaallah...Batu Sapi akan kekal ditangan BN.

Anonymous said...

mintak izin dari Batu Sapi??Masya ALLAH...

Anonymous said...

mukadimah tuan bagus la..
datang tempat orang kene sembah batu dulu ke.. kurafat..

Anonymous said...

lame aku nak cakap nih.. kalau koemen kene tapis maksudnya kor nih syok sendiri.. ANJING..

ruang bicara faisal said...

kpd anon 10.19 & anon 10.38

tlg faham antara gurauan dan kenyataan.jgn sempitkan pemikiran kamu.

kpd anon 10.39

anjing pun anjing lah. saya punya blog maka saya punya pasallah nak tapis atau tak nak tapis komen.

andailah kalau saya tak tapis komen, ada org hantar komen dan letak no tel awak, kemudian ada pembaca hubungi anda bertalu2, apa cerita ? saya juga yg kena anjing kan...

Anonymous said...

Cayalah... pemandu teksi kat batu sapi pun pandai buat statistik

kahkahkah...

Anonymous said...

Info yg bagus pasal Batu Sapi, tak ramai yg tau... ingatkan cuma gurauan. PRK punya pasal, melambak2 Batu Sapi. Jumpa nie aje, malas nak cari lagi ;

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2006/3/28/TERKINI/Mutakhir/Tanda_tanya_kehilangan_Batu_Sapi_terjawab&sec=mstar_berita

Puak mana yg suka maki dan carut? cuba teka... celako..celako..celako