Friday, October 15, 2010

Beli Rumah:Anak Muda Tak Payah Pening Lagi Nak Bayar 10 %

Berita gembira untuk anak-anak muda yang nak beli rumah pertama.

Dalam bajet hari ini PM mengumumkan pinjaman 100 % untuk anak-anak muda yang baru bekerja dan gaji di bawah RM 3000.00/bulan untuk membeli rumah yang berharga sehingga RM 220, 000. 00

Selama ini kalau kita nak beli rumah berharga sebanyak itu kita perlu bayar pendahuluan 10 % , iaitu sebanyak RM 22000.00.

Tetapi kini tiada lagi bayaran 10 % tersebut. Kerajaan akan bagi jaminan ke atas bayaran 10 % tersebut.

Bagaimana peraturan, cara pelaksanaan dan bila perlaksanaannya saya belum ada info lagi. Kita tunggu pengumuman kerajaan.

Sekali lagi, terima kasih Mr. PM

5 comments:

Anonymous said...

terima kasih, inilah berita yang saya tunggu2 selama ini, sbb dari dulu lagi saya asyik saving duit nak bayar deposit rumah

r0 said...

bahaya jugak ni bro... memanglah bagus sebab senang beli rumah. But sebab terlalu senang,pembeli terlupa utk mengira sama ada dia mampu atau tak. Dan tak ada usaha nak menyimpan duit or belajar menyimpan duit.

Stok rumah tak terjual mungkin akan berkurangan. But bahaya krisis macam di us akan berlaku tetap ada. Bila terlalu ramai org yg beli itu tadi tak mampu nak bayar.

pada saya, Jgnlah sampai 0% muka. Kereta pun ada 2-3ribu duit muka. Sekurangnya, ada la 2-3%... Mungkin sukar, tapi belajarlah utk menyimpan dan utk lebih berusaha. Lebih sukar kalau terlebih bajet dan akhirnya rumah yg overbajet tadi ditarik balik. Org muda baru nk kerja ni nak rumah besar, kereta besar, kad kredit besar... bini saja tak mahu besar!

VoidDance said...

Sebenarnya sekarang pun sudah boleh beli rumah dengan 100% loan tanpa bayaran apa-apa buat permulaan. Cuma mungkin ianya berkait dengan jaminan 10% yang kerajaan berikan. Itu sajalah. Ingatkan kerajaan hendak galakkan pemaju bina rumah yang lebih mampu milik di bandar-bandar besar. Itu lebih baik.

Anonymous said...

Terima kasih PM Datuk Seri Najib, yang amat perihatin terhadap rakyat semuanya.

Malang orang Kedah yang telah mengundi berok sarkas yang dah kena "kasi" si Mahfuz Omar, yang tak lama lagi akan mampos.

Dia jadi berok tu sebab tak boleh berfungsi dah... maklumlah otak taraf srp, macamana nak jadi pemimpin, walaupun bukan semua orang tak sekolah tinggi tu tak pandai.

TErima kasihh PM kesayangan kesemua rakyat malaysia, kerana beri kami ruang untuk beli rumah...

WASSALAM

komen je said...

Kah Kah Berangan angan je lah?