Thursday, October 14, 2010

Ladang Rakyat: TMB Kelantan Berbohong ?

Kerajaan Kelantan Selasa menafikan dakwaan ia merampas tanah rakyat bagi memajukan Program Pembangunan Ladang Rakyat, termasuk di Gua Musang.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, berkata sebaliknya ada antara tanah yang dimajukan untuk program itu adalah tanah kerajaan yang diduduki peneroka secara haram dan tidak sah.

Beliau berkata, tanah yang dibangunkan menerusi program itu terutama di Gua Musang diusahakan dengan tanaman kelapa sawit di tanah milik kerajaan negeri.

"Mungkin ada antara rakyat yang terbabit dengan pembukaan tanah bagi melaksanakan program itu tinggal di situ secara haram dan tidak sah yang terpaksa akur berpindah dari situ lalu mendakwa kerajaan rampas tanah mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini hari ini.

Ahmad yang juga Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat berkata, peserta Ladang Rakyat diberi dividen RM200 sebulan hasil keuntungan melalui program itu sejak berpuluh tahun lalu. - BERNAMA

Beliau berkata 'peserta Ladang Rakyat diberi dividen RM200 sebulan hasil keuntungan melalui program itu sejak berpuluh tahun lalu'.

Untuk pengetahuan anda semua Program Ladang Rakyat di Kelantan bermula pada tahun 2006, ianya baru empat tahun, bukannya berpuluh tahun yang lalu seperti yang didakwa oleh TMB. Lihat di sini

Ianya diluluskan oleh Dun Kelantan pada 21.Febuari.2006 setelah dibahaskan dengan hangat dan ianya diluluskan dengan kelebihan satu undi. Lihat di sini. Saya juga cuba membuat semakan perkara ini di harakah daily tetapi mendapati ianya hanya tinggal tajuk sahaja manakala beritanya telah dibuang. Lihat di sini






2 comments:

pemerhati said...

Bro, Pas akan sentiasa berbohong demi menutup segala rompakan hasil balak kelantan.

Aku pernah bertemu dengan seorang ajk kawasan tempat aku yang waktu itu ditugaskan untuk menyewa kedai orang tua aku untuk dijadikan pejabat koperasi ladang rakyat ni.

Mamat tu sendiri cerita bahawa ahli-ahli pas diberi saham dalam ladang rakyat dan setiap bulan akan diberikan duit keuntungan. Mereka ini ditugaskan untuk berada dikedai kopi kampung2 untuk menyebarkan dakyah-dakyah pas dan menghadiri program demonstrasi pas. Mana2 yang kurang aktif dalam aktiviti ini, sahamnya akan ditarik balik maka terlepaslah duit rm250 yang dibayar kepada petugas pas tu setiap bulan.

Matlamat ladang rakyat hanyalah untuk mengaut kekayaan hasil dari konsesi balak. Modus operandinya mudah. Kerajaan negeri akan menganugerahkan kawasan2 balak kepada koperasi ladang rakyat kononnya untuk tujuan membuat ladang dan projek pertanian. Maka balak-balak ini akan dijual kepada tokey2 balak untuk mendapatkan hasil yang cepat. Duit itu akan dibahagikan kepada ahli2 pas. Pemimpin pula akan mendapat habuan yang lebih besar mengikut pangkat dan darjat! Lagi tinggi darjatnya, lagi banyak saham yg dapat, lagi banyak keuntungan bulan2 yang dapat.... hebat betul pas, pokok belum ditanam, dah menuai hasilnya. Itulah namanya ladang rakyat versi pas!

Hakikatnya tak ada projek pertanian pun yang dijalankan. Tapi jika ditanya bila projek akan bermula? Sudah pasti mereka akan jawab, tengah berjalan... hahaha

Begitulah kelantan dibawah pas. Kalau bro tak caya, cuba lalu kat jalan kuala krai-gua musang, tengok la sendiri berapa banyak lori balak atas jalan! Dah macam bala tentera nak pergi berperang dah.... gilo betul!

hangkedee said...

setiap kali ceramah tabung akan berjalan kemana kah duit tabung di belanjakan itu hak parti%100000000000000 jangan tanya ? syok juga jadi penerima derma tak susah kerja buat ceramah dapat duit freee