Monday, October 18, 2010

Dimensi Politik Baru

Saya tertarik dengan tulisan yang ditulis oleh Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia bersempena dengan Perhimpunan Agung Umno yang bakal bermula esok.

Antara petikannya...

Hegamoni politik pembangkang dilihat berjaya menanam perasaan buruk terhadap UMNO dan kerajaan. Mereka ‘melekat’ UMNO sebagai pengamal rasuah yang maha hebat. Sehinggakan sesiapa sahaja yang mahu menjadi kaya dilebelkan supaya menjadi ahli UMNO.

Apakah memang benar PAS dilebalkan sebagai parti yang dipimpin oleh pemimpin yang miskin dan berhati rakyat?. Imej PAS kini tidak seperti itu lagi, pemimpin PAS hari ini kaya raya melalui ‘sedekah jariah’ pengikutnya yang ingin bersama kesyurga atas sumbangan tersebut.
Kita perlu akui kelemahan yang ada dalam UMNO itu sendiri dan perubahan segera perlu dilaksanakan. Apakah perubahan memadai dengan menghadirkan diri dalam Perhimpunan Agung Umno semata-mata? Berbahas dengan penuh semangat, melontarkan idea-bernas yang berbekas tetapi pelaksanan hanya impian dan mimpi yang hilang.

Saya cadangkan rakan-rakan sekalian membaca tulisannya di sini

Selepas itu kita sama-sama berfikir apakah benar apa yang dikata.

No comments: